SURAH AL-ANBIYA\’ : AYAT 92-100

\"\"

ISLAM ADALAH \”UMMATAN WAHIDAH\”, SEMUA DAKWAH RASUL KEPADA TAUHID, MUNCULNYA YA\’JUJ DAN MA\’JUJ SEBAGAI TANDA KIAMAT & NERAKA DIISI DENGAN PENYEMBAH DAN BARANG DISEMBAH.


Full video: https://youtu.be/W0ZXXOGUe0A

MUQADDIMAH :

1. Dalam siri lepas berakhirlah kisah 14 orang nabi-nabi yang disebut secara ringkas dalam surah ini.
2. Isu yang paling menariknya ialah doa-doa para nabi itu, serta diajar kepada kita cara dan adab berdoa yang sahih.
3. Kenapa Allah s.w.t sebut dalam ayat tentang Nabi Isa dan Maryam sebagai satu ayat (tanda kekuasaan) Allah s.w.t, bukan dua tanda? Ini kerana kelahiran Isa a.s itu satu keajaiban, bukan nabi Isa sendiri atau ibunya Maryam.
4. Banyak sekali ayat-ayat al-Quran yang mengajak kita berfikir bertadabbur tentang tanda-tanda kekuasan Allah s.w.t.
5. Dalam siri kali ini kita akan membincangkan tentang asas Tauhid agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t.

AYAT 92- {SESUNGGUHNYA AGAMA ISLAM INILAH AGAMA KAMU, AGAMA YANG SATU ASAS POKOKNYA, DAN AKULAH TUHAN KAMU; MAKA SEMBAHLAH KAMU AKAN DAKU.} (AL-ANBIYAA\’ 21:92)
1. Allah s.w.t menekankan sekali lagi, bahawa Islam inilah agama kita, serta semua manusia itu adalah berasal dari ummat yang satu.
2. Agama yang satu asas Tauhidnya dan Allah s.w.t sebagai Tuhan yang wajib disembah. 3. Allah s.w.t utuskan semua rasul-rasul itu dengan satu asas Tauhid kepada Allah s.w.t. Cuma hukum Syariatnya ada perbezaan sedikit antara satu nabi dan kaumnya dengan yang lain.
3. Tiada nabi atau rasul yang mendakwa mereka tuhan dan menyuruh manusia menyembahnya seperti kristian yang menyembah Isa a.s.
4. Hadis Rasulullah s.a.w tentang semua nabi-nabi itu satu bapa (satu tauhid) tetapi berlainan ibu (Syariah). Rasulullah s.a.w bersabda:
الأَنْبِيَاءُ إخْوَةٌ لِعَلاَّتٍ دِيْنُهُمْ وَاحِدٌ وَأُمَّهَاتُهُمْ شَتَّى (رواه البخاري ومسلم وأحمد وابن حبان)
Maknanya: “Para nabi bagaikan saudara seayah, agama mereka satu iaitu agama Islam, dan ibu-ibu (syari’at-syari’at) mereka berbeza-beza” (HR al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ibnu Hibban).
5. Tiada Tuhan yang berhak disembah, dipuja, dipuji melainkan Allah s.w.t.

AYAT 93- { (KEBANYAKAN MANUSIA MASIH BERSELISIHAN) DAN BERPECAH-BELAH DALAM URUSAN AGAMA MEREKA; (INGATLAH) MEREKA SEMUANYA AKAN KEMBALI KEPADA KAMI (UNTUK MENERIMA BALASAN). (AL-ANBIYAA\’ 21:93)
1. Semua manusia yang berpecah dan berkelahi tadi akan kembali kepada Allah s.w.t jua akhirnya.
2. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
افْتَرَقَتِ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفَرَّقَتِ النَّصَارَى عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً
Maksudnya: “Golongan Yahudi berpecah kepada 71 atau 72 golongan. Adapun golongan Nasrani pula berpecah kepada 71 atau 72 golongan juga dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan. [Riwayat Abu Daud (4596)]
3. Daripada Abdullah bin ‘Amr R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً، قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي
Maksudnya: “Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka melainkan satu kumpulan sahaja. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah S.A.W, siapakah mereka? Nabi SAW menjawab: Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat-sahabatku.” [Riwayat al-Tirmizi (2641)]
4. Maksudnya dalam 73 golongan ini tidak semuanya betul atau bertepatan dengan akidah Nabi SAW. Oleh demikian dalam riwayat lain, Nabi menyatakan hanya satu golongan yang benar dan selamat daripada api neraka. Riwayat tersebut adalah daripada Muawiyyah bin Abi Sufyan: \”Ketahuilah, sesungguhnya golongan ahli kitab sebelum daripada kamu berpecah kepada 72. Dan golongan ini (Islam) akan berpecah kepada 73 golongan. 72 golongan akan ke neraka dan satu golongan akan ke syurga iaitu al-Jamaah.\” (Hadis Riwayat Abu Daud, No.4597)
5. Tafsir Ibu Kathir: Umat manusia itu asalnya satu golongan sahaja, semuanya Tauhid kepada Allah s.w.t. tetapi mereka mula berpecah dan sesat selepas kematian orang soleh di kalangan mereka lalu datang syaitan mengajar untuk melampaui dalam mengasihi orang soleh akhirnya menjadi penyembahan. Maka hati-hatilah kita semua dalam taksub terhadap ikon.
6. Tentang Firman Allah s.w.t: {\”Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa\’, dan Yaghuth, dan Ya\’uuq, serta Nasr.} (Nuh 71:23)
Ibnu Abbas r.a berkata semua nama-nama berhala ini asalnya adalah orang-orang soleh di kalangan mereka yang telah mati lalu dipuja dan akhirnya dibuat patung yang disembah.

AYAT 94- {DENGAN YANG DEMIKIAN, SESIAPA YANG MENGERJAKAN SESUATU AMAL KEBAIKAN, SEDANG IA BERIMAN, MAKA TIDAKLAH DISIA-SIAKAN AMAL USAHANYA; DAN SESUNGGUHNYA KAMI TETAP MENULISNYA.} (AL-ANBIYAA\’ 21:94)
1. Sesiapa yang beriman dan beramal soleh, maka tidak akan sia-sia, akan diberi pahala dan balasan yang setimpalnya oleh Allah s.w.t.
2. Syarat diterima amal soleh: Beriman, ikhlas serta mengikut ajaran Nabi s.a.w.
3. Semua ini akan ditulis, dicatat dalam kitab amalan masing-masing, ini semua kerja malaikat yang sudah diperintahkan oleh Allah s.w.t.
4. Tugas kita hanya beribadat dan beramal sebaik mungkin, segalanya sudah dicatat tanpa sebarang penyelewengan, akan dihisab dan dibalas segalanya, baik atau buruk.

AYAT 95- {DAN MUSTAHIL KEPADA PENDUDUK SESEBUAH NEGERI YANG KAMI BINASAKAN, BAHAWA MEREKA TIDAK AKAN KEMBALI (KEPADA KAMI UNTUK MENERIMA BALASAN DI AKHIRAT KELAK).} (AL-ANBIYAA\’ 21:95)
1. Allah s.w.t menegaskan bahawa tidak mungkin mereka yang telah dibinasakan dengan azab di dunia ini; tidak akan kembali atau bangkit semula untuk mendapat balasan azab di akhirat pula.
2. Juga bererti mereka ini tidak dapat menarik balik kembali nasib buruk mereka, tiada guna lagi penyesalan yang sudah terlambat.
3. Berhati-hati dengan teori Kiamat, yang mengajak manusia beruzlah meninggalkan dunia dan sebagainya.
4. Senang cerita, mana-mana ajaran yang cuba mengaitkan mereka dengan Imam Mahadi adalah satu golongan yang sesat dan bahaya, banyak sudah terbukti dalam sejarah. Satu simpton ajaran sesat yang memesongkan dan merbahaya.

AYAT 96- { (DEMIKIANLAH KEADAAN MEREKA) HINGGA APABILA TERBUKA TEMBOK YANG MENYEKAT YAKJUJ DAN MAKJUJ, SERTA MEREKA MELURU TURUN DARI TIAP-TIAP TEMPAT YANG TINGGI.} (AL-ANBIYAA\’ 21:96)
1. Antara tanda-tanda Kiamat ialah terbukanya tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, dua golongan manusia, asal keturunan nabi Nuh melalui anaknya Yafith.
2. Apabila tiba masa yang dikehendaki Allah, tembok itu runtuh, mereka akan keluar meluru melakukan kerosakan di muka bumi ini, membinasakan manusia dan ketenteraman dunia.
3. Mereka ini datang selepas dajjal mati dibunuh oleh Nabi Isa a.s.
4. Tidak tahan dengan kejahatan mereka memusnahkan manusia dan dunia, Nabi Isa berdoa kepada Allah s.w.t, lalu Allah hantar tentera ulat untuk membunuh mereka dari dalam tubuh mereka sendiri.
5. Apabila bangkai mereka busuk bergelimpangan, Nabi Isa berdoa lagi, lalu Allah hantar pula burung yang sebesar leher unta untuk memunggah mayat mereka ke suatu tempat buangan.
6. Kisah mereka yang panjang ada dalam Tafsir surah al-Kahfi dan beberapa hadis sahih.

AYAT 97- {DAN HAMPIRLAH DATANGNYA JANJI HARI KIAMAT YANG BENAR, MAKA DENGAN SERTA-MERTA PANDANGAN MATA ORANG-ORANG YANG KUFUR INGKAR TERBELIAK (SAMBIL BERKATA DENGAN CEMAS): \”ADUHAI CELAKANYA KAMI. SESUNGGUHNYA KAMI TELAH TINGGAL DALAM KEADAAN YANG MELALAIKAN KAMI DARIPADA MEMIKIRKAN PERKARA INI, BAHKAN KAMI TELAH MENJADI ORANG-ORANG YANG MENGANIAYA DIRI SENDIRI\”.} (AL-ANBIYAA\’ 21:97)
1. Dengan keluarnya yakjuj dan makjuj ini, adalah menunjukkan tanda dekatnya akan datang hari Kiamat.
2. Maka orang-orang yang kufur ingkar terbeliak mata mereka (samada dekat kematian atau pada hari Kiamat) sambil berkata dengan cemas dan menyesal: \”Aduhai celakanya Kami.”
3. Tetapi tiada guna lagi penyesalan yang terlambat.

AYAT 98- {SESUNGGUHNYA KAMU DAN APA YANG KAMU SEMBAH, YANG LAIN DARI ALLAH, MENJADI BAHAN-BAHAN BAKARAN YANG DILIMPARKAN KE DALAM NERAKA JAHANNAM; KAMU (SUDAH TETAP) AKAN MEMASUKINYA.} (AL-ANBIYAA\’ 21:98)
1. Allah s.w.t menegaskan bahawa kaum musyrikin, yang menyembah apa selain daripada Allah s.w.t dan segala sembahan mereka, batu kayu berhala semuanya akan dimasukkan bersama ke dalam neraka dan menjadi bahan bakaran..
2. Kenapa? Sedangkan batu kayu itu tidak terasa apa-apa, benda tidak berakal? Saja untuk menghina penyembahnya, dengan bersama sembahan yang tiada faedah dan gunanya itu. Maka penyesalan mereka akan bertambah dahsyat.

AYAT 99- {KALAULAH MEREKA (YANG KAMU SEMBAH) ITU TUHAN-TUHAN, TENTULAH MEREKA TIDAK MASUK KE DALAM NERAKA; DAN (KETAHUILAH), SEMUANYA (YANG MENYEMBAH DAN YANG DISEMBAH) AKAN KEKAL DALAM NERAKA SELAMA-LAMANYA.} (AL-ANBIYAA\’ 21:99)

1. Untuk mentakkidkan apa yang mereka sembah itu bukan tuhan sebagaimana yang mereka dakwa. Jika tidak pasti mereka tidak akan masuk neraka.
2. Maka kekallah mereka di dalam neraka selama-lamanya. والعياذ بالله

AYAT 100- {MEREKA MENDAYU-DAYU (KESAKITAN) DI DALAM NERAKA, DAN MEREKA PULA DI SITU TIDAK DAPAT MENDENGAR SESUATU YANG MENYENANGKAN.} (AL-ANBIYAA\’ 21:100)
1. Suara mereka meraung kesakitan dapat didengar mendayu-dayu dalam neraka itu.
2. Tidak dapat mendengar sesuatu yang baik kecuali kata-kata yang menghina beserta azab siksa. والعياذ بالله

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:
1. Huraian dan kesimpulan ayat-ayat hari ini, siri akan datang insya\’ Allah.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs