SURAH AL-ISRA\’ : AYAT 70-72

\"\"

ANAK ADAM DIMULIAKAN OLEH ALLAH; KEADAAN MANUSIA BERSAMA KETUA MASING-MASING DAN REKOD AMALAN DI AKHIRAT.

Full video: https://youtu.be/VJFK4ZjOUrg

MUQADDIMAH :
1- Sebelum ini Allah s.w.t telah ungkitkan nikmat-Nya ke atas manusia di mana mereka mampu mengharungi lautan samada dengan kapal yang besar atau kecil.
2- Manusia itu apabila diuji dengan mara bahaya di lautan, mereka angkat tangan berdoa kepada Allah s.w.t, lupa kepada segala sembahan mereka yang lain.
3- Allah s.w.t memberi ancamana kepada orang kafir, bahawa walaupun mereka telah selamat di laut, belum tentu akan selamat dari bencana lain di atas daratan pula, seperti gempa bumi, kemarau, banjir dan lain-lain.
4- Allah s.w.t juga menerangkan bahawa manusia akan dimusnahkan dengan sebab mereka kufur nikmat.

5- Hari ini pula kita akan membincangkan tentang kemulian anak Adam secara ringkas dan pendek, insya’ Allah.

AYAT 70 – {DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MEMULIAKAN ANAK-ANAK ADAM; DAN KAMI TELAH BERI MEREKA MENGGUNAKAN BERBAGAI-BAGAI KENDERAAN DI DARAT DAN DI LAUT; DAN KAMI TELAH MEMBERIKAN REZEKI KEPADA MEREKA DARI BENDA-BENDA YANG BAIK-BAIK SERTA KAMI TELAH LEBIHKAN MEREKA DENGAN SELEBIH-LEBIHNYA ATAS BANYAK MAKHLUK-MAKHLUK YANG TELAH KAMI CIPTAKAN.} (AL-ISRAA\’ 17:70)

ANAK ADAM DIMULIAKAN OLEH ALLAH.

  1. Allah s.w.t telah memuliakan ((كرمنا anak Adam yakni manusia dengan kelebihan yang khas daripada makhluk lain, samada:
    Dari segi bentuk kejadian. أحسن التقويم
    ii- Pandai berkata-kata.
    iii- Berakal fikiran. Akal inilah yang membezakan manusia daripada makhluk yang lain, bukan sekadar ada otak. Sehingga mampu menguasai dunia.
    iv- Diberi kemudahan bergerak di darat, laut dan udara.
    v- Diberi pelbagai rezeki makan minum yang lazat dan pakaian yang baik dari bumi dan laut.
    vi- Permudahkan haiwan dan makhluk lain untuk kita guna serta kuasai.
    vii- Manusia makan dengan tangan, tangan kanan pula jika muslim.
    viii- Allah s.w.t muliakn kaum lelaki dengan janggut. Maka jangan cukur kecuali darurat. Perempuan pula dengan ekor cicak (rambut depan telinga).
    ix- Boleh menulis dan membaca.
    x- Bangkai manusia tidak najis.
    Allah s.w.t berikan kelebihan ini kepada manusia semuanya atas dunia ini samada yang beriman atau tidak. Maka sepatutnya manusia bersyukur akan segala nikmat ini dengan tauhid dan beribadat kepada-Nya.
  2. Allah s.w.t juga anugerahkan kepada manusia kenderaan di daratan, laut dan sekarang ini hatta di udara.
  3. Allah s.w.t juga rezekikan kepada manusia yang baik-baik, seperti makanan dan minuman yang baik, ada kata termasuk pakaian, pasangan, anak keturunan, tempat tinggal dan lain-lain.
  4. Akhirnya Allah sebut pula, Allah telah memberikan kelebihan(فضلنا) yang banyak kepada manusia berbanding dengan makhluk yang lain juga. Selebih-lebihnya; bererti terlalu banyak, tidak dapat dibilang.
  5. Beza kemuliaan (takrim) dan kelebihan (tafdhil); yakni jika keistimewaan dari sudut kejadian dan penampilan fizikal, manakala kelebihan pula dari segi mental (akal dan pemikiran.

