SURAH MARYAM : AYAT 22-26

\"\"

MARYAM MENGANDUNG SETELAH DITIUP RUH OLEH MALAIKAT, MARYAM BERCITA-CITA KALAU MATI AWAL & PERISTIWA KELAHIRAN NABI ISA YANG AJAIB.

Full Video : https://youtu.be/ZI4pa5h1vCI

MUQADDIMAH :
1. Kisah sebelum ini bagaimana malaikat datang menemui Maryam untuk mengkhabarkan kepadanya tentang kurniaan seorang anak.
2. Kenapa malaikat kata begitu: {Ia berkata: \”Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci\”.}
i- Sebagai hikayah (penceritaan) maksudnya aku ini hanya utusan untuk menyampaikan berita kepadamu.
ii- Bila Jibril berkata begitu, aku ini hanya utusan tuhan, penyampai untuk meniup ruh Nabi Isa.
iii- Jibril berkata begitu kerana dia yang membawa berita dan maklumat kepada Maryam.
3. Maryam terkejut dan mempersoalkannya. Maksud kata-kata Maryam bahawa dia pernah disentuh maknanya dia tidak pernah berkahwin dan berlaku persetubuhan sebelum ini.
4. Malaikat menasihati Maryam supaya jangan panik, ini adalah kehendak Allah s.w.t dan untuk menjadikannya sebagai tanda kekuasaan-Nya.
5. Benda pelik dalam penciptaan atas dunia ini:
i- Adam manusia pertama dicipta daripada tanah, tiada ayah, tiada ibu.
ii- Hawa dicipta daripada Adam a.s (ada kata dari tulang rusuk), yakni ada bapa.
iii- Manakala Isa ibnu Maryam pula dilahir tanpa bapa tetapi ada ibu.
6. Kerana itulah Isa dinisbahkan kepada ibunya. Maka begitulah sepatutnya sesiapa yang tiada bapa dinisbahkan kepada ibunnya, jika ada bapa tak perlu la dibin/binti kepada ibu.
7. Dalam siri ini pula kita akan lihat perbincangan ulama\’ tentang tempoh Maryam hamil selepas ditiup ruh oleh malaikat.

AYAT 22- {MAKA MARYAM HAMILLAH MENGANDUNGNYA, LALU IA MEMENCILKAN DIRI DENGAN KANDUNGANNYA ITU KE SEBUAH TEMPAT YANG JAUH.} (MARYAM 19:22)
1. Maka malaikat pun meniup ruhnya kepada Maryam lalu masuk ke dalam rahimnya, lalu hamillah Maryam. Ada kata ditiup melalui lubang /poket baju Maryam.
2. Lalu dia pun memencilkan dirinya, membawa diri ke sebuah tempat yang jauh daripada orang ramai. Ulama\’ tafsir kata dia pergi ke Baitul-Laham (Bethlehem) dalam 10km dari Baitul-Maqdis. Masyhur sehingga sekarang sebagai tempat kelahiran Nabi Isa.
3. Ulama\’ berbincang tentang tempoh Maryam hamil dan ada dua pandangan:
i- Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Maryam bila ditiup ruh terus hamil dan tidak mengambil masa lama terus rasa nak bersalin. Satu perkara ajaib juga.
ii- Ibnu Kathir r.h.m pula berpendapat Maryam hamil seperti wanita biasa yang zahirnya.
** Sheikh Solah lebih cenderung kepada pandangan Ibnu Abbas, kerana semua kejadian ini adalah ajaib, dalam ayat al-Quran juga menyebut urutan peristiwa ini dengan perkataan “fa-maka” yang menunjukkan susunan yang cepat. Ditiup ruh, maka hamil, maka bawa diri, maka melahirkan anak. Yang paling tepat- wallahu a’lam.

AYAT 23- {(KETIKA IA HENDAK BERSALIN) MAKA SAKIT BERANAK ITU MEMAKSANYA (PERGI BERSANDAR) KE PANGKAL SEBATANG POHON TAMAR (KURMA); IA BERKATA ALANGKAH BAIKNYA KALAU AKU MATI SEBELUM INI DAN MENJADILAH AKU SESUATU YANG DILUPAKAN ORANG DAN TIDAK DIKENANG-KENANG!} (MARYAM 19:23)
1. Kemudian tibalah masa untuk bersalin, kesakitan itu membuatnya terpaksa bersandar ke pangkal sebatang pokok tamar yang sudah mati, seolah tunggul.
2. Apabila terlalu sakit, terkeluar kata-kata ini dari mulut Maryam: {… alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!}
3. Ini hanya satu keluhan ketika terlalu sakit, bukan menyesali takdirnya. Juga kerana dia takut dia tidak akan dapat bersabar menghadapi lain-lain ujian yang lebih besar selepas kelahiran anak itu serta akan menjadi sebutan orang ramai.

AYAT 24- {LALU IA DISERU DARI SEBELAH BAWAHNYA:\” JANGANLAH ENGKAU BERDUKACITA (WAHAI MARYAM), SESUNGGUHNYA TUHANMU TELAH MENJADIKAN DI BAWAHMU SEBATANG ANAK SUNGAI.} (MARYAM 19:24)
1. Tiba-tiba terdengar suara memanggilnya dari bawahnya, yakni sudah keluar bayinya. Dikatakan yang bercakap ini adalah bayi yang baru lahir itu, bukan malaikat.
2. Memberitahunya supaya jangan bersedih dan berdukacita, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Yakni untuk digunakan airnya, sebagai minuman atau untuk membasuh bayi, sedangkan sebelum ini tiada pun.

