SURAH FATHIR : AYAT 1-4

\"\"

MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, SIFAT SEBAHAGIAN MALAIKAT BERSAYAP & INGAT NIKMAT ALLAH PEMBERI REZEKI.

Full video : https://youtu.be/-e1wh7VBenQ

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini Sabtu 06 J. Ula 1443H bersamaan 11hb Disember 2021 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Fathir- (فَاطِرِ).
  2. Surah Fathir, adalah surah ke-35 dalam tertib susunan al-Quran, dalam juz ke 22 dan mengandungi 45 ayat.
  3. Ulama\’ tafsir mengatakan surah ini diturunkan di Makkah maka ia adalah surah Makkiyyah.
  4. Surah ini dinamakan surah Fathir, (فَاطِرِ) iaitu yang bermakna PENCIPTA yang disebut dalam ayat pertama tentang Allah sebagai pencipta langit dan bumi.
    Allah s.w.t menegaskan kekuasaan-Nya mencipta semua jenis makhluk menurut bentuk yang dikehendaki-Nya, besar, kecil, kuat lemah, langit di atas dan sebagainya.
  5. Dalil namanya Fathir ini diriwayatkan Abdullah Ibnu Abbas r.a. dalam kitab Fadha\’il Quran (ابن الضريس, فضائل القران).

6- Ia juga dikenali dengan nama surah al-Malaikah (الْمَلَائِكَةِ) (walaupun tidak masyhur), kerana disebut pada awal surahnya juga sifat malaikat, dan tidak pernah disebut dalam surah lain.
Kata Ibnu Asyur rhm. nama ini ada disebut dalam Sahih Bukhari, Sunan at-Tirmizi dalam sebahagian mashaf dan kitab tafsir.
Nama ini dinukilkan dari ulama\’ Tafsir Ibnu Qatadah & Ibnu Abi Mulaikah.

INTISARI KANDUNGANNYA :

  1. Pada awal surah ini ditegaskan bahawa Allah s.w.t yang berkuasa mencipta semua makhluk-Nya dan Dia ini yang melimpah rahmat-Nya kepada segala makhluknya,dan tiada sesiapa pun yang dapat menahannya dan sebaliknya.
  2. Diperingatkan umat manusia agar tidak terpedaya dengan kemewahan hidup dunia dan juga oleh syaitan musuh manusia yang mesti dijauhi tipudayanya.
  3. Juga diterangkan bahawa adalah tidak sama orang buta & yang celik, antara tempat teduh & panas dan antara orang yang celik & yang mati hatinya, yang tetap berdegil dalam kekufuran.
  4. Allah s.w.t menjadikan al-Quran itu untuk diwarisi oleh orang-orang yang terpilih. Kemudian ada manusia yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran, ada yang bersikap sederhana dan ada yang mendahului orang lain dalam kebajikan kepada Allah s.w.t.
  5. Kemudian dikemukan satu persatu pertanyaan yang berupa amaran kepada golongan yang masih berdegil dan ingkar kepada Allah s.w.t. Sedangkan mereka telah berjalan mengembara di atas muka bumi ini dan menyaksikan bagaimana akibat akan kesan kebinasaan kaum kafir yang terdahulu lain!
  6. Surah ini diakhiri dengan menegaskan bahawa kalaulah Allah s.w.t mahu mengira kesalahan manusia serta menyiksa mereka terus atas amal jahat yang mereka lakukan, pasti Dia tidak akan membiarkan tinggal di atas muka bumi satu makhlukpun!
    Akan tetapi Allah s.w.t tidak terus berbuat demikin bahkan memberi tempoh yang tertentu, agar ada yang ingkar itu itu insaf dan kembali bertaubat dan orang degil akan bertambah azabnya.
    Kemudian apabila habis tempoh itu Allah s.w.t akan membalas masing-masing dengan adil-Nya kerana Allah s.w.t sentiasa melihat dan mengetahui akan keadaan semua hamba-Nya.

OBJEKTIF/ MAQASID SURAH :

  1. Menetapkan Keesaan Allah s.w.t dengan cara menyebut & memperingatkan nikmat Allah s.w.t yang banyak di atas alam ini.
  2. Mengisbatkan kuasa dan kudrat Allah s.w.t yang sempurna- terutamanya kuasa menghidupkan kembali orang yang mati.
  3. Mengisbatkan benar kenabian Rasululullah s.a.w.

TAJUK-TAJUK ATAU ISU DALAM SURAH :

  1. Surah ini dibuka dengan Allah s.w.t memuji diri-Nya, Alhamdulillah, yang menunjukkan bahawa Allah s.w.t sebagai Pencipta langit dan di bumi, dan menjadikan malaikat sebagai rasul- utusan antara Allah dan makhluk-makhluk di bumi. Ada yang bawa wahyu, hujan dan sebagainya. Allah s.w.t juga menetapkan kuasa-Nya di atas semua perkara.
  2. Menyebut sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t pada makhluk-Nya dan nikmat rahmat-Nya ke atas hamba-Nya.
  3. Menenang dan menyabarkan Rasulullah s.a.w dengan menyebut kisah nabi-nabi sebelum ini yang juga banyak menghadapi tentangan dari kaum masing-masing.
  4. Amaran daripada godaan dunia & jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan.
  5. Menjelaskan balasan bagi orang mukmin itu syurga dan bagi orang kafir-neraka.
  6. Allah s.w.t ungkit nikmat-Nya dengan dihantar angin, turunnya hujan, hidupkan bumi yang mati & kering kontang.
    Ini semua sebagai dalil kepada kebangkitan semula dan perhimpunan manusia di padang mahsyar.
  7. Menjelaskan peringkat kejadian manusia dari mani, darah seketul daging kemudian bayi, besar, tua dan mati.
    Juga tanda kekuasan Allah s.w.t di dalam air samada di laut dan sungai.
  8. Semua makhluk berhajat perlukan pertolongan dan rezeki dari Allah s.w.t, Dia tidak perlu kepada mahkluk!
  9. Setiap manusia tidak akan menanggung dosa orang lain secara pribadi.
    Tetapi dosa bersebab ada.
    Orang yang melaksanakan nazar ialah orang yang takut dan taat kepada Allah s.w.t.
  10. Allah s.w.t buat bandingan antara orang mukmin & kafir, jahil & alim dan siang & malam.
  11. Menetapkan tugasan Rasulullah s.a.w di atas dunia ini. Menyampaikan dakwah, mendidik, memberi ilmu dan sebagainya kepada manusia untuk berjaya dunia akhirat.
  12. Seruan untuk tengok kepada apa yang berlaku di aats alam ini. Contoh -Allah hantar air yang sama, tetapi keluar pokok dan buah yang berbeza, bukit bukau yang berbeza, tengok manusia juga berbeza rupa, watak dan nasibnya, ada yang celaka ada yang takut kepada Allah iaitu golongan ulama\’.
  13. Menjelaskan kelebihan orang baca al-Quran, mendirikan solat dan memberi sedekah secara sembunyi dan terang.
  14. Menetapkan bahawa al-Quran ini turun dari Allah s.w.t secara benar dan ia juga membenarkan kitab-kitab yang terdahulu. Allah juga menganugerahkan bacaan al-Quran ini kepada orang yang dikehendakinya, ada yang baca saja, ada yang dapat hafaz dan seumpamanya.
  15. Allah s.w.t ceritakan tentang kebodohan puak kafir yang menyembah selain dari Allah s.w.t.
  16. Ditamatkan khatam surah ini dengan menjelaskan luasnya rahmat Allah s.w.t kepada manusia.

DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA MENGASIHANI.

AYAT 1 – AYAT 1- {SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI, YANG MENJADIKAN MALAIKAT UTUSAN-UTUSAN YANG BERSAYAP: DUA, TIGA DAN EMPAT; IA MENAMBAH PADA BENTUK KEJADIAN MAKHLUK YANG DICIPTAKANNYA APA JUA YANG DIKEHENDAKINYA. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU.} (FATHIR 35:1)

  1. Alhamdu (الْحَمْدُ) pujian yang tertentu & sepenuhnya khas hanya bagi Allah s.w.t (لِلَّهِ) yang Esa. Tuhan yang mencipta (فَاطِرِ) langit dan bumi dengan kuasa dan hikmah-Nya, tanpa contoh yakni tiru sesiapa atau dari mana-manapun!
  2. Allah s.w.t mencipta malaikat itu sebagai makhluk yang bersayap, tugasnya – untuk menyampaikan arahan agama atau melaksanan tugas-tugas yang ditetepkan seperti menurunkan hujan, menurunkan siksa ke atas kaum yang dilaknat dan sebagainya.
  3. Malaikat ini mempunyai sayap kerana ia duduk di langit, maka ia naik turun dari langit ke bumi, turun ke bumi untuk menjalankan tugasnya menurut perintah Allah s.w.t. ada yang mempunyai dua, tiga atau empat sayap, wallahu a\’lam.
  4. Hadis Rasulullah s.a.w yang melihat Jibril dalam rupa asalnya. Ia mempunyai 600 sayap! Antara dua sayapnya memenuhi dari timur ke barat! [HR Bukhari & Muslim].
  5. Ada ulama\’ kata bilangan sayapnya berubah mengikut keperluan dan keadaan!
  6. Yang pentingnnya kita tidak nampak dan tidak tahu bagaimana, kita hanya beriman kepada apa yang diberitahu Allah s.w.t dalam al-Quran ini bahawa malaikat itu mempunyai sayap! Wallahu a\’lam.
  7. Allah s.w.t berkuasa mencipta dan menambah apa saja yang dikehendakinya mengikut kehendak dan hikmah-Nya.

AYAT 2- {APA JUA JENIS RAHMAT YANG DIBUKAKAN OLEH ALLAH KEPADA MANUSIA, MAKA TIDAK ADA SESUATUPUN YANG DAPAT MENAHANNYA; DAN APA JUA YANG DITAHAN OLEH ALLAH MAKA TIDAK ADA SESUATUPUN YANG DAPAT MELEPASKANNYA SESUDAH ITU. DAN (INGATLAH) DIA LAH SAHAJA YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA BIJAKSANA.} (FATHIR 35:2)

  1. Tiada siapa yang dapat menghalang/menyekat apa saja rahmat atau rezeki yang Allah s.w.t mahu beri kepada manusia atau memberi/melepas apa yang Allah nak tahan.
  2. Allah s.w.t Dia lah sahaja yang Maha Kuasa (الْعَزِيزُ), lagi Maha Bijaksana. (الْحَكِيمُ) Maka jangan kita membantah dan mengamuk dengan apa saja yang telah diberi atau ditarik oleh Allah s.w.t. Bersabarlah kerana apa yang terbaik bagi kita ialah apa saja yang telah dipilih-Nya. Yang penting kita sentiasa berdoa kepada Allah agar memberi yang tebaik dan sesuai untuk kita.

AYAT-3- {WAHAI UMAT MANUSIA, KENANGKANLAH NIKMAT ALLAH YANG TELAH DIKURNIAKANNYA KEPADA KAMU; TIDAK ADA SAMA SEKALI YANG MENCIPTAKAN SESUATU SELAIN DARIPADA ALLAH; IA MEMBERI REZEKI KEPADA KAMU DARI LANGIT DAN BUMI. TIADA TUHAN MELAINKAN DIA, MAKA MENGAPA KAMU RELA DIPALINGKAN (DARI MENYEMBAHNYA)?} (FATHIR 35:3)

  1. Di sini Allah s.w.t memerintahkan manusia agar sentiasa mengenang dan mengingati nikmat Allah s.w.t yang telah dikurniakan kepada mereka. Yang begitu banyak dan tidak terhitung.
  2. Tak perlu pergi jauh, tengok ke dalam diri kita, berapa banyak nikmat yang Tuhan beri bermula dari mata, telinga dan segala anggota yang ada. Jika tidak ingat akan nikmat Allah ini menjadikan seseorang itu sombong, takabbur dan lupa diri.
  3. Tiada Pencipta dan Pemberi nikmat, yang memberi rezeki kepada manusia yang begitu luas dari langit dan dari bumi selain Allah s.w.t. Tiada Tuhan yang berhak disembah, dipuja dan dipuji melainkan Dia, tetapi mengapa kamu menyembah selain dari Dia?
  4. Allah ungkit dulu nikmat-Nya kepada manusia kemudian menyoal mereka dengan ayat sentap! Lagi derhaka lagi besar azabnya!

AYAT 4- {DAN JIKA MEREKA MENDUSTAKANMU (WAHAI MUHAMMAD), MAKA SESUNGGUHNYA RASUL-RASUL YANG TERDAHULU SEBELUMMU TELAH JUGA DIDUSTAKAN (OLEH KAUMNYA MASING-MASING). DAN (INGATLAH), KEPADA ALLAH JUALAH DIKEMBALIKAN SEGALA URUSAN.} (FATHIR 35:4)

  1. Allah katakan kepada Rasulullah s.a.w, jika kaumnya mendustakannya, jangan runsing dan pelik kerana sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu pun telah mengalami tentangan dan halangan ini dalam dakwah mereka.
  2. Kemudian ingatlah bahawa kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
  3. Kata ulama\’ tafsir maksud {kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan}:
    i- kita akan kembali kepada Allah di akhirat kelak, akan dihisab, dihitung, diadili dan dihukum.
    ii- balasan pahala dan azab manusia nanti.
    iii- kepada Allah-lah segala urusan kita kembali, yakni hukum-hakam, halal haram, pahala bala dan seumpamanya kena dikembalikan kepada Allah. Apa yang baik apa yang buruk, apa yang dapat pahala apa yang dapat dosa.
  4. Dalam bab agama seperti hukum dan dosa pahala, jangan pandai-pandai kita reka dan buat sendiri mengikut logik akal kita. Ia adalah urusan Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w. Dalam bab dunia tidak mengapa kita buat dan reka seperti resepi dan kemudahan.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 1- {Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat} – dalam ayat ini Allah s.w.t memuji diri-Nya sendiri, zat-Nya yang Maha sempurna dan Maha Agung, yang mencipta langit dan bumi (yakni semua isi kandungan dan di antara keduanya). Hanya perlu sebut contoh yang besar maka termasuk semua yang kecil di dalamnya.
  2. Ayat 1- {yang menjadikan malaikat utusan-utusan} – nama malaikat dalam bahasa Arab ialah malak, jika malik ialah raja.
    Perkatakan malaikat/malak (الْمَلَائِكَةِ) berasal dari makna utusan. Yakni Allah cipta malaikat sebagai utusan Allah s.w.t sebagai perantaraanya dengan manusia, melaksanakan perintah Allah s.w.t, menyampaikan wahyunya kepada para rasul dan nabi. Setiap malaikat ada tugasnya sendiri yang tertentu.
  3. Ayat 1- { yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat;} – ayat ini sabit bahawa malaikat itu makhuk yang berjisim bukan roh sahaja, kerana itu Rasulullah s.a.w boleh melihatnya, pada malam Isra\’ dan Mi\’raj.
    Mereka juga sejenis makhluk yang sangat taat kepada Allah s.w.t.
    Firman Allah s.w.t: {Malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.} (At-Tahriim 66:6)

Kenapa disebut malaikat itu banyak sayap? Untuk menunjukkan kekuatan malaikat itu disayapnya, pergerakannya yang pantas dan cepat, turun naik dari langit ke bumi, ke situ sini sekelip mata, menjaga gunung, awan hujan yang berat dan lain-lain tugas.

  1. Ayat 1- {Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya.}- Allah s.w.t cipta makhluk itu semuanya berbeza-beza, malaikat itu ada yang banyak sayap ada yang sedikit, begitu juga manusia ada yang kecil ada yang besar ada tinggi rendah dan lain-lain. Dari segi akal pula ada yang bijak, ada yang tidak, ada yang kuat dan ada yang lemah! Semuanya tidak sama.
  2. Ayat-3- {Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu;} – Allah sebut nikmat yang dianugerahkan ke atas kamu (نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ) ini supaya kamu ingat, kemudian bersyukur kepada Allah. Bukan ingat saja dan buat tidak tahu, wajib ingat lalu syukur.
  3. Ayat-3- {Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu;} – menunjukkan pentingnya untuk mengenang nikmat Allah s.w.t.
    Ini kerana setiap ayat yang bermula dengan seruan ke atas manusia, akan datang satu perintang yang besar!
    Ini adalah seruan secara umum (يَاأَيُّهَا النَّاسُ) yakni semua manusia itu muslim atau kafir kena dengar dan mesti bersyukur atas nikmat Allah s.w.t!
    Jika seruan khas seperti hukum hakam perintah dan larangan Allah s.w.t akan guna seruan; (wahai orang yang beiman (يا أيها الذين آمنوا) ini kerana hanya orang mukmin yang akan dengar. Manakala jika seruan untuk suruh berfikir; (wahai semua manusia!).
  4. Ayat 4- {Dan jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad), – ayat ini menunjukkan penjagaan dan perhatian yang besar dari Allah s.w.t ke atas Rasulullah s.a.w. Wahai Muhammad s.a.w, jangan bimbang jangan susah hati, rasul-rasul sebelum ini pun telah melalui jalan yang sama. Kamu juga akan menghadapinnya maka sabar dan jangan susah hati!
  5. Ayat 2- {Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu.} – apa yang Allah nak bagi tiada siapa boleh sekat dan apa yang Allah sekat tiada siapa boleh bagi!
    Ayat ini menunjukkan keEsaan Allah s.w.t dan ketunggalan-Nya dalam mentadbir, hanya Allah s.w.t yang berkuasa penuh! Maka wajib kepada kita memohon hajat dan meminta perlindungan hanya kepada Allah s.w.t!
  6. Ayat-3- {Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu;} – Allah s.w.t ingatkan sekali lagi manusia supaya bersyukur ini kerana pentingnya sifat syukur.
    Ini kerana kata ulama\’: Syukur itu menjaga nikmat yang sedia ada dan menarik nikmat yang baru!
    Firman Allah s.w.t: {- لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ \”Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras\”.(Ibrahim 14:7).
    Kafir yang tidak syukur itu hanya akan nikmat sementara sahaja di aats dunia ini.
  7. Ayat 4- {Dan (Ingatlah), kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.}- ayat ini menegaskan kepada manusia agar jangan menyandar rezeki dan nikmat yang didapati kepada dirinya sendiri. Semuanya wajib disandarkan kepada Allah s.w.t. dan kembalikan semua kepada Allah s.w.t:
    { هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي } – {Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku,} [An-Naml 27:40].

Dalam ayat ini adalah peringatan untuk kita agar:
i- sandarkan semua rezeki dan nikmat kelebihan yang kita dapat adalah dari Allah s.w.t!
ii- Juga peringatan apabila ditimpa kesusahan jangan cari yang selain dari Allah s.w.t, agar kembali kepada Allahs.w.t. Sentiasa ingat bertawakkal kepada Allah s.w.t sepenuhnya, jangan mudah-mudah cari atau rujuk kepada benda lain.
iii- wajib kita melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dalam hukum-hakam.

Powered by BetterDocs