SURAH AL-MU\’MINUN : AYAT 1-11

\"\"

MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, 7 SIFAT ORANG MU\’MIN & BEBERAPA PENGAJARANNYA.

Full video: https://youtu.be/a9tXf7lEcFI

MUQADDIMAH SURAH :

1. Surah Al-Mu\’minun, surah ke 23 dalam tertib susunan al-Quran, dalam juz ke 18 dan mengandungi 188 ayat.

2. Ijma’ ulama\’ mengatakan ia adalah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah.

3. Dinamakan Surah Al-Mu\’minun, yang bererti perihal orang-orang mukmin, yakni sifat mereka. Iaitu orang mu’min yang berbahagia, yang berjaya, ada tujuh sifat mereka yang akan disebut dalam ayat 1 sehingga 11.

4. Dalil penamaan surah dengan al-Hajj: Hadis Riwayat Abdullah bin ath-Thaib r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w solat subuh di Makkah dan membaca beberapa ayat awal dari Surah Al-Mu\’minun… dan Abdullah hadir bersama. [HR Musllim].

INTISARI :

1. Menerangkan bahawa orang-orang beriman yang tetap berjaya dan diredhai oleh Allah s.w.t ialah mereka yang:

i- Khusyuk solatnya. ii- jauh perkataan sia-sia. iii- mengeluarkan zakat.

iv- menunaikan amanah dan janjinya. v- menjaga diri dan kemaluan. vi- jaga solatnya.

2. Setelah diceritakan tentang nabi-nabi yang terdahulu dan penentangan kaumnya, diceritakan pula tentang Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kafir yang menentanganya.

3. Segala nikmat atas dunia ini untuk orang kafir seperti harta, pangkat dan anak pinak itu bukan bermakan Allah beri mereka kebaikan, bahkan adalah ujian untuk melihat samada mereka syukur dan bertaubat lalu beriman atau bertambah kufur.

4. Manakala orang-orang yang beriman adalah yang taat mengerjakan suruhan dan menjauhi larangan Allah s.w.t. Mereka yang sentiasa bersedia bersegera untuk membuat kebaikan dan di berada barisan hadapan untuk mencapainya.

5. Ditegasakn bahawa dalam Islam tiada perintah Allah yang menyusahkan dan memberati. Orang sihat dan uzur masing-masing dapat menjalankan ibadat sekadar kemampuan dan kesanggupan mereka melakukannya. Inilah keindahan Islam adaanya rukhsah kelonggaran dan keringanan.

6. Setelah dibawa dalil-dalil yang membuktikan keEsaan dan kekuasan Allah s.w.t, dan mendedahkan kesesatan kaum kafir musyrik, semoga mereka insaf.

7. Lalu diberi petunjuk supaya Rasulullah menolak kejahatan golongan kafir yang menentangnya dengan cara sebaik-baiknya. Bukan hanya bersabar dan memaafkan mereka, bahkan berbuat baik kepada mereka kerana Allah s.w.t jualah yang akan membalas perbuatan mereka dengan sedail-adilnya.

8. Surah ini diakhiri dengan memerintahkan agar Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah s.w.t agar mereka sentiasa mendapat keredhaaan-Nya dan selamat sentosa selalu di dunia dan akhirat.

MAQASID KANDUNGAN SURAH :

1. Merealisasikan keEsaan Allah s.w.t dan membatalkan segala bentuk syirik.

2. Menetapkan kenabian nabi Muhammad s.a.w dan menolak segala keraguan dan hujjah penyelewengan yang ditimbulkan oleh mereka yang menentangnya.

3. Surah ini juga mengajar tentang beberapa akhlak orang Islam yang kita kena belajar dan amal.

Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam surah ini ada 10 tajuk:

4. 7 sifat orang mukmin dan balasan yang Allah s.w.t sediakan untuk mereka.

5. Allah sebut peringkat kejadian manusia, untuk menunjukkan kuasa Allah untuk kebangkitan semula, hidup balik selepas mati.

6. Menjelaskan tanda-tanda yang zahir tentang keagungan Allah s.w.t ke atas alam ini.

7. Menyebut sedikit cebisan kisah nabi-nabi dan sikap mereka terhadap penentang mereka dan akhir kesudahannya dengan kemenangan bagi yang bertaqwa.

8. Allah s.w.t mengajar para nabi a.s supaya memakan makanan yang halal dan mengekalkan amalan soleh, serta semua para Nabi a.s itu agama dan syariahnya satu iaitu agama Tauhid, yang berbeza hanya cabang hukum Syariat..

9. Menyatakan sikap kaum musyrikin terhadap dakwah para Nabi sehingga ke hari kiamat. Penentang ini berterusan.

10. Allah sebut tentang dalil wahdaniyyah keEsaan Allah s.w.t.

11. Allah s.w.t ajar supaya Rasulullah s.a.w abaikan sebahagian perangai buruk orang kafir serta tunjukkan akhlak yang baik, untuk berdepan dengan akhlak mereka yang buruk. Begitulah juga para pendakwah serlahkan akhlak yang mulia sebagai qudwah.

12. Allah s.w.t sebut bahawa salah satu tanda Kiamat itu akan berlaku, iaitu apa yang berlaku ke atas orang kafir bila dia nak mati.

10. Ditamatkan surah ini dengan arahan dan bimbingan agar Rasulullah dan umatnya banyakkan memohon kemapunan Allah s.w.t agar mendapat rahmat-Nya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

AYAT 1- {SESUNGGUHNYA BERJAYALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN,} (AL-MU\’MINUUN 23:1)

1. Allah s.w.t sebut bahawa sifat pertama orang yang berjaya adalah yang beriman. Iaitu mencapai kejayan di dunia dan kekal kebahagiannya di akhirat kelak insya\’ Allah.

2. Sifat-sifat mereka lagi adalah seperti ayat-ayat berikut ini.

AYAT 2- {IAITU MEREKA YANG KHUSYUK DALAM SEMBAHYANGNYA;} (AL-MU\’MINUUN 23:2)

1. Sifat kedua orang beriman ialah mereka yang khusyuk dalam solatnya. Solat dengan tenang, tidak lagha dan lalai dalam solat.

2. Khusyuk itu di dalam hati, menjiwai dan fokus, tidak mengingati benda lain. Tanda khusyuk hati, anggotanya juga khusyuk.

3. Diceritakan orang soleh zaman dulu, bila mereka solat, burung pun boleh hinggap, disangka batang kayu.

4. Khusyuk ini telah hilang dari hati ramai orang muslim hari ini.

5. Kerana itu Ibnu Rajab rhm. berkata: Berjalan kepada Allah adalah dengan hati, berjalan kepada manusia dengan kaki.

6. Tips khusyuk untuk solat boleh dengar dalam Syarah Kitab Munyatul-Musolli oleh DAAM.

AYAT 3- {DAN MEREKA YANG MENJAUHKAN DIRI DARI PERBUATAN DAN PERKATAAN YANG SIA-SIA;} (AL-MU\’MINUUN 23:3)

1. Sifat ketiga orang yang baik ialah meninggalkan benda-benda yang lagha dan tidak berfaedah, samada dari segi perbuatan, percakapan dan fikiran.

2. Begitu juga yang lagha sibuk berbual dalam masa Kuliah.

3. Ini kerana asal solat itu doa, maka untuk khusyuk dalam solat, kena tinggalkan benda lagha dan kotor hatta di luar solat untuk membiasakan hati khusyuk.

4. Kata Ibnu Jauzi, maksud al-lagha dalam ayat ini ada 5:

i- syirik.

ii- Apa saja perkataan bathil.

iii- segala bentuk maksiat.

iv- perkataan dusta dan bohong.

v- caci-maki, celaaan dan perkataan buruk ini.

maka segala bentuk maksiat dan keburukan adalah benda lagha.

5. Lagha ini boleh jadi benda maksiat (seperti mengumpat) atau tidak seperti hanya berbual kosong yang tidak memberi faedah. Tetapi berbual-bual dengan isteri bukan benda lagha.

AYAT 4- {DAN MEREKA YANG BERUSAHA MEMBERSIHKAN HARTANYA (DENGAN MENUNAIKAN ZAKAT HARTA ITU);} (AL-MU\’MINUUN 23:4)

1. Sifat keempat; mereka membersihakan harta mereka dengan mengeluarkan zakat.

2. Kenapa solat dan zakat seringkali disebut bersama biasanya dalam al-Quran?

i- Kerana solat menyucikan hati (jiwa dalaman), zakat menyucikan harta (material).

ii- sedekah itu tanda orang mukmin.

AYAT 5- {DAN MEREKA YANG MENJAGA KEHORMATANNYA, } (AL-MU\’MINUUN 23:5)

1. Sifat kelima, mereka yang menjaga kehormatan dirinya.

2. Yakni menjaga diri dan kemaluannya daripada mengikut hawa-nafsu atau keinginan yang haram.

AYAT 6- {KECUALI KEPADA ISTERINYA ATAU HAMBA SAHAYANYA MAKA SESUNGGUHNYA MEREKA TIDAK TERCELA: -} (AL-MU\’MINUUN 23:6)

1. Mereka jaga nafsunya kecuali kepada isterinya atau pasangan yang halal (zaman dulu hamba sahaya tawanan perang).

2. Ini adalah perbuatan yang tidak tercela, bahkan sepatutnya.

Ingat sistem perhambaan dalam Islam amat adil, pintu untuk menjadi hamba amat sempit tetapi pintu untuk membebaskannya amat banyak sekali, bukan seperti barat.

AYAT 7- {KEMUDIAN, SESIAPA YANG MENGINGINI SELAIN DARI YANG DEMIKIAN, MAKA MEREKALAH ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS;} (AL-MU\’MINUUN 23:7)

1. Sesiapa yang melakukan selain yang demikian, yakni bukan saluran halal, maka mereka itu adalah orang-orang yang melampaui batas.

2. Ini termasuk, perbuatan liwat walaupun kepada isteri sendiri, apatah lagi kepada perempuan atau lelaki yang haram. Juga onani, LGBT dan seumpamanya.

AYAT 8- {DAN MEREKA YANG MENJAGA AMANAH DAN JANJINYA;} (AL-MU\’MINUUN 23:8)

1. Sifat keenam mereka juga amanah, apabila diberi jawatan atau harta tidak khianat. Akan menjaga dan serah balik kepada tuannya.

2. Begitu juga apabila berjanji akan tepati dan tidak khianat kerana itu adalah sifat munafik sebagaimana hadis Nabi s.a.w.

AYAT 9- {DAN MEREKA YANG TETAP MEMELIHARA SEMBAHYANGNYA;} (AL-MU\’MINUUN 23:9)

1. Sifat ketujuh; Mereka juga amanah dalam menjaga solat, yakni ikut waktu, khusyuk dan sempurna syarat-syaratnya.

AYAT 10- {MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERHAK MEWARISI .} (AL-MU\’MINUUN 23:10)

1. Maka mereka yang bersifat dengan tujuh sifat mulia tadi, mereka akan dibalas dengan sebaik-baik balasan dan berhak mewarisi.

AYAT 11- {YANG AKAN MEWARISI SYURGA FIRDAUS; MEREKA KEKAL DI DALAMNYA.} (AL-MU\’MINUUN 23:11)

1. Iaitu mewarisi Syurga Firdaus; di mana mereka kekal di dalamnya. Orang yang masuk syurga tidak akan keluar lagi.

2. Maksud mewarisi – ialah mengambil tempat di dalam syurga daripada orang yang tidak memasukinya. Hadis Rasulullah s.a.w. maksudnya; setiap orang disediakan dua tempat; satu dalam syurga dan satu di dalam neraka, jadi sesiapa yang dapat masuk syurga, tempatnya di dalam neraka akan diberi kepada penghuni lain supaya bertambah azabnya. Manakala tempat kosong di dalam syurga yang pemiliknya tidak dapat masuk syurga (yakni ke neraka – (والعياذ بالله akan diberi kepada penghuni syurga yang lain maka bertambah nikmatnya. [HR Ibnu Majah & Baihaqi].

3. Kenapa disebut syurga Firdaus? Hadis Rasulullah s.a.w-

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda,

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ، فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ أُرَاهُ فَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ ، وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ

“Di syurga itu terdapat seratus tingkatan. Allah menyediakannya untuk para mujahid di jalan Allah. Jarak antara keduanya seperti antara langit dan bumi. Kerana itu, jika kamu meminta kepada Allah, mintalah Firdaus, kerana sungguh dia adalah syurga yang paling tengah dan paling tinggi. Di atasnya ada Arasy Allah Maha Pengasih, dan darinya mengalir sumber sungai-sungai syurga.” [HR Bukhari]

4. Anas bin Malik RA meriwayatkan hadis, bahawa ketika Harithah bin Suraqah terbunuh, ibunya Ummu Rubayyi’ pergi bertemu Rasulullah SAW dan bertanya Baginda tentang kedudukan anaknya itu sama ada berada di syurga atau neraka. Lalu Baginda menjawab: “Ada banyak tingkat syurga di dalam syurga, dan anakmu Harithah berada di dalam syurga Firdaus yang tertinggi kedudukannya.”

5. Ya Allah jadikanlah kami semua penghuni Syurga Firdaus-Mu.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:

1. Demikianlahlah 7 sifat orang mukmin yang diceritakan dalam surah ini, yang bertuah dan berjaya.

2. Semoga kita semua termasuk di dalam golongan ini insya\’ Allah.

3. Salah satu doa yang Nabi ajar di dalam solat iaitu selepas bacaan tahiyyat akhir sebelum salam:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّار

(Ya Allah sesungguhnya aku memohon padaMu syurga, dan aku berlindung denganMu daripada neraka). [HR Abu Daud & Ibn Majah]

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs