SURAH AL-ANBIYA\’ : AYAT 41-47

\"\"

ALLAH SWT MENJAGA HAMBANYA, PERTOLONGAN BAGI UMAT ISLAM & NERACA TIMBANGAN YANG ADIL PADA HARI KIAMAT.

Full video: https://youtu.be/3SMPXH_UDDo

MUQADDIMAH :

1. Dalam siri ini Allah s.w.t menenangkan Rasulullah s.a.w terhadap cabaran dan karenah yang dibuat oleh kaum Quraisy di Makkah.
2. Menerangkan bahawa cabaran dan halangan ini sama seperti yang dihadapi oleh rasul-rasul sebelum ini.
3. Allah s.w.t juga peringatkan siapa yang jaga kita di dunia ini
4. Allah akan memberi pertolongan kepada hamba-Nya yang beriman.
5. Neraca keadilan Allah s.w.t terhadap semua hamba-Nya.

AYAT 41- {(DAN DEMI SESUNGGUHNYA, TELAH DIPEROLOK-OLOKKAN BEBERAPA RASUL SEBELUMMU, LALU ORANG-ORANG YANG MENGEJEK-EJEK DI ANTARA MEREKA, DITIMPAKAN BALASAN AZAB BAGI APA YANG MEREKA TELAH PEROLOK-OLOKKAN ITU.} (AL-ANBIYAA\’ 21:41)
1. Dalam ayat ini Allah s.w.t menjelaskan bahawa rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w juga telah diperolok-olokkan oleh kaum mereka yang tidak beriman. Keadaan yang sama seperti Baginda sekarang ini.
2. Tetapi semua ini tidak percuma, mereka akan mendapat balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu, semuanya telah dibinasakan.
3. Tetapi umat nabi Muhammad s.a.w ini terselamat dari mendapat azab yang segera di atas dunia ini kerana Baginda s.a.w minta tangguh dengan Allah s.w.t, atas sifat rahmatnya.
4. Bala atau azab terbesar yang menimpa kaum Quraisy adalah dalam peperangan Badar, yakni selepas 14 tahun penentangan mereka. Mereka mengalami kekalahan yang hina dan mayat-mayat ramai pembesar mereka bergelimpangan serta dicampak ke dalam sebuah telaga. Sehingga ke hari ini menjadi tempat ziarah sebagai pengajaran.

AYAT 42- {(KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”SIAPAKAH YANG DAPAT MENJAGA KESELAMATAN KAMU PADA MALAM DAN SIANG DARIPADA AZAB TUHAN YANG BERSIFAT MAHA PEMURAH?\” (MEREKA TIDAK MEMIKIRKAN YANG DEMIKIAN) BAHKAN MEREKA TETAP BERPALING INGKAR DARI PENGAJARAN TUHAN MEREKA.} (AL-ANBIYAA\’ 21:42)
1. Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w katakan kepada puak kafir, dan kita untuk para kafir hari ini, tanya kepada mereka siapa yang dapat menghalang mereka daripada kemurkaan Allah s.w.t yang bersifat Maha Pemurah???
2. Yakni bila mereka tetap ingkar dan lawan, Allah s.w.t yang Maha Pemurah pun pasti akan mengazabkan mereka.
3. Tetapi mereka tetap berpaling, tidak mahu dengar al-Quran atau hujjah yang dibawa oleh Rasulullah dan ambil pengajaran.

AYAT 43- {(TIDAK ADA BAGI MEREKA TUHAN-TUHAN YANG DAPAT MELINDUNGI MEREKA DARI AZAB KAMI. MEREKA YANG DIPERTUHANKAN ITU TIDAK DAPAT MENOLONG DIRINYA SENDIRI, DAN TIDAK PULA MEREKA DIBANTU DENGAN PERTOLONGAN DARI PIHAK KAMI.} (AL-ANBIYAA\’ 21:43)
1. Tidak mungkin tuhan yang mereka buat itu dapat melindungi mereka yang menyembahnya dari azab Allah s.w.t.
2. Sedangkan mereka juga (sembahan atau berhala-berhala) tidak dapat menolong diri mereka sendiri, apatah lagi untuk meminta bantuan dari Allah s.w.t.
3. Jangan kita terperangkap dengan tablisu (perangkap) iblis, iaitu berdoa dengan (tawasul) dengan orang-orang yang telah mati dan tidak berdaya untuk menolong.
4. Maka sembah dan mintalah pertolongan dari Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa.

AYAT 44- {(BUKAN BENDA-BENDA YANG DIPERTUHANKAN ITU YANG MEMBERI KESENANGAN KEPADA MEREKA) BAHKAN KAMI BIARKAN MEREKA DAN DATUK-NENEK MEREKA MENIKMATI (KESENANGAN HIDUP) HINGGA BERLANJUTANLAH UMUR MEREKA (DALAM KEADAAN YANG MENYEBABKAN BERLAKU PERKARA YANG TIDAK DIINGINI MEREKA). MAKA TIDAKKAH MEREKA MELIHAT BAHAWA KAMI DATANGI DAERAH BUMI YANG MEREKA KUASAI DENGAN MENGURANGINYA SEDIKIT DEMI SEDIKIT DARI SEMPADAN-SEMPADANNYA? JIKA DEMIKIAN HALNYA, MAKA ADAKAH MEREKA YANG AKAN MENANG?} (AL-ANBIYAA\’ 21:44)
1. Jangan ingat sembahan dan tuhan jadian mereka itu yang memberi pertolongan dan kesenangan kepada mereka.
2. Sedangkan Allah s.w.t yang memberi mereka kesenangan hidup dan panjangkan umur mereka sebagai satu ujian. Lalu kesenangan dan umur yang panjang itu menjadikan mereka bertambah sesat dan akan membawa mereka kepada kerosakan.
3. Begitulah sebagaimana sebahagian besar diktator-diktator dan pemerintah yang zalim diberi kekuasaan sementara, penjara mereka dipenuhi ulama\’ dan orang yang baik-baik, memerintah dengan kejam dan zalim. Ujian untuk mereka dan orang yang dizalimi, tetapi akhirnya semua itu akan berakhir dan akan mendapat pembalasan masing-masing, jika tidak di dunia di akhirat nanti.
4. Begitulah dalam sejarah Islam, Rasulullah s.a.w dan para sahabat mula menguasai daerah bumi yang mereka (kaum musyrik) kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya. Bermula dengan Khaibar yang dikuasai Yahudi.
5. Sedikit demi sedikit kemenangan untuk Islam diberi oleh Allah s.w.t, banyak tanah jajahan menjadi daulah/negara Islamiyyah semasa pemerintahan sahabat selepas Rasulullah s.a.w terutamanya pada zaman Uthmaniyyah, Islam menguasai Eropah. Sehingga ke hari ini dapat kita lihat kesan tinggalan sejarah gemilang Islam ini.
6. Kita doakan semoga Islam kembali gemilang semula insya\’ Allah.

AYAT 45- {(KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”SESUNGGUHNYA AKU HANYALAH MEMBERI AMARAN KEPADA KAMU DENGAN WAHYU (AL-QURAN YANG DITURUNKAN ALLAH KEPADAKU); DAN SUDAH TENTU ORANG-ORANG YANG PEKAK TIDAK DAPAT MENDENGAR SERUAN APABILA MEREKA DIBERI AMARAN, (MAKA JANGANLAH KAMU MENJADI PEKAK KERANA AZAB TUHAN AMATLAH BERAT).} (AL-ANBIYAA\’ 21:45)
1. Allah s.w.t perintahkan Rasulullah untuk kembali semula kepada tugasnya iaitu menerima wahyu samada melalui al-Quran atau hadisnya, dari Allah s.w.t kemudian menyampaikan kepada kaumnya.
2. Tetapi orang-orang yang pekak, iaitu golongan yang tidak mahu menerima al-Quran, tidak mahu mendengar walaupun mereka telah diberi amaran. Seolah tuli walaupun sebenarnya tidak.
3. Contoh istilah kita seperti lembu kenyang, walaupun dengar azan tidak menyahut seruannya dengan pergi ke masjid untuk solat jemaah.
4. Maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat.

AYAT 46- {(DAN DEMI SESUNGGUHNYA, JIKA MEREKA DISENTUH OLEH SEDIKIT SAHAJA DARI AZAB TUHANMU, SUDAH TENTU MEREKA AKAN BERKATA: \”ADUHAI CELAKANYA KAMI! SEBENARNYA KAMI ADALAH ORANG-ORANG YANG ZALIM (TERHADAP DIRI SENDIRI)!\”} (AL-ANBIYAA\’ 21:46)
1. Jika telah datang azab atau kematian, tiada guna lagi penyesalan.
2. Barulah masing-masing sedar, mengaku celaka dan zalim, tetapi tiada guna lagi.

AYAT 47- {(DAN (INGATLAH) KAMI AKAN MENGADAKAN NERACA TIMBANGAN YANG ADIL UNTUK (MENIMBANG AMAL MAKHLUK-MAKHLUK PADA) HARI KIAMAT; MAKA TIDAK ADA DIRI SESIAPA AKAN TERANIAYA SEDIKITPUN; DAN JIKA (AMALNYA) ITU SEBERAT BIJI SAWI (SEKALIPUN), NESCAYA KAMI AKAN MENDATANGKANNYA (UNTUK DITIMBANG DAN DIHITUNG); DAN CUKUPLAH KAMI SEBAGAI PENGHITUNG.} (AL-ANBIYAA\’ 21:47
1. Pada hari Kiamat (yang diingkari mereka sebelumnya) nanti Allah s.w.t akan membawa neraca timbangan yang adil untuk menimbang segala amal makhluk-makhluk, samada yang baik atau buruk akan dihitung dengan seadilnya walaupun hanya sebesar biji sawi, tidak akan terlepas.
2. Tidak perlu bantahan lagi, cukuplah Allah s.w.t sebagai Penghitung.
3. Apakah yang ditimbang? Ulama\’ ada beberapa pendapat:
i- lembaran amalan yang tercatat amalan.
ii- amalan itu sendiri yang ditimbang.
iii- ada juga yang kata tuan amalan itu sendiri yang akan ditimbang bersama amalannya.
4. Neraca itu pula ulama\’ kata berdasarkan ayat al-Quran dan hadis adalah neraca hakiki yang mempunyai dua daun, seperti dacing itu, wallahu a’lam.
5. Hadis tentang hisab dan neraca yang panjang.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:
1. Rasulullah SAW bersabda: \”Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai (oleh) Allah yang Maha Pengasih, iaitu
سبحان الله وبحمده
سبحان الله العظیم
(HR Bukhari dan Muslim).
2. Maka perbanyakkanlah amal soleh, agar neraca timbangan kita dipenuhi dengannya.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs