Surah An-Nahl : Ayat 56-64

\"\"

Tafsir Surah An-Nahli (10) Ayat [56-64];
– Mendedahkan perangai musyrikin Makkah.
– Benci kepada anak perempuan.
– Allah tangguhkan hukuman ke suatu masa.

1. Mendedahkan perangai musyrikin Makkah.
*Ayat 56- Penjelasan kepada ayat-ayat sebelumnya tentang kesesatan puak musyrikin. Mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka buat itu, yakni berhala-berhala sembahan yang mereka reka-reka itu. Sedangkan benda itu lansung tidak boleh memberi manfaat dan darurat kepada mereka.
Lalu Allah s.w.t bersumpah: Demi Allah! Sesungguhnya mereka akan ditanya kelak tentang apa yang mereka ada-adakan secara dusta itu dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
a. Benci kepada anak perempuan.

*Ayat 57- Mereka mengatakan pula bahawa Allah s.w.t
mempunyai anak-anak perempuan iaitu para malaikat. Subanallah!!
Sedangkan mereka memilih untuk mereka apa yang sukai iaitu anak lelaki, tetapi memberikan anak perempuan kepada Allah.
Banyak ayat al-Quran lain yang menerangkan tentang ini, seperti surah an-Najmi- ayat 21-22.

*Ayat 58- Sedangkan mereka sendiri membenci anak perempuan, sedih, stress dan malu bila dapat anak perempuan.

*Ayat 59- Allah gambarkan lagi, begitu teruk sekali keadaan mereka bila dapat anak perempuan!!!!!
Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.

Menurut adab Jahiliyyah,
1. Mereka membenci anak perempuan kerana menganggap tiada faedah, hanya menghabiskan harta serta boleh membawa malu kepada maruah keluarga jika menjadi jahat. Kerana itu mrk menanam hidup ank2 prmpuan sblm besar lagi.
2. Mereka sukakan anak lelaki kerana dianggap dapat menolong kerja-kerja rumah, menambahkan pndapatan serta menjaga keluarga dari serangan musuh.
*tetapi malangnya jahiliyyah kita pada zaman ini lebih dahsyat, semua anak yang tidak diingini, tidak kira lelaki atau perempuan dibuang di merata-rata… الله المستعان

*Ayat 60 – sifat buruk org kafir dan tingginya sifat Allah s.w.t.
Faedah ayat:
1. Tentang orang yang tidak menerima taqdir dan bersyukur akan anugerah dan nikmat Allah s.w.t. Contoh orang yang tidak syukur bila dapat anak perempuan.
Sedangkan banyak hadis-hadis Nabi s.a.w tentang kelebihan orang yang mendidik anak-anak perempuan.
2. Semua sifat kesempurnaan adalah bagi Allah s.w.t, samada kita berasa takut, gerun, mahabbah, kebesaran dan sebagainya.
3. Allah tangguhkan hukuman ke suatu masa.

*Ayat 61- {Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.}
1. Yakni jika Allah s.w.t mahu mengambil tindakan segera dan menurunkan azab ke atas orang yang ingkar dan tidak beriman, tentulah akan habis musnah, tidak akan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak, kerana Allah itu Maha berkuasa,
2. Tetapi tidak, Allah s.w.t menangguhkan azab-Nya dan memberi tempoh yang tertentu. Kenapa:
a- Supaya mereka yang dulunya berdosa berpeluang dapat bertaubat dan beriman lalu mati dalam husnul-khatimah, insya Allah.
b- Agar yang benar-benar jahat itu berterusan dalam kejahatan mereka dan bertambah kesesatan mereka,

*Ayat 62- Tetapi bila tiba masanya, azab itu tidak akan ditangguhkan lagi, tidak ragu lagi akan azab yang akan dikenakan ke atas mereka.
{Dan mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya; dalam pada itu, lidah mereka memperkatakan perkara yang dusta, (kononnya) bahawa mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah. Tidak syak lagi, bahawa bagi merekalah api neraka, dan bahawa merekalah orang-orang yang disegerakan (masuknya ke dalam neraka). }

*Ayat 63: Allah swt bersumpah dengan namanya untuk menenangkan dan menguatkan semangat Nabi s.a.w dlm menghadapi tentangan dakwah:
{Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. }.

*Ayat 64 – {Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.}
Memutuskan apa yang mereka persoalkan, Quran menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kerana mereka beriman dan beramal dengannya. Manakala orang kafir sebaliknya.

Hikmah Azab ditangguhkan:
1. Sebagai bagi keuzuran dan peluang, kamu pergi jauh mungkin dapat u-turn.
2. Walaupun orang itu tidak beriman, mungkin akan keluar darinya zuriat yang akan beriman. Sebagaimana kisah Nabi s.a.w semasa pergi berdakwah ke Taif. Boleh baca kisahnya dalam hadis yang panjang.
3. Beri peluang supaya ahli maksiat dan yang ingkar agar sempat bertaubat dan beristighfar, maka mereka akan diberi keampunan dan selamat.
*Begitulah rahmat Allah s.w.t ke atas hamba-hamba-Nya.
Alhamdulillah.
#UAM Catatan Kuliah Subuh, Sabtu 13 Feb 2021.

Powered by BetterDocs