SURAH LUQMAN : AYAT 6-9

\"\"

LARANGAN MEMBELI ALAT YANG MELAGHAKAN, ORANG KAFIR BERPALING DARI AL-QURAN & NIKMAT DISEDIAKAN BAGI ORANG MU\’MIN.

Full video : https://youtu.be/sXIRS0VWlAQ

MUQADDIMAH :

  1. Hari ini dalam sejarah, hari ini 12hb Rabi\’ul Awwal Tahun Gajah, salah satu tarikh lahir Rasulullah s.a.w, mengikut pandangan ulama\’ selain 8, 9 hb R.Awwal. Yang penting ia lahir pada suatu hari Isnin bulan R.Awwal Tahun Gajah, bersamaan 20 April 571 M.
    Kita juga kena ingat bahawa pada hari Isnin, 12hb Rabi\’ul Awwal Tahun ke-11 Hijrah juga adalah hari kewafatan Rasulullah s.a.w.
  2. Dalam siri yang lepas Allah s.w.t telah terangkan tentang keadaaan orang yang berjaya dan bahagia iaitu orang telah mendapat petunjuk al-Quran dan mematuhi ajarannya.
  3. Juga telah dinyatakan tentang keteguhan dan kekuatan al-Quran serta 5 sifatnya yang menunjukkan keteguhan dan kekukuhannya.
    Iaitu Kitab yang teguh, lafaz yang tidak dapat diubah dan terpelihara, tiada maklumat yang bercanggah serta hukum-hakamnya mengandungi hikmah samada yang kita tahu atau tidak.
  4. Orang kafir tidak dapat menyeleweng makna dan hukum al-Quran, tetapi mereka berjaya menjauhkan manusia daripada al-Quran, dari beramal dan mematuhinya.
  5. Dalam siri ini diterangkan pula tentang orang yang ingkar dan tidak mahu mematuhi al-Quran, tetapi melibatkan diri mereka dalam perkara sia-sia yang bukan hanya menyesatkan diri mereka sendiri tetapi juga menyesatkan diri orang lain.
  6. Akhirnya dinyatakan tentang balasan azab yang tidak terperi bagi mereka yang ingkar serta nikmat syurga yang disediakan bagi orang mukmin.

AYAT 6- {DAN ADA DI ANTARA MANUSIA: ORANG YANG MEMILIH SERTA MEMBELANJAKAN HARTANYA KEPADA CERITA-CERITA DAN PERKARA-PERKARA HIBURAN YANG MELALAIKAN; YANG BERAKIBAT MENYESATKAN (DIRINYA DAN ORANG RAMAI) DARI AGAMA ALLAH DENGAN TIDAK BERDASARKAN SEBARANG PENGETAHUAN; DAN ADA PULA ORANG YANG MENJADIKAN AGAMA ALLAH ITU SEBAGAI EJEK-EJEKAN; MEREKALAH ORANG-ORANG YANG AKAN BEROLEH AZAB YANG MENGHINAKAN.} (LUQMAN 31:6)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t menceritakan tentang ada manusia yang memang suka memilih dan membeli cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melaghakan, bertujuan untuk melalaikan dirinya dan manusia lain dari mengingati Allah.
  2. Imam Ibnu Kathir rhm. berkata dalam tafsirnya dari riwayat Ibnu Jarir rhm. bahawa Abdullah Ibnu Mas\’ud r.a apabila menafsirkan ayat ini berkata: Bahawa ia adalah nyanyian atau alat-alat muzik.

Contoh- Pada zaman jahiliyyah, An-Nadhar Ibnu al-Haris telah keluar ke Iraq (lebih dari 1400km perjalanan dari Makkah pada masa itu) untuk pergi membeli alat-alat muzik, nyanyian atau penyanyi-penyanyi dan cerita-cerita Raja Parsi, Rastum dan seumpamanya semata-mata untuk memesongkan orang ramai daripada mendengar al-Quran dan apa yang ingin disampaikan oleh Rasulullah s.a.w pada masa itu. An-Nadhar melakukan kerja seolah peranan media hari ini yang mahu menyekat dakwah Baginda s.a.w.

  1. Yakni dalam bahasa sekarang; hiburan dan muzik seperti penyanyi/artis dan filem-filem telah dibawa masuk semata-mata untuk menyekat dakwah Rasulullah s.a.w, dan menyekat orang ramai daripada mendengar al-Quran.
  2. Kata ulama\’ maksud: لَهْوَ الْحَدِيثِ {cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan} ini ialah mereka membeli atau membawa cerita karut untuk melaghakan manusia dari dakwah dan al-Quran.
  3. Perbincangan ulama\’ samada beli sungguh atau dalam kata lain mengguna. Kata ulama\’ ia termasuk semuanya samada:
    i- ialah membeli sungguh atau mengupah penyanyi-penyanyi, membeli alat-alat muzik dan termasuk juga cerita-cerita batil.

ii- Al-Wahidi berkata ini termasuk juga orang yang membeli alat-alat permainan, alat nyanyian dan muzik seperti seruling serunai dan seumpamanya untuk menyekat orang dari agama dan al-Quran.

iii- ada ulama\’ kata termasuk secara umum semua benda termasuk nyanyian muzik, cerita-cerita batil.

iv- Imam Asy-Syaukani berkata: لَهْوَ الْحَدِيثِ – Cerita karut ini ialah semua benda yang menyekat daripada kebaikan, samada nyanyian, cerita yang melalaikan, cerita-cerita bohong termasuklah menyebarkan hadis palsu.

Antara ciri-ciri hadis palsu adalah pahala yang melampau, cerita yang terlalu ajaib dan pelik.
Maka menjadi tanggung-jawab maka pendakwah, azatizah, penceramah untuk semak dulu segala hadis dan cerita sebelum menyampaikannya kepada masyarakat yang akan menerimanya kerana percayakan kamu.

  1. Persoalan; bagaimana pula dengan nasyid-nasyid kita hari ini?
    Muzik pula sudah menjadi kebiasaan, hari ini para agamawan/ustaz buat video Kuliah hatta doa pun diiringi muzik!
  2. Dr Syeikh Wahbah az-Zuhaili berkata berdasarkan Tafsir al-Qurtubi, ada beberapa hukum tentang nyanyian dan muzik:
    i- haram- yang melaghakan seperti menyebut/memuji tentang wanita, seks, arak atau lucah, ganas serta memuja syaitan.

ii- harus- jika mengingatkan kebaikan dan nasihat & tiada unsur yang seperti di atas. TETAPI harus ketika diperlukan saja, seperti dalam majlis perkahwinan, hari-raya, dalam musafir dan seumpamanya.
Tetapi jangan melampau dan berlebihan sehingga muzik dan nyanyian menjadi rutin kebiasaan hidup harian atau \”jeluak\”.

iii- manakala syair dan lagu yang direka oleh para pengikut sufiyyah sekarang dengan pukulan gendang sehingga menjadi ketagih untuk mendengarnya adalah satu pebuatan haram, apatah seperti selawat atau zikir sambil berputar, menari-nari atau melompat-lompat!

iv- seruling gembala kambing – harus jika ada keperluan, ada juga ulama\’ kata tidak boleh.

v- Duff – gendang atau kompang harus jika ada munasabah seperti gendang perang, hari raya atau majlis perkahwinan TETAPI bukan di dalam masjid.

vi- mendengar kepada nyanyian perempuan bukan mahram – tidak harus samada lagu baik atau tidak.

  1. Mereka juga menjadikan agama itu sebagai satu bahan ejekan, maka mereka adalah orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

AYAT 7- {DAN APABILA DIBACAKAN KEPADANYA AYAT-AYAT KAMI, BERPALINGLAH DIA DENGAN ANGKUHNYA, SEOLAH-OLAH ADA PENYUMBAT PADA KEDUA TELINGANYA; MAKA GEMBIRAKANLAH DIA DENGAN BALASAN AZAB YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA.} (LUQMAN 31:7)

  1. Apabila dibaca ayat-ayat al-Quran kepada orang kafir, supaya mereka ikut dan beriman, mereka tidak mahu mendengarnya, bahkan berpaling dengan sombong dan angkuh, seolah ada penyumbat dalam telinganya.
  2. Firman Allah s.w.t: {Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak).
    Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.} (Al-Kahfi 18:57).
  3. Begitulah juga keadaan orang yang duduk dikedai makan atau rumah di tepi masjid, dengar azan tetapi tidak menyahutnya tanpa keuzuran, maka keadaannya seperti lembu kenyang! Macam tak dengar, sedangkan dengar tetapi tidak masuk ke dalam hatinya.
  4. Maka bagi mereka ini terimalah khabar gembira yang menakutkan iaitu azab yang tidak terperi di akhirat kelak.
  5. Al-Quran ini dibaca dengan 3 cara:
    i- baca dengan lidah- tilawah Quran seperti amalan harian kita.
    ii- baca dengan hati- iaitu ilmu tadabbur dari apa yang difahami daripada ayat itu untuk mengambil panduan/kefahaman hidup.
    iii- mengamalkan apa yang difahami dan didapat daripada hukum-hakamnya.

Bagi siapa yang pandai bahasa Arab boleh beli e-book Kitab Tafsir Muharrar di: https://dorar.net/

AYAT 8- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, MEREKA AKAN BEROLEH SYURGA YANG PENUH DENGAN BERBAGAI NIKMAT,} (LUQMAN 31:8)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t bawa pula contoh orang yang mendapat kebaikan iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh; selepas dimulai dengan orang yang tidak baik.
  2. Amal soleh itu pula ada 2 syarat:
    i- ikhlas kerana Allah s.w.t.
    ii- ikut apa yang diajar oleh nabi s.a.w, bukan rekaan sendiri.
  3. Bagi mereka ini Allah s.w.t sediakan balasan Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat.
  4. Hadis Qudsi: Rasulullah s.a.w bersabda:
    يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بشر
    \”Allah SWT berfirman: Aku telah menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga dan tidak pernah terlintas di benak manusia untuk hamba-hamba-Ku yang soleh.\”
    (HR Muslim)

AYAT 9- {KEKALLAH MEREKA DI DALAMNYA. DEMIKIAN DIJANJIKAN ALLAH – JANJI YANG TETAP BENAR; DAN DIA LAH JUA YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA BIJAKSANA.} (LUQMAN 31:9)

  1. Di dalam syurga itu pula adalah kehidupan yang kekal abadi selamanya.
  2. Hadis jawab azan. Nabi S.A.W bersabda maksudnya, \”Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkan muazzin, kemudian berselawatlah kepadaku, kerana barang siapa berselawat kepadaku satu kali nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian memohonlah al-Wasilah (kedudukan tertinggi) kepada Allah untukku, kerana itu adalah kedudukan di syurga yang tidak layak kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah, dan aku berharap aku adalah hamba tersebut, barang siapa memohon al-Wasilah untukku nescaya dia (berhak) mendapatkan syafaat\” (Hadis Sahih Riwayat Muslim)
  3. Itulah yang dijanjikan oleh Allah s.w.t, dan janji-Nya tetap benar!
  4. Firman Allah s.w.t: {Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.} [A-li \’Imran: 9]
  5. Allah Maha Perkasa, tidak ada yang dapat menghalang pelaksanaan janji dan ancaman-Nya. Dia juga Maha Bijaksana dalam semua ucapan dan perbuatan-Nya.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 6- {Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan} – ayat ini mencela orang-orang yang suka dan membuat benda-benda yang tidak ada kebaikan baginya, samada percakapan yang batil, yang dusta dan yang lagha seperti mengumpat dan mencela, membaca menulis yang batil semuanya termasuk dalam لَهْوَ الْحَدِيثِ. Maka tinggalkanlah semua itu.
  2. Ayat 6- {yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah} – akibat semua ini akan melaghakan dan menjauhkan diri agama dan al-Quran. Habis masa dengan benda lain sehingga tiada masa untuk baca al-Quran.
  3. Ayat 6- {Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan} – ayat ini menjadi dalil kepada ulama\’ yang mengatakan alat muzik dan muzik serta nyayian yang melagahakn adalah HARAM.
  4. Ayat 6- { cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan- لَهْوَ الْحَدِيثِ} – Di katakan begitu kerana ia boleh melalaikan dari agama, jika tidak, tidak mengapa seperti perbualan antara suami isteri, memberi nasihat anak-anak dan seumpamanya yang ada kebaikan.
  5. Ayat 7- {Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya,} – mencela orang yang berpaling tidak mahu mendengar al-Quran dan memuji orang yang mendengar dan beramal dengannya.
  6. Ayat 7- { berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya } – orang yang mahu mencari hidayah dia akan mencarinya, manakala orang yang sombong dan takabbur begitulah, dia akan berpaling terus tidak mahu menerima kebenaran walaupun dia mendenngarnya.
  7. Apabila Rasulullah s.a.w telah menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat, walaupun mereka tidak menerimanya dikira telah menyampaikan hujjah kepada mereka.
  8. Ayat 7- { seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya} – mereka bukan tidak mendengarnya atau tidak tahu, tetapi seolah tidak tahu dan tidak dengar.
    kerana itu Rasulullah s.a.w berkata dalam satu hadisnya: (KALAULAH manusia tahu..) – yakni dia tahu cuma tidak mahu buat dan amalnya.
  9. Ayat 7- { seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya} – dia sombong, angkuh dan tidak mahu mendengar untuk ambil iktibar.
  10. Ayat 8- { Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,} – ulama\’ kata menunjukkan dalam syurga tidak ada kesusahan dan sakit. Kerana sakit itu akan menafikan nikmat.
    Dalam syurga juga tidak akan orang tua, semua penghuninya sebaya dan muda, tidak bertambah atau berkurang umurnya, kerana tiada matahari dan tidak bertukar siang dan malam.

YA ALLAH JADIKAN KAMI DARI GOLONGAN HAMBA-MU YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, YANG AKAN BEROLEH BALASAN SYURGA.

Powered by BetterDocs