Surah Al-Nahl : Ayat 78-83

\"\"

Nikmat telinga, mata dan hati, Keajaiban alam burung, Nikmat kegunaan kulit dan bulu haiwan, Nikmat bayang dan gua tempat berteduh.
Catatan Live Pagi Rabu 05 Rajab 1442H = 16/02/2021 Selepas Subuh Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (14) Ayat [78-83]
Full video:
https://fb.watch/3LwEwDK8jt/

MUQADDIMAH:
Allah s.w.t menyebut beberapa nikmat lagi yang dianugerahkan kepada manusia.
1. Nikmat pandangan dan penglihatan.
2. Lalu Allah s.w.t menyuruh kita mendongak pandang ke langit lihat kepada burung-burung yang berterbangan,
3. kemudian kepada alat-alat kegunaan di rumah kita, rumah dan khemah tempat kediaman,
4. kemudian pula ke bukit-bukau, bayang-bayang dan gua-gua sebagai tempat perlindungan dan pelbagainya.
5. Sebelum ini juga telah disebut nikmat-nikmat yang banyak kemudian
6. Allah s.w.t sebut tentang Kiamat yang akan datang secara tiba-tiba,
7. kamu dulu tiada kemudian ada, kemudian mati kemudian akan dibangkitkan pula.

A) Nikmat telinga, mata dan hati,
*Ayat 78: {Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.} (Al-Nahl 16:78)
1. Asal kejadian manusia lemah dan jahil, tidak mampu berbuat apa hanya tahu menangis.
2. Kemudian Allah s.w.t kurniakan kita pancaindera seperti pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran), semua itu supaya kamu bersyukur.
3. Cara bersyukur adalah dengan melihat kepada dalil tanda kekuasaan Allah s.w.t supaya kita bersyukur.

Tadabbur; kenapa Allah s.w.t sebut pendengaran dulu baru penglihatan?
1. Kerana bayi-bayi itu dengar dulu baru lihat. Hatta janin di dalam perutpun Allah ciptakan pendengaran dulu.
2. Kerana pendengaran lebih kuat fungsi dan kegunaannya lebih kuat.
Contoh brapa ramai alim ulama bahkan mufti2 negara besar yang buta matanya tetapi masya’ Allah begitu alim dan berkemampuan.
3. Telinga boleh berfungsi mendengar dalam pelbagai keadaan berbanding dengan mata.

B) Keajaiban alam burung,
*Ayat 79- {Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.} (Al-Nahl 16:79)

1. Allah s.w.t suruh kita lihat ke langit, Bagaimana burung2 itu yang sayapnya begitu ringan dan nipis, mudah terbang melayang.
2. Siapa yang jaganya daripada jatuh, melainkan Allah s.w.t. (al-Mulk: ayat 190).
3. Zaman kita hari ini hari burung besi yang terbang betapa Allah s.w.t bagi kebijakan untuk manusia.
4. Semua ini adalah tanda2 kepada orang yang beriman untuk membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.
3) Nikmat kegunaan kulit dan bulu haiwan,

*Ayat 80- {Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.} (Al-Nahl 16:80)

C) Nikmat tempat tinggal dan kegunaan kulit dan bulu haiwan:
1- Nikmat rumah sebagai tempat tinggal – sakan- tempat tinggal yang memberikan perlindungan.
2. Rumah kekal atau khemah2 yang boleh dipindahkan bagi kaum badwi ketika zaman itu. Semua ini nikmat dan tempat berteduh untuk manusia.
3. Juga dijadikan berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, untuk digunakannya hingga ke suatu masa tertentu.
4. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
\”Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.\” (HR Ibnu Hibban).
5. Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia.

Kita dengan dunia:
1. Samada kita yang meninggal dunia (mati).
2. Barang2 kita itu tinggalkan kita, akibat rosak hilang, pupus dan lain2.
tiada benda yang kekal atas dunia ini.

Beza antara:
1. Meninggal dunia- mati.
2. Meninggalkan dunia. Yakni zuhud dan tidak lagi mementingkan dunia. Hidupnya untuk memperbaiki hidup sebagai bekalan untuk akhirat.

D) Nikmat bayang dan gua tempat berteduh.
*Ayat 81- {Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya.} (Al-Nahl 16:81)

Betapa banyaknya lagi nikmat ciptaan Allah s.w.t untuk manusia:
1. Allah s.w.t ciptakan pelbagai benda-benda untuk berteduh; seperti pokok kayu, jika tiada pokok, ada awan di tempat lapang, juga bukit2 dan rumah kita serta pelbagai tempat berteduh.
2. Allah juga sebut khas dijadikan dari gunung-ganang sebagai tempat berlindung. Ada manusia yang duduk dalam gua sebagai tempat kediaman mereka, di dalam gunung atau bukit sebagai tempat tinggal.
3. Allah jadikan juga nikmat pakaian-pakaian yang memelihara kita dari panas dan sejuk (jika negara 4 musim akan lebih jelas nikmat ini), juga pakaian-pakaian khas semasa berperang; jika zaman dulu baju besi, hari jaket kalis peluru bagi tentera dan polis.
4. Semua nikmat-Nya ini kepada manusia, supaya berserah diri kepada-Nya dan mematuhi perintah-Nya.
5) Tugas Rasul hanya menyampaikan biarpun manusia terus ingkar.

*Ayat 82- {Kemudian, jika mereka masih berpaling ingkar maka sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan cara yang jelas nyata.} [Al-Nahl 16:82]
Tugas Rasul hanya menyampaikan biarpun manusia terus ingkar:
1- Tugas para nabi dan rasul (serta para pendakwah hari ini), untuk berdakwah dan menyampaikan perintah Allah s.w.t dengan jelas: yakni hatta manusia faham.
2. Kemudian atas merekalah mahu beriman atau ingkar.

*Ayat 83- {Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar.} [Al-Nahl 16:83]
1. Walaupun mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), orang-orang yang kufur masih tergamak mengingkari-Nya.
2. Kenapa Allah s.w.t sebut; {..kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar}, sedangkan semua mereka itu memang orang kafir?
Ulama\’ tafsir ada beberapa pendapat:
a- Kerana dalam bahasa Arab, perkataan “kebanyakan” itu boleh menunjukkan kepada semua.
b- Kerana orang kafir itu pula ada beberapa kategori;
i) ada yang memang aktif menentang Islam dan Rasulullah s.a.w, seperti Abu Lahab dan Abu Jahal,
ii) ada yang tiada peranan apa pun tidak dikenali dan tidak tersebutpun namanya dalam sejarah,
iii) dan juga yang secara tidak lansung menolong dakwah Islam seperti Abu Talib.

Kesimpulan:
1. Manusia keluar dari perut ibunya dalam keadaan tidak tahu apa/ jahil.
2. Kenapa Allah s.w.t sebut mata, telinga dan akal? Kerana 3 alat ini pancaindera utama manusia untuk mencari ilmu.
3. Disebut nikmat-nikmat ini semuanya agar manusia bersyukur.
4. Allah sebut antara nikmat utama, tempat tinggal yang memberi ketenangan.
5. Asal manusia itu jahil, maka Allah bagi alat untuk belajar, mata telinga dan akal untuk mendengar, melihat dan berfikir.
*Maka kena pastikan jika mahu bertanya hukum, kepada pakarnya yakni yang ada ilmu.
6. Dengan adanya telinga mata dan hati ini membezakan kita dengan haiwan, maka gunakanlah sebaiknya.
7. Harus mengambil manfaat dari kulit dan bulu-bulu binatang dengan syarat-syaratnya.
Wallahu a\’lam.
#UAM Catatan Kuliah Subuh. Rabu, 17 Feb 2021.

Powered by BetterDocs