SURAH AL-\’ANKABUT : AYAT 65-69

\"\"

KEADAAN KAUM MUSYRIK KETIKA KETAKUTAN, NIKMAT KEAMANAN TANAH HARAM MAKKAH & KELEBIHAN MEREKA YANG BERJIHAD PADA JALAN ALLAH.

Full video : https://youtu.be/fjicZW27ix4

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah dengan siri ke-14 ini, berakhirlah Tafsir surah al-Ankabut dengan ayat yang ke-69.
  2. Dalam siri ini kita lihat akan keadaan kaum kafir musyrikin apabila mereka berada dalam keadaan terdesak.
  3. Ayat sebelum ini Allah s.w.t menyebut beberapa sifat atau ciri-ciri kaum musyrikin yang tidak mneggunakaan akal mereka untuk berfikir akan kekuasaan Allah s.w.t

AYAT 65- {DALAM PADA ITU, APABILA MEREKA NAIK BAHTERA (LALU MENEMUI SESUATU BAHAYA DI LAUT), MEREKA MEMOHON PERTOLONGAN KEPADA ALLAH DENGAN DOA YANG TULUS IKHLAS KEPADANYA. KEMUDIAN SETELAH ALLAH MENYELAMATKAN MEREKA (NAIK) KE DARAT, MEREKA BERLAKU SYIRIK KEPADANYA.} (AL-\’ANKABUUT 29:65)

  1. Kebiasaan keadaan kaum musyrikin itu ketika mereka dalam keadaan senang lenang mereka kufur syirik kepada Allah s.w.t.
  2. Kemudian apabila ditimpa bahaya seperti dilambung badai ombak di lautan, mereka merayu memohon ikhlaskan doa kepada Allah agar menyelamatkan mereka daripada bencana yang sedangkan dihadapi.
  3. Tetapi apabila selamat dan kembali ke daratan mereka kembali kufur dan mnyembah segala tuhan-tuhan buatan mereka. Inilah beza antara mulhid (tiada tuhan terus seperti atheis) dan musyrik (campur/bersekutu)
  4. Kata Ibnu Jarir: Ketika susah, jitu dan ikhlas berdoa kepada Allah, tetapi apabila senang lupa kembali.
  5. Pengajarannya agar jangan syirik kepada Allah s.w.t dan semua ibadat kena ikhlas kepada-nya semata samada dalam berdoa atau memohon bantuan.

AYAT 66- { (AKIBAT SYIRIK ITU) MENJADILAH MEREKA ORANG-ORANG YANG KUFURKAN NIKMAT YANG KAMI TELAH BERIKAN KEPADANYA, DAN (MENJADI) ORANG-ORANG YANG HANYA DAPAT BERSUKA RIA DI DUNIA; KEMUDIAN MEREKA AKAN MENGETAHUI KELAK AKIBAT BURUK APA YANG MEREKA LAKUKAN.} (AL-\’ANKABUUT 29:66)

  1. Yakni antaranya nikmat Allah selamatkan mereka daripada bahaya di lautan, mereka lupa dan ingkar akannya.
  2. Maka jadilah mereka manusia yang terus kufur akan nikmat Allah, terus lagha bersuka ria berseronok sahaja di atas dunia yang fana ini.
  3. Selepas mati kelak baru mereka akan sedar dan jumpa akibat buruknya nanti akibat dari perbuatan jahat mereka, ingkar dan kufur.

AYAT 67- {DAN TIDAKKAH MEREKA MELIHAT DAN MEMERHATIKAN BAHAWA KAMI TELAH MENJADIKAN (MAKKAH, NEGERI MEREKA) TANAH SUCI YANG DIHORMATI, LAGI AMAN; SEDANG ORANG-ORANG RAMAI YANG TINGGAL (DALAM DAERAH-DAERAH) DI SEKELILING MEREKA SENTIASA DICULIK (UNTUK DITAWAN ATAU DIBUNUH)? OLEH ITU, PATUTKAH MEREKA PERCAYA KEPADA PERKARA YANG SALAH, DAN KUFUR INGKAR AKAN NIKMAT-NIKMAT ALLAH?} (AL-\’ANKABUUT 29:67)

  1. Kemudian Allah s.w.t mengingatkan kepada mereka (kaum musyrikin Makkah) akan nikmat terbesar yang diberikan iaitu negeri Makkah dijadikan sebagai Tanah Haram:
    i- tanah suci yang dihormati oleh semua kaum samada orang kafir atau Islam.
    ii- lagi aman tempatnya untuk didiami sedangkan penduduk sekitarnya sentiasa dalam keadaan huru-hara, sentiasa diculik untuk ditawan atau dibunuh.
  2. Maka adalah tidak patut sekali mereka terus:
    i- percaya dan menyembah yang batil selain daripada Allah yakni syirik.
    ii- serta terus kufur akan nikmat-nikmat yang dianugerahkan Allah s.w.t.
  3. Empat bulan Haram dalam setahun:
    i- Tiga bulan berturut ini – Zul-Qa\’dah, Zulhijjah & Muharram –
    supaya orang berani keluar dengan aman keluar ke Makkah untuk mengerjakan haji serta perjalanan pulang mereka.
    ii- Bulan Rajab- di tengah-tengah tahun untuk orang datang mengerjakan umrah pula. Ianya dihormati oleh semua kaum kecuali Quraisy yang sering melakukan helah untuk kepentingan mereka.

AYAT 68- {DAN TIDAKLAH ADA YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG MEREKA-REKA PERKARA-PERKARA YANG DUSTA TERHADAP ALLAH, ATAU MENDUSTAKAN KEBENARAN SETELAH KEBENARAN ITU DISAMPAIKAN KEPADANYA. BUKANKAH (TELAH DIKETAHUI BAHAWA) DALAM NERAKA JAHANNAM DISEDIAKAN TEMPAT TINGGAL BAGI ORANG-ORANG YANG KAFIR?} (AL-\’ANKABUUT 29:68)

  1. Tiada orang yang lebih zalim selain daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah- seperti mendakwa Allah s.w.t ada anak, ada sekutu dan lain-lain.
  2. Mereka mendustakan kebenaran walaupun ia telah jelas sampai dan dinyatakan kepada mereka.
  3. Umat Islam kena ada perancangan dan strategi untuk melaksanakan segala perintan dan hukum-hakam Allah agar kita tidak menjadi terlalu ghulu (melampau) atau cuai dalam menjalankan agama.
  4. Diingatkan sekali lagi sebagai ancaman dan peringatan bahawa neraka Jahannam disediakan sebagai tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir! Na\’uzubillahi minanNar.

AYAT 69- {DAN ORANG-ORANG YANG BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH KERANA MEMENUHI KEHENDAK AGAMA KAMI, SESUNGGUHNYA KAMI AKAN MEMIMPIN MEREKA KE JALAN-JALAN KAMI (YANG MENJADIKAN MEREKA BERGEMBIRA SERTA BEROLEH KEREDAAN); DAN SESUNGGUHNYA (PERTOLONGAN DAN BANTUAN) ALLAH ADALAH BERSERTA ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MEMBAIKI AMALANNYA. (AL-\’ANKABUUT 29:69)

  1. Manakala bagi orang yang bermujahad (جَاهَدُوا فِينَا ) yakni berusaha bekerja bersungguh-sungguh menghabiskan tenaga untuk memenuhi kehendak dan ajaran agama, yakni orang beriman yang berjuang untuk menegakkan Islam, Allah akan memimpin mereka ke arah jalan-jalan kami (سُبُلَنَا ) yang bawa kepada keselamatan dan kebahgaian
  2. Berjuang menegakkan Islam samada:
    i- berusaha mengembangkan ajaran Islam.
    ii- menangkis tuduhan-tuduhan golongan lain samada dengan syarahan atau tulisan, apa saja medan yang digunakan ikut perkembangan semasa.
    iii- mengangkat senjata menentang musuh yang menceroboh negara dan umat Islam.
  3. Ulama\’ kata dalam ayat ini Allah s.w.t tidak ikat kalimah mujahadah ini dengan apa-apa, maka ia adalah umum untuk melawan nafsu, lawan syaitan dan apa atau siapa saja yang cuba menyekat agama ini kita lawan!
  4. Jihad ada beberapa jenis:
    i- lihat melawan musuh – orang kafir.
    ii- jihad melawan nafsu – jangan mudah goyah dan koyak, banyak bersabar melawan tekanan kafir.
    ii- jihad semata-mata kerana Allah s.w.t, buat segalanya untuk Allah s.w.t akan menjadi jihad.
  5. Manakala maksudnya jalan-jalan kami ialah jalan yang boleh sampai kepada Allah, redha-Nya lalu ke syurga insya\’ Allah.
  6. Ayat ini mengajar kita bahawa jihad itu memerlukan usaha yang bersungguh dan pengorbanan, inilah jihad yang sebenar.
  7. Allah s.w.t akan memberi pertolongannnya kepada mereka yang bermujahadah dengan sebenarnya ini.
  8. Maksud IHSAN – Hadis yang panjang, Rasulullah s.a.w. menjawab: Ihsan ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia melihat engkau. (Hadis Riwayat Muslim)

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 65- {Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah} – ini juga peringatan kepada orang beriman jangan sekali-kali ikut perbuatan orang kafir, yang hanya ingatkan Tuhan ketika susah, jika tidak dia telah mengikut gaya para kafir!
  2. Ayat 65- Setelah selamat mereka kembali syirik- maka amat bodoh sekali orang yang menjadikan nikmat sebagai sebab untuk menjadi sombong bukannya bersyukur dan bertmabah dekat kepada Allah!
  3. Ayat 65- apabila gawat mereka berdoa kepada Allah- sebagai satu dalil bahawa dalam akal manusia itu secara fitrahnya mereka tahu dan akui adanya tuhan, iaitu Allah s.w.t. Satu fitrah kejadian manusia. Ini tidak betul apabila ingat tuhan ketika susah sahaja, jangan tiru perbuatan kafir ini.
  4. Ayat 66- peringatan dan amaran keras kepada gaya hidup sebahagian orang Islam sekarang! Hidup mewah, berpoya-poya asyik menayangkan kemegahan, kemewahan dan kekayaan, ini adalah antara penyakit hati!
  5. Ayat 69- orang yang bersungguh bermujahadah ke jalan Allah- adalah galakan agar marilah kita bersama dalam jihad melawan nafsu dan jihad mencari ilmu.
  6. Ayat 69- orang yang bersungguh bermujahadah ke jalan Allah- ulama\’ kata bagi orang yang besungguh mencari ilmu kerana Allah, Allah s.w.t akan menolongnya, permudahkan untuk istiqomah berada atau menuju ke jalan-Nya.
  7. Ayat 69- orang yang bersungguh bermujahadah ke jalan Allah – orang yang paling tinggi mendapat hidayah Allah s.w.t ialah orang yang berani berjihad kepada Allah s.w.t dalam 4 perkara ini – jihad nafsu, jihad syaitan, jihad dunia dan jihad dengan nyawa (berperang). Maka Allah s.w.t akan buka jalan yang benar kepadanya.
  8. Ayat 65- Setelah selamat mereka kembali syirik- ulama\’ kata mereka ini tidak mampu merealisasikan tauhid dalam diri mereka kerana ikut nafsu, tidak berjihad untuk melawannya kerana sayangkan kehidupan dunianya.
  9. Ayat 65- apabila gawat mereka berdoa kepada Allah- Allah s.w.t akan perkenankan doa orang yang terdesak walaupun mereka kafir kerana pada masa itu mereka ikhlas dan betul-betul minta dari hati. Maka dasarnya adalah ikhlaskan doa kepada Allah s.w.t. Ini juga sebagaimana Allah s.w.t perkenankan doa orang yang dizalimi walaupun dia kafir. Kerana itu kita walaupun Islam jika tidak ikhlas, doa tidak akan mustajab.
  10. Ayat 69- {Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami.} سُبُلَنَا – apa yang kita hendak faham dari maksud jalan-jalan ini? Kita cuba lihat kepada ayat-ayat al-Quran lain: Firman Allah s.w.t:
    {Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan السُّبُلَ (yang lain dari Islam)} [Al-An\’am: 153]. – Jamak di sini untuk jalan yang sesat.
    {Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan سُبُلَنَا untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya?} [Ibrahim: 12]. Jamak di sini menunjukkan jalan yang benar, jalan Allah.

a) Persoalan; kenapa sekali Allah guna jamak (plural) jalan-jalan, dan sekali guna mufrad (singular) jalan sahaja untuk jalan kebaikan?
Kata ulama\’:
i- jika jamak itu tidak disandarkan kepada Allah maka ia sesat, maka mufrad (satu jalan) adalah yang betul, jalan Allah. Contoh- [Al-An\’am: 153].
ii- tetapi jika jamak itu disandarkan kepada Allah (jalan kami-سُبُلَنَا ), maka ia bukan sesat bahkan betul kerana jalan atau cara ibadat itu banyak dan luas. Contoh – [Ibrahim: 12].

Alhamdulillah selesailah kita Tafsir surah al-Ankabut. Semoga Allah berkati Kuliah kita ini, memberi manfaat dan faedah dunia akhirat.

Ya Allah curahkan dalam hati kami keimanan yang mantap, cintakan sunnah dan sesama Islam. Istiqomah dalam ibadat dan menuntut ilmu yang diamalkan, hilangkan wabak Covid ini dari kami.

Wallahu a\’alam.

Powered by BetterDocs