SURAH AL-ISRA\’ : AYAT 49-55

\"\"

GOLONGAN MUSYRIKIN INGKAR TENTANG BANGKIT SEMULA, BERDEBATLAH DENGAN CARA YANG BAIK,
KEJAYAAN SYAITAN MEMISAHKAN SUAMI ISTERI &
BERBEZA KEDUDUKAN PARA NABI A.S.


Full video: https://youtu.be/ODgp2Zpxvj0

MUQADDIMAH:
Antara 4 isu utama yang berlegar dalam al-Quran (مدار القرآن) ialah tentang :-
1. Uluhiyyah- Ketuhanan.الألوهية
2. Nubuwwah – Kenabian. النبوة
3. Al-Ba\’th – Kebangkitan semula. البعث
4. Qada\’ & Qadar – Taqdir ketetapan Allah swt. القضاء والقدر
Isu lepas tentang kebangkitan semula dan al-Hisab, tentang segala amalan akan dihitung kemudian dibalas mengikut amalan masing-masing baik atau jahat. Maka sesiapa yang mahu mendapat balasan baik, buatlah sebanyak mungkin amal ibadat dan kebaikan, sesiapa yang sebaliknya maka balasan buruk menantinya. Nauzubillah.

Adapun berita-cerita lain dalam al-Quran, sebagai pengajaran dan iktibar untuk menetapkan Ketuhanan Allah s.w.t supaya orang yang ingkar dan kufur akan tahu bahawa Allah s.w.t akan timpakan ke ats mereka kesusahan, kebinasaan dan kehancuran.
Dlm ayat ini Allah swt ceritakn kpd kita sbhagian kata2 puak kafir Musyrikin yg mngingkari kebangkitan smula utk Hisab dan Jaza\’. Hitung balas. Mrk tdk percaya n tdk beriman dgnnya.
Mereka juga telah membuat pelbagai tuduhan palsu kepada Allah s.w.t, ada anak, sekutu dan lain-lain. Juga terhadap Rasulullah saw, gila sihir dan lain-lain., tetapi semuanya telah dibalas dan dipatahkan oleh Allah swt.

AYAT 49- {DAN MEREKA BERKATA: \”ADAKAH SESUDAH KITA MENJADI TULANG DAN BENDA YANG REPUT, ADAKAH KITA AKAN DIBANGKITKAN SEMULA DENGAN KEJADIAN YANG BAHARU?\”} (AL-ISRAA\’ 17:49).
1. {Dan mereka berkata…}. Mereka di sini adalah orang-orang kafir yang tidak percaya itu. Mereka mengejek-ejek Rasulullah s.a.w apabila menceritakan tentang kebangkitan semula.
2. Dikisahkan mereka bawa tulang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu meramas tulang itu sehingga hancur lalu bertanya macamana nak bangkit semula semua tulang yang telah hancur ini? Mereka anggapnya mustahil dan tidak logik.
2. Ada juga golongan manusia yang tahu dan percaya tentang bangkit semula ini, tetapi tetap buat maksiat dan kemungkaran, samada mereka lupa tentang ancaman ini atau buat-buat lupa kerana ikut nafsu dan syaitan. Kepercayaan dan keimanan yang tidak mantap lalu menjadi lagha dan alpa.

AYAT 50- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD):\” JADILAH KAMU BATU ATAU BESI -} (AL-ISRAA\’ 17:50)
1. Lalu Allah s.w.t suruh Nabi s.a.w balas balik hujjah mereka dengan cabar mereka untuk menukar kejadian mereka menjadi batu atau besi yang pejal dan keras, supaya tidak reput. Yakni jika mereka mampu untuk elak dibangkitkan semula.
2. Tetapi Allah s.w.t tegaskan mereka tetap akan dibangkitkan walaupun jadi batu atau besi. Tetap hidup dan bangkit semula, lalu dihisab dan akhirnya kan dimasukkan ke dalam neraka.

AYAT 51- {ATAU LAIN-LAIN MAKHLUK YANG TERLINTAS DI HATI KAMU SUKAR HIDUPNYA, (MAKA ALLAH BERKUASA MENGHIDUPKANNYA)!\” MEREKA PULA AKAN BERTANYA: \”SIAPAKAH YANG AKAN MENGEMBALIKAN KITA HIDUP SEMULA?\” KATAKANLAH: \”IALAH ALLAH YANG MENJADIKAN KAMU PADA MULANYA!\” MAKA MEREKA AKAN MENGANGGUKKAN KEPALA MEREKA KEPADAMU SAMBIL BERTANYA SECARA MENGEJEK: BILA BERLAKUNYA?\” KATAKANLAH: \”DIPERCAYAI AKAN BERLAKU TIDAK LAMA LAGI!\”} (AL-ISRAA\’ 17:51)

Maka terjadilah dialog ini antara orang kafir dan Rasulullah s.a.w:
1. Allah suruh Rasulullah kata lagi: “Atau pilihlah apa-apa makhluk selain batu dan besi tadi, yang kamu rasa tidak akan reput dan tidak mungkin akan hidup semula.”
Tetapi pasti saja Allah akan berkuasa menghidupkan semula apa saja yang Dia kehendaki.
2. Lalu mereka bertanya lagi kepada Rasulullah: “Siapa yang akan menghidupkan semula kami?” Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Ia adalah Allah s.w.t yang menciptakan kamu pada awalnya.”
3. Bila mendengar perkataan Nabi s.a.w ini, para kafir itu mengangguk-angguk kepala dengan mengejek sambal bertanya lagi dengan nada tidak percaya: “Bilakah akan berlaku kebangkitan semula ini?”
4. Allah s.w.t ajar Rasulullah s.a.w untuk menjawab: “Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!\”
5. Jika mereka bantah lagi: “Macamana tidak lama itu sedangkan sudah berlalu beribu tahun, zaman Adam, Nuh, Firaun dan lain-lain, kiamat masih tidak datang-datang lagi????”
5. Ulama’ berkata:-
Jika tempoh masa yang sudah berlalu lebih lama daripada masa yang akan datang, maka masa yang tinggal lagi sedikit itu boleh dipanggil dekat.
eg- Katakan umur dunia ini 200 juta tahun, dan sudah berlalu sejak zaman Adam sehingga zaman Nabi s.a.w adalah 150 juta tahun, maka baki 50 juta tahun itu adalah dekat.
Eg. Katakanlah jika umur seseorang akan mati 80 tahun, dia sudah hidup selama 65 tahun, bererti baki umur 15 tahun lagi itu sudah boleh dipanggil dekat.
6. Kesimpulannya Hari Kiamat dengan zaman Rasulullah s.a.w adalah dekat, tidak jauh.

AYAT 52- { (INGATLAH AKAN) HARI IA MENYERU KAMU LALU KAMU MENYAHUT SAMBIL MEMUJI KEKUASAAN-NYA, DAN KAMU MENYANGKA, BAHAWA KAMU TINGGAL (DALAM KUBUR) HANYA SEBENTAR.} (AL-ISRAA\’ 17:52).
1. Tunggulah, apabila hari yang kamu ingkarkan itu, iaitu Hari Kiamat akan berlaku, kamu semua akan diseru, yang beriman juga yang anti-kebangkitan, semuanya akan menyahut lalu bangkit bangun dari kubur sambil memuji Allah s.w.t. mengakui Keesaan-Nya. Semuanya sudah tahu kebenaran dan kekuasaan Allah s.w.t, tetapi masa untuk beriman sudah tamat.
2. Bagaimanakah keadaan memuji Allah bila dibangkitkan di Padang Mahsyar itu? Ulama\’ beri beberapa pendapat:
i- Mereka bangkit dengan arahan Allah s.w.t. بأمره
ii- Mereka bangkit daripada kubur dengan berkata: سبحانك و بحمده Maha Suci Engkau Allah, apa yang Engkau janjikan adalah benar dan telah berlaku.
iii- Memuji dengan mentaati perintah Allah, sudah kenal Allah tetapi sudah terlambat, kenal bila sudah tamat tempoh..
iv- Bangkit dalam keadaan puji Allah bukan puji diri sendiri.
nanti akan menyesal.
3. Apabila bangun itu, semua mereka (yang beriman dan tidak) akan menyesal. Yang kufur pastilah kerana tidak beriman.
Yang beriman kerana tidak melakukan amal ibadat sebaik dan sebanyak mungkin ketika mampu. Masa muda jaga anak, sudah tua jaga cucu pula, tidak sempat sempurnakan bekalan akhirat.

AYAT 53- {DAN KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD) KEPADA HAMBA-HAMBAKU (YANG BERIMAN), SUPAYA MEREKA BERKATA DENGAN KATA-KATA YANG AMAT BAIK (KEPADA ORANG-ORANG YANG MENENTANG KEBENARAN); SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU SENTIASA MENGHASUT DI ANTARA MEREKA (YANG MUKMIN DAN YANG MENENTANG); SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU ADALAH MUSUH YANG AMAT NYATA BAGI MANUSIA.} (AL-ISRAA\’ 17:53).
1. Allah menyuruh Nabi s.a.w perintahkan kepada umatnya yang beriman agar bercakap dengan baik dan lemah-lembut ketika berbincang dan bercakap dengan orang lain.
2. Apatah lagi untuk berdakwah kepada yang belum beriman, samada kepada mereka yang menentang kebenaran atau musuh-musuh lain.
3. Ini kerana semua itu akan menimbulkan perpecahan dan permusuhan sesama manusia.
4. Sedangkan musuh asal kita yang nyata adalah syaitan yang sentiasa menghasut di antara mereka yang mukmin dan yang menentang. Maka waspadalah terhadap hasutan dan tipu daya syaitan yang memang kerjanya.
5. Sabda Rasulullah s.a.w: “Kalimat yang baik itu adalah sedekah”. [HR Bukhari dan Muslim].

6. Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerangkan bahawasanya iblis telah membina singgasananya di permukaan laut. Dari sanalah Ia mengirimkan seluruh bala tenteranya. Yang paling berjaya diantara mereka adalah yang paling banyak membuat kerosakkan.
Salah satu tenteranya menghadap Iblis ;
“Saya telah Berjaya berhasil melakukan yang ini dan itu” “Kamu belum melakukan apa pun. “Seorang tenteranya lain datang melaporkan diri “Aku telah menghancurkan ikatan perkahwinan seorang laki-laki dengan isterinya,”. Iblis menghampirinya dan memberikan pujian. “Engkaulah yang terbaik.”[Hadis Riwayat Muslim]
i- Kerja utama syaitan yang diangap paling berjaya ialah berjaya memisahkan ikatan perkahwinan dan menjadi bercerainya suami isteri tanpa sebab yang logic dan berasas
ii- Menyebar fitnah juga adalah satu pekerjaan iblis. Oleh kerana itu, apabila kita berniat untuk menaburkan fitnah terhadap orang lain, perlu disedari bahawa kita sudah menjadi tentera Iblis tidak secara langsung akibat tergoda oleh pujukan Iblis.
iii- Maka kita jangan menjadi penyokong syaitan yang meraikan kejayaannya ini. Ingatlah syaitan itu musuh yang amata nyata bagi manusia.

AYAT 54- {TUHAN KAMU LEBIH MENGETAHUI AKAN KEADAAN KAMU; JIKA IA KEHENDAKI, IA AKAN MEMBERI RAHMAT KEPADA KAMU; ATAU JIKA IA KEHENDAKI, IA AKAN MENYEKSA KAMU. DAN KAMI TIDAK MENGUTUSMU KEPADA MEREKA (WAHAI MUHAMMAD), SEBAGAI WAKIL YANG MENGUASAI URUSAN MEREKA.} (AL-ISRAA\’ 17:54),
1. Allah s.w.t mengetahui semua keadaan manusia, maka soal orang tidak beriman, serahkanlah kepada Allah s.w.t. Jika Dia mahu memberi rahmat kepada mereka dengan memberi hidayah lalu mereka akan beriman atau Dia akan mematikan mereka dalam kekufuran dan akan mendaat azab siksa-Nya.
2. Rasulullah s.a.w diutuskan kepada manusia bukan untuk memaksa mereka menerima kebenaran, tetapi hanya menyampaikan perintah-perintah Allah s.w.t.

AYAT 55- {DAN TUHANMU (WAHAI MUHAMMAD) LEBIH MENGETAHUI AKAN SEKALIAN MAKHLUK YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI; DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MELEBIHKAN SETENGAH NABI-NABI ATAS SETENGAHNYA YANG LAIN; DAN KAMI TELAH MEMBERIKAN KITAB ZABUR KEPADA NABI DAUD.} (AL-ISRAA\’ 17:55)
1. Allah s.w.t Maha Mengetahui keadaan segala makhluk-Nya samada yang berada di langit atau di bumi. Kemudian Dia memilih dari kalangan hamba-Nya sesiapa saja yang layak untuk menjadi nabi dan rasul.
2. Ini untuk menolak fahaman kaum kafir yang merasakan Nabi Muhammad tidak layak untuk terpilih menjadi nabi dan rasul. Kerana mereka tuduh dia hanyalah anak orang kampung dan pengembala kambing.
2. Ada juga perbezaan dari sudut darjat di antara para nabi-nabi itu, ini disebabkan beberapa keistimewaan yang Allah kurniakan kepada mereka. Ada nabi yang kecil pengikutnya tidak ramai, ada yang hebat, tetapi mereka semua adalah nabi dan manusia yang terpilih.
3. Sebagaimana Nabi Daud yang keistimewaannya bukan hanya kerana mengendalikan kerajaan besar yang dikuasainya sahaja, tetapi kerana diberikan Kitab Zabur kepadanya, yakni sebagai rasul.

Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs