SURAH AN-NUR : AYAT 30-31

\"\"

KEWAJIPAN MENJAGA PANDANGAN MATA DAN MEMELIHARA HIJAB BAGI WANITA & SEMPADAN BATASAN AURAT LELAKI DAN WANITA.

Full video : https://youtu.be/VzSAHp0e1qs

MUQADDIMAH :

  1. Siri hari ini satu perbincangan yang panjang walaupun hanya dua ayat.
  2. Perbincangan tentang perintah menjaga mata iaitu menundukkan pandangan dan menjaga maruah diri bagi lelaki dan perempuan .
  3. Juga kewajipan menjaga aurat bagi keduanya, dan memelihara hijab khas bagi wanita dari dilihat dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram atau disebut lelaki ajnabi.
  4. Serta sempadan batasan aurat bagi lelaki dan wanita. Ayat ini mengajar panduan dan garis pergaulan dan berpakaian mengikut ketetapan S.O.P Syariah Islam.
  5. Suran an-Nur, surah yang bercahaya ini semoga dapat menerangi hidup kita, menyuluh jalan ke arah ketaatan dalam agama, beribadat, bermuamalat dan dalam bermasyarakat. Sebagai satu panduan kehidupan yang selayaknya bagi seorang mukmin.
  6. Dalam siri-siri pengajian ini kita telah belajar banyak adab-adab, jaga kehormatana diri, kehormatan keluarga yang sekiranya tercalar Allah s.w.t telah bawa penyelesaiannya dalam ayat-ayat yang lepas..

AYAT 30- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD) KEPADA ORANG-ORANG LELAKI YANG BERIMAN SUPAYA MEREKA MENYEKAT PANDANGAN MEREKA (DARIPADA MEMANDANG YANG HARAM), DAN MEMELIHARA KEHORMATAN MEREKA. YANG DEMIKIAN ITU LEBIH SUCI BAGI MEREKA; SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT MENDALAM PENGETAHUANNYA TENTANG APA YANG MEREKA KERJAKAN. (AN-NUUR 24:30)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t memerintah Rasulullah s.a.w berkata dengan menyeru khusus kepada kaum lelaki yang beriman.
  2. PERTAMA: Iaitu agar mereka menyekat iaitu menjaga dan menundukkan pandangan mata mereka daripada memandang yang haram.
  3. Ayat ini ada munasabahnya, dalam ayat 27-28 yang lepas Allah sudah mengajar hukum isti\’zan iaitu meminta izin sebelum dan selepas masuk ke dalam rumah orang, ini semua untuk menjaga mata. Supaya tidak menimbulkan fitnah dan kesilapannnya yang lain pula.
  4. Ulama\’ membahaskan tentang ayat ini: { مِنْ أَبْصَارِهِمْ} menyekat pandangan mereka:
    i- sekat daripada melihat yang haram, hanya yang halal sahaja.
    ii- manakala tentang pandangan pertama yang tidak disengajakan dimaafkan, untuk memastilan siapa atau apa yang melintas di depan kita.
  5. Hadis yang menyatakan pandangan pertama yang tidak disengaja tidak mengapa.
  6. Hadis Nabi s.a.w melarang dari melepak di tepi jalan, kecuali jaga haknya, yakni etika atau S.O.P nya:
    Abu Said al-Khudri R.A. meriwayatkan; Pada satu hari, Rasulullah S.A.W melihat sekumpulan sahabat duduk di pinggir jalan. Lalu baginda menegur \”Janganlah kamu duduk di pinggir jalan.\” Para sahabat Nabi menjawab, \”Ya Rasulullah, ini sudah menjadi kebiasaan kami kerana ia menjadi tempat kami berbual-bual.\” Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, \”Jika kamu tidak mahu meninggalkan majlis tersebut, maka tunaikanlah hak jalan tersebut.\” Mereka bertanya, \”Apakah haknya, Ya Rasulullah?\” Baginda menjawab, \”Tundukkan pandangan, membuang halangan, menjawab salam, dan menyuruh ke arah kebaikan dan melarang kemungkaran.\” [Hadis Riwayat Bukhari].
  7. Allah s.w.t haramkan semua ini; liar pandangan dan pergaulan bebas untuk menutup pintu kepada perbuatan zina, kerana semuanya berasal dari pandangan mata.
  8. Rasulullah S.A.W juga bersabda: \”Setiap anak Adam ada bahagiannya daripada zina, kedua-dua mata berzina dan zina keduanya adalah melihat (kepada sesuatu yang haram). Kedua-dua tangan berzina dan zina keduanya adalah memegang (kepada sesuatu yang haram atau menggunakannya secara salah). Kedua-dua kaki berzina dan zina keduanya adalah berjalan (ke tempat yang haram). Mulut berzina dan zinanya adalah mengucup (sesuatu yang haram). Hati menginginkan sesuatu dan kemaluan akan membenarkannya (iaitu dengan melakukan zina) atau mendustakannya (dengan tidak melakukannya).\” (Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim).
  9. Yakni setiap anggota badan kita mempunyai bahagiannya yang tertentu dalam dosa zina. Na\’uzubillah.
  10. Dari Abu Sa\’id al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda; maksudnya: \”Tidak boleh seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki yang lain dan tidak boleh bagi seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain. Serta tidak boleh seorang lelaki berbaring dengan lelaki lain di dalam selimut yang sama demikian juga tidak boleh seorang perempuan berbaring dengan perempuan lain di bawah selimut yang sama.\” Riwayat Muslim (338).
  11. Kata ulama\’: \”Sesiapa yang jaga pandangan matanya, Allah s.w.t akan cerahkan dada dan mata hatinya.\”
    *Ya Allah tolonglah kami pada zaman yang serba canggih dan mudah ini, nak lihat ceramah dan Kuliah pun terus keluar muzik dan iklan yang boleh menggelapkan mata dan hati!!
  12. PERINTAH KEDUA KEPADA KAUM LELAKI IALAH: {..dan memelihara kehormatan mereka.} Yakni menjaga kemaluannya jangan diletakkan kepada yang haram.
  13. Rasulullah bersabda:
    مَنْ يَضْمَنَّ لِي مَابَيْنَ لِحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ
    \”Barangsiapa boleh memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) apa yang ada di antara dua janggutnya dan dua kakinya, maka kuberikan kepadanya jaminan masuk syurga\”. [HR Bukhari].
    Apa yang dimaksud dengan apa yang ada di antara dua janggutnya adalah mulut, sedangkan apa yang ada di antara kedua kakinya adalah kemaluan.
  14. Perintah supaya menjaga aurat walaupun sesama lelaki dan sesama perempuan seperti hadis dari Abu Said r.a di atas.
  15. Perintah ini adalah untuk menjaga kesucian hati dan diri orang yang beriman.
  16. Ingatlah bahawa sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang manusia kerjakan.

AYAT 31- {DAN KATAKANLAH KEPADA PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN SUPAYA MENYEKAT PANDANGAN MEREKA (DARIPADA MEMANDANG YANG HARAM), DAN MEMELIHARA KEHORMATAN MEREKA; DAN JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH MEREKA KECUALI YANG ZAHIR DARIPADANYA; DAN HENDAKLAH MEREKA MENUTUP BELAHAN LEHER BAJUNYA DENGAN TUDUNG KEPALA MEREKA; DAN JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH MEREKA MELAINKAN KEPADA SUAMI MEREKA, ATAU BAPA MEREKA ATAU BAPA MERTUA MEREKA ATAU ANAK-ANAK MEREKA, ATAU ANAK-ANAK TIRI MEREKA, ATAU SAUDARA-SAUDARA MEREKA, ATAU ANAK BAGI SAUDARA-SAUDARA MEREKA YANG LELAKI, ATAU ANAK BAGI SAUDARA-SAUDARA MEREKA YANG PEREMPUAN, ATAU PEREMPUAN-PEREMPUAN ISLAM, ATAU HAMBA-HAMBA MEREKA, ATAU ORANG GAJI DARI ORANG-ORANG LELAKI YANG TELAH TUA DAN TIDAK BERKEINGINAN KEPADA PEREMPUAN, ATAU KANAK-KANAK YANG BELUM MENGERTI LAGI TENTANG AURAT PEREMPUAN; DAN JANGANLAH MEREKA MENGHENTAKKAN KAKI UNTUK DIKETAHUI ORANG AKAN APA YANG TERSEMBUNYI DARI PERHIASAN MEREKA; DAN BERTAUBATLAH KAMU SEKALIAN KEPADA ALLAH, WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, SUPAYA KAMU BERJAYA.} (AN-NUUR 24:31)

  1. Ayat ini pula Allah s.w.t memerintahkan khas dengan menyebut kepada wanita beriman pula supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka
  2. Ulama\’ tafsir berkata tiada satu ayat lain dalam al-Quran yang mengumpulkanضمير dhomir, iaitu kata ganti nama untuk mereka wanita. Terdapat 25 dhomir yang digunakan di sini. Contohnya: { يَغْضُضْنَ} {أَبْصَارِهِنَّ} {وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ}
  3. Sekarang kita tengok lagi apakah perintah kepada wanita mukmin selain menjaga pandangan dan maruah:
    i- haram mendedahkan anggota badan selain yang zahir seperti muka dan tapak tangan.
    ii- menutup dada dengan melabuhkan kain tudung kepala (jelas dalam ayat ini perintah wajib tutup kepala dan rambut).
  4. Hadis UM Aisyah r.a. tentang keadaan wanita Islam apabila turun ayat hijab.
  5. Hukum dari ayat ini juga memberitahu batas aurat wanita dan kepada siapa yang boleh melihat aurat mereka yang zahir (kebiasaan di rumah), iaitu para mahramnya:
    i- kepada suami mereka – tiada had batasan aurat antara keduanya.
    ii- kepada bapa ke atas seperti datuk moyang dan lain-lain.
    iii- bapa mertua (bapa & datuk suami), bapa saudara suami tidak termasuk.
    iv- anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka,
    v- atau saudara-saudara mereka.
    vi- atau anak bagi saudara-saudara lelaki mereka , (anak saudara suami bukan mahram).
    vii- atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
    viii- atau perempuan-perempuan Islam.
    Perbincangan tentang aurat dengan wanita non-muslim sudah dibincangkan – ada pandangan yang membenarkan jika ada keperluan dan tidak dielakkan.
    ix- atau hamba-hamba mereka, ini pada zaman dulu.
    Ingat bibi atau orang gaji hari ini bukan hamba, WAJIB ke atas tuan rumah untuk mendidik dan menyuruh bibiknya menjaga dan menutup aurat dengan sempurna walaupun dalam rumah JIKA ada lelaki dalam rumah.
    x- atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, (isu umur lelaki ini sukar dibuat garisan, jadi berhati-hatilah).
    xi- atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. Mungkin bawah 7-8 tahun, tetapi pada zaman terlalu terdedah ini dengan internet dan gajet ini berjagalah, kerana kanak-kanak sekolah rendah pun sudah banyak berlaku perkara yang tidak diingini, Allahu al-Musta\’an.
  6. Juga larangan agar jangan ada bunyi suara perhiasan bila berjalan sehingga menarik perhatian orang lelaki ajnabi, seperti loceng gelang tangan atau kaki, hentakan kasut tumit tinggi dan seumpamanya yang menarik perhatian adalah HARAM.
  7. Ulama\’ kata termasuk juga memakai wangian apabila keluar rumah kerana akan menarik perhatian lelaki juga.
  8. Hadis-hadis Nabi S.A.W tentang ini:
    i- Nabi S.A.W telah bersabda:
    أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ
    Maksudnya: \”Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian dan berjalan melewati satu kaum dan didapati bau darinya maka perempuan itu adalah penzina.\” [HR Abu Daud].
    ii- Nabi s.a.w telah bersabda:
    أَيُّمَا امْرَأَةٍ تَطَيَّبَتْ، ثُمَّ خَرَجَتْ إِلَى الْمَسْجِدِ، لَمْ تُقْبَلْ لَهَا صَلَاةٌ حَتَّى تَغْتَسِلَ
    Maksudnya: Mana-mana wanita yang mengenakan wangian kemudian keluar menuju ke masjid, tidak diterima solatnya sehinggalah dia mandi (bagi menghilangkan bau wangi tersebut). [HR Ibn Majah].
  9. Allah s.w.t juga menyuruh kita orang beriman untuk bertaubat dari melihat dan mendedahkan sesuatu yang diharamkan, dan dari dosa-dosa lainnya jika tersalah telah melakukankannya.
  10. Mudah-mudahan kita menjadi orang berjaya menunaikan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan meninggalkan segala sesuatu yang dilarang oleh keduanya.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Insya\’ Allah faedah dan penjelasan dalam siri yang akan datang.

Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs