SURAH AL-MU\’MINUN : AYAT 105-111

\"\"

AHLI NERAKA BERHUJJAH DENGAN TAQDIR, MEREKA MENGAKU SESAT IKUT NAFSU & SUKA PERLI TERHADAP ORANG MUKMIN.

Full video : https://youtu.be/Yib6knMbdHQ

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri lepas diceritakan tentang hari pengadilan dan timbangan amalan yang baik dan buruk.
  2. Kemudian orang yang ringan timbangan amalan baiknya, mereka dimasukkan ke neraka mendapat siksaan yang dahsyat di dalamnya.
  3. Dalam siri ini pula Allah s.w.t menyambung kisah mereka, di mana ahli neraka ditanya dan mereka bersoal-jawab.
  4. Ahli neraka kemudiannya berhujjah menggunakan alasan taqdir yang menyebabkan mereka menjadi golongan yang celaka.
  5. Mereka mengakui kesalahan mereka yang mengikut hawa nafsu dan kejahatan itu bertambah lagi dengan mereka mempermain-mainkan orang yang beriman.

AYAT 105- {(SAMBIL DIKATAKAN KEPADA MEREKA): \”BUKANKAH AYAT-AYATKU SELALU DIBACAKAN KEPADA KAMU, LALU KAMU TERUS-MENERUS MENDUSTAKANNYA?\”} (AL-MU\’MINUUN 23:105)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t menceritakan perihal ahli neraka yang ditanya tentang ayat-ayat al-Quran dan dakwah yang telah dibacakan dan diberitahu kepada mereka dulu, yang mana mereka terus mendustakannya.

AYAT 106- {MEREKA MENJAWAB: \”WAHAI TUHAN KAMI, KAMI TELAH DIKALAHKAN OLEH SEBAB-SEBAB KECELAKAAN KAMI, DAN DENGAN ITU MENJADILAH KAMI KAUM YANG SESAT.} (AL-MU\’MINUUN 23:106)

  1. Ahli neraka memberi jawapan dan berhujjah mengatakan bahawa mereka telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t untuk menjadi orang-orang yang celaka sejak dari awal lagi.
  2. Maka mereka tetap tidak mendapat petunjuk dan hidayah semasa di dunia, lalu menjadi golongan yang sesat untuk merealisasikan taqdir Allah s.w.t itu!!!!

AYAT 107- {\”WAHAI TUHAN KAMI, KELUARKANLAH KAMI DARI NERAKA INI (SERTA KEMBALIKANLAH KAMI KE DUNIA); SETELAH ITU KALAU KAMI KEMBALI LAGI (MENGERJAKAN KUFUR DAN MAKSIAT), MAKA SESUNGGUHNYA KAMI ORANG-ORANG YANG ZALIM.\”} (AL-MU\’MINUUN 23:107)

  1. Lalu mereka mengambil peluang ini untuk merayu agar dikeluarkan dari neraka dan minta dihidupkan balik di atas dunia.Kata ulama\’ ini permintaan mereka kali kedua untuk hidup semula, yang pertama semasa melihat kematian.
  2. Mereka mahu hidup kembali untuk mengerjakan amal soleh dan kebaikan, serta berjanji kepada Allah jika mereka kufur juga sekali ini maka berhak diazab semula.

AYAT 108- {(ALLAH) BERFIRMAN: \”DIAMLAH KAMU DENGAN KEHINAAN DI DALAM NERAKA, DAN JANGANLAH KAMU BERKATA-KATA (MEMOHON SESUATUPUN) KEPADAKU!} (AL-MU\’MINUUN 23:108)

  1. Lalu Allah s.w.t berfirman kepada mereka agar diam jangan memohon apa-apa lgi, serta teruslah berada dalam siksaan dan kehinaan ini.
  2. Tiada harapan lagi bagi mereka untuk kembali hidup!! Tidak sekali-kali!

AYAT 109- {\”SESUNGGUHNYA ADA SEPUAK DIRI HAMBA-HAMBAKU (DI DUNIA DAHULU) MEMOHON KEPADAKU DENGAN BERKATA: ` WAHAI TUHAN KAMI, KAMI TELAH BERIMAN; OLEH ITU AMPUNKANLAH DOSA KAMI SERTA BERILAH RAHMAT KEPADA KAMI, DAN SEMEMANGNYA ENGKAULAH JUA SEBAIK-BAIK PEMBERI RAHMAT \’.} (AL-MU\’MINUUN 23:109)

  1. Kemudian Allah s.w.t ceritakan pula tentang sekumpulan orang beriman yang dianiyai semasa di atas dunia lalu mereka berdoa.
  2. Inilah doa orang-orang yang soleh:
    {رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ} [المؤمنون: 109]
    `Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat \’.
  3. Kita pun berdoalah dengan doa ini, minta keampunan Allah s.w.t dan rahmat-Nya, maka cukuplah untuk keselamatan dunia dan akhirat.

AYAT 110- {\”MAKA KAMU JADIKAN MEREKA EJEK-EJEKAN SEHINGGA EJEK-EJEKAN KAMU KEPADA MEREKA MENYEBABKAN KAMU LUPA MENGINGATI BALASANKU, DAN KAMU PULA SENTIASA TERTAWAKAN MEREKA.} (AL-MU\’MINUUN 23:110)

  1. Disebutkan bagaimanasSemasa di dunia ini kaum kafir itu sentiasa mengejek, menghina dan menjadikan orang-orang mukmin dan orang soleh sebagai bahan ketawa.
  2. Maka tak perlulah kamu merayu minta dihidupkan kemballi untuk buat baik kononnya, kerana dulu perbuatan jahatmu membuatakan kamu lupa mengingati balasan-Ku.
  3. Perbuatan mengejek mereka ini juga Allah s.w.t jelaskan dalam firman-Nya ini:
    {Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya). Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira; Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: \”Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!\” Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu! Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu. Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).}
    (Al-Mutaffifiin: 29-35)

AYAT 111- {\”SESUNGGUHNYA AKU MEMBALAS MEREKA PADA HARI INI (DENGAN SEBAIK-BAIK BALASAN) DISEBABKAN KESABARAN MEREKA; SESUNGGUHNYA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA\”.} (AL-MU\’MINUUN 23:111)

  1. Lalu pada hari akhirat Allah membalas mereka yang beriman dan teraniayai ini dengan sebaik-baik balasan atas kesabaran mereka.
  2. Mereka itulah orang yang berjaya, mendapat balasan syurga dan nikmatnya.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:

  1. Mengapa amalan orang kafir ditimbang juga sedangkan mereka tidak beriman dan amalan baik jika Adapun tiada nilai di sisi Allah, hanya akan menjadi debu yang berterbangan?
  2. Ulama\’ mempunyai beberapa pendapat tentang ini;
    i- Ada yang berkata antaranya Imam Malik rhm.- ditimbang segalanya supaya mereka si kafir dapat melihat neraca keadilan Allah s.w.t. serta agar mereka tahu apa yang nampak berat di dunia itu, di sisi Allah tiada nilainya, tidak dikira kerana mereka tidak beriman dan buat semuanya bukan ikhlas kerana Allah s.w.t.
    ii- manakala bagi amalan orang mukmin, apa yang nampak ringan di dunia dulu, amat berat dan bernilai di akhirat kelak, contohnya zikir 2 kalimah dan 4 kalimah.
  3. Dalam ayat ini mengumpulkan sikap orang mukmin yang hakiki iaitu beriman dan beramal soleh. Iman itu cahaya dalam hati dan akan terpancar pada anggota dengan melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah s.w.t.
  4. Ulama\’ berkata antara doa untuk tawasul kepada Allah s.w.t adalah dengan menyebut amal soleh dan kebaikan yang telah dilakukan.
  5. Tawasul inilah yang di Syariahkan iaitu bertawassul dengan menyebut keimanan dan amal soleh seseorang.
  6. Manakala tawassul cara yang lain adalah khilaf di kalangan ulama\’ serta ada yang memang tidak betul, maka kita tinggalkan yang khilaf dan ambil yang jelas yang sahih.
  7. Bertawassul dengan amal soleh dan ini tepat sebagaimana sabda Nabi SAW dari Ibnu Umar R.Anhuma yang mengisahkan tiga orang pemuda yang terperangkap di dalam gua dan kemudian setiap dari mereka bertawassul dengan amal soleh masing-masing dan akhirnya Allah S.W.T menyelamatkan mereka. [HR Imam Bukari].
  8. Mengapa penghuni neraka meminta juga untuk keluar darinya walaupun mereka tahu kesalahan dan hukuman mereka yang kekal? Ulama\’ kata- ini kerana mereka saja mencuba nasib.
  9. Azab ke atas orang kafie ini ada dua jenis:
    i- azab penyiksaan dari sudut jiwa/mental. Seperti herdikan dan ungkitan akan perbuatan jahat mereka.
    ii- azab fizikal ke atas tubuh badan. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang ini. Firman Allah s.w.t: {..orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!} (Muhammad 47:15)
  10. Ayat 110 – Allah beri peringatan dan sebagai amaran jangan menghina dan memerli orang miskin dan susah. TETAPI dalam masa yang sama orang miskin itu juga mesti memperbaiki diri mereka untuk dunia dan akhirat: jangan jadi miskin dunia & miskin akhirat.

Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs