SURAH AL-\’ANKABUT : AYAT 8-11

\"\"

UJIAN ORANG MUKMIN DENGAN IBU BAPA KAFIR, KEDUDUKAN MUSTAD\’AFIN TAKUT BERHIJRAH & GOLONGAN MUNAFIQIN SENTIASA MENGINTAI PELUANG.

Full video : https://youtu.be/XXT71bCV5dk

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri yang lepas kita telah baca muqaddimah kepada surah al-Ankabut ini.
  2. Ia adalah salah satu surah yang dimulai dengan huruf yang terputus (al-Muqatta\’ah- المقطعة), iaitu tulisan yang hurufnya bersambung tetapi dibaca satu persatu iaitu – ا,ل, م (Alif, Lam. Mim)
  3. Ilmu tadabbur – Biasanya pada ayat kedua dalam surah-surah yang dimulai dengan huruf (al-Muqatta\’ah- المقطعة) ini, akan disebut tentang al-Kitab iaitu al-Quran. Seperti dalam surah:
    i- Al-Baqarah.
    {Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;} (Al-Baqarah: 1-2)
    ii- Aal-Imran.
    iii- Al-A\’raf.
    iv- Yaasin.
    v- Sood,
    vi- Qaaf dan
    vii- Surah-surah Ha- Mim – حم – iaitu:
    a. permulaan Surah Ghafir ( 40:1)
    b. permulaan Surah Fussilat ( 41:1)
    c. permulaan Surah Al-Syura ( 42:1)
    d. permulaan Surah Al-Zukhruf ( 43:1)
    e. permulaan Surah Ad-Dukhan ( 44:1)
    f. permulaan Surah Al-Jathiyah ( 45:1 )
    g. permulaan Surah Al-Ahqaf ( 46:1 )
  4. Tetapi ayat kedua dalam surah ini tidak disebut tentang al-Quran sebagaimana dalam surah-surah lain yang dimulai dengan huruf terputus begini.
    Terdapat tiga surah yang begini iaitu Surah Maryam, al-Ankabut & Surah Ar-Rum, di mana ayat keduanya terus kepada cerita tentang kisah surahnya.
  5. Ini kerana mengikut keadaan surah, yang mana surah-surah ini membincangkan tentang bertanggung-jawab (taklif) Syariah yang amat berat.
  6. Maka ia dimulakan dengan huruf-huruf (al-Muqatta\’ah- المقطعة untuk memberi peringatan kepada orang yang membacanya agar memahami betapa besarnya tanggung-jawab yang akan diterima nanti.
  7. Seperti dalam surah ini, Allah s.w.t tanya; apakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan begitu saja tanpa diberi ujian? Setiap orang akan melalui pelbagai ujian yang gawat dan getir, fasa ujian dalam kehidupan.
  8. Selepas berjaya melepasinya baru masuk fasa kemenangan. Semoga kita mendapat kekuatan untuk melalui dan melepasi ujian dengan sabar dan tenang. lalu layak menjadi orang yang mendapat balasan syurga dari Allah s.w.t..

AYAT 8- { DAN KAMI WAJIBKAN MANUSIA BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBU BAPANYA; DAN JIKA MEREKA BERDUA MENDESAKMU SUPAYA ENGKAU MEMPERSEKUTUKAN DAKU (DALAM IBADATMU) DENGAN SESUATU YANG ENGKAU TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN MENGENAINYA, MAKA JANGANLAH ENGKAU TAAT KEPADA MEREKA. KEPADA AKULAH TEMPAT KEMBALI KAMU SEMUANYA, KEMUDIAN AKU AKAN MENERANGKAN KEPADA KAMU SEGALA YANG KAMU TELAH KERJAKAN.} (AL-\’ANKABUUT 29:8)

AYAT 9- { DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN SERTA BERAMAL SOLEH, SUDAH TENTU KAMI AKAN MASUKKAN MEREKA DALAM KUMPULAN ORANG-ORANG YANG SOLEH (DENGAN MENDAPAT SEBAIK-BAIK BALASAN).} (AL-\’ANKABUUT 29:9)

AYAT 10- { DAN ADA SEBAHAGIAN DARI MANUSIA YANG BERKATA: \”KAMI BERIMAN KEPADA ALLAH\”; KEMUDIAN APABILA IA DIGANGGU DAN DISAKITI PADA JALAN ALLAH, IA JADIKAN GANGGUAN MANUSIA ITU SEPERTI AZAB SEKSA ALLAH (LALU IA TAATKAN MANUSIA). DAN JIKA DATANG PERTOLONGAN DARI TUHANMU MEMBERI KEMENANGAN KEPADAMU, MEREKA SUDAH TENTU AKAN BERKATA: \”KAMI ADALAH SENTIASA BERSAMA-SAMA KAMU\”. (MENGAPA MEREKA BERDUSTA?) BUKANKAH ALLAH LEBIH MENGETAHUI AKAN APA YANG TERPENDAM DALAM HATI SEKALIAN MAKHLUK?} (AL-\’ANKABUUT 29:10) ]

AYAT 11- { DAN SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI AKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DAN SESUNGGUHNYA IA MENGETAHUI AKAN ORANG-ORANG YANG MUNAFIK.} (AL-\’ANKABUUT 29:11)

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 8- {Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;} Ayat ini menggalakkan kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika semasa mereka masih hidup dengan menghormati, berbuat baik kepada mereka, santuni dan layani dengan penuh kasih sayang. Jangan sekali-kali menderhakan atau menyakiti hati mereka, berkat \”uh\” pun tidak boleh apatah lagi lebih daripada itu. – jika mereka sudah mati khidmatlah dengan dengan mendoakan dan istighfar kepada mereka, bersedeqah dan berbuat kebaikan.
  2. Ayat 8- {Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu)…} Allah s.w.t juga bagi kata putus- {maka janganlah engkau taat kepada mereka.} Yakni hendaklah taat kepada ibu bapa, tetapi bukan ketaatan yang Mutlaq- iaitu bersyarat:- selagi mereka tidak menuruh kepada syirik, kufur, maksiat dan semua yang bertentangan dengan perintah-Nya Azza wa Jalla.
  3. Ayat 9- {sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan).} Jika sesiapa yang beriman dan jaga prinsip-prinsip agama dan Syariah, Allah akan masukkannya dalam golongan orang yang soleh. Siapakah orang soleh ini; iaitu mereka yang diredhai Allah s.w.t dari kalangan nabi-nabi siddiqin dan syuhada\’. Semuanya akan dimasukkan ke dalam syurga mengikut darjat masing-masing.
  4. Jika kita mempertahankan prinsip Islam pasti kita akan ditentang atau diboikot, oleh keluarga terdekat dan masyarakat sekeliling. Begitu juga mungkin akan terjadi jika berpegang dengan sunnah maka bersabarlah, ingatlah ayat Allah ini, Ayat 9- {sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan).}
  5. Ayat 10- {Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: \”Kami beriman kepada Allah\”;} mereka tidak mengatakan aku beriman – cuma kitakan sama-sama beriman, iman yang tidak jitu, dapat dikesan dengan permaianan bahasa. Al-Quran begitu jelas dan terperinci. Cara ucapan orang munafik itu lain mengikut al-Quran, mereka tidak nyatakan prinsip yang jelas.
  6. Ayat 10- { kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia).}- goyah iman akibat seksaan manusia. Tetapi sebenarnya jika seseorang itu dipaksa melafazkan kalimah kufur boleh diluahkan tetapi setakat mulut sahaja, hati mesti tetap beriman. Cuma untuk menjaga keselamatan diri dan nyawa.
  7. Ayat 10- {ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia).} – Allah tidak sebut seperti azab Allah – hanya ganggguan atau fitnah manusia, kerana tidak dapat dibandingkan atau disamakan sama sekali antara azab Allah s.w.t dengan perbuatan manusia, ianya amat dahsyat dan berpanjangan dengan kemurkaan-Nya.
  8. Ayat 10- { Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?} – ayat ini mengajar kepada kita jangan jadi munafik- jika beriman kena luar dalam, cintakan Allah & Nabi s.a.w dengan mulut dan hati, dengan perbuatan sekali. Sayangkan Nabi, ikut sunnah Nabi s.a.w yang sahih. Ini kerana Allah s.w.t Mana Mengetahui semuanya.
  9. Ayat 10- {\”Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu\”} – jika datang pertolongan dari Allah mereka akan datang mengaku beriman sedangkan Allah s.w.t tahu apa yang ada dalam hati mereka. Isu ikhlas atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu dan dapat menilainya. Jangan mengaku dan tak perlu catat atau tulis, jika ikhlas sungguh semak dan tanya hati kamu sendiri.
  10. Ayat 11- { Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Ia mengetahui akan orang-orang yang munafik.} – ujian itu untuk membezakan mana yang lemah, mana yang kuat imannya, mana yang mukmin mana yang munafik.
    *Ulama\’ juga membincangkan: ayat ini turun di Makkah tetapi kenapa sudah dibincangkan tentang munafik sedangkan di Makkah belum ada munafik pada masa itu? Ulama\’ kata ini merupakan khabar ghaib, Allah s.w.t ceritakan tentang peristiwa yang akan datang, bahawa akan muncul nanti golongan yang ketiga dalam Islam, bukan setakat orang yang beriman dan yang kufur sahaja.
    Ya Allah peliharalah kami semua daripada fitnah ujian yang zahirnya dan yang batinnya. Matikanlah kami dalam husnull-Khatimah.

Powered by BetterDocs