SURAH AL-FURQAN : AYAT 72-77

\"\"

SIFAT IBAD AR-RAHMAN KE 9- MENJAUHKAN DIRI DARI TEMPAT BATIL DAN BERBOHONG, KE 10- MENERIMA NASIHAT & KE 11- IBTIHAL, SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH.

Full video : https://youtu.be/PRY1UD50lPo

MUQADDIMAH :

  1. Siri ke-14 ini adalah siri yang terakhir bagi surah al-Furqan ini, dari ayat ke-72 berakhir dengan ayat ke-77.
  2. Sambungan kita kali ini masih tentang sifat Ibadur-Rahman, hamba Allah yang baik.
  3. Lapan sifat Ibadur-Rahman yang telah disebut dalam ayat-ayat sebelum ini ialah:
    i- Tawadhuk- tidak sombong dan takabbur.
    ii- Hulum- lemah-lembut, tenang dan tidak gopoh.
    iii- Tahajjud- bangun beribadat kepada Allah s.w.t pada waktu malam.
    iv- Al-Khauf- takut kepada Allah s.w.t. pada setiap masa.
    v- Berhemah dalam berbelanja, tidak terlalu boros dan tidak terlalu bakhil.
    vi- Tidak syirik.
    vii- tidak membunuh tanpa hak.
    viii- tidak berzina.
  4. Manakala 3 lagi sifat yang akan kita pelajari hari ini ialah:
    ix- Menjauhkan Diri Dari Tempat Batil Dan Berbohong,
    x- Menerima Nasihat
    xi- Ibtihal, Sentiasa Berdoa Kepada Allah.

AYAT 72- {DAN MEREKA (YANG DIREDHAI ALLAH ITU IALAH ORANG-ORANG) YANG TIDAK MENGHADIRI TEMPAT-TEMPAT MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG DILARANG, DAN APABILA MEREKA BERTEMBUNG DENGAN SESUATU YANG SIA-SIA, MEREKA MELALUINYA DENGAN CARA MEMBERSIHKAN DIRI DARIPADANYA.} (AL-FURQAAN 25:72)

  1. Dalam ayat ini disebut sifat ke-9 bagi Ibadur-Rahman yang diredhai Allah s.w.t itu ialah tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang. Yakni menjauhkan diri dari tempat yang boleh membawa kepada melakukan keburukan.
  2. Sebelum ini Allah telah menyebut 3 sifat yang perlu dijauhi iaitu tidak syirik, tidak membunuh tanpa hak dan tidak berzina.
  3. Maka untuk mengelakkan sifat negatif ini Allah s.w.t ajar pula supaya jangan hadir bahkan menjauhi tempat-tempat batil seperti disko, kelab malam, majlis muzik dan nyanyian yang lagha dan penuh maksiat (ini yang jelas), manakala majlis yang nampak zahirnya baik tetapi majlis ceramah yang penuh kata-kata jahat dan fitnah, Kuliah yang penuh dengan hadis palsu dan ajaran sesat dan amalan dusta dan seumpamanya.
  4. Hadis Dari Abu Bakrah, dia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, \”Mahukah kamu aku beritahu apa dosa yang paling besar?\” Tiga kali. Mereka berkata, \”Tentu, wahai Rasulullah.\” Kemudian Baginda bersabda \”Menyekutukan Allah dan derhaka terhadap orang tua.\” Rasulullah lalu duduk, bersandar, dan berkata, \”Jauhilah perkataan palsu.\” Baginda terus mengulang-ulangnya sampai kami mengatakan semoga Baginda diam,\” (HR Al-Bukhari).
  5. Mereka ini juga jika terserempak atau bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, secara tak sengaja misalnya, mereka melaluinya dengan cara segera meninggalkan dan membersihkan diri daripadanya.
    **Contoh majlis/group mengumpat, mengutuk, memfitnah orang, maka segera left group jika tidak kita akan dapat dosa yang sama seperti mereka.
  6. Maksud { مَرُّوا كِرَامًا} lalui dengan mulia, kata ulama\’ adalah samada berhenti dan menasihati dengan amar ma\’ruf dan nahi munkar, jika keadaan sesuai dan mengizinkan. Atau jika keadaan amat buruk tinggalkannya terus.
  7. Ini kerana jika sesuatu yang tak baik masuk melalui mulut, akan terjadi sakit perut dan keluar cirit birit. Tetapi jika sesuatu yang buruk yang masuk melalui telinga, ianya akan terus ke hati, ini amat bahaya jika ia terus melekat di situ!!

AYAT 73- {DAN JUGA MEREKA (YANG DIREDHAI ALLAH ITU IALAH ORANG-ORANG) YANG APABILA DIBERI PERINGATAN DENGAN AYAT-AYAT KETERANGAN TUHAN MEREKA, TIDAKLAH MEREKA TUNDUK MENDENGARNYA SECARA ORANG-ORANG YANG PEKAK DAN BUTA.} (AL-FURQAAN 25:73)

  1. Ini adalah sifat ibadur-Rahmanyg ke-10 iaitu mendengar dan menerima nasihat dengan telinga dan hati yang terbuka.
  2. Orang-orang yang soleh ini apabila mendengar ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, mereka akan melihat dan mendengarnya dengan bersungguh untuk mengambil pengajaran, faedah dan nasihat dari ayat yang dibaca dan didengar.
  3. Bukan seperti orang ingkar dan tidak mahu terima kebenaran ini, mereka tunduk mendengarnya seperti orang-orang yang pekak dan buta, yakni tidak masuk ke dalam hati dan ambil pengajarannya.

AYAT 74- {DAN JUGA MEREKA (YANG DIREDHAI ALLAH ITU IALAH ORANG-ORANG) YANG BERDOA DENGAN BERKATA: \”WAHAI TUHAN KAMI, BERILAH KAMI BEROLEH DARI ISTERI-ISTERI DAN ZURIAT KETURUNAN KAMI: PERKARA-PERKARA YANG MENYUKAKAN HATI MELIHATNYA, DAN JADIKANLAH KAMI IMAM IKUTAN BAGI ORANG-ORANG YANG (MAHU) BERTAQWA.} (AL-FURQAAN 25:74)

  1. Ini adalah sifat ibadur-Rahman yang ke-10 iaitu sentiasa berdoa mengharapkan keampunan dan keredhaan dari Tuhannya.
  2. Antara doa mereka ialah: {رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا}
    Maksudnya: {\”Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.}
  3. Mereka memohon berdoa agar anak-isteri mereka sentiasa tetap di atas iman dan beramal soleh, serta menjadi contoh-role model yang baik untuk diikuti bagi orang-orang yang bertaqwa.
  4. Tetapi jangan sampai taksub dan terlalu memuja role model ini sehingga tidak boleh ditegur dan dikritik, maka para pengikut atau follower ini akan mempertahankan habis-habisan tanpa rasional.
  5. Usul dakwah ada 3 perkara:
    i- ilmu
    ii- amal
    iii- ta\’thir, kata-kata yang boleh memberi kesan kepada orang ramai.
  6. Yang utama kita minta dua-dua, kebaikan di dunia dan dapat berkumpul pula bersama-sama di akhirat nanti insya\’ Allah di dalam Syurga yang diharapkan.

AYAT 75- {MEREKA ITU SEMUANYA AKAN DIBALAS DENGAN MENDAPAT TEMPAT YANG TINGGI DI SYURGA DISEBABKAN KESABARAN MEREKA, DAN MEREKA PULA AKAN MENERIMA PENGHORMATAN DAN UCAPAN SELAMAT DI DALAMNYA,} (AL-FURQAAN 25:75)

  1. Semua 11 sifat yang kita sebutkan tadi memerlukan kesabaran yang tinggi untuk beramal dengannya kerana kita akan menghadapi ujian-ujian yang besar.
  2. Sabar ada sabar ada 3 kategori:
    i- Sabar melakukan ketaatan & perintah.
    ii- sabar dalam meninggalkan maksiat dan larangan.
    iii- sabar menghadapi ujian dan musibah.
  3. Mereka juga akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalam syurga itu, disambut oleh para malaikat atau Allah s.w.t dengan ucapan selamat.

AYAT 76- {MEREKA KEKAL DI DALAM SYURGA ITU; AMATLAH ELOKNYA SYURGA MENJADI TEMPAT PENETAPAN DAN TEMPAT TINGGAL.} (AL-FURQAAN 25:76)

  1. Mereka kekal selamanya di dalam syurga, syurga itu amat indah dan penuh nikmat kurnian Allah, itulah sebaik-sebaik tempat penetapan dan tempat tinggal.

AYAT 77- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD KEPADA GOLONGAN YANG INGKAR): \”TUHANKU TIDAK AKAN MENGHARGAI KAMU KALAU TIDAK ADANYA DOA IBADAT KAMU KEPADANYA; (APABILA KAMU TELAH MENGETAHUI BAHAWA TUHANKU TELAH MENETAPKAN TIDAK MENGHARGAI SESEORANG PUN MELAINKAN KERANA DOA IBADATNYA) MAKA SESUNGGUHNYA KAMU TELAHPUN MENYALAHI (KETETAPAN TUHANKU ITU); DENGAN YANG DEMIKIAN, SUDAH TENTU BALASAN AZAB (DISEBABKAN KAMU MENYALAHI ITU) AKAN MENIMPA KAMU\”.} (AL-FURQAAN 25:77)

  1. Sebagai penutup kepada surah ini Allah s.w.t memerintah Rasulullah s.a.w untuk memberi kata-kata penutup yang sentap kepada golongan kafir ini, untuk meruntuhkan keegoaan dan kesombongan dalam diri mereka, sebagai satu amaran dan pengajaran (naziran) selepas mereka mendengar ayat-ayat yang dibaca tetapi masih tetap menolak dan ingkar dakwahnya.
    Kerana itu Rasulullah s.a.w diutuskan dengan dua sifat basyiran – pembawa khabar gembira, dan juga naziran – sebagai pemberi amaran.
  2. Wahai kaum kafir jika kamu tidak beriman, tidak beribadat dan mendustakan ketetapan Allah s.w.t ini, maka Allah s.w.t tidak akan mempedulikan kamu, lalu azab yang berterusan dan tidak putus-putus akan menimpa kamu.
  3. Allah s.w.t suruh Rasulullah s.a.w bacakan ayat ini kepada mereka mudah-mudahan mereka takut gementar lalu insaf dan taat kepada Allah s.w.t.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Allah s.w.t kata: {لَا يَشْهَدُونَ الزُّور} َTidak hadir ke tempat maksiat yakni bukan saksikan sendiri- yakni menghadiri pun tidak boleh apatah lagi melakukan sendiri.
  2. Orang beriman tidak harus walaupun hanya mendengar kata-kata yang keji, apatah lagi mengucapkannya sendiri.
  3. Di antara ciri-ciri sifat Ibadur-Rahman ialah mereka suka mendengar dan apabila diperingatakan dengan ayat-ayat Allah mereka akan buka telinga dan hati untuk mendengarnya, tidak akan berpaling.
  4. Nasihat atau tazkirah ini amat penting dalam kehidupan manusia. kerana jika kita tidak dengar kita akan mudah lupa. Sebagaimana perkataan tazkirah (تذكرة) juga diguna untuk tiket dalam bahasa Arab, kerana ia meberi peringatan akan tarikh dan masa perjalanan.
  5. Sebagaimana kita diperintahkan untuk mendengar nasihat dari orang yang memberi nasihat tak kira siapa, kita juga diajar jangan pilih atau kira siapa yang memberi nasihat itu walaupun dia nampak muda atau tidak hebat, tengok kepada isi nasihatnya bukan kepada tuannya.
  6. Ayat ini juga mengajar kita bukan hanya untuk berdoa tetapi kita kena juga berusaha. Doa kena selari dengan perbuatan. Kena ada usaha dua-dua; doa dan tarbiyah.
    Contoh; Bukan hanya berdoa nak anak dan isteri solehah, tetapi dalam masa yang sama kita tidak hiraukan pendidikan dan tarbiyah mereka, tidak menegur dan ajar supaya patuh Syariah Islam.
  7. Ciri-ciri keluarga Sakinah bukan hanya mengumpul anak yang comel dan cute, tetapi anak yang soleh, taat kepada perintah Allah s.w.t dan baik, ihsan dan patut taat kepada ibu bapa juga. Yakni baik dan berjaya dunia akhirat.
    *Kata Syeikh al-Hasan al-Basri: \”Demi Allah! Tiada perkara yang lebih menyukakan bagi seorang muslim daripada dia tengok isteri, anak-anak, ibu bapa, kawan-kawan rapatnya dan orang sekelilingnya semuanya patuh taat kepada Allah s.w.t.\”
  8. Doa untuk menjadi imam (ikutan) kepada orang yang bertaqwa {وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا} kena ada tiga sifat ini baru boleh jadi role model:
    i- ilmu. Jika tiada ilmu bagaimana mahu menyampaikan kepada orang lain.
    ii-Taqwa – beramal dengan apa yang didakwahnya, warak dan soleh dari sudut amali.
    iii- ta\’thir, pengaruh/kesan kepada orang ramai. Kesan ini samada:
  • Melalui ucapan- perkataan yang fasih dan jelas, fakta yang benar dan sahih.
  • Juga memberi kesan melalui pribadi dan perbuatan. Yakni kena jadi orang baik, akhlak yang mulia dan sifat terpuji yang dapat orang ramai ikuti dan buat contoh. Istiqomah dan husnul-Khuluk. Untuk memberi kesan kepada orang mesti bikin serupa cakap.
    Maka kata ulama\’ untuk menjadi uswatun-hasanah mesti ada ketiga-tiga sifat ini.
  • Penyampaian dari hati yang ikhlas akan sampai kepada hati yang ikhlas juga, dari hati ke hati insya\’ Allah. Maka kita berdoalah kepada Allah supaya kita berkat hidup dunia akhirat, bersifat dengan sifat Ibadur-Rahman ini.
  • Alhamdulillah pagi ini tamatlah Surah Al -Furqan yang banyak pengajaran dan tazkirah ini sebanyak 14 siri. Semoga kita semua sama-sama mendapat manfaatnya.
    Untuk Ustaz Dr جزاكم الله خيرا كثيرا

Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs