SURAH AL-HAJJ : AYAT 26-29

\"\"

NABI IBRAHIM A.S MEMBINA KAABAH, MENYERU MANUSIA DATANG MENGERJAKAN HAJI & MANFAAT HAJI DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Full video: https://youtu.be/Yg-N_YINuok

MUQADDIMAH :

  1. Pada siri ini kita akan mendengar kisah bagaimana nabi Ibrahim a.s diperintahkan untuk membina Ka\’bah dan seruan untuk manusia mengerjakan haji.
  2. Sinopsis kepada siri yang lepas kezaliman kafir Quraisy yang menyebabkan manusia dari memasuku Masjidil Haram. Peristiwa ini berlaku pada Tahun ke6 H.
  3. Rasulullah s.a.w dan rombongannya disekat dari memasuki Makkah pada tahun itu, apabila mereka sampai di Hudaibiyah. Rentetan kisah ini membawa kepada Perjanjian Hudaibiyah, yang masyhur dan membawa kemenangan kepada Islam.
  4. Antara isi perjanjian Hudaibiyah:
    i- Gencatan senjata selama 10 tahun.
    ii- Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
    iii- Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
    iv- Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
    v- Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
  5. Walaupun sekali pandang dari luarnya nampak perjanjian itu tidak seimbang, berat sebelah menguntungkan dan memihak kepentingan kaum Quraisy. Bahkan terdapat ramai juga para sahabat seperti Umar r.a merasa kecewa dengan sikap Rasulullah yang nampak berlembut kepada musuh.
  6. Umar bin Khathab RA yang masih bersempit hati menemui Rasulullah dan berkata \”Wahai Rasulullah, bukankah engkau utusan Allah?\” Beliau menjawab, \”Ya, benar.\” Umar bertanya lagi, \”Kalau begitu mengapa kita menerima kehinaan dalam agama kita?\” Rasulullah berkata, \”Aku ini hamba Allah dan utusan-Nya, aku tidak akan menyalahi perintah-Nya, dan Dia tidak akan menyia-nyiakan aku.\” Rasulullah menjelaskan bahawa perjanjian itu ialah bentuk kemenangan terbesar, lebih besar dari keadaan Perang Uhud dan Perang Khandaq. Bagaimana tidak, tanpa pertumpahan darah kaum Quraisy justru meminta berdamai dengan umat Islam. Secara tidak langsung, kaum Quraisy mengakui kekuatan umat Islam. Umat Islam pun berkata, \”Maha benar Allah dan Rasul-Nya, ini adalah kemenangan paling besar. Demi Allah, wahai Nabi Allah, kami tidak berpikir sebagaimana yang engkau pikirkan. Sungguh, engkau lebih tahu tentang Allah dan perintah-Nya daripada kami.\”
  7. Demi Allah selepas itu terbukti banyak keuntungan dan faedah yang diperolehi oleh Islam selepas perjanjian ini. Untuk keterangan lanjut boleh baca buku:
    http://www.dartaibah.com/…
  8. Kerana itu setiap dakwah yang benar dan sahih, mengikut al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w yang sahih, makin disekat makin melonjak naik insya\’Allah. Maka jangan runsinglah para pendakwah semua jika ada sedikit ujian d tentangan.

AYAT 26- {DAN (INGATKANLAH PERISTIWA) KETIKA KAMI TENTUKAN BAGI NABI IBRAHIM TEMPAT KAABAH (UNTUK MEMBINANYA, LALU KAMI BERFIRMAN KEPADANYA): \”JANGANLAH ENGKAU SEKUTUKAN SESUATU PUN DENGANKU, DAN BERSIHKANLAH RUMAHKU (KAABAH INI) BAGI ORANG-ORANG YANG TAWAF, DAN ORANG-ORANG YANG BERDIRI DAN YANG RUKUK SERTA YANG SUJUD (MENGERJAKAN SEMBAHYANG).} (AL-HAJJ 22:26)

  1. Allah s.w.t mengingtakan kepada kaum Quraisy akan pembinaan Ka\’bah oleh nabi Ibrahim a.s, iaitu Makkah itu sebagai asas dan tapak iman tauhid. Juga Makkah dulunya sebelum kedatangan Nabi Ibrahim untuk meninggalkan anaknya Ismail adalah tanah yang tandus dan kosong.
  2. Allah s.w.t juga mencela mereka yang berniat mahu melakukan \’ilhad\’ di Tanah Haram Makkah. Makna ilhad: melakukan syirik, kezaliman, maksiat, sebarang perbuatan yang dilarang dan menyeleweng daripada perintah Allah dan ajaran Nabi s.a.w adalah ilhad, juga orang yang menyeleweng dari memahami nama-nama (asma\’) Allah itu juga ilhad. Makkah mempunyai immunity-nya yang khas,
  3. Di mana selepas itu Allah s.w.t menyeru: {\”Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan-Ku, dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).}
  4. Yakni asas binaan Ka\’bah ini: (begitu juga masjid-masjid dalam Islam)
    i- atas dasar tauhid kepada Allah s.w.t.
    ii- atas dasar toharah & nazafah, iaitu jaga kebersihannya, zahir (kebersihan dari segi persekitaran, susunan dan pengurusan) dan batin (suci dari segi tauhid).

AYAT 27- {\”DAN SERUKANLAH UMAT MANUSIA UNTUK MENGERJAKAN IBADAT HAJI, NESCAYA MEREKA AKAN DATANG KE (RUMAH TUHAN) MU DENGAN BERJALAN KAKI, DAN DENGAN MENUNGGANG BERJENIS-JENIS UNTA YANG KURUS YANG DATANGNYA DARI BERBAGAI JALAN (DAN CERUK RANTAU) YANG JAUH.} (AL-HAJJ 22:27)

  1. selepas selesai membinanya, Allah s.w.t memerintahkan nabi Ibrahim a,s untuk menyeru manusia untuk datang mengerjakan haji.
  2. Kerana itu maknanyna Hajj- maknanya qasad – tuju khas, yakni manusia apabila keluar dari rumahnya dengan satu tujuan dan maksud yang khas iaitu untuk mengerjakan haji.
  3. Disebutkan bahawa Nabi Ibrahim berkata: \”Wahai Tuhanku, bagaimanakah saya menyampaikan seruan itu kepada manusia sedangkan suara saya tidak dapat mencapai mereka?\” Allah Subahanahu wa Ta\’ala berfirman, \”Serulah kamu, dan Akulah yg akan menyampaikannya.\”
    Maka Nabi Ibrahim berdiri di maqamnya. Menurut pendapat lain adalah di atas sebuah batu.
    Menurut pendapat yang lainnya di atas bukit Safa. Dan menurut pendapat yang lainnya lagi, bahawa Ibrahim menaiki bukit Abu Qubais lalu berseru, \”wahai manusia, sesungguhnya tuhan kalian telah membuat sebuah rumah (baitullah), maka berhajilah (berziarahlah) kelaian kepadanya.\”
    Menurut satu pendapat, setelah Nabi Ibrahim mengumandangkan seruan itu semua bukit dan gunung merendahkan dirinya sehingga suaranya mencapai seluruh permukaan bumi. Bayi-bayi yang masih di dalam rahim dan di tulang sulbi dapat mendengar seruannya. Dan segala sesuatu yang mendengar suaranya menjawabnya; baik batu-batuan, pohon-pohonan, dan lain sebagainya. di dengar pula oleh semua orang yang telah Allah catat bahawa ia akan mengerjakan haji sampai hari kiamat. Jawaban mereka, \”Labbaika Allahumma Labbaik (Kami penuhi seruan-Mu, ya Allah. Kami penuhi seruan-Mua, Ya Allah\”. Tafsir Ibni Katsir.
  • ADA YANG BERKATA: JIKA SAMBUT SEKALI SERUAN ITU, SEKALILAH KITA AKAN DAPAT PEGI HAJI, JIKA MENYAMBUTNYA BANYAK KALI: LABBAIK, LABBAIK, LABBAIK MAKA SEBANYAK ITULAH AKAN DAPAT REZEKI HAJINYA. WALLAHU A\’LAM.
  1. Kemudian manusia pun meyahut seruan nabi Ibrahim itu nescaya mereka akan datang dengan pelbagai cara dan kemudahan masing-masing. Ada yang berjalan kaki, dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus dan gemuk, datangnya pula dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
  2. Kemudian bertambah maju, naik kapal laut, kapal terbang dan lain-lain., bahkan ada juga yang naik motor dan basikal!!

