SURAH AL-KAHF : AYAT 1-8

\"\"

KAIFIAT MEMUJI ALLAH SAW, SIFAT DAN PERANAN AL-QURAN, 3 SYARAT AMALAN JADI SOLEH & GODAAN PERHIASAN DUNIA.

Full video: https://youtu.be/96aJtQL7NI0

MUQADDIMAH :

1- Surah ini membawa 4 kisah yang menunjukkan kepada pertembungan dunia dan akhirat.
i- Kisah ashab al-Kahf: Fitnah Agama (ayat 9-26)
2-Kisah Sohib al-jannatain: Fitnah Harta (ayat 32-46)
3-Kisah Nabi Musa & Khidir: Fitnah ilmu (ayat 60-82)
4-Kisah Zu al-Qarnain: Fitnah kekuasaan (ayat 83-98)
2. Antara 5 surah yang dimulai dengan lafaz “Alhamdulillah…” (Segala Pujian Tertentu BAgi Allah). 5 surah itu iial : Alfatihah, al-An’am, al-Kahfi, Saba’ dan al-Fathir, menunjukkan kesyukuran kepada Allah s.w.t dan sifat-sifatnya yang berhak disembah
3. Antara kelebihannya di sebut dalam hadis sesiapa yang membaca 10 ayat awal pertamanya akan selamat dari fitnah dajjal. Ada ulama\’ kata 10 terakhir, untuk selamat baca semua.
4. Ada juga hadis yang mengatakan sesiapa yang membacanya pada hari jumaat akan dicerahkan dadanya sehingga ke Jumaat yang akan datang.

AYAT 1 – {SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH YANG TELAH MENURUNKAN KEPADA HAMBANYA (MUHAMMAD), KITAB SUCI AL-QURAN, DAN TIDAK MENJADIKAN PADANYA SESUATU YANG BENGKOK (TERPESONG)} (AL-KAHFI 18:1)
1- Alhmdulillah – segala puji tertentu bagi Allah – Kita puji Allah s.w.t dengan segala sifatnya yang mulia, serta syukur atas segala nikmat-Nya yang zahir dan batin ke atas kita, nikmat Islam dan Iman, serta nikmat al-Quran yang diturunkan kepada Nabi s.a.w.
2- Allah, tuhan yang mana? Iaitu Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran. Allah s.w.t ajar dan jelaskan cara (kaifiat) memuji-Nya.
3- Firman Allah: {… dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)}. Maksudnya Allah s.w.t nafikan al-Quran dari segala sifat kecacataan, kekurangan dan keburukan. Tiada padanya yang cacat atau terpesong.
4- Allah s.w.t mengajar kita untuk memuji dan bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat yang telah diberikan. Serta menerangkan tentang sifat al-Quran yang penuh dengan kebenaran serta selamat dari segala penyelewengan dan kekurangan serta pengubahan.
5. Kaedah utama; Bersihkan dulu sesuatu/bekas daripada keburukan kemudian barulah diisi/ hiasi dengan kebaikan dan keelokan. Begitu juga untuk membersihkan hati, kosongkan dulu dari sifat mazmumah kemudian baru isi dengan sifat mahmudah dan amal soleh.

AYAT 2 – {(BAHKAN KEADAANNYA) TETAP BENAR LAGI MENJADI PENGAWAS TURUNNYA AL-QURAN UNTUK MEMBERI AMARAN (KEPADA ORANG-ORANG YANG INGKAR) DENGAN AZAB YANG SEBERAT-BERATNYA DARI SISI ALLAH, DAN MEMBERI BERITA GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN YANG MENGERJAKAN AMAL-AMAL SOLEH, BAHAWA MEREKA AKAN BEROLEH BALASAN YANG BAIK.} (AL-KAHFI 18:2).
1- Sifat al-Quran yang benar, lurus, jelas, selamat dan terjaga, dalam pengawasan Allah s.w.t dari penyelewengan dan ubah-suai.
2- Tugasnya: untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.}
3- Satu-satu amalan tidak akan menjadi soleh kecuali ada 3 syarat:
i- Bertepatan dengan apa yang dibawa oleh ajaran Rasulullah s.a.w.
ii- Pelakunya mesti ikhlas lillahi Ta’ala.
iii- Tapaknya wajib atas iman kepada Allah s.w.t.

AYAT 3 – {MEREKA TINGGAL TETAP DALAM (BALASAN YANG BAIK) ITU SELAMA-LAMANYA.} (AL-KAHFI 18:3)
1- Nikmat syurga tidak akan hilang kekal selama-lamanya.
2. Telah berjaya dan bahagialah mereka yang menjadi ahlinya.

AYAT 4 – {DAN JUGA AL-QURAN ITU MEMBERI AMARAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERKATA:\” ALLAH MEMPUNYAI ANAK\”.} (AL-KAHFI 18:4)
1- Allah s.w.t meberi amaran kepada golongan yang mengatakan bahawa Tuhan itu ada anak:
i- Kefahaman musyrikin Arab yang mengatakan malaikat anak tuhan,
ii- kristian kata Isa, iii- yahudi kata Uzair anak Tuhan.
2- Kita orang Islam mengatakan mereka semua itu hamba Allah s.w.t. Maha Suci Allah daripada segala apa yang mereka sangka dan sifatkan.

AYAT 5 – { (SEBENARNYA) MEREKA TIADA MEMPUNYAI SEBARANG PENGETAHUAN MENGENAINYA, DAN TIADA JUGA BAGI DATUK NENEK MEREKA; BESAR SUNGGUH PERKATAAN SYIRIK YANG KELUAR DARI MULUT MEREKA; MEREKA HANYA MENGATAKAN PERKARA YANG DUSTA.} (AL-KAHFI 18:5)
1- Sedangkan hakikatnya mereka serta datuk nenek mereka sebelum ini semua itu tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan tentang perkara ini.
2. Dakwaan mereka itu tiada asas dan tanpa ilmu, hanya rekaan pendustaan turun temurun.

AYAT 6 – {MAKA JANGAN-JANGAN PULA ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD), MEMBINASAKAN DIRIMU DISEBABKAN MENANGGUNG DUKACITA TERHADAP KESAN-KESAN PERBUATAN BURUK MEREKA, JIKA MEREKA ENGGAN BERIMAN KEPADA KETERANGAN AL-QURAN INI.} (AL-KAHFI 18:6)
1- Allah s.w.t menasihat Rasulullah s.a.w supaya jangan terlalu memikirkan akan akibat buruk yang akan menimpa umatnya, sehingga membinasakan dirinya dengan menanggung dukacita.
2- Semuanya adalah akibat mereka tidak mahu beriman,enggan menurut al-Quran, dan tidak menerima lansung dakwahnya.
3. Ini kerana tugas Baginda hanya berdakwah dan menyampaikan kebenaran, tugas mereka untuk menerimanya dengan hidayah dari Allah s.w.t.
4. Mazhab ahlul-Sunnah; Iman itu membenarkan dengan lidah DAN beramal dengan anggota badan. Bukan hanya dalam hati sahaja tetapi tiada manifesto keimanan dengan amal ibadat kepada Allah s.w.t.

AYAT 7 – {SESUNGGUHNYA KAMI TELAH JADIKAN APA YANG ADA DI MUKA BUMI SEBAGAI PERHIASAN BAGINYA, KERANA KAMI HENDAK MENGUJI MEREKA, SIAPAKAH DI ANTARANYA YANG LEBIH BAIK AMALNYA.} (AL-KAHFI 18:7)
1- Ayat ini untuk menenangkan hati Rasulullah s.a.w. agar jangan bersusah-hati.
2- Sebenarnya segala apa yang mereka dapat dari segala perhiasan dunia itu hanyalah sebagai ujian, untuk melihat siapakah yang beriman, yang bersyukur yang lebih baik amalannya.
3. Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya dunia adalah manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian sebagai khalifah di bumi. Maka Allah akan melihat apa yang kalian perbuat. Maka takutlah kepada dunia, dan takutlah kepada wanita.” (HR Muslim)

AYAT 8 – {DAN SESUNGGUHNYA KAMI AKAN JADIKAN APA YANG ADA DI BUMI ITU (PUNAH-RANAH) SEBAGAI TANAH YANG TANDUS.} (AL-KAHFI 18:8)
1- Semua yang ada di atas bumi ini tidak akan kekal, akan musnah dan binasa semuanya.
2. Yang kekal hanyalah keimanan dan amal-ibadat kita yang soleh.

PENUTUP & KESIMPULAN:
1- Maka ingatlah segala habuan dan nikmat dunia ini hanyalah sebagai ujian ke atas manusia. Gunakanlah nikmat yang ada untuk buat kebaikan.
2- Lihatlah segalanya dari sudut pandangan yang menginsafkan; jika lihat orang tua katakan dia lebih baik daripada kita kerana pasti amal ibadatnya lebih banyak daripada kita, jika lihat yang muda juga pasti dia lebih baik kerana dosa dan keburukannya pasti lebih sedikit daripada kita.
3- Ingatlah godaan dunia ini hanya sekejap dan kecil sahaja berbanding dengan apa yang kekal dan lebih besar di akhirat nanti dari segi balasan dan waktu.
4. Maka bahagialah orang yang mengejar akhirat tanpa cuai juga kepada urusan dunianya.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs