SURAH AL-ANBIYA\’ : AYAT 30-40

\"\"

KEAJAIBAN ALAM LANGIT DAN BUMI, SEMUA MAKHLUQ BERNYAWA AKAN MATI, SIFAT MANUSIA GOPOH NAK CEPAT.

Full video: https://youtu.be/xi9lOw05eig

MUQADDIMAH :

1- Ayat-ayat sebelum ini menunjukkan kepada kekuasaan Allah s.w.t. dan kita disuruh berfikir tentang makhluk Allah s.w.t yang dicipta, bukan kepada Penciptanya iaitu Zat Allah Azza wa Jalla.
2. Siri ini akan dibawa lagi 6 tanda kekuasaan Allah s.w.t yang agung dan terbukti oleh sains dan ilmu-ilmu lain.

AYAT 30- {DAN TIDAKKAH ORANG-ORANG KAFIR ITU MEMIKIRKAN DAN MEMPERCAYAI BAHAWA SESUNGGUHNYA LANGIT DAN BUMI ITU PADA ASAL MULANYA BERCANTUM (SEBAGAI BENDA YANG SATU), LALU KAMI PISAHKAN ANTARA KEDUANYA? DAN KAMI JADIKAN DARI AIR, TIAP-TIAP BENDA YANG HIDUP? MAKA MENGAPA MEREKA TIDAK MAHU BERIMAN?} (AL-ANBIYAA\’ 21:30)
1. Dalam ayat ini dan ayat-ayat berikutnya Allah s.w.t mengemukakan satu kejadian langit dan bumi sebagai satu dalil wujudnya Penciptanya yang Maha Agung dan Berkuasa.
2. Jika semuanya melihat dengan akal yang waras dan fikiran yang terbuka pasti tiada siapa yang menafikan dan tidak beriman dengan Allah s.w.t.
3. Menegaskan lagi alam langit di atas kita yang terdiri daripada matahari bulan dan bintang dan alam bumi kita ini pada asalnya bercantum, kemudian berpecah menjadi seperti keadaannya sekarang ini.
4. Teori ini akhirnya terbukti juga menjadi kepercayaa ahli falak dan astrologi/astronomi yang mengakuinya samada dengan Teori Nebula atau Teori Bing Bang. Apa yang pasti kita sebagai orang yang beriman yakin dan percaya dengan segala kekuasaan Allah s.w.t, bukan sekadar teori.
5. Athar- kata-kata Ibnu Abbas tentang asal kejadian alam.
6. Allah s.w.t juga menyatakan setiap sesuatu yang hidup termasuk manusia, asal kejadiannya adalah dari air.
7. Tetapi selepas melihat segala tanda-tanda ini, kenapa masih ada yang tidak mahu beriman????

AYAT 31- {DAN KAMI TELAH MENJADIKAN DI BUMI GUNUNG-GANANG YANG MENETAPNYA, SUPAYA BUMI ITU TIDAK MENGGEGAR MEREKA; DAN KAMI JADIKAN PADANYA CELAH-CELAH SEBAGAI JALAN-JALAN LALU-LALANG, SUPAYA MEREKA DAPAT SAMPAI KEPADA MENCAPAI KEPERLUAN ROHANI DAN JASMANI.} (AL-ANBIYAA\’ 21:31)
1. Antara tanda kekuasaan Allah s.w.t lagi ialah dipasak gunung-ganang sebagai pasak bumi.
2. Dijadikan celah-celah gunung itu pula lorong/jalan untuk lalu-lalang untuk manusia mencapai tujuan dan rezekinya.

AYAT 32- {DAN KAMI TELAH MENJADIKAN LANGIT SEBAGAI BUMBUNG YANG TERPELIHARA DAN TERKAWAL, SEDANG MEREKA (YANG KAFIR ITU) BERPALING TIDAK MEMERHATIKAN TANDA-TANDA (KEKUASAAN KAMI) YANG ADA PADANYA.} (AL-ANBIYAA\’ 21:32)
1. Allah s.w.t juga menjadikan langit sebagai satu binaan yang terjaga dari runtuh dan terkawal dari syaitan. Kejadian langit adalah satu tanda kekuasaan yang sangat besar.
2. Dulu syaitan mencuri-curi naik ke langgit untuk mendengar rahsia tetapi selepas kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w, tidak lagi, mereka akan dipanah oleh malaikat dengan panah api (kilat/tahi bintang).
3. Tetapi malangnya orang kafir itu tetap tidak mahu menerima kebenaran ini.

AYAT 33- {DAN DIA LAH (TUHAN) YANG TELAH MENJADIKAN MALAM DAN SIANG, SERTA MATAHARI DAN BULAN; TIAP-TIAP SATUNYA BEREDAR TERAPUNG-APUNG DI TEMPAT EDARAN MASING-MASING (DI ANGKASA LEPAS).} (AL-ANBIYAA\’ 21:33)
1. Allah s.w.t bawakan lagi tanda kekuasaanya, tentang matahari yang beredar lalu terjadilah malam dan siang.
2. Serta matahari, bulan, bintang dan planet-planet lain yang beredar di atas paksi/orbit masing-masing di angkasa lepas, tanpa berlaku pertembungan dan kesilapan.

AYAT 34- {DAN KAMI TIDAK MENJADIKAN SESEORANG MANUSIA SEBELUMMU DAPAT HIDUP KEKAL (DI DUNIA INI). MAKA KALAU ENGKAU MENINGGAL DUNIA (WAHAI MUHAMMAD), ADAKAH MEREKA AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA?} (AL-ANBIYAA\’ 21:34)
1. Munasabah ayat ini sebagai respon kepada kaum musyrik Quraisy yang menunggu-nunggu kematian Nabi Muhammad s.a.w.
2. Lalu Allah s.w.t menegaskan dalam ayat ini bahawa tidak ada manusia yang akan hidup kekal tidak mati-mati di atas dunia ini. Kecuali Nabi Isa a.s yang sedang berada di atas langit dan akan turun d akhir zaman nanti.
3. Allah juga mencabar adakah jika nabi Muhammad s.a.w mati, apakah mereka kaum musyrikin Quraisy akan kekal tidak mati????

AYAT 35- {TIAP-TIAP DIRI AKAN MERASAI MATI, DAN KAMI MENGUJI KAMU DENGAN KESUSAHAN DAN KESENANGAN SEBAGAI CUBAAN; DAN KEPADA KAMILAH KAMU SEMUA AKAN DIKEMBALIKAN.} (AL-ANBIYAA\’ 21:35)
1. Adalah sesuatu yang pasti bahawa setiap yang hidup akan merasai/melalui mati.
2. Lalu Allah s.w.t akan menguji manusia dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan/ujian.
3. Serta kepada Allah lah jua tempat kembali semua manusia, mereka akan dihisab dan menerima balasan masing-masing berdasarkan amalannya.

AYAT 36- {DAN APABILA ORANG-ORANG KAFIR ITU MELIHATMU, MEREKA HANYALAH MENJADIKAN PERKARA YANG ENGKAU SAMPAIKAN ITU SEBAGAI EJEK-EJEKAN SAHAJA, SAMBIL BERKATA SESAMA SENDIRI: \”INIKAH DIA ORANGNYA YANG MENCACI TUHAN-TUHAN KAMU?\” (MEREKA BERKATA DEMIKIAN) SEDANG MEREKA SENDIRI KUFUR INGKAR KEPADA AL-QURAN YANG MENGANDUNGI PERINGATAN ALLAH YANG MELIMPAH-LIMPAH RAHMATNYA.} (AL-ANBIYAA\’ 21:36)
1. Setiap kali melihat Rasulullah s.a.w musyrik Quraisy akan mengejek-ejek dan marah kerana Baginda mengata tuhan mereka yang tidak berkuasa apa-apapun.
2. Sedangkan mereka sendiri kufur dan ingkar kepada al-Quran yang membawa segala peringatan dan hukum-hakam.
3. Begitulah keadaan kita sekarang yang tidak suka menerima amalan sunnah yang sahih dan telah memcapur-adukannya.

AYAT 37- {JENIS MANUSIA DIJADIKAN BERTABIAT TERBURU-BURU DALAM SEGALA HALYA; AKU (ALLAH) AKAN PERLIHATKAN KEPADA KAMU TANDA-TANDA KEKUASAANKU; MAKA JANGANLAH KAMU MEMINTA DISEGERAKAN (KEDATANGANNYA).} (AL-ANBIYAA\’ 21:37)
1. Allah s.w.t nyatakan sifat buruk manusia yang gopoh, mahu cepat dan tidak sabar.
2. Tunggulah masanya Allah s.w.t akan perlihatkan tanda-tanda kekuasaan-Nya; maka janganlah meminta disegerakan kedatangan azab itu, kelak mereka juga yang akan menyesal.

AYAT 38- {DAN (KERANA TABIAT TERBURU-BURUNYA) MEREKA BERKATA: \”BILAKAH BERLAKUNYA JANJI AZAB ITU, JIKA BETUL KAMU ORANG-ORANG YANG BERKATA BENAR?\”} (AL-ANBIYAA\’ 21:38)
1. Tetapi kerana sifat gopohnya, mereka tetap mencabar, meminta ditunjukkan segera azab yang Rasulullah s.a.w sebut dan janjikan.

AYAT 39- {KALAULAH ORANG-ORANG KAFIR ITU MENGETAHUI APA YANG AKAN MENIMPA MEREKA KETIKA MEREKA TIDAK DAPAT MENAHAN ATAU MENGELAKKAN API NERAKA DARI MUKA DAN BELAKANG MEREKA, DAN MEREKA PULA TIDAK DIBERI PERTOLONGAN, (TENTULAH MEREKA SEGERA BERIMAN, DAN TIDAK BERKATA DEMIKIAN).} (AL-ANBIYAA\’ 21:39)
1. Kalaulah mereka tahu betapa dahsyatnya azab yang disediakan kepada mereka dan betapa dahsyatnya hari Kiamat pastilah mereka tidak akan berani mintanya disegerakan.
2. Bahkan mereka akan segera beriman dan takut kepadanya.

AYAT 40- {(MEREKA TIDAK DIBERITAHU AKAN MASA ITU) BAHKAN (YANG DIJANJIKAN) ITU AKAN DATANG KEPADA MEREKA SECARA MENGEJUT, SERTA TERUS MEMBINGUNGKAN MEREKA; MAKA MEREKA TIDAK AKAN TERDAYA MENOLAKNYA, DAN TIDAK AKAN DIBERI TEMPOH BERTAUBAT.} (AL-ANBIYAA\’ 21:40)
1. Mereka tidak usah mencabar dan memintanya kerana azab itu akan datang secara mengejut kepada mereka lalu mereka dalam kebingungan.
2. Pada ketika itu mereka tidak akan berdaya menolaknya serta tidak akan dapat bertaubat lagi. Yakni tiada guna penyesalan dan tiada peluang untuk bertaubat lalu selamat.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:

A- Antara tanda kekuasaan Allah s.w.t melalui penciptaan alam sekitar:
1. Asal kejadian bumi dan langit bercantum.
2. Asal setiap kejadian makhluk yang hidup daripada air.
3. Diteguhkan gunung-ganang sebagai pasak bumi.
4. Dijadikan dicelah-celah gunung itu lorong/jalan untuk lalu-lalang.
5. Allah s.w.t juga menjadikan langit sebagai satu binaan yang terjaga dari runtuh dan terkawal dari syaitan.
6. Kejadian malam dan siang serta matahari, bulan, bintang dan planet-planet lain yang beredar di atas paksi/orbit masing-masing di angkasa lepas, tanpa berlaku pertembungan dan kesilapan.
B- Bagaimana kita mahu kaitkan dengan firman Allah s.w.t bahawa: {Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup?} dengan dalil lain bahawa asal kejadian tiga jenis makhluk ini adalah:
i- malaikat dari nur/cahaya. ii- Jin & syaitan dari apai. iii- manusia dari tanah.
Jawapan jelas dari hadis Rasulullah s.a.w yang menyatakan tidak pelik dan bercanggah, kerana asal kejadian api, cahaya dan tanah itu adalah daripada air juga semuanya.
C- Antara perkara yang dapat menyelamatkan kita ialah carilah jalan-jalan yang dapat membawa/mengingatkan kita kepada akhirat.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs