SURAH AL-MU\’MINUN : AYAT 93-100

\"\"

ALLAH S.W.T BIMBING NABI S.A.W AGAR MINTA SELAMAT DARI AZAB DAN WASWAS SYAITAN & ANGAN-ANGAN MANUSIA NAK BALIK SEMULA KE DUNIA.

Full video : https://youtu.be/hhBx36NxBDY

MUQADDIMAH :

1. Dalam siri yang lepas Allah s.w.t menerangkan tentang dakwaan jahat kaum kafir musyrikin terhadap Allah dengan menyekutukan-Nya dan tuduh Allah s.w.t ada anak dan lain-lain.

2. Mereka juga telah diberi ujian dan minta Rasulullah s.a.w berdoa agar hilang, tetapi selepas hilang mereka kembali kufur.

3. Lalu Allah s.w.t janjikan azab untuk mereka, samada ketika Rasulullah s.a.w masih ada atau selepas ketiadaan Baginda nanti.

4. Lalu Allah s.w.t ajar Rasulullah s.a.w untuk berdoa minta selamat dari azab ini jika turun semasa Baginda masih ada atau jika selepas itu, doa untuk umatnya yang mukmin agar selamat.

5. Dalam ayat-ayat hari ini terdapat beberapa doa yang diajar oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah untuk mendapat bimbingan di dunia dan akhirat.

6. Juga doa supaya terselamat daripada gangguan was-was syaitan.

7. Allah s.w.t juga sebut gambaran bagaimana keadaan orang kafir dan mukmin yang berdosa pada saat kematian mereka., dengan penyesalan yang tiada gunanya lagi! Kita memohon kepada Allah agar dikurniakan husnul-khatimah.

AYAT 93- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”WAHAI TUHANKU, KIRANYA ENGKAU HENDAK MEMPERLIHATKAN KEPADAKU (AZAB) YANG DIJANJIKAN KEPADA MEREKA (DI DUNIA),} (AL-MU\’MINUUN 23:93)

1. Dalam ayat ini Allah s.w.t perintahkan kepada Rasulullah untuk berdoa minta selamat dari azab kepada kaum kafir, jika turun semasa Baginda masih ada atau jika selepas itu, doa untuk umatnya yang mukmin agar selamat.

AYAT 94- {\”MAKA WAHAI TUHANKU, JANGANLAH ENGKAU BIARKAN DAKU TINGGAL DALAM KALANGAN KAUM YANG ZALIM ITU\”.} (AL-MU\’MINUUN 23:94)

1. Yakni agar selamat daripada turut bersama binasa bersama kaum yang zalim itu.

2. Sebuah hadis qudsi: Allah s.w.t berfirman kepada Rasulullah s.a.w; Wahai Rasulullah jika engkau solat maka berdoalah:

((اللهمَّ إني أسألُكَ فِعْلَ الخيراتِ وتَرْكَ المنكراتِ وحُبَّ المساكينِ وأن تَغفرَ لي وتَرحمَني وإذا أردتَ فتنةً في قومٍ فتوفَّني غيرَ مفتونٍ وأسألُك حُبَّكَ وحُبَّ من يُحبُّكَ وحُبَّ عملٍ يُقرِبُ إلى حُبِّكَ)) سنن الترمذي

Ya Allah aku memohon kepada-MU:

i- untuk mudahkan buat kebaikan

ii- suka untuk meninggalkan perbuatan munkar,

iii- sukakan orang miskin (untuk membantu mereka).

iv- sekiranya Engkau mahu timpakan fitnah (kesesatan atau azab) ke atas satu kaum, maka selamatkan aku yakni matikan aku sebelum terfitnah (yang dahsyat dalam agama ini)

v- aku juga memohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang menyintai-Mu.

vi- juga menyintai amalan yang mendekatkanku kepada cinta-Mu.

AYAT 95- {DAN SESUNGGUHNYA KAMI BERKUASA MEMPERLIHATKAN KEPADAMU AZAB YANG KAMI JANJIKAN KEPADA MEREKA.} (AL-MU\’MINUUN 23:95)

1. Allah s.w.t juga nyatakan bahawa Dia juga berkuasa jika mahu memperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w azab yang dijanjikan kepada umatnya.

2. Namun Allah s.w.t beri tempoh dan hidayah kepada mereka, semoga ada dari kalangan mereka yang beriman.

3. Ini kerana Allah s.w.t telah janjikan bahawa umat Rasulullah s.a.w tidak akan dimusnahkan di depan mata Baginda ketika Baginda masih ada.

4. Jika ada pun sekolompok yang jahat begitu sahaja, seumpama dipotong beberapa dahan pokok, bukan ditebang sepohon pokok itu terus.

5. Contoh seperti dalam perang Badar, 70 orang lebih kafir yang terbunuh, juga dalam perang Hunain.

AYAT 96- {TOLAKLAH KEJAHATAN YANG DILAKUKAN KEPADAMU DENGAN CARA YANG SEBAIK-BAIKNYA, KAMI MAHA MENGETAHUI APA YANG MEREKA KATAKAN ITU.} (AL-MU\’MINUUN 23:96)

1. Allah s.w.t juga mengajar Rasulullah s.a.w agar menolak kejahatan yang mereka buat dengan sebaik-baiknya.

2. Bukan sekadar bersabar dan diam tetapi berbuat baik kepada mereka.

3. Ini kerana Allah s.w.t Maha Mengetahui segala perbuatan dan kelakuan jahat mereka, maka Dia akan membalas mereka dengan sebaik-baik pengadilanm jangan runsing.

4. Sama seperti firman Allah s.w.t: {Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.} (Fussilat 41:34)

5. Jadilah seperti pokok, dilontar kepadanya batu, tetapi dijatuhkannya buah! Yakni buat jahat dibalas baik. Tetapi tengokla keadaan juga, ada kalanya kita kena pertahankan diri

jangan sampai menjatuhkan maruah kita dan juga terutamanya jika berkait dengan agama.

6. Kata ulama\’: Jika kamu berbuat baik kepada manusia, kamu akan dapat menarik hati mereka. Berapa ramai orang yang terperangkap hatinya dengan sebab kebaikan yang diberikan kepadanya.

7. Mulakan dakwah dengan berbuat baik dan tunjukkan akhlak yang mulia, kemudian sampaikan maklumat dan berdakwah juga dengan lidah dan perbuatan.

AYAT 97- {DAN KATAKANLAH: \”WAHAI TUHANKU, AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI HASUTAN SYAITAN-SYAITAN.} (AL-MU\’MINUUN 23:97)

1. Allah s.w.t juga ajar Rasulullah s.a.w supaya berdoa berlindung dari hasutan syaitan.

2. Doanya: {رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ} [المؤمنون: 97]

maksudnya: \”Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan Syaitan-syaitan.”

AYAT 98- {\”DAN AKU BERLINDUNG KEPADAMU, WAHAI TUHANKU, SUPAYA SYAITAN-SYAITAN ITU TIDAK MENGHAMPIRIKU\”.} (AL-MU\’MINUUN 23:98)

1. Kita juga minta Allah s.w.t jauhkan kita dari syaitan, jangan sekali-kali dekat, ketika kita beribadat, dan lebih-lebih lagi dekat kita nak mati!!

2. Juga mintalah perlindungan Allah dari kejahatan syaitan scammer yang menipu manusia terutamanya dengan guna nama-nama orang lain yang tidak bersalah.

3. Hadis Rasulullah s.a.w muka merah.

كُنْتُ جَالِسًا مع النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ورَجُلَانِ يَسْتَبَّانِ، فأحَدُهُما احْمَرَّ وجْهُهُ، وانْتَفَخَتْ أوْدَاجُهُ، فَقالَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: إنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لو قالَهَا ذَهَبَ عنْه ما يَجِدُ، لو قالَ: أعُوذُ باللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، ذَهَبَ عنْه ما يَجِدُ فَقالوا له: إنَّ النبيَّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قالَ: تَعَوَّذْ باللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَقالَ: وهلْ بي جُنُونٌ. الراوي : سليمان بن صرد | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري

Ketika kami duduk di samping Nabi ﷺ , ada dua orang sedangkan berbalah, salah seorang darinya mencerca temannya dengan begitu marah sehingga merah mukanya. Lalu Nabi ﷺ bersabda:

\”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimat yang apabila ia membacanya, nescaya kemarahannya akan hilang, iaitu mebaca:

أعُوذُ باللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ \”Aku berlindung dari syaitan.\”

Lalu orang ramai berkata kepada lelaki itu, \”Tidakkah kamu dengar apa yang dikatakan oleh Nabi ﷺ? Tetapi lelaki itu mebalas balik denganberkata, \”Sesungguhnya aku bukanlah gila.\” (HR. Bukhari: 5650)

4. Hadis minta perlindungan dekat nak mati. Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa ini:

(( اللهم إني أعوذ بك من التردّي، والهدم، والغرق، والحريق، وأعوذ بك أن يتخبطني الشيطان عند الموت، وأعوذ بك أن أموت في سبيلك مدبراً، وأعوذ بك أن أموت لديغاً)) رواه أبو داود (1552)، والنسائي (8/283)،

AYAT 99- {KESUDAHAN GOLONGAN YANG KUFUR INGKAR ITU APABILA SAMPAI AJAL MAUT KEPADA SALAH SEORANG DI ANTARA MEREKA, BERKATALAH IA: \”WAHAI TUHANKU, KEMBALIKANLAH DAKU (HIDUP SEMULA DI DUNIA)} (AL-MU\’MINUUN 23:99)

1. Kemudian Allah s.w.t kisahkan tentang keadaan golongan yang kufur dan orang beriman yang ingkar (buat maksiat) apabila sampai ajal mautnya.

2. Orang yang hampir mati akan ditunjukkan tempat kembalinya di akhirat, samada dapat balasan baik atau buruk, nikmat atau azab!

3. Lalu mereka berkata: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Yakni selepas melihat azab yang akan mereka lalui, mereka terus menyesal dan minta dikembalikan ke dunia.

AYAT 100- {\”SUPAYA AKU MENGERJAKAN AMAL-AMAL YANG SOLEH DALAM PERKARA-PERKARA YANG TELAH AKU TINGGALKAN\”. TIDAK! MASAKAN DAPAT? SESUNGGUHNYA PERKATAANNYA ITU HANYALAH KATA-KATA YANG IA SAHAJA YANG MENGATAKANNYA, SEDANG DI HADAPAN MEREKA ADA ALAM BARZAKH (YANG MEREKA TINGGAL TETAP PADANYA) HINGGA HARI MEREKA DIBANGKITKAN SEMULA (PADA HARI KIAMAT).} (AL-MU\’MINUUN 23:100)

1. Mereka minta dipanjangkan lagi umur dan kembali hidup untuk kembali berbuat amal ibadat yang soleh yang telah ditinggalkan dulu.

2. Tetapi tiada guna lagi penyesalan dan rayuan itu. Allah s.w.t kata TIDAK SEKALI-KALI!!!! Hanyalah rayuan dan kata-kata penyesalan mereka.

3. Tidak akan kembali ke dunia lagi bahkan mereka akan ditempatkan di alam barzakh, alam pertengahan, perpindahan dari dunia ke akhirat, sehinggalah hari mereka dibangkitkan semula pada hari kiamat.

4. Firman Allah s.w.t juga; {Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: \” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh \”.} (Al-Munaafiquun 63:10)

5. Penyesalan yang tidak berguna, jika nak buat baik, buatlah semasa masih hidup dan sihat.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:

1. Orang mukmin diajar untuk bertawakkal kepada Allah s.w.t, jika orang buat jahat kepada kita serahkanlah kepada Allah s.w.t untuk membalasanya.

2. Berjalanlah dengan jalan orang yang mulia, jangan fikirkan untuk membalas segala perbuatan jahat manusia, beri salam kepada orang yang tidak beri salam kepada kita dan bersedekahlah kepada yang tidak sedekah.

3. Kata Qatadah rhm: Mereka minta untuk hidup semula untuk buat amal soleh– maka semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang semasa hidupnya telah membuat segala amal soleh yang dicita-citakan oleh orang yang pada saat mereka melihat kematian mereka!

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs