SURAH AL-ANBIYA\’ : AYAT 89-91

\"\"

Kisah Ke 12-14: Kisah Nabi Zakaria Berdoa Mohon Anak, Kelahiran Nabi Yahya Dari Ibu Mandul Dan Keajaiban Maryam Melahirkan Isa & Jenis Doa Permohonan Dan Ibadah.


Full video: https://youtu.be/zeqfKw2p_28

MUQADDIMAH :

1. Susunan kisah dalam al-Quran ini Allah s.w.t letakkan dengan pelbagai isu, ada tentang politik, pemerintahan, ketenteraan, keluarga dan kemasyarakatan, serta sifat peribadi seseorang nabi itu.
2. Uslub pendekatan dakwah dan cara mereka pelbagai, tetapi asanya satu sahaja iaitu tauhid kepada Allah s.w.t.
3. Ayat kita hari ini kembali semula selepas kisah Nabi Yunus sebelum ini yang ajaib, masuk ke dalam perut ikan kemudian dengan selamatnya keluar daripada mulutnya juga.
4. Siri hari ini bermula dengan kisah ke-12 iaitu kisah Nabi Zakaria a.s dan kelahiran puteranya Yahya yang istimewa, oleh ibu yang mandul dan bapa yang lanjut usia.
5. Serta kisah yang lebih pelik lagi selepas itu, iaitu kelahiran Nabi Isa a.s yang lahir tanpa bapa terus.
6. Kisah tiga nabi ini hanya disebut secara ringkas dalam siri ini, kerana telah disebut dengan panjang dan detail dalam surah Aal-Imran dan Maryam sebelum ini.
7. Kita juga jumpa kisah doa hari ini, iaitu doa nabi Zakaria, dalam siri yang lepas kita telah lihat doa Nabi Ayub dan doa Nabi Yunus yang indah dan penuh dengan adab.
8. Tepat sekali dengan keadaan kita yang diuji dengan wabak dan keadaan negara yang tidak stabil, kita sangat mengharapkan doa para solihin dan ulama\’.

AYAT 89- {DAN (SEBUTKANLAH PERISTIWA) NABI ZAKARIA, KETIKA IA MERAYU KEPADA TUHANNYA DENGAN BERKATA: \”WAHAI TUHANKU! JANGANLAH ENGKAU BIARKAN DAKU SEORANG DIRI (DENGAN TIDAK MENINGGALKAN ZURIAT); DAN ENGKAULAH JUA SEBAIK-BAIK YANG MEWARISI\”.} (AL-ANBIYAA\’ 21:89)
1. Allah s.w.t memerintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk menyebut dan mengingati tentang kisah Nabi Zakaria a.s. yang berdoa agar dikurniakan zuriat di usia tuanya. Ada ulama\’ kata sudah 100 tahun umurnya pada masa ini.
2. Nabi Zakaria memohon seorang anak lelaki yang juga akan menjadi seorang nabi untuk menyempurnakan tugas-tugas dakwah sepeninggalannya.
3. Kerana dia tahu Allah-lah sebaik-baik yang akan mewarisi. Para nabi itu tidak meninggalakan harta pusaka kecuali ilmu dan ajaran agamanya.
4. Kesinambungan dari nabi Zakaria melihat keajaiban yang dikurniakan kepada Maryam (ibu nabi Isa) yang dijaganya di mihrab. Cerita panjang dalam surah Maryam bermula dari ayat 2.

AYAT 90- {MAKA KAMI PERKENANKAN DOANYA, DAN KAMI KURNIAKAN KEPADANYA (ANAKNYA) YAHYA, DAN KAMI PERELOKKAN KEADAAN ISTERINYA YANG MANDUL, (UNTUK MELAHIRKAN ANAK) BAGINYA. (KAMI LIMPAHKAN BERBAGAI IHSAN KEPADA RASUL-RASUL ITU IALAH KERANA) SESUNGGUHNYA MEREKA SENTIASA BERLUMBA-LUMBA DALAM MENGERJAKAN KEBAIKAN, DAN SENTIASA BERDOA KEPADA KAMI DENGAN PENUH HARAPAN SERTA GERUN TAKUT; DAN MEREKA PULA SENTIASA KHUSYUK (DAN TAAT) KEPADA KAMI.} (AL-ANBIYAA\’ 21:90)
1. Allah s.w.t memperkenankan doa Nabi Zakaria a.s ini dan dikurniakan seorang anak yang siap dinamakan oleh Allah s.w.t sebagai Yahya.
2. Allah s.w.t perelokkan keadaan isterinya yang mandul, bersedia untuk melahirkan anak baginya. Macamana Allah s.w.t lakukannya wallahu a’lam. Ada ulama\’ kata perbaiki akhlak dan sifatnya sesuai untuk menjadi ibu seorang nabi.
3. Rahsia kenapa Allah s.w.t segera perkenankan doa nabi Zakaria?? Puncannya:
i- Mereka berdua iaitu Nabi Zakaria dan isterinya sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan melakukan ketaatan. Yakni perbaiki diri kita sendiri. Auditlah diri sendiri sebelum sibuk dengan hal orang lain.
ii- Mereka juga sentiasa berdoa dengan penuh harapan; semangat dan yakin serta gerun takut kepada kemurkaan Allah s.w.t jika ada buat salah. رَغَبًا وَرَهَبًا
iii- Mereka juga sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Allah s.w.t.
4. Dalam doa nabi Zakaria ini, Allah s.w.t gambarkan cara dan adab berdoa yang sepatutnya;
i- penuh harapan; رَغَبًا semangat dan yakin Allah s.w.t akan terima dan kabulkan doa kita, berdoa dengan penuh hati. Allah s.w.t tidak akan terima doa dari hati yang lalai dan lagha.
ii- dalam keadaan gerun takut وَرَهَبًا kepada kemurkaan Allah s.w.t jika ada buat salah. Kita betul-betul inginkan kemaafan,keampunan dan rahmat Allah s.w.t kerana takut kepada azab-Nya.

AYAT 91- {DAN (SEBUTKANLAH PERISTIWA) PEREMPUAN YANG TELAH MENJAGA KEHORMATAN DAN KESUCIANNYA; LALU KAMI TIUPKAN PADANYA DARI ROH (CIPTAAN) KAMI, DAN KAMI JADIKAN DIA DAN ANAKNYA SEBAGAI SATU TANDA (YANG MENUNJUKKAN KEKUASAAN KAMI) BAGI UMAT MANUSIA.} (AL-ANBIYAA\’ 21:91)
1. Kemudian disebutkan pula kisah Maryam, perempuan suci yang menjaga maruah dan kehormatan dirinya. Maryam ini dia tidak minta tetapi Allah tentukan, Zakaria dia pinta dan Allah kabulkan.
2. Sayyidah Maryam didatangi malaikat yang Allah s.w.t hantar kepadanya dengan berupa sebagai seorang lelaki yang sempurna sifatnya.
3. Maka malaikat pun meniup ruhnya kepada Maryam lalu masuk ke dalam rahimnya, lalu hamillah Maryam. Ada kata ditiup melalui lubang /poket baju Maryam.
4. Semua ini untuk menunjukkan sebagai satu tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t bagi umat manusia.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:
1. Motivasi dari sudut kekeluargaan: Sesiapa saja kita, mesti ada seorang anak yang dapat mewarisi dalam bidang agama, yakni cari anak atau cucu yang bijak untuk belajar dan faqih dalam ilmu agama iaitu Ilmu akhirat, kalamullah yang diwarisi dari Rasulullah s.a.w.
2. Isteri nabi Zakaria mendapat kebaikan dengan sebab doa suaminya Nabi Zakaria. Maka motivasi untuk kita duduk bersama atau bersahabt dengan orang soleh, insya\’ Allah kita akan mendapat juga tempias doa dan amal kebaikannya.
3. Syarat berdoa mesti ada dua syarat ini:
i- dengan penuh harapan رَغَبًا harap dan yakin akan rahmat dan kebaikan Allah s.w.t.
ii- serta gerun takut وَرَهَبًا – munajat dengan suara yang perlahan dan takut serta malu.
4. Dalam hidup kita kena sentiasa berada dalam keadaan ini, kena seimbang antara takut dan harap.
5. Antara yang signifikan ialah doa sebelum tidur dan doa bangun tidur. Jangan liupa untuk membacanya setiap hari.
i- Doa sebelum tidur:
بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَمُوْتُ وَ اَحْيَا
Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah aku mati, dan aku hidup”. (HR.Bukhari dan Muslim).\\
ii- Doa bangun tidur
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ
Maksudnya: Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan kami (dengan bangun tidur) setelah mematikan kami (dengan tidur), dan hanya kepada-Nyalah kami akan dibangkitkan.
6. Doa ada dua kategori:
i- Doa meminta/permohonan- دعاء المسألة memohon sesuatu daripada Allah s.w.t.
ii- Doa ibadat – دعاء العبادة berdoa semata-mata sebagai ibadat seperti berzikir- tasbih dan tanzih kepada Allah s.w.t .
7. Contoh doa-doa para nabi a.s:
i- Secara direct seperti: Doa nabi Zakaria memohon terus dikurniakan seorang zuriat.
ii- Secara indirect, menyatakan khabar, seperti:
-Doa Nabi Ayub menyatakan keadaannya kena penyakit– bentuk khabar, tetapi mengandungi doa secara indirect untuk disembuhkan.
-Doa Nabi Yunus yang menyatakan penyesalan dan mengakui kesalahannya, tetapi mengandungi doa secara indirect untuk diselamatkan.
-Nabi Musa yang berdoa mengadu keadaannya keseorangan di Madyan, lalu Allah s.w.t menghantar keluarga Nabi Syuaib.
8. Maka keadaan kita hari ini boleh mengadu kepada Allah s.w.t akan keadaan bala yang menimpa kita ini, khabarkan dulu kemudian mintalah pertolongan Allah s.w.t untuk menghilangkan bala ini.
9. Anjuran dan cara tentang solat sunat gerhana bulan sempena gerhana bulan pada malam ini, 26hb Mei 2011. Boleh rujuk di FB Dr Abu Anas Madani: https://fb.watch/5JlYl9j81R/
10. Juga jangan lupa perbanyakkan istighfar dan sedekah.


Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs