SURAH AN-NUR : AYAT 32-33

\"\"

BATASAN AURAT LELAKI DAN WANITA. GALAKAN KAHWINKAN ORANG BAWAH JAGAAN KITA & TIPS MENJAGA DIRI BAGI YANG TAK MAMPU KAHWIN.

Full video : https://youtu.be/BAZZIl4lrEk

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini kita akan baca dua ayat lagi, iaitu galakan untuk mengahwinkan orang-orang yang di bawah jagaan kita seperti anak-anak dan adik-adik serta satu golongan lagi hamba yang sudah tiada sekarang ini.
  2. Sistem perhambaan memang wujud dulu tetapi sekarang pintu untuk seorang manusia menjadi hamba dalam Islam sudah tertutup kerana sudah tiada jihad (perang) fi-sabilillah. Sedangkan pintu untuk membebaskan hamba dalam Syariah Islam amat luas kerana itu ia telah hilang dan pupus seketika sekarang ini.
  3. Kita juga akan melihat faedah dan pengajaran bagi ayat 31 dalam siri lepas juga:
    Penutup/Beberapa Faedah Ringkas:
  4. Dalam ayat 31 ini arahan khas Allah bagi kaum wanita mukminah untuk menjaga pandangan mereka.
  5. Juga supaya jangan menzahirkan anggota badan dan perhiasan mereka kecuali yang zahir, ulama\’ kata muka dan tapak tangan sahaja biasanya. Tetapi jika dia terlalu cantik atau pelik mungkin muka pun wajib ditutup jika boleh menimbulkan fitnah.
  6. Arahan ketiga ialah melabuhkan tudung kepala mereka agar tidak ternampak dada dan belahan baju. Yakni wajib tutup semua kepala, leher dan dada.
  7. Allah s.w.t menyebut kepada siapa aurat mereka yang biasa (yakni tutup yang besar sahaja) dan boleh memperlihatkan aurat mereka boleh melihat aurat mereka yang zahir (kebiasaan di rumah), iaitu para mahramnya.
  8. Golongan ini ialah seperti berikukt:
    i- kepada suami mereka – tiada had batasan aurat antara keduanya.
    ii- kepada bapa ke atas seperti datuk moyang dan lain-lain.
    iii- bapa mertua (bapa & datuk suami), bapa/datuk saudara suami tidak termasuk.
    iv- anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka ke bawah, cucu-cicit.
    v- atau saudara-saudara mereka.
    vi- atau anak bagi saudara-saudara lelaki mereka , (anak saudara suami bukan mahram).
    vii- atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
    viii- atau perempuan-perempuan Islam.
    Perbincangan tentang aurat dengan wanita non-muslim sudah dibincangkan – ada pandangan yang membenarkan jika ada keperluan dan tidak dapat dielakkan.
    ix- atau hamba-hamba mereka, ini pada zaman dulu.
    Ingat bibi atau orang gaji hari ini bukan hamba, mereka merdeka yang bekerja dengan kita. WAJIB ke atas tuan rumah untuk mendidik dan menyuruh bibiknya menjaga dan menutup aurat dengan sempurna walaupun dalam rumah JIKA ada lelaki dalam rumah.
    x- atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
    Ulama\’ berbeza pendapat dalam hal ini:
    a- ada kata lelaki bodoh yang tidak peduli dan tiada nafsu untuk wanita.
    b- lelaki yang lemban. (tetapi pastikan yang tiada nafsu).
    c- lelaki yang lemah dan tua ikut satu keluarga atau kaum.
    d- lelaki yang mati pucuk, lemah nafsu.
    e- lelaki yang sudah dikasi (agha) atau bahasa Melayu lama dipanggil sepotong. Eunuch.
    f- lelaki yang sudah amat tua kemungkinan tiada lagi nafsu.
    Isu umur lelaki ini sukar dibuat garisan, jadi berhati-hatilah, kerana kadang-kadang lelaki tua disangka sudah tiada nafsu tetapi masih melakukan jenayah seksual.
    xi- atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. Mungkin bawah 7-8 tahun, tetapi pada zaman terlalu terdedah ini dengan internet dan gajet ini sukar juga membuat garisan umur, maka berjagalah, kerana kanak-kanak sekolah rendah pun sudah banyak berlaku perkara yang tidak diingini, Allahu al-Musta\’an.
  9. Juga larangan agar jangan menghentak kaki atau mengeluarkan bunyi agar menarik perhatian lelaki, seperti loceng perhiasan gelang kaki atau tangan, tumit kasut dan seumpamanya.
  10. Ulama\’ juga kata termasuk bau-bau wangi diluar rumah yang dapat dihidu oleh lelaki ajnabi.
  11. Akhir sekalli galakan untuk bertaubat semoga kita akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
  12. Aurat itu terbahagi kepada empat bahagian:
    i- aurat lelaki dengan lelaki semuanya boleh dilihat kecuali yang antara pusat dan lutut. Walaupun ada khilaf tentang lutut, lebih baik kita berhati-hati.
    ii- aurat sesama wanita – lelaki semuanya boleh dilihat kecuali yang antara pusat dan lutut. Cuma ada khilaf jika dengan perempuan bukan Islam.
    iii- aurat perempuan dengan lelaki ajnabi bukan mahram – seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Bagi bakal suami, boleh melihat bahkan perlu untuk melihat muka dan tangan perempuan yang bakal menjadi isteri. Begitu juga jika terpaksa mendapat rawatan dari doctor lelaki, tiada pilihan doctor wanita.
    iv- aurat lelaki dengan wanita ajnabi- semua boleh kecuali antara pusat dan lutut. Ini yang minimum, yang beradab dan eloknya tutupla apa yang selayaknya di depan orang ramai.
  13. Manfaat menjaga pandangan:
    i- telah patuh kepada arahan Allah s.w.t, maka akan mendapat kebahagian.
    ii- menyekat panahan iblis.
    iii- apabila pandangan mata ditundukkan hati akan lebih tenang.
    iv- akan lebih mendekatkan hati kita kepada Allahm tidak melilau kepada duniawi.
    v- Allah akan curahkan ke dalam hatinya cahaya keimanan dan ketaqwaan.
    vi- Allah akan berikan kepadanya pandangan dalaman, mata hati atau firasat/basiroh.
    vii- hati akan tetap dan kuat atas ketaatan.
    viii- menutup pintu kepada syaitan.
    ix- hati akan hanya memikirkan yang baik-baik saja.
    x- antara mata dan hati ada lorong yang bersambung, maka jika mata ditutup hati juga akan selamat.
    Wallahu a\’lam.

AYAT 32- {DAN KAHWINKANLAH ORANG-ORANG BUJANG (LELAKI DAN PEREMPUAN) DARI KALANGAN KAMU, DAN ORANG-ORANG YANG SOLEH DARI HAMBA-HAMBA KAMU, LELAKI DAN PEREMPUAN. JIKA MEREKA MISKIN, ALLAH AKAN MEMBERIKAN KEKAYAAN KEPADA MEREKA DARI LIMPAH KURNIANYA KERANA ALLAH MAHA LUAS (RAHMATNYA DAN LIMPAH KURNIANYA), LAGI MAHA MENGETAHUI.} (AN-NUUR 24:32)

  1. Selepas Allah s.w.t memerintahkan kita untuk menjaga pandangan mata, menutup aurat, perempuan jangan berhias untuk ajnabi dan menjauhi segala lorong yang boleh membawa kepada maksiat dan zina, Allah s.w.t tunjukkan dan buka jalan yang halal pula untuk nafsu dan fitrah semulajadi manusia.
  2. Allah s.w.t bimbingkan agar kita kahwinkan orang yang tiada pasangan suami atau isteri di kalangan kita. Anak atau sesiapa di bawah jagaan (hamba jika ada pada masa dulu).
  3. Nabi SAW juga menasihatkan jika sudah ada kemampuan maka bersegeralah berkahwin. Sabda Nabi S.A.W :
    يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ! مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ
    Maksudnya :\” Wahai sekalian pemuda, jika ada antara kalian yang mampu (untuk bernikah) maka nikahlah.\” [Riwayat Muslim]
  4. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Oleh kerana itu, anggapan bahawa apabila berkahwin seseorang akan menjadi miskin kerana banyak tanggungan adalah tidak benar.

TETAPI INGAT BUKAN MAKSUDNYA AYAT INI JIKA KAHWIN AUTOMATIK AKAN MENJADI KAYA!!! KELUARGA DAN KERAJAAN JUGA BOLEH BANTU DENGAN MEMPERMUDAHKAN URUSAN PERKAHWINAN DAN MEMBERI GALAKAN DAN INTENSIF.

  1. Rasulullah s.a.w. bersabda:
    \”Ada tiga jenis orang yang berhak mendapat pertolongan dari Allah, iaitu orang yang berjuang di jalan Allah, hamba mukatab yang bertekad melepasi hutangnya, dan orang yang menikah kerana menghendaki kesucian.\” [HR At-Tirmizi].
    Golongan ini insya\’ Allah, Allah akan beri bantuan dan permudahkan urusan jika niatnya baik, demi agama dan jaga maruah diri.
    Hamba mukatab- ertinya hamba yang dijanjikan oleh tuannya boleh dibebaskan dengan syarat membayar sejumlah wang.
  2. Maksudnya tentang soal nafkah anak isteri jangan dirunsingkan, jika kamu rajin berusaha dan berikhtiar insya\’ Allah akan dipermudahkan. Tetapi jika memang pemalas dan tidak mahu berusaha itu adalah manusia yang tidak akan berjaya.
  3. Kerana itu Allah s.w.t tutup ayat ini dengan menyatakan bahawa Allah Maha Luas rahmat dan limpah kurnia-Nya kepada yang rajin dan berusaha, serta lagi Maha Mengetahui niat dan kadar usaha kamu.

AYAT 33- {DAN ORANG-ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI KEMAMPUAN BERKAHWIN, HENDAKLAH MEREKA MENJAGA KEHORMATANNYA SEHINGGA ALLAH MEMBERI KEKAYAAN KEPADA MEREKA DARI LIMPAH KURNIANYA; DAN HAMBA-HAMBA KAMU (LELAKI DAN PEREMPUAN) YANG HENDAK MEMBUAT SURAT PERJANJIAN UNTUK MEMERDEKAKAN DIRINYA (DENGAN JUMLAH BAYARAN YANG TERTENTU), HENDAKLAH KAMU MELAKSANAKAN PERJANJIAN ITU DENGAN MEREKA JIKA KAMU MENGETAHUI ADA SIFAT-SIFAT YANG BAIK PADA DIRI MEREKA (YANG MELAYAKKANNYA BERBUAT DEMIKIAN); DAN BERILAH KEPADA MEREKA DARI HARTA ALLAH YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADA KAMU. DAN JANGANLAH KAMU PAKSAKAN HAMBA-HAMBA PEREMPUAN KAMU MELACURKAN DIRI MANAKALA MEREKA MAHU MENJAGA KEHORMATANNYA, KERANA KAMU BERKEHENDAKKAN KESENANGAN HIDUP DI DUNIA. DAN SESIAPA YANG MEMAKSA MEREKA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH – SESUDAH PAKSAAN YANG DILAKUKAN KEPADA MEREKA – MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI.} (AN-NUUR 24:33)

  1. Tetapi Allah s.w.t juga memberi bimbingan bagi mereka yang tidak mampu berkahwin agar sabar, jaga maruah, akhlak, jangan sekali-kali melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t – kawal diri وَلْيَسْتَعْفِف
  2. Tetapi dalam masa yang sama berikhtiarlah, jika sakit berubat, jika miskin berusaha mencari rezeki, yakni berubah ke arah yang lebih baik.
  3. Sunnah kehidupan, fitrah semulajadi manusia untuk berkahwin dan mempunyai pasangan hidup di atas dunia ini.
  4. Daripada Abdullah bin Mas\’ud R.A, Nabi SAW bersabda:
    يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
    Maksudnya: \”Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat)\” [HR al-Bukhari dan Muslim]
  5. Hadis dari Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda: \”Siapa yang jinakkan nafsu dan baikkan dirinya kerana Allah, Allah akan beri kebaikan kepadanya, siapa yang bersifat berpada mencukupi (tidak tamak), Allah s.w.t akan kayakan hatinya, siapa yang berusaha untuk sabar, Allah akan berikannya kesabaran. Tidak ada seorang hamba yang mendapat anugerah kebaikan yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sifat sabar.\” [HR Bukhari]
  6. Kata DAAM: Kemampuan paling besar untuk lelaki berpoligami adalah mendapat KEIZINAN ISTERI PERTAMA! Bukan kahwin sembunyi dan luar sempadan, tetapi mengikut prosedure perkahwinan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t dan mengikut akta undang-undang, kerana akan menimbulan masalah dan penganiayaan kepada wanita dan anak-anak nanti jika terjadi perceraian.
    ** Nak selamat dan tenang jika tiada keperluan- cukuplah SATU insya\’ Allah.
  7. Hukum kedua: Jika kamu ada hamba, ini adalah perintah dari Allah ditujukan kepada para tuan atau majikan untuk membantu hamba yang mahu membayar kemerdekaannya. Mukatabah adalah salah satu cara untuk menghapuskan perhambaan dalam Islam, iaitu seorang hamba sahaya boleh meminta kepada tuannya untuk dimerdekakan, dengan perjanjian bahawa hamba itu akan membayar sejumlah wang yang ditentukan.
  8. Sistem perhambaan telah wujud lama sebelum Islam, maka apabila Islam datang, telah diadakan berbagai cara untuk menghapuskannya. Antaranya cara mukatabah ini (bayar kepada tuan untuk merdeka) kerana itu mereka termasuk dalam asnaf zakat, untuk membantu mereka membayar hutang yang dijanjikan ini.
  9. Maka mereka dibnatu dengan memberi zakat dan bantuan kewangan, samada hamba sendiri atau hamba orang lain.
  10. Hukum ketiga perintah kepada tuan agar jangan memaksa hamba-hamba perempuan melakukan perzinaan kerana mahu kutip hasilnya (pelacuran). Ini adalah satu perbuatan jahat dan keji.
  11. Sedangkan mereka tidak sendiri tidak rela melakukannya kerana menginginkan kesucian. Maka sesiapa yang dipaksa berzina, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, sedangkan dosa zina mereka ditimpakan atas orang-orang yang memaksa mereka (tuan yang jahat).
  12. Sebab turun ayat ini apabila dua orang hamba perempuan kepunyaan bapa munafiq di Madinah Abdullah bin Ubai bin Salul yang benama Musaikah dan Umaimah mengadu kepada Rasulullah s.a.w bahawa mereka dipaksa melacur olehnya. Lalu dilarang perbuatan ini, melacur atau apa saja perbuatan buruk.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:

  1. Apakah maksud ayat ini, jika mereka miskin, bila kahwin akan diberi kekayaan? {Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya}.
  2. Setiap benda Allah buat ada sebab untuk kita berpegang kepadanya. Jadi perkahwinan sebagai satu sebab untuk si suami berikhtiar berusaha mencari rezeki, insya Allah, Allah s.w.t sebagai PENYEBABnya akan membantu.
  3. Tetapi jangan pemalas pula tungu rezeki datang bergolek. Angkat cangkul atau angkat handphone hubungi pihak yang berkenaan yang memang dapat membantu.
  4. Yakni kahwinlah, jangan bimbang akan rezeki zuriat yang akan datang. Betapa ramai kita lihat realiti, tiada orang anak ramai yang menyebabkan ibu bapanya susah bahkan menjadi punca usaha dan rezeki mereka.

Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs