SURAH AS-SOFFAT : AYAT 99-105

\"\"

KISAH NABI IBRAHIM A.S INGIN BERHIJRAH, MENDAPAT KHABAR GEMBIRA BOLEH ANAK & MIMPI SEMBELIH ANAK KESAYANGANNYA.

Full video : https://youtu.be/Ntt6atsUNdI

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini kita sambung kisah Nabi Ibrahim a.s dalam episod baru iaitu setelah menghadapi cabaran dari kaumnya; Ibrahim berdakwah, mereka berdi\’ayah (sebar propaganda), Ibrahim berjihad; mereka \”berjahat\’, Ibrahim ajak kepada jalan baik dan tauhid, mereka ajak kepada syirik kepada Allah Azza wa Jalla.
  2. Ibrahim walaupun dia hanya seorang, dia dianggap sebagai seorang pemimpin yang besar (أمة), dia berjaya memecahkan semua berhala kaumnya, lalu dia dicampak ke dalam api oleh kaumnya.
  3. Ketika dicampakkan ke dalam api, Ibrahim mengucapkan,
    حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ
    (Cukuplah Allah sebagai Penolong kami, dan Dialah sebaik-baiknya pelindung),
    Lalu Allah s.w.t mejadikan api sejuk dan selamat untuknya.
    Kita pun apabila menghadapi kesusahan dan cabaran ucapkanlah doa ini ini selalu!
  4. Selepas kejadian itu, Ibrahim mengambil keputusan mengisytiharkan untuk berhijrah meninggalkan negeri Babel (Babylon, Iraq) dan penduduknya yang jahat dan menolak dakwahnya itu. Untuk ke negeri lain mengabdikan diri kepada Allah di tempat yang lebih selamat, orang yang baik-baik dan tidak syirik kepada Allah s.w.t!

AYAT 99- {DAN NABI IBRAHIM PULA BERKATA: \”AKU HENDAK (MENINGGALKAN KAMU) PERGI KEPADA TUHANKU, IA AKAN MEMIMPINKU (KE JALAN YANG BENAR).} (AS-SAAFFAAT 37:99)

  1. Ibrahim mengisiytiharkan bahawa dia hendak pergi ke negeri yang diperintahkan Allah untuk berdakwah kepada kaumnya yang mahu menerima Islam.
  2. Ini adalah kisah selepas mereka mahu membakar Ibrahim dalam julangan api yang marak, jika Allah s.w.t tidak menyelamatkannya, pasti dia telah musnah.
  3. Tiada guna lagi tinggal menetap di dalam negeri yang penduduknya begitu jahat dan tidak mahu menerimanya.
  4. Tentang ayat ini; {Dan Nabi Ibrahim pula berkata: \”Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku,} ulama\’ memberi beberapa pendapat tentang maksud aku hendak pergi (إِنِّي ذَاهِبٌ) ini:
    i- pendapat pertama bahawa dia pergi keluar secara hakiki meninggalkan Babel, menuju kepada negeri lain yang boleh beribadat kepada Allah dengan selesa dan penduduknyna mahu beriman.

ii- mahu pergi keluar ke tempat yang diperintahkan oleh Allah untuk dia berhijrah, iaitu berhijrah ke bumi suci Palestin.
Berapa kali hijrah Ibrahim, dari Babel ke Syam, Palestin lalu ke Mesir. Kemudian selepas dapat Ismail ke Makkah.

Iii- Ada juga ulama\’ kata Ibrahim berhijrah kepada Allah dengan niatnya, hati dan amalannya yang baik.
Kesimpulannya kedua-duanya, Ibrahim berhijrah kepada Allah s.w.t dengan hati & kakinya, iaitu dengan niat yang ikhlas dan amalan yang baik.

  1. Ada kata ulama\’: \”Berhijrah kepada Allah dengan hati, pergi kepada orang dengan kaki.\” Yakni nak buat apa saja wajib dengan hati yang ikhlas jika tidak tak jadi!
  2. Kenapa juga Ibrahim kata Allah s.w.t akan memimpinnya ke jalan yang benar?
    Ini kerana kata ulama\’: Petunjuk zahir dan batin keduanya sekali:
    i- Allah s.w.t pimpin hati Ibrahim dan berinya petunjuk,
    ii- serta jalan untuk dia lalui kerana jauh jarak antara dua negara itu, melalui padang pasir yang tiada petunjuk arah kecuali dengan pedoman dari Allah s.w.t.

AYAT 100- {\”WAHAI TUHANKU! KURNIAKANLAH KEPADAKU ANAK YANG TERHITUNG DARI ORANG-ORANG YANG SOLEH!\”} (AS-SAAFFAAT 37:100)

  1. Selepas berhijrah, Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah s.w.t agar dikurniakan anak yang tergolong dari orang yang soleh.
  2. Ini kerana Ibrahim tinggalkan negerinya dan seluruh kaum keluarganya yang ramai. Ibrahim hanya keluar berhijrah diikuti oleh anak saudarnya Lut a.s dan isterinya Sarah. Maka Ibrahim berasa sunyi dan berdoa untuk dikurniakan zuriat yang soleh.
  3. Maka kita lihat apa yang terjadi bagi doa orang yang ikhlas berhijrah meninggalkan segalanya kerana Allah s.w.t.

AYAT 101- {LALU KAMI BERIKAN KEPADANYA BERITA YANG MENGEMBIRAKAN, BAHAWA IA AKAN BEROLEH SEORANG ANAK YANG PENYABAR.} (AS-SAAFFAAT 37:101)

  1. Allah s.w.t jawab bahawa Dia akan anugerahkan kepada Nabi Ibrahim berita yang baik dan menggembirakan, iaitu dia akan diberi seorang anak.
  2. Anak itu pula Allah s.w.t sifatkan sebagai seorang yang bersifat sabar, tenang, baik dan lemah lembut (حَلِيمٍ) Itulah Ismail a.s.
  3. Begitulah, jangan takut jika kita berhijrah tinggalkan sesuatu (walaupun nampak rugi di dunia) insya\’ Allah Allah s.w.t akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik dan menguntungkan jika tidak di dunia di akhirat kelak!
  4. Setelah Ibrahim mengisytiharkan untuk berhijrah dalam ayat ini juga:
    {Setelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: \”Aku hendak berhijrah kepada TuhanKu, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana\”.} (Al-\’Ankabuut 29:26)
  5. Allah s.w.t terus berfirman menjawab: {Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya) dan Yaakub (cucunya); dan Kami jadikan dalam kalangan keturunannya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab agama; dan Kami berikan balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya adalah ia, pada hari akhirat, dari orang-orang yang soleh.} (Al-\’Ankabuut 29:27)
  6. Maknanya jika tinggalkan yang tidak baik di atas dunia ini kerana Allah, Allah s.w.t akan gantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Jangan runsing dan takut!
    Dalam bentuk apa saja samada kita sedarinya atau tidak!
    Untung atas dunia ini kecil sahaja dibandingkan dengan kejayaan di akhirat.
  7. Ayat ini juga kata ulama\’ mengajar kita untuk mengucapkan tahniah kepada orang yang mendapat khabar gembira mendapat anak.

AYAT 102- {MAKA KETIKA ANAKNYA ITU SAMPAI (KE PERINGKAT UMUR YANG MEMBOLEHKAN DIA) BERUSAHA BERSAMA-SAMA DENGANNYA, NABI IBRAHIM BERKATA: \”WAHAI ANAK KESAYANGANKU! SESUNGGUHNYA AKU MELIHAT DALAM MIMPI BAHAWA AKU AKAN MENYEMBELIHMU; MAKA FIKIRKANLAH APA PENDAPATMU?\” ANAKNYA MENJAWAB: \”WAHAI AYAH, JALANKANLAH APA YANG DIPERINTAHKAN KEPADAMU; INSYA ALLAH, AYAH AKAN MENDAPATI DAKU DARI ORANG-ORANG YANG SABAR\”.} (AS-SAAFFAAT 37:102)

  1. Ibrahim a.s sering datang menziarahi anaknya ini yang berada di Makkah, manakala Ibrahim tinggal di Palestin.
    Kisah bagaimana mereka ini berpisah, pengembaraan Ibrahim, Hajar & Ismail ada dalam hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dan boleh baca dalam buku: Makkah Kelebihan dan Sejarah. http://www.dartaibah.com/#!/~/search/keyword=makkah
  2. Setelah beberapa tahun, apabila anaknya Ismail a.s itu sudah besar dan mencapai umur (بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ) yakni sudah besar boleh bekerja bersama ayahnya, yakni bukan bayi atau kanak-kanak kecil lagi, Ibrahim datang menziarahi lagi anaknya itu.
  3. Tiba-tiba Ibrahim memberitahu kepada anaknya: {Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?}
  4. Ulama berselisih pendapat maksudnya Ibrahim ini samada:
    i- dia mendapat arahan dari Allah untuk menyembelih anaknya Ismail a.s dalam mimpinya itu,
    ii- atau dia melihat dalam mimpi itu dia telah menyembelih Ismail atas arahan Allah.
  5. INGAT! Mimpi para nabi itu benar, manakala mimpi orang lain tidak diambil kira. Hati-hati jangan terpedaya dan percaya. Mimpi orang biasa jika betul sekalipun hanya untuk dirinya bukan untuk dikongsi atau diamal oleh oleh lain. Ini kerana siapa yang dapat mengesahkan kebenaran atau kesahihan mimpi itu???
  6. Apabila mendengar kata-kata ayahnya ini, Nabi Ismail yang sabar dan lemah lembut berkata: {\”Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar\”.}
  7. Lalu Ibrahim dan Ismail pun melakukan persiapan dan persediaan dengan pergi ke suatu tempat yang tertentu.

AYAT 103- {SETELAH KEDUANYA BERSERAH BULAT-BULAT (MENJUNJUNG PERINTAH ALLAH ITU), DAN NABI IBRAHIM MEREBAHKAN ANAKNYA DENGAN MELETAKKAN IRINGAN MUKANYA DI ATAS TOMPOK TANAH, (KAMI SIFATKAN IBRAHIM – DENGAN KESUNGGUHAN AZAMNYA ITU TELAH MENJALANKAN PERINTAH KAMI),} (AS-SAAFFAAT 37:103)

  1. Kemudian kedua-dua nabi Ibrahim dan Ismail a.s dengan sabar dan berserah diri sepenuhnya untuk mejalankan perintah Allah ini; melakukan persediaan yang sepatutnya untuk menyembelih Ismail.
  2. Siap dengan merebahkan Ismail di atas tanah dan bersedia dengan pisau yang tajam. Lalu Allah s.w.t kira Ibrahim telah menjalankan perintah Allah, Ismail juga telah pasrah dan redha dengan arahan dan ketetapan Allah s.w.t.

AYAT 104- {SERTA KAMI MENYERUNYA: \”WAHAI IBRAHIM!} (AS-SAAFFAAT 37:104)

  1. Tiba-tiba sebelum sempat melakukannya, terdengar suara yang menyeru namanya: { Wahai Ibrahim!}.

AYAT 105- {\”ENGKAU TELAH MENYEMPURNAKAN MAKSUD MIMPI YANG ENGKAU LIHAT ITU\”. DEMIKIANLAH SEBENARNYA KAMI MEMBALAS ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MENGERJAKAN KEBAIKAN.} (AS-SAAFFAAT 37:105)

  1. Allah memberitahu bahawa nabi Ibrahim telah melaksanakan tugasnya, patuh dan taat kepada perintah Allah tanpa bantahan dan persoalan. Ibrahim dikira telah menyempurnakan arahan dan perintah Allah sebagaimana dalam mimpinya walaupun tidak jadi untuk melakukannnya dengan perintah Allah juga!
  2. Maka demikianlah Allah s.w.t akan membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan (الْمُحْسِنِينَ).
    Selesai tugas Ibrahim dalam menjalankan kebaikan dan perintah Allah.
  3. Kita tengok dalam siri yang akan datang apakah kisah seterusnya bagi dua orang Nabi yang mulia dan taat kepada Allah ini.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 99- {Dan Nabi Ibrahim pula berkata: \”Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).}- Ibrahim telah mengisytiharkan bahawa dia akan pergi kepada Tuhannya (ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي) Dia akan menolongnya (سَيَهْدِينِ).
    Ulama\’ berkata ayat ini mengajar kepada kita:
    i- beginilah sepatutnya kita jangan bercakap besar, bahkan wajib ke atas manusia jangan berpegang semata-mata atas dirinya, menganggap bahawa semua rancangan dan perbuatan kita hanya kerana kita bijak dan hebat. Wajib sandarkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah s.w.t, apa yang kita rancang, Allah s.w.t yang akan pimpin kita!

ii- Begitu juga apabila kita berdoa, kita kena guna lafaz, bahasa dan ayat yang menunjukkan sangat pergantungan dan pengharapan kita yang sepenuhnya kepada Allah s.w.t, merintih merayu kepada Allah s.w.t, barulah kita berasa dekat kepada-Nya.

iii- Ayat ini juga memberi dalil jika berada di mana-mana tempat yang tidak sesuai dan tidak harmoni dari sudut keagamaan dan amal ibadat, kita harus berpindah mencari tempat yang lebih sesuai dan baik untuk diri beribadat dan menegakkan Syari\’ah Allah s.w.t.

  1. Ayat 99- {Dan Nabi Ibrahim pula berkata: \”Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).}- kenapa dalam ayat ini Ibrahim kata aku pergi kepada Tuhanku (رَبِّي) bukan hanya sebut kepada Allah (اللَّهُ)?
    Kata ulama\’: Ini kerana waktu Ibrahim berdoa itu dia meminta dengan sifat Allah ar-Rububiyyah, iaitu Allah sebagai Pemilik dan Pentadbir alam ini, yang mengatur hidup, kerana itu Ibrahim kata dia ingin berhijrah kepada Tuhan yang akan memberi petunjuk pedoman, mengatur, menyusun dan mentadbir hidupnya.
    Kita pun jika kena zalim boleh kita minta dengan Allah yang sesuai dengan sifat dan kuasa-Nya, ya Qawiyy, ya Jabbar (Yang maha perkasa, yang Maha Kuat)!

ii- menunjukkan harus beruzlah yakni tinggal bersendirian, menjauhkan diri meninggalkan tempat yang tidak selamat dan tidak sesuai untuk dakwah dan hidup beragama.

  1. Ayat 101- {Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.}- Allah beri khabar gembira kepada Ibrahim bahawa dia akan dianugerah anak yang baik dan penyabar.
    Maka ayat ini dalil bahawa adalah sunat dan elok apabila mendengar orang mendapat zuriat untuk mengucapkan tahniah, boleh rujuk bacaannya, ucapan untuk orang yang dapat anak dalam: Perisai Muslim. http://www.dartaibah.com/…

ii- ayat ini juga menjadi dalil bahawa anak itu adalah Ismail bukan Ishak.
Dalilnya: Di dalam al-Quran, selepas ayat diberi khabar gembira tentang kelahiran Ismail, lalu dibawa terus ayat kisah tentang arahan penyembelihan ini.

Juga kerana sifat Ismail yang disebut Allah s.w.t dalam al-Quran ialah tenang, lemah lembut dan penyabar (حَلِيمٍ). Sedangkan untuk Ishak, Allah s.w.t sebut dengan sifat mengetahui (عَلِيمٌ). Jelaslah anak yang hendak disembelih itu yang bersifat (حَلِيمٍ), maka ia adalah Ismail a.s.

Ini kerana ada juga pendapat yang mengatakan anak yang diarahkan untuk sembelih itu adalah Ishak, tetapi majoriti ulama\’ kata Ismail, berdasarakan dalil-dalil ini.

  1. Ayat 102- {Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: \”Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?\”- pengajarannya:
    i- bahawa ibu bapa jika mahu menasihati atau mahu menyuruh anak-anak melakukan sesuatu kena guna bahasa yang baik dan elok. Kata-kata nasihat yang lembut mudah-mudahan dia buka telinganya dan masuk dalam hati.

ii- kadang-kadang Allah s.w.t uji seseorang manusia itu dengan sesuatu yang sangat berat dalam hatinya! Untuk menyembelih anak sendiri ini bukan sesuatu yang ringan dan mudah, bahkan untuk berpisah sementara pun sudah sedih dan berat.

iii- hati-hatij, jangan salah guna mimpi untuk menyatakan sesuatu yang berat atau menghalalkan sesuatu perbuatan manusia biasa, untuk membuat hukum atau amal ibadat baru. Hanya mimpi para nabi yang betul-betul benar!

  1. Ayat 102- {Anaknya menjawab: \”Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar\”.}- ya Allah betapa tenang dan penyabar Ismail.
    Ulama\’ mengeluarkan beberapa fawaid dari ayat ini:
    i- bahawa boleh orang yang dibawah menegur dan menyuruh orang yang di atasnya dalam perkara yang baik, dengan perkataan yang baik. Seperti seorang anak menegur atau mengajar bapanya.

ii- makna seorang yang sabar dalam agama ialah seorang yang akur, patut dan taat kepada perintah Allah s.w.t.

iii- kalimah insya\’ Allah (إِنْ شَاءَ اللَّهُ) jangan lekang dari mulut kita, sentiasa dibibir. Wajib diucapkan terutama apabila berjanji kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Ini adalah kalimah yang diucapkan oleh para rasul dan nabi, maka ia menjadi sunnah ke atas kita juga.

Powered by BetterDocs