AYAT 25- {DAN GEGARLAH KE ARAHMU BATANG POHON TAMAR ITU, SUPAYA GUGUR KEPADAMU BUAH TAMAR YANG MASAK.} (MARYAM 19:25).
1. Dia juga menyuruh Maryam menggegar pokok tamar mati yang disandarinya itu. Rupanya pokok itu telah menjadi hidup semula dan berbuah!!
2. Maka gugurlah buahnya, tamar masak yang segar dan lazat tanpa rosak dan pecah.
3. Semua ini adalah keajaiban, kerana sebelum ini tiada sungai dan pokok tamar yang berbuah di Baitul-Laham itu.

AYAT 26- {\”MAKA MAKANLAH DAN MINUMLAH SERTA BERTENANGLAH HATI DARI SEGALA YANG MERUNSINGKAN. KEMUDIAN KALAU ENGKAU MELIHAT SESEORANG MANUSIA, MAKA KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA AKU BERNAZAR DIAM MEMBISU KERANA (ALLAH) AR-RAHMAN; (SETELAH AKU MENYATAKAN YANG DEMIKIAN) MAKA AKU TIDAK AKAN BERKATA-KATA KEPADA SESIAPAPUN DARI KALANGAN MANUSIA PADA HARI INI\”.} (MARYAM 19:26)
1. Maka makan dan minumlah wahai Maryam, serta bertenanglah, jangan runsingkan hati lagi.
2. Isa juga terus menasihati ibunya jika bertemu orang ramai bila balik ke kampung nanti, maka katakanlah: {…Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini\”.}
3- Yakni Maryam diperintahkan supaya diam membisu jika berdepan dengan orang ramai yang pasti akan mempersoalkan keadaannya itu. Ini untuk mengelakkan bersoal jawab dengan orang yang celupar mulutnya dan perdebatan yang tidak sepatutny,a yang akan menambahkan kekeliruan. Perintah ini hanya khas untuk Maryam, bukan untuk perempuan lain yang dapat anak tanpa bapa, الله المستعان
4. Hanya diwakilkan kepada anaknya yang masih bayi itu untuk bercakap dan menjawab pertanyaan orang ramai nanti. Selepas mendengar perintah ini, Maryam pun mendapat kekuatan untuk kembali semula membawa anaknya kepada kaumnya.
5. Kita akan lihat ceritanya dalam ayat yang seterusnya insya\’ Allah.

BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
1. Dalam ayat 25 apabila Maryam disuruh untuk menggegarkan (goncang) batang pokok tamar itu sehingga gugur buahnya; menunjukkan Allah s.w.t mengajar kepada manusia untuk berusaha mencari rezeki walaupun telah ditetapkan rezeki masing-masing. Setiap rezeki mesti ada sebab dan usaha untuk menadapatkannya, bukan tunggu datang ke riba atau mulut. Sedangkan boleh saja Allah membawa terus tamar itu kepada Maryam.
tepat sekali kaedah; Usaha tidak menafikan tawakkal.
2. Allah juga mengajar agar kita diam, iaitu berpuasa daripada bercakap jika tidak mahu melayan perdebatan yang tidak memberi faedah. Sebagaimana Maryam diajar supaya diam untuk menutup pintu perdebatan dan tuduhan.
3. Diam atau tidak menjawab tuduhan orang bodoh/berniat jahat adalah jawapan kepadanya.
4. Kenapa Maryam terfikir untuk mati awal? Kerana dia tidak mahu menjadi orang yang masyhur dan menjadi tumpuan orang ramai. Ini kerana Maryam berfikir daripada sudut agama, kerana sebagai seorang abidah yang beibadat di masjid, kejadiannya itu boleh menjadi fitnah kepada agama.
Yakni boleh kita minta mati jika takut menjadi fitnah kepada agama.
5. Mengikut pandangan ahli perubatan, rutab (tamar segar/separuh masak) sangat memberi faedah dan berkhasiat kepada wanita yang baru bersalin.
6. Beza antara tamar dan rutab:-
i- Rutab dikira sebagai buah-buahan.
ii- Manakala tamar tergolong dalam makanan dan boleh disimpan lama. Kerana itu ia dikenakan zakat.
7. Antara karamah & keistimewaan Maryam yang diberikan oleh Allah s.w.t:
i- Kekuatan untuk menggegarkan batang tamar yang besar dan kukuh itu.
ii- Gugur rutab, buah tamar segar dalam keadaan baik dan tidak rosak.
iii- Bayinya yang baru dilahirkan boleh bercakap.
8. Beza antara soalan Maryam dan Zakaria:
i- Zakaria tanya: Bagaimana aku akan mendapat anak?
أَنَّى يَكُونُ لِي غُلَامٌ
Jawapannya juga berbeza: قَالَ كَذَلِكَ قَالَ رَبُّكَ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ [Maryam: 8]
Maksudnya: { Tuhanmu berfirman; \”Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun.\”}
ii- Maryam tanya: Macamana aku akan melahirkan anak sebagaimana ibu-ibu lain sedangkan aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?
قَالَتْ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ [Maryam: 9]
Jawapannya juga berbeza:قَالَ كَذَلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ [Aal-Imran: 47].
Maksudnya: { Allah berfirman; \”Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau \’, lalu menjadilah ia.\”} {Aal-Imran: 47].
9. Nama Maryam dan Isa bukan berasal daripada perkataan Arab.
10. Insya\’ Allah kita akan lihat kisah seterusnya macamana Maryam membawa balik anaknya nanti.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs