SURAH AL-\’ANKABUT : AYAT 28-30

\"\"

NABI LUT MELARANG PERBUATAN KAUMNYA, FAHISYAH, MEROMPAK & KELAB MUNKAR & ANCAMAN DARI GENG FAHISYAH.

Full video : https://youtu.be/qv-b7bn_44U

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini adalah kisah Nabi Lut yang diutuskan kepada kaumnya di Qura Sadum, (kawasan Laut Mati) sempadan antara Jordan dan Palestin hari ini.
  2. Kisah nabi Lut dalam al-Quran tidak disebut sangat tentang dakwah Tauhidnya kerana sudah diterangkan dalam kisah dakwah Nabi Ibrahim a.s walaupun memang itu juga dakwah asasnya sebagaimana yang disebut dalam beberapa ayat ini:
    i- {Oleh itu takutlah kamu kepada Allah} [Hud: 78].
    ii- {Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.} [Asy-Syua\’ara\’: 163].
    iii- {Dan takutlah kamu kepada Allah serta janganlah kamu menghinakan daku.} [al-Hijr: 69].
  3. Kisah dakwah Nabi Lut lebih fokus kepada isu kaumnya yang melakukan perbutan keji (fahisyah), golongan LGBT. Yang disebut dalam al-Quran sebagai satu perbuatan keji yang tidak pernah berlaku lagi sebelum itu.
  4. Kisahnya datang selepas Nabi Ibrahim as kerana mereka berhijrah bersama, diutuskan dalam satu masa dan kawasan lokasinya juga dekat, selepas keluar dari Babylon, Ibrahim di Palestin dan Lut di Qura Sadum.

AYAT 28- {DAN (INGATKANLAH PERISTIWA) NABI LUT TATKALA IA BERKATA KEPADA KAUMNYA: \”SESUNGGUHNYA KAMU MELAKUKAN PERBUATAN YANG KEJI, YANG TIDAK PERNAH DILAKUKAN OLEH SEORANGPUN DARI PENDUDUK ALAM INI SEBELUM KAMU.} (AL-\’ANKABUUT 29:28)

  1. Nabi Lut a.s diuji dengan karenah kaumnya, dan kaum Sadum pula teruji dengan kedatangan Lut yang mahu mencegah kemungkaran dan mengembalikan mereka kepada fitrah.
  2. Nabi Lut menegur dan mengecam perbuatan kaumnya yang melakukan perbuatan yang keji, الْفَاحِشَةَ yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum mereka.
  3. Maksud \”perbuatan yang keji- الْفَاحِشَةَ iaitu perbuatan buruk yang berkait dengan jenayah seks dan merosakkan maruah.

AYAT 29- {\”PATUTKAH KAMU MENDATANGI ORANG LELAKI (UNTUK MEMUASKAN NAFSU SYAHWAT KAMU)? DAN KAMU MEMOTONG JALAN LALU-LALANG (UNTUK TUJUAN JAHAT KAMU)? DAN KAMU PULA MELAKUKAN PERBUATAN YANG MUNGKAR DI TEMPAT-TEMPAT PERHIMPUNAN KAMU?\” MAKA KAUMNYA TIDAK MENJAWAB SELAIN DARIPADA BERKATA (SECARA MENGEJEK-EJEK): \”DATANGKANLAH KEPADA KAMI AZAB DARI ALLAH (YANG ENGKAU JANJIKAN ITU) JIKA BETUL ENGKAU DARI ORANG-ORANG YANG BENAR\”. (AL-\’ANKABUUT 29:29)

  1. Nabi Lut mengingkari perbuatan kaumnya yang melakukan beberapa kejahatan:
    i- jenayah homoseks (sodomy) \”perbuatan yang keji- الْفَاحِشَةَ \”.
    ii- perompak yang menunggu di tengah jalan merompak harta orang atau menculik orang yang dikehendaki.
    iii- mereka juga suka berkumpul di satu tempat (kelab – نَادِي ) untuk melakukan perbuatan mungkar dan kejahatan. Sarang maksiat, perbuatan yang wujud sehingga ke hari ini.
  2. Mereka tidak takut dan tidak menghiraukan nasihat nabi Lut yang prihatin dan penuh kebenaran itu.
  3. Bahkan mereka menganggapnya sebagai pengacau dan mengejek-ngejeknya pula! Mereka mempermainkannya dengan mencabar nabi Lut a.s dengan berkata: \”Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar\”.
  4. Ulama\’ kata ini menunjukkan dakwah nabi Lut sudah sampai dan didengari oleh mereka. Tetapi mereka tidak beriman dan menganggapnya bohong kerana itu berani mencabar minta azab! Orang yang percaya tidak akan berani melakukan begitu.
  5. Tiga cara mengenal Allah s.w.t:
    i- melalui nama-Nya yang indah. الأسماء الحسنى
    ii- Sifat-Nya yang Maha Tinggi. الصفة العليا
    iii- melalui makhluk-makhluk ciptaan-Nya.
    6.Para nabi a.s biasanya bersifat kasih-sayang, rahmat ingin menyelamatkan kaum dan umatnya. Tetapi setiap kesabaran itu ada batasan dan hadnya.

AYAT 30- {NABI LUT BERDOA DENGAN BERKATA: \”WAHAI TUHANKU, TOLONGLAH DAKU TERHADAP KAUM YANG MELAKUKAN KEROSAKAN (MENDERHAKA)\”. (AL-\’ANKABUUT 29:30)

  1. Akhirnya nabi Lut mengangkat tangannya sambil berdoa kepada Allah Azza wa Jalla: \”Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan lagi menderhaka\”.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 28- {Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya..} – Allah s.w.t sebutkan nama-nama para nabi ini bukan sekadar untuk dengar ceritanya sahaja, tetapi matlamat utamanya Allah s.w.t perintahkan kita untuk ambil iktibar, ikut contoh dalam berdakwah, ikut jejak langkah dalam bersabar menghadapi tentangan dalam dakwah dan perjuangan.
  2. Ayat 28- {Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.} – cara pendakwah untuk menegur perbuatan mungkar dan maksiat; ialah biar nampak betapa keji dan buruknya perbuatan itu. Tiada istilah seks bebas tetapi seks haram sebenarnya! Biar nampak betapa jijiknya perbuatan judi, riba dan rasuah yang diharamkan Allah s.w.t itu. Tetapi semuanya telah ditukar namanya dengan istilah yang lunak sehingga menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat.
  3. Ayat 29- {Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu..} – menunjukkan betapa perbuatan berkumpul di satu tempat untuk melakukan perbuatan mungkar dan maksiat adalah satu amalan terkeji dan berdosa. Maka hati-hatilah agar majlis kita, grup-grup kita (hatta grup online) biar harmoni jangan menjadi pusat mungkar atau maksiat.
  4. Sebagaimana para nabi, tugas pendakwah adalah membawa dua perkara serentak: memberi khabar gembira dan memberi amaran kepada manusia. نذيرا وبشيرا
  5. Kisah nabi Lut ini terdapat dalam al-Quran melalui beberapa surah dengan episod dan wajah yang berbeza. Ada yang berulang ada yang tidak berulang, jika cerita sama berulang tetapi uslubnya berbeza, gaya bahasa cara penyampaian yang lain pula, kerana itu faktanya tidak bercanggah sama sekali.
  6. Tidak disebut dalam kisah nabi Lut tentang dakwahnya kepada Tauhid sebagaimana kisah Nabi Ibrahim di Palestin dan Nabi Syu\’aib di Madyan. Semuanya di lokasi yang berdekatan. Ulama\’ mengatakan ini kerana:
    i- Nabi Ibrahim dan Lut sezaman, sekampung lagi, maka Ibrahim telah memulakan tugas dan dakwah Tauhid ini dari awal lagi. Maka Lut hanya sambung dakwahnya dan fokus untuk mencegah kemungkaran perbuatan keji kaumnya.
  7. Ayat 28- {Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji) – sebenarnya perbuatan homoseks ini adalah satu perbuatan buruk yang amat keji. Bererti perbuatan keji itu tetap keji walaupun ditegur atau tidak oleh para nabi atau pendakwah cuma sudah menjadi satu kebiasaan sehingga dianggap tidak salah lagi!!!
  8. Ayat 29- {\”Patutkah kamu mendatangi orang lelaki..} – bahasa al-Quran begitu sopan dan berhemah, boleh difahami tanpa perlu terlalu lucah dan mendalam. Maka siapalah kita untuk menggunakan perkataan buruk dan lucah dengan alasan untuk mengajar, menegur dan berdakwah.
  9. Ayat 28- {Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji.} – Perlu berkeras untuk mengingkari bagi menyedarkan orang dari perbuatan buruk mereka, selepas perkataan baik dan nasihat tidak berguna dan memberi kesan lagi. Agar mereka sentap dan sedar.
  10. Ayat 29- {Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar.} – kaum Lut berani mencabar dengan menyebut nama Allah. Ini semata kata dan sebut sahaja nama Allah, bukan menunjukkan mereka beriman kepada-Nya.

Powered by BetterDocs