AYAT 71 – {(INGATLAH) HARI KAMI MENYERU TIAP-TIAP KUMPULAN MANUSIA DENGAN NAMA IMAMNYA; KEMUDIAN SESIAPA DIBERIKAN KITABNYA DI TANGAN KANANNYA, MAKA MEREKA ITU AKAN MEMBACANYA (DENGAN SUKACITA), DAN MEREKA TIDAK DIKURANGKAN (PAHALA AMAL-AMALNYA YANG BAIK) SEDIKITPUN.} (AL-ISRAA\’ 17:71).

  1. Setelah sebut keistimewaan manusia di dunia, Allah s.w.t sebut pula kebaikan mereka di akhirat.
  2. Allah s.w.t berfirman: {Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya…}; ulama\’ kata imam itu maksudnya:
    i- apa yang kita ikut semasa di atas dunia ini. Seperti jika nabi dan guru mana yang diikuti.
    ii- pembimbing yang membawanya kepada kebaikan seperti para rasul dan guru-guru.
    iii- bermaksud anak keturunannya.
    iv- kitab amalan.
    v- kitab yang diturunkan kepada umat masing-masing semasa di dunia, seperti Taurat, Injil dan lain-lain.
    vi- dengan nama imamnya yang bermksud ketua atau bossnya yang diikuti selama ini di atas dunia.
    ** Dalil bahawa setiap orang akan dipanggil dengan nama dia dan bin bapanya bukan ibunya. Sabda Rasulullah s.a.w:
    إِنَّ الْغَادِرَ يُنْصَبُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فَيُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ
    Maksudnya: Sesungguhnya pengkhianat itu akan dipancang baginya bendera (sebagai balasan dihadapan orang ramai) pada hari kiamat. Lalu, diseru ke atasnya “Ini adalah pengkhianatan si fulan bin si fulan” [HR al-Bukhari].
  3. Ada ulama\’ berkata alangkah mulianya para ulama\’ hadis kerana imam mereka adalah Rasulullah s.a.w sendiri.
  4. Ayat ini menunjukkan semua akan ikut dipanggil bersama imam mereka walaupun tidak/kurang beramal. Kurang sikit keaiban. Maka carilah dan ikut orang yang boleh memberi kita ilmu yang benar dan menyelamatkan dari keaiban di akhirat nanti.
  5. Sesiapa yang mendapat surat catatan dengan tangan kanan, mereka akan membacanya dengan gembira. Inilah orang-orang yang beramal soleh.
  6. Suratan amalan yang akan kita baca di akhirat esok, kitalah penulisnya. Maka supaya kita gembira, tidak menyesal dan aib di akhirat esok, maka buatlah yang baik-baik agar dicatat yang baik-baik juga.
  7. Manakala orang yang jahat dan tidak beramal soleh pastilah sebaliknya, terima surat amalan dengan tangan kiri dan menakutkan. Sesal pun tiada guna lagi.

AYAT 72- {DAN (SEBALIKNYA) SESIAPA YANG BERADA DI DUNIA INI (DALAM KEADAAN) BUTA (MATAHATINYA), MAKA IA JUGA BUTA DI AKHIRAT DAN LEBIH SESAT LAGI JALANNYA.} (AL-ISRAA\’ 17:72).

  1. Sesiapa yang di atas dunia ini buta mata hatinya, tidak mahu melihat kebenaran, maka dia juga akan buta di akhirat nanti dan lebih sesat lagi keadaannya.
  2. Buta mata hati yakni ada mata, telinga dan akal tetapi tidak memikirkan kekuasaan Allah s.w.t dan jalan-jalan yang membawa kepada iman dan amal soleh.
    Maksud akan buta juga di akhirat kelak, yaknilah pastilah balasan yang gelap dan menakutkan juga bagi mereka nanti.

PENUTUP / KESIMPULAN :

  1. Takrim – Kemuliaan yang Allah s.w.t anugerahkan kepada kita begitu besar, maka wajib kita bersyukur dengan tauhid kepada Allah s.w.t dan beramal soleh.
  2. Tafdil – kelebihan akal ke atas makhluk lain juga adalah anugera Allah s.w.t, maka hendaklah kita beriman dan melihat kepada tanda-tanda kekuasan Allah s.w.t.
  3. Pahala dan dosa adalah ikut amalan yang kita buat. Maka sesiapa yang buta atas dunia dulu maka begitulah keadaannya di akhirat. Sesiapa yang celik semasa di dunia, cahaya dan kecerahan jugalah baginya di akhirat nanti, insya’ Allah.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs