SURAH AL-ISRA\’ : AYAT 4-8

\"\"

3) KEADAAN BANI ISRAEL SEPANJANG SEJARAH.

Full video: https://youtu.be/wXqgfI4scLI

Keadaan Bani Israel Sepanjang Sejarah.
1- Dalam ayat ini Allah s.w.t menyebut tentang kaum Bani Israel yang akan melakukan kerosakan di bumi suci Palestin sebanyak dua kali, kemudian mereka akan dimusnahkan dengan kedatangan penjajah-penjajah yang akan menghina mereka.
2- Tujuan ayat ini juga untuk menyedarkan orang yang datang kemudian, bahawa kamu juga akan mengalami nasib yang sama sekiranya kamu tidak taat kepada Allah s.w.t.

AYAT 4- {DAN KAMI MENYATAKAN KEPADA BANI ISRAIL DALAM KITAB ITU: \”SESUNGGUHNYA KAMU AKAN MELAKUKAN KEROSAKAN DI BUMI (PALESTIN) DUA KALI, DAN SESUNGGUHNYA KAMU AKAN BERLAKU SOMBONG ANGKUH DENGAN MELAMPAU.} (AL-ISRAA\’ 17:4).
1. Allah s.w.t mengingatkan bani Israel dalam Kitab Taurat bahawa mereka akan melakukan kerosakan di bumi Palestin sebanyak dua kali.
2. Mereka juga akan berlaku sombong secara besar dan melampau-batas.
3. Ayat ini berlawanan dengan ayat sebelumnya, yang mana Allah s.w.t turunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa, kitab ini mengandungi petunjuk, bimbingan dan hidayah untuk mereka bani Israel ikut supaya selamat.
4. Allah anugerahkan nikmat kepada bani Israel dengan diberi kitab Taurat tetapi malangnya mereka tetap melanggar perintah Allah.

YAKNI TELAH TERMAKTUB DALAM KITAB TAURAT BAHAWA PUAK YAHUDI AKAN MELAKUKAN KEROSAKAN, KEZALIMAN DAN KEGANASAN DI BUMI PALESTIN, YAKNI DI BAITUL-MAQDIS ATAU MESIR, YANG PENTING DI BUMI SYAM.
1- Maksud kerosakan yang dilakukan ini dengan sebab kufur dan maksiat dengan menyalahi hukum-hukum yang ada dalam kitab Taurat.
2- Antara keganasan itu ialah membunuh nabi-nabinya sendiri. Antaranya yang mereka bunuh ialah Yahya, Zakaria dan cuba membunuh nabi Isa a.s yang diselamatkan Allah lalu dianggap ke langit.
3- Kerosakan pertama selepas Nabi Sulaiman.
4- Kerosakan kedua selepas pembunuhan Zakaria, Yahya dan Isa a.s.
5. Lalu Allah s.w.t akan hantar pasukan musuh yang akan datang menawan dan menghina mereka akibat melanggar perintah Allah s.w.t.

AYAT 5- MAKA APABILA SAMPAI MASA JANJI (MEMBALAS KEDERHAKAAN KAMU) KALI YANG PERTAMA DARI DUA (KEDERHAKAAN) ITU, KAMI DATANGKAN KEPADA KAMU HAMBA-HAMBA KAMI YANG KUAT GAGAH DAN AMAT GANAS SERANGANNYA LALU MEREKA MENJELAJAH DI SEGALA CERUK RANTAU (MEMBUNUH DAN MEMBINASAKAN KAMU); DAN (SEBENARNYA PERISTIWA ITU) ADALAH SATU JANJI YANG TETAP BERLAKU. (AL-ISRAA\’ 17:5)
1. Bila sampai tempoh janji balasan akibat penderkahaan itu Allah s.w.t akan hantar pasukan musuh yang akan datang menawan dan menghina mereka akibat melanggar perintah Allah s.w.t.
2. Pembunuhan besar2an (massacre) kaum yahudi kali pertama:-
a. Apabila yahudi di Palestin diserang oleh Raja Babylon, Iraq, di bawah pimpinan Bukhtannasar dan tenteranya yang kuat lagi ganas.
b. Mereka dibunuh, biara rumah ibadat mereka dimusnah, kitab Taurat dibakar & 70ribu yahudi ditawan dan di bawa blik ke Babylon sebagai hamba abdi.
Ini semua kerana kesalahan dan penyelewangan mereka sndiri, Allah turunkan azab dan penghinaan di atas dunia lagi.

3. Ulama\’-ulama\’ tafsir berbeza pendapat tentang siapakah musuh yang ganas dan kuat ini. Nasihat dari dua Imam tafsir yang besar, ar-Razi & Ibnu Kathir:
Banyak terdapat riwayat Israilliyat yang paslu dan mungkin juga ada yang benar, tetapi tidak perlu kita mengorek fakta yang tidak dinyatakan Allah ini, yang pentingnya kita ambil iktibar bahawa penghinaan dan kemusnahan akan menimpa kita jika kita ingkar dan banyak melakukan maksiat dan kekufuran, melampaui batas atas dunia ini.

AYAT 6- KEMUDIAN (SETELAH KAMU BERTAUBAT), KAMI KEMBALIKAN KEPADA KAMU KEKUASAAN UNTUK MENGALAHKAN MEREKA, DAN KAMI BERI KEPADA KAMU DENGAN BANYAKNYA HARTA KEKAYAAN DAN ANAK PINAK, SERTA KAMI JADIKAN KAMU KAUM YANG LEBIH RAMAI PASUKANNYA. (AL-ISRAA\’ 17:6)
1. Betapa kasih sayang Allah s.w.t terhadap hamba-Nya jika mereka bertaubat dan kembali kepada-Nya.
2. Yakni selepas kena lanyak kembali pertama itu, mereka bertaubat dan insaf, meninggalkan dosa dan maksiat, lalu Allah s.w.t kembalikan kemenangan ke atas mereka, bangkit kembali dengan harta dan anak pinak yang ramai balik di Palestin, serta tentera yang kuat dan ramai.

AYAT 7- JIKA KAMU BERBUAT KEBAIKAN, (MAKA FAEDAH) KEBAIKAN YANG KAMU LAKUKAN ADALAH UNTUK DIRI KAMU; DAN JIKA KAMU BERBUAT KEJAHATAN, MAKA (KESANNYA YANG BURUK) BERBALIK KEPADA DIRI KAMU JUGA. OLEH ITU, APABILA SAMPAI MASA JANJI (MEMBALAS PERBUATAN DERHAKA KAMU) KALI KEDUA, (KAMI DATANGKAN MUSUH-MUSUH KAMU) UNTUK MEMURAMKAN MUKA KAMU (DENGAN PENGHINAAN DAN KEGANASANNYA); DAN UNTUK MEMASUKI MASJID (BAITULMAQDIS) SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMASUKINYA PADA KALI YANG PERTAMA; DAN UNTUK MENGHANCURKAN APA SAHAJA YANG MEREKA TELAH KUASAI, DENGAN SEHANCUR-HANCURNYA. (AL-ISRAA\’ 17:7)
Allah swt berfirman:-
1. Sekira kamu buat baik, kesan baik perbuatanmu akan datang kembali kepada kamu juga.
2. Jika kamu buat jahat, perbuatan itu akan kmbali kepada diri kamu juga.
* dlm ayat ini Allah swt ulang 2x perkataan kebaikan kamu, tetapi kejahatan tidak diulang, hanya disebut sekali.
*Menunjukkan betapa rahmat Allh swt dan suka jika hamba-Nya bertaubat dan kembali kepada-Nya.
3. Pembunuhan besar2an (massacre) kaum yahudi yang kedua, ini setelah Allah angkat kembali kemuliaan mereka selepas hukuman pertama, mereka juga kembali buat jahat dan penyelewengan, maka sekali lagi mereka dimusnahkan dan terhina atas dunia ini:-
4, Ada catatan sejarah kata puak Rom pula yang datang serang mereka, musuh yang datang menyerang membunuh, memusnahkn masjid-masjid mereka, sehiggalah Masjidil Aqsa juga kena kesannya. (tentang siapa sebenar tentera musuh, sama seperti nasihat di atas)
5. Sekali lagi penghapusan etnik besar2an kaum yahudi terjadi. Bakinya inilah ada yang bertebaran sehingga ke Madinah. Malangnya di Madinah juga mereka buat kejahatan.

AYAT 8- MUDAH-MUDAHAN TUHAN KAMU AKAN MENGASIHANI KAMU (KALAU KAMU BERTAUBAT); DAN JIKA KAMU KEMBALI (MENDERHAKA), MAKA KAMI PULA AKAN KEMBALI (MENYEKSA KAMU DI DUNIA); DAN KAMI TELAH JADIKAN NERAKA: PENJARA BAGI ORANG-ORANG KAFIR (PADA HARI AKHIRAT). (AL-ISRAA\’ 17:8)
Allah swt memberi dua pilihan:
1. Jika mereka bertaubat, Allah akan mengasihini mereka .
2. Jika mereka kembali menderhaka maka Allah akan kembali menyeksa dan memusnahkan mereka atas dunia ini.
*Inilah yang dikatakan dalam hadis Nabi saw bahawa pada akhir zaman kaum Muslim akan menghapuskan seluruh kaum yahudi atas muka bumi ini. Inilah kemusnahan ketiga dan terakhir mereka atas dunia ini, insya Allah.
Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, \”Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, \’Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia\’. Kecuali (pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.\”
*Adapun peperangan dan kemusnahan yang terjadi kepada kaum yahudi antara itu banyak lagi, itu semua dek kejahatan dan perbuatan mereka sendiri menjadikan mereka dibenci dan dimusuhi. Balasan atas dunia lagi.
* Antaranya seperti peristiwa Holokus (holocaust) merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi kepada beberapa kumpulan etnik, agama, nasional, dan sekular sewaktu Perang Dunia II. Ia bermula pada tahun 1941 dan diteruskan sehingga 1945. Kumpulan Yahudi merupakan sasaran utama Holokus dan pembunuhan ini dianggap oleh puak Nazi sebagai \”penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi\”. Dianggarkan enam juta orang Yahudi terkorban didalam pembunuhan beramai-ramai ini.

Wallahu A’lam.
#UAM Catatan Kuliah Subuh. Isnin, 1 Mac 2021.

Powered by BetterDocs