SURAH AS-SOFFAT : AYAT 164-170

\"\"

PARA MALAIKAT MENYATAKAN SIKAP MEREKA, SENTIASA BERTASBIH MEMUJI ALLAH & ANGAN-ANGAN KAUM KAFIR.

Full video : https://youtu.be/8shkaeHQB6s

MUQADDIMAH :

  1. Kisah kita dalam siri ini adalah sambungan kepada siri yang lepas. Ini adalah pengakuan dari para malaikat bahawa mereka adalah hamba yang taat, patuh dan setia.
  2. Mereka bukanlah seperti yang dicanang dan dituduh oleh puak kafir bahawa malaikat adalah anak perempuan tuhan!
  3. Sedangkan para musyrikin itu pada zaman jahiliyyahnya mereka sendiri amat tidak suka kepada anak perempuan. Maka ini adalah satu pembahagian yang batil dan tidak adil, bagi Allah anak perempuan, bagi mereka pula anak lelaki!
  4. Juga diceritakan tentang angan-angan palsu dan kosong puak kafir. Mereka mengatakan jika mereka ada rasul, kitab dan ajaran agama, mereka akan menjadi orang yang paling beriman dan suci!
  5. Tetapi jelas terbukti bila semuanya dibawa datang kepada mereka, mereka tetap kufur, tidak beriman dan tidak mahu beriman dengan pelbagai alasan dan hujjah batil.

AYAT 164- {(MALAIKAT PULA MENEGASKAN PENDIRIAN MEREKA DENGAN BERKATA): \”DAN TIADA SESIAPAPUN DARI KALANGAN KAMI MELAINKAN ADA BAGINYA DARJAT KEDUDUKAN YANG TERTENTU (DALAM MENYEMPURNAKAN TUGASNYA);} (AS-SAAFFAAT 37:164)

  1. Ini adalah penegasan dari malaikat. Malaikat menegaskan pendirian mereka dengan berkata bahawa setiap mereka mempunyai darjat dan kedudukan yang khas dan tertentu.
  2. Ayat ini membantah tuduhan pihak kafir yang mengatakan malaikat adalah anak perempuan tuhan yang beribukan jin!
  3. Malaikat menjawab menggambarkan diri mereka yang patuh dan taat setia, tidak pernah derhaka kepada Tuhan dan melaksanakan segala tugas yang diberi dengan penuh taat dan tidak berbelah bagi!
  4. Kata ulama\’ maksudnya ayat {bagi kami (وَمَا مِنَّا) darjat kedudukan yang tertentu (مَقَامٌ مَعْلُومٌ):
    i- majoriti ulama\’ tafsir kata ini (bagi kami) untuk adalah merujuk kepada kata-kata malaikat tentang kedudukan mereka.
    -Panel Pimpinan ar-Rahman-

ii- Pandangan kedua mengatakan ini adalah kata-kata Rasulullah s.a.w dan orang-orang mukmin kepada puak kafir. Kami & kamu di akhirat kelak ada tempat tertentu, kami ke syurga dan kamu akan ke neraka!

AYAT 165- {\”DAN SESUNGGUHNYA KAMILAH YANG SENTIASA BERBARIS (MENJUNJUNG PERINTAH DAN BERIBADAT),} (AS-SAAFFAAT 37:165)

  1. Malaikat juga menyatakan mereka ini siap sedia sentiasa beratur bersaf-saf. Samada saf untuk melakukan ibadat atau siap untuk menjalankan tugas.
  2. Hadis Rasulullah s.a.w: Daripada Jabir bin Samurah, Rasulullah S.A.W bersabda kepada kalangan sahabat Baginda (maksudnya):
    \”Mengapa kamu semua tidak berbaris seperti kalangan malaikat berbaris di hadapan Tuhan (Allah) mereka?\”
    Maka kami (sahabat) bertanya:
    \”Wahai Rasulullah, bagaimana kalangan malaikat berbaris di hadapan Tuhan mereka?\”
    Baginda S.A.W menjawab:
    \”Mereka menyempurnakan barisan yang di hadapan dan saling merapatkan saf.\” (Riwayat Muslim)

AYAT 166- {\”DAN SESUNGGUHNYA KAMILAH YANG SENTIASA BERTASBIH (MENSUCIKAN ALLAH DARI SEBARANG SIFAT KEKURANGAN)!\”} (AS-SAAFFAAT 37:166)

  1. Malaikat juga sentiasa bertasbih berzikir, memuja, memuji, mensucikan Allah s.w.t dari sebarang sifat kekurangan dan tuduhan-tuduhan yang tidak selyaknya.
  2. Ada ulama\’ kata, ibadat ini samada dengan lidah atau perbuatan mereka.
  3. Firman Allah s.w.t: {Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakan-Nya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu.} (Fussilat 41:38)

AYAT 167- {DAN SEBENARNYA MEREKA (YANG MUSYRIK) ITU DAHULU PERNAH BERKATA:} (AS-SAAFFAAT 37:167)

  1. Sekarang ini adalah tentang angan-angan kosong puak kafir!
    Angan-angan hanya khayalan dan mimpi kosong, nak tetapi malas usaha!
  2. Bukan cita-cita, jika cita-cita kena kejar dan berusaha untuk mencapainya!
  3. Begitulah kaum musyrikin ini dahulunya pernah berkata, semasa mereka hidup dulu;

AYAT 168- {\”KALAULAH ADA DI SISI KAMI KITAB SUCI DARI (BAWAAN RASUL-RASUL) YANG TELAH LALU} (AS-SAAFFAAT 37:168)

  1. Kalaulah ada di sisi kami kitab suci yang dibawa oleh oleh rasul-rasul terdahulu.
  2. Ayat ini dan ayat-ayat berikutnya menunjukkan putar belit dan pendustaan kaum musyrikin yang bukan mencari kebenaran yang hakiki!
  3. Mereka mencari alasan untuk tidak beriman, maka sesatlah mereka daripada kebenaran, sedangkan mereka sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w pernah berangan-angan untuk ada Kitab dan rasul yang diutuskan kepada mereka!
  4. Kata ulama\’ tafsir maksud (ذِكْرًا) ini adalah kitab yang boleh dibaca.

AYAT 169- {\”TENTULAH KAMI AKAN MENJADI HAMBA-HAMBA ALLAH YANG DIBERSIHKAN DARI SEBARANG SYIRIK!\”} (AS-SAAFFAAT 37:169)

  1. Mereka kata mereka akan menjadi orang bersih daripada syirik, ikut rasul dan agama Allah s.w.t!
    Angan-angan itu sudah molek dan baik tetapi malangnya sebaliknya yang terjadi!
  2. Apabila Allah s.w.t hantar seorang rasul yang terpilih dari kalangan mereka sendiri, yang terbaik dan mulia keturunannya, dari bapanya sehingga kepada nabi Adam a.s terpelihara keturunan dan nasabnya Nabi s.a.w, mereka mengingkarinya!
  3. Rasulullah S.A.W bersabda: \”Aku telah keluar daripada hasil nikah dan bukan daripada keturunan yang rosak.\” [HR at-Thabari].
  4. Akhlaknya mulia dan diakui oleh kaum Quraisy sebagai al-Amin (orang yang dipercayai), keturunan yang mulia dan semua yang baik.
    Tetapi malangnya apabila Rasulullah mengumumkan bahawa dia telah dilantik menjadi rasul dan nabi, mereka semua menolak, mengeji dan menghinanya dengan segala tuduhan yang tidak masuk akal.

AYAT 170- {(SETELAH AL-QURAN DITURUNKAN KEPADA MEREKA) MEREKA MENGINGKARINYA; OLEH ITU MEREKA AKAN MENGETAHUI KELAK (AKIBAT KEKUFURANNYA).} (AS-SAAFFAAT 37:170)

  1. Habis cerita, apabila al-Quran turun, Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Nabi & Rasul, mereka tetap ingkar, lawan, khianat dan dusta!
  2. Maka kamu akan lihat dan terimalah akibat buruk dari perbuatan buruk kamu itu, kamu akan diazab disiksa dan binasa.
  3. Jika kita nak selamat daripada golongan yang diazab itu, maka marilah kita kembali kepada ajaran Allah yang sebenar, dengan mengikut al-Quran, dengan tafsiran dan huraian para ulama\’ yang muktabar serta ikut Sunnah Nabi s.a.w yang sahih dan dengan syarah-syarah muktabar juga!

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 164- {(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): \”Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);}- dalam ayat ini malaikat sendiri yang menyatakan bahawa setiap daripada mereka itu ada tempat dan tugasan yang tersendiri. Mereka bertugas menjalankan perintah Allah s.w.t samada di langit atau di bumi, setiapnya ada tugasan tersendiri.

Ayat ini menyatakan bahawa malaikat bebas, bersih dan selamat daripada semua tuduhan yang dibuat oleh puak kafir, bahawa mereka anak perempuan Allah, iblis yang derhaka dan lain-lain.
Mereka tidak pernah derhaka kepada Allah s.w.t, Malaikat tidak pernah tinggal atau langgar perintah Allah s.w.t, apa yang Allah suruh mereka akan segera melakukannya.

  1. Ayat 164- {(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): \”Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);}- ayat ini menyatakan bahawa malaikat bebas dan selamat daripada semua tuduhan atau anggapan yang dibuat oleh puak kafir!
    Maka pendapat yang mengatakan iblis berasal dari malaikat yang terseleweng dan sesat adalah BATIL! Iblis adalah dari kalangan jin.
    Malaikat ini makhluk yang taat dan tidak pernah melanggar perintah Allah s.w.t!
    Apa yang Allah suruh mereka buat, Allah tak suruh mereka tak akan buat!

Maka kita pun sebagai ahli Sunnah maka berpeganglah dengan ajaran Rasulullah s.a.w dan amalan Sunnah Baginda s.a.w, buat dan ambil perhatian dengan sesungguhnya.
Jangan lebih besarkan dan utamakan apa yang diajar dan dibawa oleh orang lain selain daripada Rasulullah s.a.w!

  1. Ayat 165- {\”Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),}- ayat ini menunjukkan bahawa jika orang yang kita nak sampaikan ilmu dan ajaran itu tidak mahu terima, ingkar atau ragu-ragu, boleh kita gunakan bahasa dan ayat yang lebih kuat, power dan menekan seperti lafaz ta\’kid dalam ayat ini – {dan sesungguhnya Kamilah – وَإِنَّا لَنَحْنُ }
    Kita pun jika mahu kempen akan ajaran dan amalan serta kebaikan Sunnah Nabi s.a.w kena nyatakan dengan tegas dan jelas bahawa apa yang kita bawa ini adalah jelas dalil, sanad dan sumbernya, pahala dan kelebihannya yang jelas.
    Kempenlah untuk akhirat dengan jelas dan kuat, agar orang boleh yakin dan percaya untuk terima.
  2. Ayat 167- {Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:}- orang kafir itu berangan-angan. Inilah kekufuruan yang paling teruk, mereka minta dalil, bukti dan petunjuk, tetapi bila dibawa dan dapat, tetap tidak beriman dan menerima kebenaran.
    Mereka kata kalaulah mereka ada kitab, rasul, ajaran agama dan seumpamanya, tetapi lihat apa yang terjadi???!!!
    Bila semua dibawa datang kepada mereka, mereka tetap ingkar, mendustakan, menyakiti dan memerli!
  3. Ayat 168- {\”Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu} & Ayat 169- {\”Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!\”}- inilah lagi cakap tak serupa bikin puak kafir lagi. Bila datang Rasul mereka ingkari dan dustakannya, bila tururn al-Quran, mereka tinggalkannya!

Telah menjadi saksi alam realiti bahawa kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t itu adalah Kitab Hidayah dan Kitab Istiqomah, maka sesiapa yang mahu hidayah & istiqomah maka marilah kita berpegang dengan al-Quran yang diturunkan oleh kepada kita dan Sunnah Nabi s.a.w yang ditinggalkan kepada kita!

Benar atau salah kita periksalah dengan parameter apakah ajaran, bawaan dan amalan kita adakah bertepatan dengan ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w!

Powered by BetterDocs