Surah Al-Isra\’ : Ayat 40-44

\"\"

Celaan terhadap kafir yang mengatakan malaikat anak tuhan & semua makhluk bertasbih kepada Allah.

Live Pagi Selasa 25 Rajab 1442H = 09/03/2021 Selepas Subuh Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Al-Isra\’ (11) Ayat [40-44];
Full video:
https://fb.watch/473EtnhXmM/

Muqaddimah:
1. Dalam ayat-ayat ini Allah s.w.t menafikan dakwaan kaum musyrikin bahawa Allah s.w.t mempunyai anak.
1. Mereka membahagikan pula bagi Allah anak perempuan yang mereka tidak suka dan bagi mereka anak lelaki yang diingini.
3. Amat buruk sekali perbuatan ini dan Allah s.w.t sangat mencelanya kerana ia sifat mustahil bagi Allah s.w.t.

*Ayat 40- {(Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Ia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar.}

(Al-Israa\’ 17:40)
1. Sekali lagi wajib menjauhi syirik dan mentauhidkan Allah s.w.t.
2. Celaan besar ke atas kaum musyrikin yang mendakwa Allah s.w.t mempunyai anak. Ini satu teguran yang keras.
3. Mereka mendakwa malaikat (kerana Bahasa Arab- ada ta’ marbuthah ة menunujukkan kepada perempuan) adalah anak-anak perempuan Allah s.w.t. Sedangkan mereka sendiri benci dan tidak suka bila dapat anak perempuan.
4. Munasabah ayat: ada segolongan kafir yang menyembah malaikat, sedangkan mereka tak kenal pun malaikat itu, dengan mengatakan malaikat adalah anak Tuhan. Jadi ayat ini datang menafikan semua itu dan dilarang syirik kepada Allah s.w.t dengan sesuatu apa pun.
5. Dua kali kejahatan: Tuduh Allah s.w.t ada anak perempuan, kemudian menyembahnya pula.
6. Ini adalah satu perkataan bohong yang sangat besar. Satu bantahan yang amat besar dari Allah s.w.t. terhadap dakwaan ini.
7. Dalilnya surah al-Ikhlas seluruhnya.

*Ayat 41- {Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.}

(Al-Israa\’ 17:41)
1. Allah s.w.t telah menerang kebenaran dalam al-Quran berulang kali, dengan pelbagai bandingan dan analogi cerita, ancaman balasan, kahabar gembira dan lain-lain.
2. Tetapi orang kafir itu tetap degil dan keras kepala.
3. Cara kenal Allah s.w.t:
i- Melalu nama-nama-Nya.
2. Melalui sifat-sifat-Nya.
3. Melalui kejadian makhluk-Nya yang begitu banyak keajaiban.
4. Bahkan mereka bukan ambil pengajaran tetapi semakin kufur, makin jauh dan keras kepala. Ini kesan daripada tidak mahu berfikir,
5. Kita pada hari ini pun, al-Quran banyak di rumah, tetapi yang membaca, tadabbur dan ambil pengajarannya daripadanya tidak banyak.

*Ayat 42- {Katakanlah (wahai Muhammad): \”Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak).}

(Al-Israa\’ 17:42)
1. Allah suruh mereka membuat andaian jika ada Tuhan lain selain aljh swt, pasti mereka akan mencari perlindungan Allah s.w.t juga.
2. Ayat ini penafian bahawa ada tuhan selain daripada Allah s.w.t.
3. Firaun yang mengaku tuhan, Allah s.w.t kekalkan jasadnya sehingga ke hari ini sebagai pengajaran kepada seluruh manusia lain.

*Ayat 43- {Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Ia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan itu.}

(Al-Israa\’ 17:43)
1. Bila sebut nama Allah kita sebut Allah Azza wa Jalla, Subhanahu wa Ta’ala, segala sifat-Nya yang mulia dan tiada bandingan.
2. Allah itu Maha Suci dan Maha Tinggi, jauh dari segala dakwaan dan kata-kata dusta yang dikatakan oleh kafir musyrik itu. Sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah yang Maha Esa.
3. Tiada satupun yang sebanding dengan-Nya. Jika serupa dengan makhluk maka itu bukan sifat Allah s.w.t.

*Ayat 44- {Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.}

(Al-Israa\’ 17:44)
1. Langit dan bumi yang tujuh lapis dan segala makhluk yang ada padanya mengucap tasbih bagi Allah, سبحان الله, و بحمده
2. Burung-burung dan binatang semuanya bertasbih kepada Allah s.w.t, cuma kita saja yang tidak faham bahasa tasbih mereka. Burung-burung, itik semut, kala jengking, harimau dan seluruhnya.
3. Sesungguhnya Allah s.w.t adalah Maha Penyabar- daripada terus membalas kekufuran mereka, untuk memberi tempoh agar mereka kembali ke jalan yang sebenar. Allah juga Maha Pengampun bagi mereka yang bertaubat.
4. Bagaimana makhluk bertasbih? Ulama\’ kata:
i- Bertasbih sungguh secara hakiki… mengucapkan kalimah “Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar” dalam Bahasa masing-masing.
ii- Ada yang kata tasbih ini maksudnya mengakui Keesaan dan Ketuhanan Allah Azza wa Jalla, menyucikan Allah dari segala yang mustahil.
iii- Sebagaimana Allah s.w.t ceritakan tentang burung-burung dan bukit bertasbih bersama Nabi Daud a.s.

5. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. menunjukkan betapa haiwan (semut) itu bertasbih. Bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
نَزَلَ نَبِيٌّ مِنَ الأَنْبِيَاءِ تَحْتَ شَجَرَةٍ فَلَدَغَتْهُ نَمْلَةٌ، فَأَمَرَ بِجَهَازِهِ فَأُخْرِجَ مِنْ تَحْتِهَا، ثُمَّ أَمَرَ بِبَيْتِهَا فَأُحْرِقَ بِالنَّارِ، فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ فَهَلاَّ نَمْلَةً وَاحِدَةً
Maksudnya: Seorang Nabi dari kalangan para Nabi telah berehat di bawah sebatang pokok, kemudian dia digigit oleh seekor semut. Beliau kemudiannya mengarahkan supaya barang-barangnya dialih dari bawah pokok tersebut, kemudian beliau mengarahkan agar sarang semut tersebut dibakar dengan api. Maka Allah memberikan wahyu kepada beliau dengan kata-Nya: ‘Apakah kerana seekor semut yang menggigitmu, kemudian kamu menghancurkan umat daripada umat-umat yang bertasbih?’’ [HR al-Bukhari (3319)]

6. Begitu juga diceritakan di dalam hadis ketika para sahabat R.Anhum dan Rasulullah S.A.W sedang menjamu selera, lalu mereka mendengar makanan sedang bertasbih memuji Allah SWT. Ini sepertimana yang disebut di dalam hadis daripada Abdullah R.A berkata:
لَقَدْ كُنَّا نَأْكُلُ الطَّعَامَ مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَنَحْنُ نَسْمَعُ تَسْبِيحَ الطَّعَامِ
Maksudnya: Sesungguhnya ketika kami menjamu selera bersama Nabi S.A.W lalu kami mendengar makanan itu sedang bertasbih. [Riwayat al-Tirmizi (3993)]

PENUTUP:
1. Seluruh makhluk termasuk haiwan-haiwan semuanya bertasbih kepada Allah s.w.t, cuma kita sahaja tidak memahaminya. Maka apatah lagi kita manusia yang diberikan, banyakan bertasbih dan berzikir mengingati Allah s.w.t.
2. Pengajarannya; sepatutnya apabila kita melihat sesuatu yang pelik atau indah atas dunia ini, sebagai seorang yang beriman, maka kita terus berzikir, bertasbih memuji Penciptanya.
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ [Maha Suci Allah], Alhamdulillah اَلْحَمْدُلِلّهِ [Segala Puji Bagi Allah], Laa ilaaha illallah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ [Tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah]
dan Allahu Akbar اَللّهُ اَكْبَرُ [Allah Maha Besar].
Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs