SURAH AL-HAJJ : AYAT 15-18

\"\"

GOLONGAN YANG PUTUS ASA DARI PERTOLONGAN ALLAH KEPADA RASUL-NYA, 6 KUMPULAN YANG DIPUTUSKAN HUKUMAN & SEMUA MAKHLUK SUJUD KEPADA ALLAH S.W.T.

Full video: https://youtu.be/g2mdLOGpqnA

MUQADDIMAH :

  1. Sebelum ini disebut tentang orang yang membantah tentang Allah s.w.t dan agama tanpa ilmu dan hujjah yang benar, semata-mata ikut nafsu dan syaitan.
  2. Kemudian kumpulan kedua yang tiada pendirian tetap, ikut arus yang mana boleh bawa habuan dan keuntungan dunia dan maka disitulah dia akan ikut.
  3. Kemudian golongan ketiga iaitu mereka yang beriman dan akan berjaya di akhirat kelak.
  4. Allah s.w.t juga sebut tentang bahawa sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukan-Nya dan tiada siapa yang dapat menghalang-Nya.
    5- Iradah- kehendak Allah s.w.t itu ada dua:
    i- Iradah Kauniyyah; apa yang Allah s.w.t mahu atas dunia ini akan berlaku ikut kehendak-Nya. ارادة كونية
    ii- Iradah Syari\’yyah. Kehendak Syara\’ iaitu Allah s.w.t mahu semua manusia ini beriman kepada-Nya. ارادة شرعية
  5. Kemudian pada siri ini kita akan melihat golongan yang buruk sangka bahawa Allah s.w.t tidak akan menolong rasul-nya Nabi Muhammad s.a.w dan membiarkannya. Mereka ini Allah kata patut mati bunuh diri.

AYAT 15- {SESIAPA YANG MENYANGKA BAHAWA ALLAH TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENOLONG NABI MUHAMMAD DALAM DUNIA INI DAN DI AKHIRAT KELAK, MAKA HENDAKLAH IA MENGHULURKAN TALI (SERTA MENGIKATNYA) DI BUMBONG RUMAHNYA, KEMUDIAN HENDAKLAH IA MENJERUT LEHERNYA (SUPAYA IA MATI TERCEKEK); DALAM PADA ITU HENDAKLAH IA MEMIKIRKAN LEBIH DAHULU, ADAKAH TIPU DAYANYA ITU DAPAT MENGHAPUSKAN SEBAB-SEBAB YANG MENIMBULKAN KEMARAHANNYA?} (AL-HAJJ 22:15)

  1. Allah s.w.t mengecam dan memberi amaran keras terhadap golongan yang menyangka bahawa Allah s.w.t tidak akan menolong Rasulullah s.a.w. Ini kerana mereka lihat ketika mereka menzalimi dan mengejek Baginda tidak terus berlaku apa-apa.
  2. Allah s.w.t pasti akan menolong Baginda atas dunia ini untuk menyampai dan mengembangkan dakwahnya; dan akan memberi sebesar-besar kemulian di akhirat kelak.
  3. Jika begini kepercayaan mereka, tiada guna lagi mereka hidup, Allah mencabar mereka untuk membunuh diri sendiri dengan menggantungkan leher mereka.
  4. Antara cara untuk menguatkan iman ketika rasa lemah apabila teruji ialah dengan – tadabbur al-Quran. Ambil pengajaran dan kekuatan dari kisah-kisah yang diceritakan.
    Lihatlah bagaimana nabi-nabi Allah diuji kemudian diberi pertolongan dan jalan keluar.
    Contoh: Nabi Musa a.s dan kaumnya yang menemui jalan mati di hadapan Laut Merah, sedangkan di belakang mereka tentera Firaun. Lalu Allah s.w.t hantar bantuan yang tidak disangka. Allahu Akbar lihatlah apa yang terjadi!!

AYAT 16- {DAN DEMIKIANLAH PULA KAMI MENURUNKAN AL-QURAN ITU SEBAGAI AYAT-AYAT KETERANGAN YANG JELAS NYATA; DAN SESUNGGUHNYA ALLAH MEMBERI HIDAYAH PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA (MENURUT PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG-NYA).} (AL-HAJJ 22:16)

  1. Lihatlah kepada ayat-ayat al-Quran yang telah Allah s.w.t turunkan sebelum ini. Segalanya mengandungi keterangan yang jelas, ibrah, iktibar dan pengajaran yang mencukupi bagi yang mendapat petunjuk.
  2. Ayat-ayat al-Quran itu sangat jelas untuk difahami, jika ada yang perlu huraian dan penjelasan, yakni jika kita tidak berapa faham, para ulama\’ tafsir dan al-Quran yang muktabar telah banyak menolong orang muslimin untuk memudahkan kefahaman mereka dalam al-Quran dan berhukum dengannya.

AYAT 17- {BAHAWASANYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DAN ORANG-ORANG YAHUDI, DAN ORANG-ORANG SAABIEIN, DAN ORANG-ORANG NASRANI, DAN ORANG-ORANG MAJUSI, SERTA ORANG-ORANG MUSYRIK, SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MEMUTUSKAN HUKUMNYA DI ANTARA MEREKA PADA HARI KIAMAT, KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MEMERHATI DAN MENYAKSIKAN TIAP-TIAP SESUATU.} (AL-HAJJ 22:17)

  1. Ayat ini menyatakan tentang enam kumpulan golongan manusia di atas dunia ini iaitu:
    i- orang-orang yang beriman
    ii- orang-orang Yahudi, penerima kitab Taurat.
    iii- dan orang-orang Saabiein, iaitu orang yang bertukar/pindah agama.
    iv- dan orang-orang Nasrani, iaitu Kristian. Asal ahli Kitab Injil.
    v- dan orang-orang Majusi, penyembah api. (bukan ahlul Kitab)
    vi- serta orang-orang Musyrik, penyembah apa saja selain Allah s.w.t.
  2. Allah s.w.t akan akan memutuskan hukum-Nya di antara mereka pada hari kiamat, yakni akan memberi kebenaran kepada golongan yang beriman dan membalas mereka dengan kebaikan; serta membalas sebaliknya kepada mereka yang kufur dan syirik serta ingkar dan sesat itu.
  3. Sesungguhnya Allah sentiasa Memerhati dan Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

AYAT 18- {TIDAKKAH ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI TUNDUK SUJUD KEPADA ALLAH DAN (DI ANTARANYA TERMASUKLAH) MATAHARI DAN BULAN, DAN BINTANG-BINTANG, DAN GUNUNG-GANANG, DAN POKOK-POKOK KAYU, DAN BINATANG-BINATANG, SERTA SEBAHAGIAN BESAR DARI MANUSIA? DAN BANYAK PULA (DI ANTARA MANUSIA) YANG BERHAK DITIMPA AZAB (DISEBABKAN KEKUFURANNYA DAN MAKSIATNYA); DAN (INGATLAH) SESIAPA YANG DIHINAKAN OLEH ALLAH MAKA IA TIDAK AKAN BEROLEH SESIAPAPUN YANG DAPAT MEMULIAKANNYA. SESUNGGUHNYA ALLAH TETAP MELAKUKAN APA YANG DIRANCANGKANNYA.} (AL-HAJJ 22:18)

  1. Tidakkah kamu mengetahui bahawa segala makhluk yang ada di langit dan di bumi, semuanya tunduk taat, sujud kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa!
  2. Ini termasuklah secara khusus apa yang pernah disembah oleh orang-orang kafir seperti matahari dan bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta ramai dari kalangan manusia yang sujud kepada Allah s.w.t dengan taat dan ikhlas.
    Hadis Rasulullah s.a.w bertanya kepada Abu Zar r.a tentang matahari;
    Dari Abu Zar r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda kepada saya waktu matahari terbenam: \”Tahukah engkau ke mana ia pergi?\” Kata saya: \”Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu!\” Baginda bersabda: \”Matahari itu pergi sehingga ia sujud di bawah \’Arasy, lalu ia minta izin dan diberi izin (untuk naik dari Timur). Dan hampir ia sujud, maka tiada diterima dan ia minta izin dan tiada diizinkan (yakni bila tiba Kiamat, disuruh keluar dari Barat)\”. Dikatakan kepadanya: \”Kembalilah ke tempat dari mana engkau datang!\” Lalu ia terbit lagi sesudah terbenam. Maka itulah ertinya firman Tuhan: \”Dan matahari itu berjalan dipaksinya yang tertentu, demikian itu kehendak Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Tahu\”. (Surat Ya Sin, 38). [HR Bukhari].
  3. Kecuali dua kumpulan yang tidak mahu sujud kepada Allah s.w.t dan mengakui Rasulullah s.a.w itu nabi, iaitu kumpulan yang derhaka dari kumpulan jin dan manusia.
    Hadis Rasulullah s.a.w.
  4. Maka manusia dan jin begini yang berhak ditimpakan azab kerana kekufuran dan keingkaran mereka.
  5. Maka ingatlah sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh kemuliaan daripada sesiapapun di atas dan ini apatah lagi di all kelak.
  6. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:

  1. Kita berdoa semoga Allah s.w.t mengurniakan kepada kita keimanan yang teguh dan istiqomah atas agama.
  2. Kenapa manusia itu berhak dihina dan ditimpa azab?
    Para ulama\’ berkata: Maksiatlah punca seseorang manusia itu jatuh dan hina dihadapan Allah s.w.t.
  3. Walaupun kita nampak mereka kaya, senang dan mewah atas dunia ini, itu bukan tanda mereka dimuliakan Allah, bahkan sebagai satu istidraj.
  4. Kata al-Hasan al-Basri: Orang-orang yang berani melakukan maksiat, Allah hinakan mereka dengan biarkan mereka terus hanyut dalam kesesatan itu, jika Allah sayang dan muliakan mereka pasti Allah s.w.t akan selamatkan mereka daripada maksiat. Apabila Allah s.w.t telah hinakan seseorang itu tiada manusia lain yang dapat memuliakannya.
    Ya Allah selamatkan kami dan jangan Engkau hinakan kami.

Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs