SURAH AN-NAMLI : AYAT 71-75

\"\"

GOLONGAN KAFIR INGKAR AZAB ALLAH, ALLAH NYATAKAN SEBAB DILEWATKAN AZAB & SEMUA PERKARA YANG BERLAKU DENGAN ILMU ALLAH S.W.T.

Full video : https://youtu.be/xuBNUu2121U

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini tadabbur tentang penolakan puak kafir terhadap azab Allah s.w.t pula, Jika dalam siri yang lepas mereka ingkar akan hari Kiamat dan Kebangkitan semula.
  2. Lalu Allah s.w.t perintahkan mereka agar berjalan atas muka bumi ini lihat kepada kesan azab kaum yang terdahulu serta ambil iktibar.
  3. Selepas itu Allah peringatkan Rasulullah s.a.w agar jangan sedih jika mereka tidak menerimanya juga jangan resah gelisah dengan sebab tipu-dayanya. Jika disebut tentang kesedihan dalam al-Quran adalah apabila dilarang atau dinafikan.
  4. Ini pesanan kepada Rasulullah s.a.w dan seluruh pendakwah selepasnya, agar jangan sempit dada dan mudah resah. Itulah asam garam cabaran dan ujian dalam berdakwah, pasti ada halangan dan tentangan samada yang biasa atau berat. Allah memberi jaminan bahawa agama ini akan menang akhirnya walaupun terpaksa melalui jalan yang sukar dan berliku pada awalnya.
  5. Dalam siri ini juga Allah nyatakan sebab dilewatkan azab ke atas mereka semasa di dunia ini.
  6. Juga penekanan bahawa semua perkara yang berlaku dengan ilmu Allah S.W.T.

AYAT 71- {DAN MEREKA BERTANYA: \”BILAKAH BERLAKUNYA AZAB YANG TELAH DIJANJIKAN ITU, JIKA BETUL KAMU ORANG-ORANG YANG BENAR?\”} (AN-NAML 27:71)

  1. Mereka datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w bilakah akan berlaku azab yang dijanjikan? Menunjukkan mereka tidak percaya akannya kerana itu berani bertanya dan cabar begitu. Jika yang percaya tidak akan berani!

AYAT 72- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”DIPERCAYAI TIDAK LAMA LAGI AKAN DATANG KEPADA KAMU SEBAHAGIAN DARI AZAB YANG KAMU MINTA DISEGERAKAN ITU\”.} (AN-NAML 27:72)

  1. Lalu Allah s.w.t menjawabnya dengan memerintahkan Rasulullah s.a.w untuk memberitahu mereka bahawa azab itu akan datang tidak lama lagi.
  2. Ulama\’ kata itu menunjukkan kepada isyarat perang Badar yang akan berlaku tidak lama lagi dan membawa kekalahan dahsyat dan kematian yang ramai di kalangan kaum musyrikin.
  3. Ini adalah peperangan pertama dalam Islam, pada bulan Ramadhan tahun 2 hijrah, khas hanya di antara kaum muslimim dari Madinah dengan kaum musyrikin Quraisy dari Makkah yang diketuai oleh Abu Jahal. Badar ini terletak di luar bandar Madinah.
  4. Ini adalah kemenangan pertama dan istimewa untuk kaum muslimin, menaikkan semangat dan keimanan mereka serta menegakkan kebenaran Islam.
  5. Ini juga antara peristiwa yang menunjukkan azab itu ditangguhkan, kaum Quraisy mencabar dan meminta azab dari Rasulullah s.a.w itu semasa di Makkah, tetapi azab itu ditangguhkan sehingga selepas Hijrah dan berlaku di Badar.

AYAT 73- {DAN SESUNGGUHNYA TUHANMU (WAHAI MUHAMMAD) SENTIASA MELIMPAH-RUAH KURNIANYA KEPADA UMAT MANUSIA SELURUHNYA TETAPI KEBANYAKAN MEREKA TIDAK BERSYUKUR. (AN-NAML 27:73)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t memberi sebab kenapa azab itu ditangguhkan. Apa hikmahnya- menunjukkan nikmat kurnia Allah s.w.t yang melimpah ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Inilah rahmatan lil-Alamin, Allah tidak menyegerakan azabnya ke atas umat Baginda semoga ada selepas itu umatnya yang insaf dan bertaubat lalu beriman.
  3. Rahmat Allah sangat luas ke atas manusia, وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ
    tetapi malangnya kebanyakan mereka tidak bersyukur.
  4. Allah s.w.t tangguhkan azab ini sehingga kepada tempoh yang dikehendaki-Nya, bukan mereka terlepas terus. Cepat atau lambat pasti ia akan datang dan tidak akan terlepas daripada Hisab dan Hukuman.

AYAT 74- {DAN SESUNGGUHNYA TUHANMU SEDIA MENGETAHUI APA YANG TERPENDAM DALAM HATI MEREKA DAN APA YANG MEREKA NYATAKAN (DENGAN TUTUR KATA DAN PERBUATAN). (AN-NAML 27:74)

  1. Allah s.w.t kemudian nyatakan bahawa Dia mengetahui semua apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan dengan tutur kata dan perbuatan.
  2. Kata ulama\’ tafsir- ayat ini penafian untuk mengelakkan tohmanah jika ada yang mengatakan mungkin kerana Allah s.w.t tidak mengetahui kejahatan dan keburukan kaum musyrikin itu lalu mereka terlepas dari azab!
  3. Ditangguhkan azab itu sebagai satu rahmat kepada ummat ini, diberi peluang supaya mereka bertaubat kembali kepada Allah s.w.t, alhamdulillah.
  4. Tetapi jangan salah tafsir kerana rahmat tidak mahu melakukan hukuman Syariat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t, ini tafsiran karut.
  5. Kata Ibnu Jarir: Semua yang berlaku sudah ada dalam buku rekod yang jelas iaitu di Lauh-Mahfuz.
  6. Kata Imam al-Qurtubi: Tidak ada mana-mana perkara yang tidak nampak di mata kita kecuali Allah s.w.t sudah tahu dan sudah ditulis dalam kitab induk itu.
  7. Firman Allah s.w.t: al-An\’am ayat 59.
    8 Perkara ghaib itu ada 2 kategori:-
    i- ghaib secara mutlak:- tiada siapa yang tahu, di bawah ilmu Allah s.w.t yang khas, seperti bilakah Kiamat, kematian dan seumpamanya. Allah simpan ilmu itu untuk Dia sahaja.
    ii- ghaib nisbah atau ghaib muqayyad (terikat):- diketahui oleh sebahagian makhluk yang menyaksikannya seperti malaikat atau jin.. yakni ghaib bagi sebahagian orang tetapi tidak bagi orang lain. Maka jika kita tidak tahu tentang sesuatu hal, jangan nafikan sepenuhnya kerana mungkin ada orang lain yang tahu.

AYAT 75- {DAN TIADA SESUATU PERKARA YANG GHAIB DI LANGIT DAN DI BUMI, MELAINKAN TERTULIS DALAM KITAB YANG TERANG NYATA. (AN-NAML 27:75)

  1. Dalam ayat Allah s.w.t. Maha Mengetahui segalanya yang di langit dan di bumi, alam ghaib dan alam nyata. Alam ghaib bermaksud yang tidak kelihatan oleh hamba-hamba Allah dan mereka tidak dapat menyaksikannya.
  2. Semuanya itu tertulis di dalam kitab yang nyata iaitu Lauh Mahfuz. Kitab itu meliput segala sesuatu yan kejadian besar mahupun kecil berlaku seperti yang tertulis dalam Lauh Mahfuzh.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 74- {Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka } – Memberi amaran kepada orang yang ingkar, apa yang mereka sembunyikan dalam hati mereka Allah s.w.t mengetahui segalanya. Dalam konteks zaman Rasulullah s.a.w perancangan jahat musyrikin yang mahu melawan dan mengkhianati Baginda dan kaum muslimin. Dalam zaman kita hari ini perancangan jahat musuh Islam yang kita tak nampak, yang rahsia yang tersembunyi itu semuanya di bawah kekuasan Allah s.w.t.
  2. Ayat 73- {Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya} وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ – Limpah kurnia nikmat Allah s.w.t ini semua makhluk-Nya di atas muka bumi ini. Ayat ini untuk menafikan fahaman bahawa Allah s.w.t tidak memberi nikmat kepada orang kafir. Bahkan kadang-kadang atas dunia ini mereka pada zahirnya nampak lebih kaya dan berjaya daripada orang mukmin. Ini kerana Allah s.w.t memberi nikmat-Nya di atas dunia ini kepada orang yang dia sayang juga kepada orang yang Dia tidak sayang- menunjukkan tidak semestinya yang dapat nikmat itu disayangi Allah! Manakala nikmat di akhirat hanya akan diberi kepada orang yang Allah sayang sahaja!!
  3. Ayat 72- {Apa yang kamu minta mungkin akan berlaku} عَسَى أَنْ يَكُونَ رَدِفَ لَكُمْ mungkin itu menunjukkan akan berlaku sungguh! Dengan sebab permintaan dan cabaran mereka sendiri. Kerana mulut badan binasa!
    Kata ulama\’: Bala itu akan datang dari mulut kamu sendiri! Begitu juga doa-doa yang baik punca nikmat dan kebaikan juga.
    *Pepatah bahasa Arab – Kapak sudah di atas kepala – الفأس في الرأس
  4. Ayat 72- {..sebahagian dari azab yang kamu minta بَعْضُ الَّذِي تَسْتَعْجِلُونَ – } sekali lagi menunjukkan betapa luasnya rahmat Allah s.w.t ke atas hamba-Nya.
  5. Ayat 73 {tetapi tidak ramai yang bersyukur} – Akal yang waras dan sepatutnya bersyukur kepada orang yang memberi nikmat dan kebaikan kepadanya.
  6. Ayat 73- {Sesungguhnya Tuhan kamu – وَإِنَّ رَبَّكَ} – ini percakapan Allah s.w.t dengan Rasulullah s.a.w, menunjukkan Allah memuliakan Baginda, menunjukkan ihsan-Nya, tidak memusnahkan semua kaum dan keluarga Baginda dengan azab yang segera. Beri tempoh dan peluang untuk beriman.
  7. Semuanya di bawah ilmu Allah tiada yang tersembunyi samada zahir atau batin. العلم
  8. Semuanya sudah tercatat di Lauh Mahfuz الكتابة. Ulama\’ kata ini menunjukkan dua martabat Qadha\’ dan Qadar – Ilmu dan tulisan. العلم والكتابة
  9. Semua yang dilangit dan di bumi sudah tercatat- untuk mengelakkan fahaman Qadariyyah yang mengatakan Allah s.w.t tidak tahu apa yang berlaku kecuali sudah berlaku.
  10. Allah s.w.t tahu semua perancangan puak kafir tetapi Allah s.w.t tetap biarkan, tangguhkan dulu, contoh semasa Hijrah, Tuhan sudah tahu akan rancangan kafir mahu membunuhnya tetapi Allah tetap biarkan Rasulullah s.a.w berjalan kaki keluar sendiri berhijrah ke Madinah, kenapa tidak beri bantuan ajaib atau mukjizat? Ini menunjukkan kepada kita bahawa Risalah ini akan menang akhirnya walaupun akan melalui pelbagai cabaran dan tentangan pada awalnya, kerana jagaan dan pertolongan Allah s.w.t itu tetap ada walaupun kita tidak nampak!

Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs