SURAH YAASIN : AYAT 8-12

\"\"

TANGAN KAFIR TERBELENGGU DI TENGKOK, TERTUTUP PANDANGAN MEREKA DARI SEMUA SUDUT & CATATAN SEMUA KESAN AMALAN MANUSIA.

Full video : https://youtu.be/YpAgAIXeR_M

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri yang lepas Allah s.w.t menerangkan tentang al-Quran yang benar dan teguh serta penuh hikmah. Al-Quran yang diturunkan oleh s.w.t yang Maha Gagah Perkasa dan Maha Kasihan Belas.
  2. Serta penekanan tentang kebenaran risalah Rasulullah s.a.w yang diutus untuk memberi peringatan kepada kaumnya yang telah terputus dari wahyu dan ajaran agama serta naishat yang benar.
  3. Tetapi malangnya manusia ini sudah lari daripada landasan tetap tidak mahu beriman kepada Allah s.w.t degil dan keras kepala.
  4. Maka Allah s.w.t copkan ke atas mereka sebagai kafir yang akan menerima balasan azab siksa di akhirat kelak.

AYAT 8- {SESUNGGUHNYA KAMI JADIKAN (KESOMBONGAN DAN KEENGGANAN MEREKA TUNDUK KEPADA KEBENARAN SEBAGAI) BELENGGU YANG MEMBERKAS KEDUA TANGAN MEREKA KE BATANG LEHER MEREKA; (LEBARNYA BELENGGU ITU) SAMPAI (MENONGKATKAN) DAGU MEREKA LALU MENJADILAH MEREKA TERDONGAK.} (YAA SIIN 36:8)

  1. Maka setelah Allah cop ke atas mereka, setelah tetap dalam ilmu Allah bahawa mereka tidak akan beriman walaupun telah diberi nasihat dan amaran oleh Rasulullah s.a.w dengan wahyu daripada Allah s.w.t., contoh seperti Abu Lahab, Abu Jahal dan seumpamanya, mereka tetap ingkar dan menentang.
  2. Maka sesungguhya, Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka diangkat ke dagu, kerana itu mereka tertengadah. Iaitu mengangkat kepalanya dan tidak mampu menundukkannya. Al-Muqmahun (مُقْمَحُونَ) bermaksud orang yang terangkat kepalanya. Tidak boleh tunduk atau berpusing kiri-kanan lagi.
  3. Para ulama\’ berbeza pendapat tentang maksud sebenar ayat ini:
    i- ada kata terbelenggu hakiki sebagai azab di akhirat nanti, tangan diikat, lalu dibelenggu ke kepala, kepala pula tidak boleh bergerak.

ii- ayat ini merupakan tamsil (perumpamaan) yang maksudnya adalah bahawa mereka tidak mahu tunduk beriman.

iii- Ada yang mengatakan tangan mereka terikat ke leher mereka sebagai kata kiasan yang menunjukkan bahawa tangan mereka tidak mahu dihulurkan untuk memberi kebaikan.

  1. Syeikh Syanqiti buat kesimpulan: Bahawa mereka yang telah ditetapkan kecelakaan mereka sejak azali lagi itu, maka Allah s.w.t palingkan kepala dan hati mereka daripada keimanan. Tidak boleh mencari lagi kebenaran, pandangan mereka hanya satu arah, mata mereka berselaput, terhijab terdinding dari jalan lain. Telah tertutup mata hati, apa yang mereka nampak hanya syirik kepada Allah s.w.t, na\’uzubillahi min zalik!

AYAT 9- {DAN KAMI JADIKAN (SIFAT TAMAK DAN GILA MEREKA KEPADA HARTA BENDA DAN PANGKAT ITU SEBAGAI) SEKATAN (YANG MENGHALANG MEREKA DARIPADA MEMANDANG KEPADA KEBURUKAN DAN KESINGKATAN MASA DUNIA YANG ADA) DI HADAPAN MEREKA, DAN SEKATAN (YANG MENGHALANG MEREKA DARIPADA MEMIKIRKAN AZAB YANG ADA) DI BELAKANG MEREKA (PADA HARI KIAMAT). LALU KAMI TUTUP PANDANGAN MEREKA; MAKA DENGAN ITU, MEREKA TIDAK DAPAT MELIHAT (JALAN YANG BENAR).} (YAA SIIN 36:9)

  1. Kami adakan di hadapan mereka sekatan dan di belakang mereka juga sekatan. Dinding itu menutupi mereka dari kebenaran sehingga mereka kebingungan atau kesesatan. Ini tafsiran pertama, mereka memang tidak dapat melihat secara hakiki, ditutup pandangan mereka.
  2. Pendapat kedua; ayat ini juga menurut sebahagian ahli tafsir merupakan tamsil yang menunjukkan tertutupnya jalan bagi mereka untuk beriman. Kami tutup mata mereka dari kebenaran sehingga mereka tidak dapat melihat, iaitu tidak dapat mengambil manfaat dari kebaikan dan tidak mendapat petunjuk untuk menempuh jalan kebaikan yang benar.
  3. Sebagaimana firman Allah s.w.t:
    {(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.} (Al-Baqarah 2:7)
  4. Syeikh Ibnu Asyur dalam tafsirnya berkata: Ayat ini menjadi satu perbandingan kepada orang-orang yang lari dari tadabbur al-Quran, bila di ajak kepada Islam, al-Quran dan hadis tidak mahu! Maka kumpulan ini Allah jadikan seolah dileher mereka ada belenggu ada rantai, kepala dan mata mereka tidak dapat melihat lagi ke arah lain, jalan lain yang membawa kepada kebenaran, apa yang mereka nampak hanyalah jalan syirik yang penuh kesesatan.
  5. Kita boleh menerima kedua penjelasan ulama\’ tentang maksud ayat ini bahawa:
    i- di dunia mereka tertutup mata hati daripada melihat dan menerima kebenaran.
    ii- manakala di Akhirat kelak mereka dibelenggu, ditutup mata dan pandangan mata mereka akibat siksaan azab.
  6. Masyhur dalam kisah sirah bahawa Rasulullah s.a.w membaca ayat ini ketika mahu berhijrah lalu menabur pasir atas kepala musuhnya sehingga mereka tidak nampak Baginda keluar dari rumahnya yang dikepung mereka.

Ulama\’ hadis berpendapat ia adalah mursal dan ramai ulama\’ sirah mempertikaikan kesahihannya!

7. Hatta menjadi pegangan ramai orang sekarang untuk membaca ayat ini di sekatan jalan raya dan lain-lain halangan sekatan atas dunia ini.

8. Jangan kita lari dari tajuk asal, baik kita fokuskan kepada pengajaran dan bandingan yang sebenar yang dibuat ahli Tafsir tentang maksud ayat ini, tentang orang yang tertutup mata hatinya di dunia ini daripada menerima kebenaran, serta akan mendapat azab belenggu di akhirat pula!

AYAT 10- {DAN (DENGAN SEBAB ITU) SAMA SAHAJA KEPADA MEREKA, ENGKAU BERI AMARAN ATAU ENGKAU TIDAK BERI AMARAN KEPADANYA – MEREKA TIDAK AKAN BERIMAN.} (YAA SIIN 36:10)

  1. Allah s.w.t memberitahu kepada Rasulullah s.a.w bahawa sama saja bagi mereka, samada Baginda memberi peringatan kepada mereka, atau tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak juga akan beriman.
  2. Hati mereka telah dicap, maka mereka nampak yang hak sebagai kebatilan dan yang batil sebagai hak.
  3. Tetapi Rasulullah s.a.w tetapi juga berdakwah dan menyampaikan apa yang diterimanya wahyu dari Allah s.w.t. Contoh dakwah kepada bapa saudaranya Abu Talib sehingga ke akhir hayatnya.
  4. Maka apatah lagi kita yang tidak ada wahyu ini, jangan pandai-pandai menghukum dan mengecop orang. Teruskan dakwah kita kerana kita tidak tahu siapa yang akan mendapat hidayah dari Allah dan siapa yang akan tetap kufur!. Tugas kita hanya menyampaikan ajaran dan bimbingan dakwah.

AYAT 11- {SESUNGGUHNYA PERINGATAN DAN AMARAN (YANG BERKESAN DAN MENDATANGKAN FAEDAH) HANYALAH YANG ENGKAU BERIKAN KEPADA ORANG YANG SEDIA MENURUT AJARAN AL-QURAN SERTA IA TAKUT (MELANGGAR PERINTAH ALLAH) AR-RAHMAN SEMASA IA TIDAK DILIHAT ORANG DAN SEMASA IA TIDAK MELIHAT AZAB TUHAN. OLEH ITU BERILAH KEPADANYA BERITA YANG MENGEMBIRAKAN DENGAN KEAMPUNAN DAN PAHALA YANG MULIA.} (YAA SIIN 36:11)

  1. Jangan putus asa dan mudah kecewa, teruslah jalankan tugas memberi peringatan dan amaran kepada mereka yang sedia menerima ajaran al-Quran dan yang akan mendapat faedah darinya!
  2. Ini kerana walaupun ramai yang menentang masih ada lagi golongan manusia yang akan beriman dan menerima dakwah ajaranmu!
  3. Mereka ini beriman secara ghaib (بِالْغَيْبِ) iaitu maksudnya:
    i- takut kepada Allah s.w.t walaupun mereka tidak nampak Allah s.w.t dan azab-Nya.
    ii- mereka juga beriman secara ghaib, beriman hanya dengan apa yang didengar.

iii- mereka juga takut kepada Allah dan tidak melakukan maksiat kejahatan walaupun ketika sunyi- ghaib dari pandangan manusia, tiada orang melihat.
Ini kerana dia mengetahui bahawa Allah s.w.t. Maha Melihat kepadanya dan Maha Mengetahui segala yang diperbuatnya.

  1. Bagi mereka ini, Allah s.w.t memberi khabar gembira dengan keampunan dari-Nya dan balasan dengan menerima nikmat yang mulia. Iaitu nikmat yang banyak, luas, baik, dan indah, iaitu syurga.

AYAT 12- {SESUNGGUHNYA KAMI MENGHIDUPKAN ORANG-ORANG YANG MATI, DAN KAMI TULISKAN SEGALA YANG MEREKA TELAH KERJAKAN SERTA SEGALA KESAN PERKATAAN DAN PERBUATAN YANG MEREKA TINGGALKAN. DAN (INGATLAH) TIAP-TIAP SESUATU KAMI CATITKAN SATU PERSATU DALAM KITAB (IBU SURATAN) YANG JELAS NYATA.} (YAA SIIN 36:12)

  1. Dalam ayat ini dibawa tiga asas yang kita kena faham dalam agama ini iaitu:
    i- tauhid kepada Allah s.w.t.
    ii- Risalah Kenabian.
    ii-. Al-Hasyru- perhimpunan selepas kebangkitan semula.
  2. Allah s.w.t menegaskan bahawa sungguh, Kamilah yang membangkitkan orang-orang yang telah mati kelak di hari kiamat untuk diberikan balasan terjadap amal mereka, apa yang telah ditulis.
  3. Maksud dan Kami tuliskan segala apa yang mereka lakukan (وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا):
    i- apa yang kamu buat atas dunia dulu.
    ii- ditulis juga kesan daripada perbuatan kamu di dunia ini. Contoh orang yang tinggalkan ilmu dan ajaran yang baik, dia akan dapat pahala berterusan. Begitu juga kesan pelopor atau pengasas ajaran sesat atau penyebar fitnah maka dosanya berterusan juga.
    iii- kesan langkah mereka berjalan samada ke tempat baik seperti masjid atau ke temapat maksiat!
  4. Hadis Rasulullah s.a.w, sabdanya: \”Sesiapa yang mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun. Barang siapa mengajak ke arah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dosa-dosa mereka yang mencontohinya itu sedikit pun.\” [HR Muslim].
  5. Hadis kedua: Rumah Jauh Dari Masjid Banyak Pahala
    عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ خَلَتْ الْبِقَاعُ حَوْلَ الْمَسْجِدِ فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُمْ إِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّكُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَنْتَقِلُوا قُرْبَ الْمَسْجِدِ قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَرَدْنَا ذَلِكَ فَقَالَ يَا بَنِي سَلِمَةَ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ
    Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya; \”Di sekitar masjid (Nabi) ada beberapa bidang tanah yang masih kosong, maka Bani Salimah (perkampungan dekat Masjid Qiblatain) berhasrat untuk pindah berdekatan masjid. Ketika berita ini sampai ke telinga Rasulullah S.A.W, baginda bersabda; \”Telah sampai berita kepadaku bahawa kamu ingin pindah berdekatan masjid.\”
    Mereka menjawab; \”Benar wahai Rasulullah, kami memang ingin seperti itu.\” Baginda lalu bersabda: \”Wahai Bani Salimah, tetaplah kamu di rumah kamu, sebab setiap langkah kamu akan dicatat, pertahankanlah rumah kamu, sebab setiap langkah kamu akan dicatat.\” (HR Muslim)
  6. Maka jangan runsing setiap perbuatan kita telah ditulis di Lauh Mahfuz sebagai satu catatan yang kukuh dan tetap yang akan menjadi saksi kita di akhirat kelak!

KATA ABU ANAS MADANI: KITAB AMALAN KITA, KITA SENDIRI ADALAH PENULISNYA, MAKA PASTIKAN IA PENUH DENGAN CATATAN AMALAN YANG BAIK.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 8- {Sesungguhnya Kami jadikan belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.} – ayat ini suatu amaran kepada mana-mana orang yang diseru dan didakwah kepada Islam, dengan akidah, akhlak dan amalannya, jika dia terima dia telah terima dengan fitrah yang baik. Manakala jika dia lawan seolah dia telah keluar dari fitrah yang benar kepada landasan yang buruk lagi sesat! Allah s.w.t membuat bandingan ayat ini seolah orang yang menolak kebenaran itu cukup buruk, inilah sifat mereka; tangan mereka terbelenggu, mata mereka diselaputi, tidak dapat melihat lagi kebenaran, mata & hati mereka telah tertutup.
  2. Ayat 9- {Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat).}- ayat ini juga memberi amaran kepada manusia jika tidak buka hati daripada menerima kebenaran, hidayah petunjuk maka kamu seolah orang yang duduk dalam keadaan tertutup seluruh lorong kebaikan baginya- duduklah dalam kelompok syirik dari muda sehingga ke tua. Maka kita yang belajar al-Quran & hadis serta tadabbur ini bukalah minda dan hati untuk menerima dan mengamal kebenaran.
  3. Ayat 10- {Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya – mereka tidak akan beriman.}- mereka itu sama sahaja, tiada apa manfaat. Ayat ini memberi peringatan bahawa orang yang sudah tertutup mata hatinya sama saja samada diberi nasihat atau tidak, bila dah tutup minda tidak akan terima lagi. Maka kita sebagai manusia yang berbeza dengan haiwan, kita ada akal dan fitrah salimah- iaitu jiwa yang bersih, kena fikir dan bukalah minda!
  4. Ayat 12- {Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan}- ayat ini menunjukkan besarnya martabat, pahala dan kesan sebagai seorang pendakwah yang berjaya membuat orang ramai mengikutnya dan berbuat kebaikan! Kita mati pahala tidak mati. Berusahalah, bukan semestinya berdakwah direct jadi penceramah, cukup setakat mampu, sebarkan ceramah dan tulisan yang baik dan sahih.
  5. Ayat 12- {Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.}- sebagaimana kisah dalam hadis Bani Salimah tadi, ayat ini juga sebagai satu galakan untuk berjalan ke masjid, lagi jauh lagi banyak pahalanya. Kata ulama\’; pahala itu mengikut kadar kesusahannya.
  6. Ayat 12- {Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan}- ayat ini memberi cuitan bagi orang yang berakal, bila kita tahu Allah s.w.t akan catat dan balas semua perbuatannya baik atau buruk; maka marilah kita pilih amalan yang baik untuk malaikat Allah s.w.t tulis dan catat dalam buku kita amalan yang baik-baik!
  7. Ayat 12- { Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan}- ayat ini menunjukkan bahawa ilmu Allah s.w.t meliputi segala perkara. Maka kita orang beriman kena ambil ayat ini, letak di bawah tajuk al-Muraqobah (مراقبة الله) bahawa bahawa Allah s.w.t sentiasa memerhati dan memantau apa yang kita buat dan malaikat mencatat semuanya. Maka jangan sekali-kali berani buat dosa dan maksiat walaupun tiada manusia yang nampak!
  8. Ayat 9- {Dan Kami jadikan sekatan di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).}- penghalang seorang itu dari beriman datang dari dua cara:
    i- samada dari dalam dirinya sendiri- hati tertutup, akal tidak berfikir lalu ikut hawa nafsu yang jahat!
    ii- gangguan dari luar seperti hasutan syaitan iblis, pengaruh kawan-kawan sekelilling dan lain-lain pengaruh. Kerana itu Allah gambarkan terbelenggu lehernya dan terhalang dari depan dan belakang.
    Dua-dua ini membahayakan iman!
  9. Ayat 9- {Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).}- ayat ini mengajar kita untuk bilakah kita dah tahu Allah s.w.t telah cop atas hati dan tutup minda seseorang itu; iaitu apabila kita telah sampaikan dakwah, Jangan sebelum berdakwah menyampaikan dulu, terus cop matikan kata putus ke atas mereka sebagai orang yang tidak akan beriman, tiada pelunag dan dapat menerima kebenaran!
  10. Ayat 11- {Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman secara ghaib}- Allah gambarkan orang akan mendapat faedah itu ialah orang yang ikut ajaran Rasulullah s.a.w dan takut kepada Allah s.w.t!
    Marilah kita ambil dua sifat ini:
    i- buka minda untuk menerima kebenaran.
    ii- takut (خشية) kepada Allah s.w.t setiap masa dan keadaan, secara ghaib dan nyata.
    Apabila kita takut kepada Allah s.w.t dengan ilmu maka insya\’ Allah kita tidak akan buat maksiat selama-lamanya!

Powered by BetterDocs