SURAH ASY-SYURA : AYAT 44-46

\"\"

KUASA ALLAH MEMBERI HIDAYAH, KEADAAN KAFIR DI HADAPAN NERAKA & GOLONGAN YANG RUGI DI AKHIRAT.

Full video : https://youtu.be/serpUGA_ETE

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t menegaskan bahawa Dia yang berkuasa penuh untuk memberi hidayah atau tidak kepada makhluk-Nya.
  2. Kepanikan puak kafir ketika menghadapi neraka di Akhirat kelak.
  3. Kemudian Allah s.w.t terangkan siapakah golongan yang rugi di Akhirat kelak.

AYAT 44- {DAN SESIAPA YANG DISESATKAN OLEH ALLAH, MAKA TIDAK ADA BAGINYA SESUDAH ITU SESIAPAPUN YANG DAPAT MENOLONGNYA. DAN ENGKAU AKAN MELIHAT ORANG-ORANG YANG ZALIM SEMASA MEREKA MENYAKSIKAN AZAB (PADA HARI KIAMAT) BERKATA: \”ADAKAH SEBARANG JALAN UNTUK KAMI KEMBALI KE DUNIA?\”} (ASY-SYURA 42:44)

  1. Jika seseorang itu sesat kerana memilih jalan yang salah, maka dia tidak diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan tiada siapa yang dapat menolongnya.
  2. Mereka yang zalim kerana kekufuran mereka ini menyesal dan amat panik apabila menyaksikan azab pada hari kiamat lalu berkata: \”Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?\” Baru mereka percaya dan mahu beriman.
  3. Inilah penyesalan yang tiada guna dan faedah lagi! Kerana itu jika nak menyesal dan bertaubat buatlah semasa masih hidup di atas dunia ini!
  4. Firman Allah s.w.t: {Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: \”Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman\”.} (Al-An\’aam 6:27)
  5. Maka sentiasalah ingat dan berwaspada bahawa kita sekarang ini masih diberi ruang dan peluang untuk beribadat dan bertaubat kepada Allah s.w.t!

AYAT 45- {DAN ENGKAU JUGA AKAN MELIHAT MEREKA DIDEDAHKAN KEPADA NERAKA DALAM KEADAAN TUNDUK MEMBISU DENGAN SEBAB KEHINAAN (YANG MEREKA RASAI) SAMBIL MEMANDANG (KE NERAKA ITU) HANYA DENGAN MENGERLING (KERANA GERUN TAKUT). DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN PULA BERKATA: \”SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG RUGI (DENGAN SEBENAR-BENARNYA) IALAH MEREKA YANG MERUGIKAN DIRINYA SENDIRI DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA PADA HARI KIAMAT (DENGAN SEBAB MEREKA MEMILIH PERBUATAN DERHAKA DI DUNIA). INGATLAH! SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG ZALIM ITU BERADA DALAM AZAB SEKSA YANG KEKAL\”.} (ASY-SYURA 42:45)

  1. Mereka juga akan didedahkan kepada neraka dalam keadaan mereka diam menikus, tunduk hina membisu sambil mengerlling melihat neraka dengan penuh perasaan takut dan gerun!
  2. Allah bayangkan keadaan mereka itu begini kerana atas dunia dulu mereka angkuh sombong dan takabbur, maka sekarang adalah sebaliknya. Maka jika kita nak selamat di Akhirat kelak, kita tawadhuk dan merendah dirilah kepada Allah dan sesama manusia, jangan sombong takabbur atas dunia ini.
  3. Ulama\’ kata maksudnya { مِنْ طَرْفٍ خَفِيٍّ- sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Kata Ibnu Jauzi rhm. dalam tafsirnya, ada empat pandangan ulama\’:
    i- mengerling dengan cara hina, dari jauh-jauh.
    ii- mencuri tengok.
    iii- tengok dengan separuh mata.
    iv- tengok dengan mata hati kerana matanya sudah buta. Tetapi ulama\’ kata ini takwil yang lemah.
  4. Begitulah kerana amat takut dan gerun untuk menghadapi azab neraka yang akan dihadapi.
  5. Orang mukmin apabila melihat syurga tempat mereka dan lihat neraka tempat orang kafir- mereka berkata sesama mereka: Malangnya mereka itu, itulah orang yang rugi dan kerugian, dulu kita ajak dan dakwah untuk beriman mereka mengingkarinya!
  6. Maka balasan bagi orang-orang yang zalim itu akan berada dalam azab seksa yang kekal selamanya! Wal \’iyazubillah!

AYAT 46- {DAN TIADALAH BAGI MEREKA SEBARANG PENOLONG – YANG LAIN DARI ALLAH – YANG DAPAT MEMBERIKAN PERTOLONGAN KEPADA MEREKA; DAN SESIAPA YANG DISESATKAN OLEH ALLAH (DISEBABKAN PILIHANNYA YANG SALAH) MAKA TIDAK ADA BAGINYA SEBARANG JALAN (UNTUK MENDAPAT HIDAYAH PETUNJUK).} (ASY-SYURA 42:46)

  1. Sesiapa yang Allah tidak tunjuk jalan yang benar, mereka akan pilih jalan yang sesat, yang terpesong dari kebenaran.
  2. Kita hanya boleh berusaha bimbing dan mengajak orang ke arah kebaikan; untuk terima atau tidak atas mereka dan petunjuk taufik dari Allah s.w.t.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 44- {Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya.}- kata ulama\’ harus ke atas manusia untuk sentiasa berdoa meminta kepada Allah s.w.t agar kita diberi hidayah, dalam solat atau tidak. Kita tidak akan ada peluang dapat hidayah kecuali dengan anugerah Allah s.w.t!

Maka sesiapa yang dapat hidayah dari Allah maknanya dia dapat bimbingan dari Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t: {Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.} (Al-Baqarah 2:257)

  1. Ayat 45- {\”Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia).}- ulama\’ kata orang yang derhaka dan buat maksiat, dia telah rugikan dirinya sendiri. Sebesar mana maksiat yang dia buat, sebesar itulah kerugian yang dia tanggung.
    Ayat ini mengajar kita untuk sentiasa muhasabah (koreksi) diri sendiri, aku ni banyak buat ibadat atau maksiat. Atau banyak kerja yang sia-sia?
  2. Ayat 45- {Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut).}- Allah ceritakan keadaan orang kafir yang penuh kehinaan dan takut-takut, ini kerana mereka dulu di dunia hidup dengan penuh takabbur sombong dan angkuh, menzalimi diri sendiri dengan kufur, syirik, maksiat dan derhaka kepada Allah s.w.t! Maka di Akhirat adalah sebaliknya, mereka tidak lagi kuat dan berkuasa bahkan dalam keadaan lemah dan penuh kehinaan.
  3. Ayat 45- {sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut).}- yakni dalam ayat ini menunkukkan bahawa mereka celik dan boleh me;ihat.
    Tetapi kenapa dalam ayat yang lain mengatakan bahawa mata mereka buta?
    Allah berfirman: {Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak;} (Al-Israa\’ 17:97)

Jawapan: Kata ulama\’ tadabbur:
i- itu boleh jadi pada permulaan dibangkitkan, dalam keadaan mata mereka buta lalu dibuka apabila sampai waktu untuk melihat neraka.
ii- buta dengan maksud kerana mereka tidak melihat satu benda pun yang boleh menggembirakan hati mereka.
iii- mungkin ada dua kumpulan, satu buta satu celik. Wallahu a\’lam.

  1. Ayat 45- {Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka…..}- timbul lagi satu persoalan tentang penglihatan ahli neraka ini, ada kata dhaif ada kata tajam-:
    i- dalam ayat ini kata dengan pandangan yang dhaif dan tidak jelas.
    ii- manakala dalam ayat lain Allah kata tajam:
    {Lalu pandanganmu (فَبَصَرُكَ) pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)\”. (Qaaf 50:22)

Jawapan; ada dua pandangan ulama\’:
i- pandangan kamu (فَبَصَرُكَ) itu maksudnya ilmu kamu, makrifah yakni bila Allah buka tutupan mata kamu, maka kamu lihat dengan jelas azab yang di depan mata.

ii- Ada yang mengatakan (فَبَصَرُكَ) sekarang tajam kerana di akhirat kamu dapat melihat dengan jelasnya apa yang atas dunia dulu kamu tak nampak dan ingkarinya.

Firman Allah s.w.t:
i- {Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): \”Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin\”.} (As-Sajdah 32:12)

ii- {Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.
(Al-Kahfi 18:53)

Ulama\’ kata inilah ilmu tentang neraka sekarang sudah di hadapan mata, tidak ada tutupan lagi, semua akan terdedah di hadapan Allah Azza wa Jalla.

Pesanan DAAM untuk perantau yang pulang beraya di kampung.

Powered by BetterDocs