SURAH MARYAM : AYAT 1-6

\"\"

MUQADDIMAH SURAH, INTISARI DAN MAQASID KANDUNGAN SURAH.

Full video: https://youtu.be/YlZjQ7KjNdw

MUQADDIMAH SURAH MARYAM سورة مريم :
1. Surah ke 19, Juzuk yang ke 16, mengandungi 98 ayat.
2. Ijma’ ulama\’ mengatakan ia adalah surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah. Ada juga yang menyatakan Makkiyyah kecuali dua ayat diturunkan di Madinah iaitu ayat 58 &71, ada juga yang menyatakan kecuali ayat sajadahnya bahkan
3. Dinamakan Maryam kerana menceritakan dengan terperinci cerita perihal tentang Maryam, ibu Nabi Isa a.s dari ayat 16-34.
4. Dalil yang menunjukkan Namanya surah Maryam: Hadis Ibnu Mas’ud tentang 5 surah yang awal turun dan yang awal dihafal dan dibaca oleh para sahabat.
5. Ulama\’ berpendapat bahawa Ibnu Mas’ud mengatakan ai sebagai surah yang awal dihafaz kerana:
i- 3 surah ini mempunyai kelebihan; pembukaanya mengandungi kisah yang pelik, mencarik adat, diluar jangkaan pemikiran manusia.
a- Surah Isra’ – Tentang perjalanan Rasulullah dan naik ke langit,
b- Al-Kahfi- tentang Ashabul-Kahfi yang tidur lebih daripada 300 tahun.
c- Surah Maryam- melahirkan anak tanpa bapa dan seumpamanya.
ii- Juga mungkin keranaia antara surah terawal yang turun di Makkah.
7. Athar Abu Hurairah.

INTISARI:
1. Menceritakan tentang kisah ajaib yang pertama: Nabi Zakaria a.s yang telah tua dan isterinya yang mandul, telah dikabulkan doanya dan dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Yahya.
2. Kisah ajaib yang kedua tentang Sayyidah Maryam, seorang gadis suci yang melahirkan seorang anak iaitu Nabi Isa a.s tanpa seorang bapa. Di akhir kisahnya Allah s.w.t menegaskan bahawa apa yang disebut dan diceritakan dalam al-Quran itulah yang sebenar dan sahih tentang Nabi Isa a.s. Manakala versi-versi lain dari kitab Injil, Taurat itu semuanya sudah diseleweng, bukan seperti dakawaan yahudi dan Nasrani dan lain-lain.
3. Disebut tentang beberapa orang nabi yang seperti Ibrahim, Musa, Harun, Ismail, dan Idris.
4. Juga perihal orang yang ingkar dan beriman yang akan mendapat balasan masing-masing di akhirat kelak.
5. Juga tentang kisah Rasulullah s.a.w dan kaum kafir musyrik penentangnya yang berkuasa dan kaya, sedangkan para pengikut Baginda hanya terdiri daripada mereka yang miskin dan lemah. Lalu mereka merasakan mereka dipihak yang benar.
6. Allah s.w.t menolak hujjah mereka itu dengan menegaskan bahawa kekayaan dan kemiskinan tidak menunjukkan lambang kebenaran dan kesesatan. Kerana betapa banyak kaum yang terdahulu yang kaya dan kufur telah musnah dibinasakan.
7. Kemudian ditegaskan bahawa al-Quranul Karim diturunkan dalam Bahasa Arab, Bahasa Nabi Muhammad s.a.w, supaya Baginda membacakannya kepada umat manusia dan menyampaikan berita gembira dan balasan sebaik-baiknya kepada orang yang beriman dan taat, juga memberi amaran kepada orang kafir yang ingkar tentang azab siksa jika masih berdegil. Yakni pintu taubat masih terbuka.
8. Surah Maryam diakhiri dengan satu pengajaran yang menginsafkan terutama kepada golongan yang masih degil dalam menurut perintah Allah, tentang kemusnahan mereka yang tidak beriman dan ingkar sebelum ini yang tidak tinggal kesan dan keturunnya.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
AYAT 01- {KAAF, HAA, YAA, AIN, SAAD.} (MARYAM 19:1)
1. Surah ini dimulai dengan huruh yang terputus (al-Muqatta’ah), iaitu tulisan yang hurufnya bersambung tetapi dibaca satu persatu iaitu Kaaf Haa Yaa \’Ain Shaad. ك ه ي ع ص
2. Ini untuk menyatakan i’jaz (mukjizat) al-Quran yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana makhluk.
3. Ia juga mengambarkan bahawa kita sebagai manusia tidak dapat memahami dan tidak tahu apa-apa apa kecuali yang ingin diberitahu oleh Allah s.a.w dan Rasul-Nya s.a.w.
4. Maksudnya wallahu a’lam. ALLAH yang Maha Mengetahui
ALLAH memberi khabar melalui al-Quran untuk kita mengetahui perkara lalu, sekarang dan akan datang.

AYAT 02- {(INI IALAH) PERIHAL LIMPAHAN RAHMAT TUHANMU (WAHAI MUHAMMAD), KEPADA HAMBANYA ZAKARIA.} (MARYAM 19:2)
1. Dengan ini Allah s.w.t menceritakan tentang doa Nabi Zakaria yang dikabulkan dan dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakn Yahya. Ini antara nabi-nabi yang zuriatnya juga nabi dan rasul.
2. Walaupun dia sendiri telah tua dan isterinya seorang yang mandul.
3. Nabi Zakaria ini bekerja sebagai seorang tukang kayu. [HR Muslim].

AYAT 03- {(INGATKANLAH PERISTIWA) KETIKA NABI ZAKARIA BERDOA KEPADA TUHANNYA DENGAN DOA PERMOHONAN SECARA PERLAHAN.} (MARYAM 19:3)
1. Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. Kenapakah ia berdoa dengan perlahan?
2. Ulama\’ kata kerana:
i- Supaya kaumnya tidak mendengar dan tidak memerlinya.
ii- Berdoa secara perlahan dan tersembunyi ini lebih khusyuk dan dekat kepada Allah s.w.t.
iii- Dia berdoa di akhir malam pada waktu sahur, dalam keadaan sujud.
3. Ini untuk memperingatkan Rasulullah tentang kisah dan kurniaan yang ajaib ini.

AYAT 04- {IA MERAYU DENGAN BERKATA: WAHAI TUHANKU! SESUNGGUHNYA TELAH LEMAHLAH TULANG -TULANGKU, DAN TELAH PUTIH MELEPAKLAH UBAN KEPALAKU; DAN AKU – WAHAI TUHANKU – TIDAK PERNAH MERASA HAMPA DENGAN DOA PERMOHONANKU KEPADAMU.} (MARYAM 19:4)
1. Cara dan adab berdoa yang dilakukan oleh Zakaria. Sebelum menyampaikan hajatnya, Nabi Zakaria dengan rendah hati menyatakan:
i- keuzuran tubuh badannya yang sudah lemah dan kepalanya telah dipenuhi uban,
ii- namun dia tidak pernah berputus asa untuk terus berdoa kepada ALLAH SWT.
iii- kemudian bertawasul, dalam kes Nabi Zakaria ini dia mengatakan tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonannya kepada Allah sebelum ini. Jadi semoga Allah perkenankan juga doanya kali ini.
AYAT 05- {DAN SESUNGGUHNYA AKU MERASA BIMBANG AKAN KECUAIAN KAUM KERABATKU MENYEMPURNAKAN TUGAS-TUGAS AGAMA SEPENINGGALANKU; DAN ISTERIKU PULA ADALAH SEORANG YANG MANDUL; OLEH ITU, KURNIAKANLAH DAKU DARI SISI-MU SEORANG ANAK LELAKI.} (MARYAM 19:5).
1. Dalam doa tersebut, Nabi Zakaria melahirkan rasa kebimbangan nanti tiada zuriat yang akan menyambung tugasnya untuk menyampaikan dakwah, kerana kaum keluarganya yang lain tidak cakna akan dakwahnya.
2. Sedangkan isterinya seorang yang mandul, jika bukan dengan pertolongan Allah pasti tidak akan dapat zuriat.
3. Selepas menyebut rayuan-rayuan tersebut, barulah minta apa yang dia mahu iaitu; Memohon dikurniakan seorang anak lelaki yang juga akan menjadi seorang nabi untuk menyempurnakan tugas-tugas dakwah sepeninggalannya.

AYAT 06- {YANG LAYAK MEWARISI DAKU, JUGA MEWARISI KELUARGA NABI YAAKUB; DAN JADIKANLAH DIA – WAHAI TUHANKU SEORANG YANG DIREDHAI SERTA DISUKAI\”.} (MARYAM 19:6).
1. Iaitu seorang anak lelaki, yang layak untuk mewarisinya dan mewarisi keluarga Nabi Yaakub, iaitu jawatan Nabi. Disebut Nabi Yaakub kerana keluarganya terkenal sebagai keturunan nabi-nabi a.s.
2. Tetapi kita tidak boleh berlebihan meminta dalam berdoa, seperti minta jadi nabi dan lain-lain yang memang mustahil dan tidak layak bagi kita.
3. Anak itu seorang yang diredhai oleh Allah dan disukai oleh orang ramai.

PENGAJARAN DAN FAEDAH :
1. Dalam ayat ini Allah menyatakan Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. نِدَاءً خَفِيًّا
2. Maka disini dibawa 10 rahsia kelebihan berdoa dengan suara yang perlahan:
i. Orang yang mantap imannya, kerana dia tahu Allah yang diseru itu Maha Mendengar dan Maha Mengtahui.
ii. Orang yang tinggi adabnya dan mengagungkan Allah stw.
iii. Lebih kuat untuk merendahkan diri dan khusyuk kepada Allah s.w.t.
iv. Lebih ihklas kerana hanya Allah s.w.t yang akan mendengarnya.
v. Lebih kuat untuk hati berasa hina dan lemah dalam memohon kepada Allah.
vi. Supaya kita berasa dekat dengan Allah, maka tidak perlu kita mengangkat suara samada dalam berdoa atau berzikir.
vii. Bila berdoa dengan perlahan kita boleh panjangkan doa dan rayuan kita kepada Allah s.w.t.
viii. Boleh memutuskan gangguan-gangguan dari orang lain kepada kita, juga kita tidak akan mengganggu orang lain.
ix. Sebaiknya kerana doa itu adalah satu ibadat maka sebaiknya kita berdoa secara rahsia dan tersembunyi.
x. Sesungguhnya doa itu zikir kepada Allah s.w.t, mengandungi permohonan dan pujian kepada Allah maka seeloknya secara perlahan dan tersendiri.
Firman Allah s.w.t: {Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.} [Al-A\’raaf 7:205]
3. Kata ulama\’: Siapa yang mampu buat ibadat secara sembunyi, dia tidak akan tunjuk atau zahirkan kepada orang selamanya.
4. Adab berdoa:
i- Secara perlahan, نِدَاءً خَفِيًّاkerana ia menunjukkan kepada lemah dan berhajatnya kita kepada Allah s.w.t. Sebagaimana dalam ayat – [Al-A\’raaf 7: 55]
ii. Sunat mulakan doa dengan menyatakan kelemahan diri kita. Jangan tunjukkan keangkuhan dan sombong.
iii. Ada kaitan dengan agama. Tidak salah berdoa untuk minta dunia tetapi kaitkannya dengan agama dan akhirat juga.
iv. Mulakan doa dengan seruan guna nama-nama Allah s.w.t yang indah. Ya Rabb
v. Bertawasul – dengan amal-amal baik, ibadat yang kita ada, seperti Nabi Zakaria dengan guna doa-doanya yang termakbul dulu.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs