SURAH AL-\’ANKABUT : AYAT 31-35

\"\"

MALAIKAT SINGGAH BERTEMU NABI IBRAHIM UNTUK BINASAKAN KAUM LUT, MALAIKAT MENJADI UJIAN KEPADA KAUM SADUM & ALLAH SELAMATKAN NABI LUT DARI ANCAMAN KAUMNYA.

Full video : https://youtu.be/Hb4Tq_atjsk

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini kita akan baca ayat yang menyambung kisah Nabi Lut a.s sehingga selesai kisahnya dalam surah ini.
  2. Dalam siri yang lepas tentang kisah kaum Lut a.s yang melakukan tiga jenayah yang besar di negerinya:
    i- jenayah homoseks (Sodomy)- inilah sifat atau jenayah yang sinonim dengan mereka.
    ii- perompak yang menunggu di tengah jalan merompak harta orang atau menculik orang yang dikehendaki.
    iii- mereka juga suka berkumpul di satu tempat (kelab – نَادِي ) untuk melakukan perbuatan mungkar dan kejahatan.
  3. Setelah nasihat dan dakwah Lut a.s tidak diterima, bahkan mereka mengancam untuk membunuhnya pula, maka nabi Lut a.s pun berdoa ke atas mereka yang melakukan kerosakan selepas segala usaha tidak berhasil.
  4. Begitu juga keadaan nabi Ibrahim a.s sebelum ini, apabila kaumnya tidak lagi menerima dakwahnya, Ibrahim berhijrah keluar meninggalkan tempat itu.
  5. Ini menunjukkan masalah yang berlainan, berbeza cara menanganinya, kaum Sadum dengan perbuatan keji mereka tidak dapat dibiarkan atau ditinggalkan berkembang merebak atas muka bumi ini. Mereka lalu dikenakan azab yang sepenuhnya- total loss.
  6. Tetapi benih maksiat ini rupanya tidak mati, ia kembali bercambah dan merebak bahkan menjadi fenomena biasa dalam dunia hari ini.
  7. Ulama\’ kata: Maksiat & ajaran sesat itu seperti api dalam sekam! Ia diam seketika bila datang angin atau panas ia akan hidup besar kembali. Syaitan itu tidak akan diam membiarkannya padam!
  8. Dalam episod kali ini Allah s.w.t menghantar utusannya, malaikat untuk mengabulkan doa nabi Lut a.s tadi, untuk memusnahkan kaum Sadum!

AYAT 31- {DAN KETIKA DATANG (MALAIKAT) UTUSAN KAMI KEPADA NABI IBRAHIM DENGAN MEMBAWA BERITA YANG MENGEMBIRAKAN), MEREKA BERKATA: \”SEBENARNYA KAMI HENDAK MEMBINASAKAN PENDUDUK BANDAR INI), SESUNGGUHNYA PENDUDUKNYA ADALAH ORANG-ORANG YANG ZALIM\”. (AL-\’ANKABUUT 29:31)

  1. Maka para utusan itu (malaikat) singgah di rumah nabi Ibrahim dan menyampaikan berita gembira kepadanya akan kelahiran seorang anak yang soleh, iaitu Ishaq a.s. dari isterinya yang bernama Sarah, dan dari Ishaq akan lahir Ya\’qub a.s.
    Firman Allah s.w.t yang lebih panjang tentang kisah ini dalam surah Hud ayat 69-71.
  2. Kemudian Ibrahim a.s. bertanya kepada mereka tentang tugasan mereka selanjutnya.
  3. Para malaikat mengatakan, \”Sungguh kami akan menghancurkan penduduk kota Sadum kerana penduduknya adalah orang-orang zalim.\”
    Dinyatakan pula sebab Allah s.w.t mahu membinasakan mereka; Iaitu kerana melakukan syirik dan perbuatan maksiat yang keji.
  4. Uslub dakwah:
    i- jika bawa khabar gembira tak perlu nyata sebab atau alasannya.
    ii-jika bawa hukuman atau khabar tindakan buruk kena nyatakan sebab.
  5. Maka nabi Ibrahim a.s. sebagai seorang yang lembut hati meminta kepada para malaikat mempertimbangkan kembali, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk dari Allah.

AYAT 32- {NABI IBRAHIM BERKATA: \”SEBENARNYA LUT ADA DI BANDAR ITU\”. MEREKA MENJAWAB: \”KAMI MENGETAHUI AKAN ORANG-ORANG YANG TINGGAL DI SITU. SESUNGGUHNYA KAMI AKAN MENYELAMATKAN DIA DAN KELUARGANYA (SERTA PENGIKUT-PENGIKUTNYA) – KECUALI ISTERINYA, IA ADALAH DARI ORANG-ORANG YANG DIBINASAKAN\”. (AL-\’ANKABUUT 29:32)

  1. Dia juga mengingatkan mereka akan nabi Lut a.s yang ada bersama kaumnya di dalam kota itu.
  2. Para malaikat berkata, \”Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami pasti akan menyelamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang beriman kecuali seorang perempuan.\”
  3. Perempuan itu adalah isterinya sendiri yang menjadi tali barut mereka. Bukan dia buat fahisyah (perbuatan keji itu), cuma bersekongkol dengan puak LGBT, ini kerana Allah s.w.t menjaga maruah dan keturunan para nabi itu.

AYAT 33- {DAN KETIKA DATANG UTUSAN-UTUSAN KAMI KEPADA NABI LUT, IA MERASA DUKACITA DENGAN KEDATANGAN MEREKA, DAN MERASA TIDAK TERDAYA UNTUK MENGAWAL MEREKA (DARI GANGGUAN KAUMNYA); DAN (SETELAH MELIHATKAN HALNYA YANG DEMIKIAN), UTUSAN-UTUSAN ITU BERKATA: \”JANGANLAH ENGKAU TAKUT DAN JANGANLAH BERDUKACITA, SESUNGGUHNYA KAMI AKAN MENYELAMATKANMU DAN KELUARGAMU (SERTA PENGIKUT-PENGIKUTMU) – KECUALI ISTERIMU, IA ADALAH DARI ORANG-ORANG YANG DIBINASAKAN. (AL-\’ANKABUUT 29:33)

  1. Ketika para malaikat datang sebagai tetamu kepada Lut a.s., dia merasa sedih kerana kedatangan mereka. Malaikat berupa sebagai pemuda yang tampan-tampan.
  2. Ayat ini menunjukkan para nabi pun tidak kenal dan cam para malaikat yang menyamar, ini benda ghaib hanya Allah s.w.t yang tahu.
  3. Sempit dadanya kerana bimbang tidak dapat menyelamatkan mereka dari kaumnya yang sangat menyukai pemuda-pemuda yang tampan untuk melakukan homoseks.
  4. Malaikat itu tidak membiarkan Lut a.s berada dalam kebimbangan dan kesedihan yang lama, mereka terus memperkenalkan diri sebagai malaikat dan menyatakan tujuan kedatangan mereka.
  5. Para utusan itu berkata lagi, \”Janganlah kamu takut dan bersedih hati. Sesungguhnya Kami akan menyelamatkan kamu dan pengikut-pengikutmu, kecuali isterimu, dia adalah termasuk orang-orang yang dibinasakan.\”

AYAT 34- {\”SESUNGGUHNYA KAMI (DIUTUSKAN) UNTUK MENURUNKAN ATAS PENDUDUK BANDAR INI AZAB DARI LANGIT, DISEBABKAN MEREKA MELAKUKAN KEJAHATAN (KUFUR DAN MAKSIAT)\”. (AL-\’ANKABUUT 29:34)

  1. Malaikat juga menyatakan jenis azab yang akan diturunan ke atas kaum Sadum. Ini kerana kebanyakan azab Allah yang datang adalah hukuman yang setimpal dengan doa dan maksiat yang mereka bawa.
  2. Sebagaimana firman Allah s.w.t: {Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.} [Hud: 82.]
  3. Kata ulama\’: Isteri nabi Lut a.s itu pada zahirnya beriman kepada Lut a.s dan ajarannya, kerana itu tinggal bersamanya. Tetapi dalam hatinya ada sifat munafiq, masih berpegang dengan fahaman kaumnya dan tidak melaknat perbuatan mereka, anggapnya biasa dan tidak salah! Dia bersekongkol dengan mereka, dan memberitahu tentang kedatangan tetamu para pemuda yang tampan di rumahnya.
  4. Malaikat itu juga menyatakan azab itu disebabkan mereka melakukan kejahatan kufur dan maksiat kepada Allah s.w.t.

AYAT 35- {DAN DEMI SESUNGGUHNYA, KAMI TELAH (BINASAKAN BANDAR ITU DAN TELAH) TINGGALKAN BEKAS-BEKASNYA SEBAGAI SATU TANDA (YANG MENDATANGKAN IKTIBAR) BAGI ORANG-ORANG YANG MAHU MEMAHAMINYA.} (AL-\’ANKABUUT 29:35)

  1. Allah s.w.t tinggalkan kesan-kesan darinya, iaitu bekas-bekas runtuhan kota Sadum, negeri kaum Lut satu tanda yang nyata dan jelas, bagi orang-orang yang berakal atau mengerti.
  2. Beberapa pandangan ulama\’ tentang makna bekas-bekas ini:
    -Kata Qurtubi rhm.: Antara yang kekal pada masa itu ialah hujan batu yang turun itu. Sekarang ini tiada lagi.
  • Ada ulama\’ kata air hitam yang yang kekal atas muka bumi, di Laut Mati.
  1. Apa yang penting kesan semua ini jika tidak nampak secara fizikalnya pun, kesan-kesan keburukan dan azab itu sudah ada bagi orang yang berfikir dan ambil iktibar!

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 32- { Sesungguhnya kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) – kecuali isterinya, ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan\”.} – ulama\’ kata: ini menunjukkan berkawan atau hidup bersama orang soleh tidak bermakna orang itu adalah orang yang baik atau soleh juga. Kita kena islah diri kita dulu daripada benda mungkar dan maksiat.
  2. Ayat 31- {..membawa berita yang mengembirakan), mereka berkata: \”Sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini } – maksudnyanya kita kosongkan dulu dari yang buruk sebelum isi dengan yang baik. Hilangkan ketakutan baru nyatakan kegembiraan.
  3. Ayat 31- {..membawa berita yang mengembirakan), mereka berkata: \”Sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini } – malaikat itu bawa dua-dua, khabar gembira kepada para nabi dan amaran kesan dari kemurkaan Allah s.w.t. begitulah dalam dakwah mulakan dengan lunak dan lembut dahulu, jika tidak dengar juga baru dengan peringatan dan ancaman. Tugas utama pendakwah adalah untuk menyelamatkan manusia dari neraka dan kemurkaan Allah s.w.t.
  4. Ayat 33- {Dan ketika datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka} – ayat ini mengisbatkan bahawa malaikat itu ada jisim, bukan semata roh atau akal sahaja. Jisim yang halus kerana ia diperbuat daripada cahaya, kerana itu boleh berupa macam-macam. Ia juga berjisim kerana Allah s.w.t telah nyatakan bahawa ia ada sayap.
    i- Rasulullah s.a.w juga pernah melihat Jibril dalam rupa asalnya yang mempunyai 600 sayap, yang apabila terbuka sehingga gelap ufuk. [HR Bukhari].
    ii- pernah datang berjumpa Rasulullah berupa seperti seorang sahabat yang tampan, bernama Dihyah bin al-Kalbi. [HR Bukhari].
    iii- berupa sebagai seorang lelaki tampan yang hitam rambutnya, amat putih dan bersih pakaiannya dalam hadis Iman, Islam & Ihsan. [HR Bukhari].
  5. Ayat 31- {\”Sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini), sesungguhnya penduduknya adalah orang-orang yang zalim\”.} – bila malaikat berikan khabar gembira kepada Ibrahim, dia tidak nyatakan sebabnya. Tetapi apabila beritahu mahu binasakan kaum Sadum itu dinyatakan sebabnya, kerana mereka kaum yang zalim. Inilah uslub al-Quran ulama\’ kata jika kita mahu hilangkan sesuatu bebda kena nyatakan sebabnya.
  6. Ayat 31- {dengan membawa berita yang mengembirakan} – apabila nabi Ibrahim a.s mendapat khabar gembira akan mendapat anak dia pun gembira. Kegembiraan ini tidak menafikan darjat kesempurnaan dan kedudukannya sebagai seorang nabi yang mulia dan manusia yang terpilih. Kerana itu adalah rezeki dari Allah s.w.t dan yang diharapkan dapat menyambung legasi perjuangan dakwah.
  7. Ayat 31 juga – sebagai kasih sayang Allah s.w.t kepada Ibrahim as. Diberikan khabar gembira dulu baru dinyatakan khabar tentang azab itu. Khabar gembira hanya diumumkan begitu sahaja tetapi dinyatakan sebab turunnya azab supaya jelas dan dapat diterima.
  8. Ayat 32- {Nabi Ibrahim berkata: \”Sebenarnya Lut ada di bandar itu\”.} – Ibrahim runsing ini kerana kebiasaanya azab apabila turun, semua penduduk yang ada akan kena, yang soleh atau yang tholeh.
    Hadis riwayat dari UM Zainab bt Jahsyi r.a, bahawa Nabi s.a.w datang kepadanya dengan gemetar sambil berkata: \”Laa ilaaha illallah, celakalah bangsa Arab kerana keburukan yang telah dekat, hari ini telah dibuka benteng Ya\’juj dan Ma\’juj seperti ini\”. Baginda memberi isyarat dengan mendekatkan telunjuknya dengan jari sebelahnya (iaitu ibu jari). Zainab binti Jahsy berkata, aku bertanya: \”Wahai Rasulullah, apakah kita akan binasa sedangkan di tengah-tengah kita banyak orang-orang yang soleh?\”. Baginda menjawab: \”Ya, benar jika keburukan telah merajalela\”. (HR Al-Bukhari & Muslim)
  9. Ayat 32- {Nabi Ibrahim berkata: \”Sebenarnya Lut ada di bandar itu\”.} – kata Qatadah rhm.: Begitulah sifat seorang mukmin itu menyayangi sesama mukmin dan cuba menolong dan menyelamatkan antara satu sama lain. Nabi Ibrahim bimbang jika nabi Lut a.s turut binasa dalam azab itu.
  10. Ayat 32- {..kecuali isterinya, ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan.} – isteri Lut a.s tidak buat fahisyah itu, tetapi dia kena juga azab bersama mereka? Ini kerana dia menjadi tali-barut dan menyokong maksiat mereka. Begitulah bagi orang yang bersekongkol dan membantu membantu manusia ke arah maksiat akan mempunyai saham juga dan dikira dosanya.

Tamatlah episod kisah tentang Nabi Lut a.s dalam surah ini.
Selepas ini kita akan dengar kisah Nabi Syu\’aib di Madyan insya\’ Allah.

Wallahu a\’alam.

Powered by BetterDocs