AYAT 28- {\”SUPAYA MEREKA MENYAKSIKAN BERBAGAI PERKARA YANG MENDATANGKAN FAEDAH KEPADA MEREKA SERTA MEMPERINGATI DAN MENYEBUT NAMA ALLAH, PADA HARI-HARI YANG TERTENTU, KERANA PENGURNIAANNYA KEPADA MEREKA DENGAN BINATANG-BINATANG TERNAK (UNTUK DIJADIKAN KORBAN); DENGAN YANG DEMIKIAN MAKANLAH KAMU DARI (DAGING) BINATANG-BINATANG KORBAN ITU DAN BERILAH MAKAN KEPADA ORANG YANG SUSAH, YANG FAKIR MISKIN.} (AL-HAJJ 22:28)

  1. Kemudian Allah s.w.t menyatakan faedah haji;
    i- faedah akhirat- menunaikan rukun Islam yang ke5, menjalankan ibadat dan perintah Allah s.w.t.
    Rasulullah s.a.w bersabda: \”Sesiapa yang melakukan Ibadah Haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya.\” (Bukhari Muslim)
    Sabda Rasulullah s.a.w lagi, \”Dari umrah pertama hingga umrah yang kedua menjadi penebus dosa yang terjadi diantara keduanya,sedangkan haji yang mabrur (haji yang terima) itu tidak ada balasannya kecuali syurga.\” (Bukhari dan Muslim)
    ii- faedah dunia- juga tidak terbilang banyaknya, luas pengalaman, rehlah menyaksikan kebesaran Allah s.w.t, melihat negara lain, berkenalan persahabatan dan persaudaraan, boleh berniaga dan lain-lain manfaat dunia.
    2, Allah s.w.t juga memerintahkan untuk memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, iaitu pada hari Eid itu sendiri dan juga hari-hari Tasyrik 11,12, dan 13 Zulhijjah.
  2. Juga bersyukur kepada Allah s.w.t dengan kurniaan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban pada hari itu.
  3. Daging korban itu hendaklah dibahagikan kepada orang yang susah, yang fakir miskin sebagai satu sedekah juga sebagai hadiah kepada jiran tetangga dan sahabat handai yang tidak susah pula.

AYAT 29- {\”KEMUDIAN HENDAKLAH MEREKA MEMBERSIHKAN DIRINYA DAN HENDAKLAH MEREKA MENYEMPURNAKAN NAZAR-NAZARNYA, DAN HENDAKLAH MEREKA TAWAF AKAN BAITULLAH (KAABAH) YANG TUA SEJARAHNYA ITU\”.} (AL-HAJJ 22:29)

  1. Kemudian membersihkan diri selesai ibadat haji maksudnya membuka ihram, bila siap melontar dan tawaf atau mana-mana dua daripada rukun haji, dengan bercukur, memotong kuku dan lain-lain.
  2. Kemudian jika ada nazar, tunaikannya.
  3. Apabila selesai semua itu, hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah).
  4. Jika ikut tertib sunnah Rasulullah s.a.w ialah – selesai melontar, sembelih korban, bercukur kemudian berangkat ke Makkah untuk tawaf di Ka\’bah dan melakukan saei.
  5. Apakah maksud; rumah yang tua sejarahnya itu, ((بيت العتيق
    i- rumah yang paling tua dan lama binaannya.
    ii- Allah bebaskannya dari penguasa yang zalim.
    ii- rumah yang mulia.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:

  1. Setiap kita yang pergi haji dan umrah hendaklah menyahut seruan haji ini dengan sepenuh hati dan berniat untuk ibadat kepada Allah s.w.t.
  2. Kata ulama\’: Pergi berjalan kepada Allah (ibadat) dengan hati bukan semata-mata dengan kaki (fizikal sahaja). Jika tidak, tidak akan ada perubahan.
  3. Terikat hati dengan Ka\’bah insya\’ Allah.
  4. Wajib bersih dan suci dari kekotoran secara zahir dan dari syirik secara batin,
    Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs