SURAH AR-RUUM : AYAT 30-32

\"\"

ARAHAN MENGIKUT AGAMA FITRAH, KEMBALI KEPADA ALLAH DAN BERTAQWA & LARANGAN BERPECAH SESAMA ISLAM.

Full video : https://youtu.be/2A3I_RzESZk

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri yang lepas Allah s.w.t telah membuat bandingan tentang diri kita sendiri supaya dekat perbandingan itu dengan manusia dan mudah nampaknya. Iaitu bahawa betapa buruk dan tidak bermoralnya perbuatan syirik seorang manusia terhadap Tuhannya, Allah s.w.t.
  2. Allah s.w.t juga mengajar cara untuk kita mendapat keterangan dan pengajaran dengan menggunakan wasilah ilmu dan akal untuk berfikir.
  3. Allah s.w.t juga telah menjelaskan bahawa punca syirik itu ialah kerana menurut hawa nafsu tanpa ilmu. Maka kita kena bebaskan diri dari hawa nafsu dan syahwat jika mahu mencari kebenaran.
  4. Maka dalam siri ini Allah s.w.t mengarahkan untuk mengikut Agama Fitrah, kembali kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya.
  5. Allah s.w.t juga melarang kita daripada berpecah sesama Islam sebagaimana yang terjadi kepada puak kafir musyrikin.

AYAT 30- { (SETELAH JELAS KESESATAN SYIRIK ITU) MAKA HADAPKANLAH DIRIMU (ENGKAU DAN PENGIKUT-PENGIKUTMU, WAHAI MUHAMMAD) KE ARAH AGAMA YANG JAUH DARI KESESATAN; (TURUTLAH TERUS) AGAMA ALLAH, IAITU AGAMA YANG ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA (DENGAN KEADAAN BERSEDIA DARI SEMULAJADINYA) UNTUK MENERIMANYA; TIDAKLAH PATUT ADA SEBARANG PERUBAHAN PADA CIPTAAN ALLAH ITU; ITULAH AGAMA YANG BETUL LURUS, TETAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI.} (AR-RUUM 30:30)

  1. Dalam ayat-ayat sebelumnya, Allah s.w.t. telah menerangkan tentang kesesatan syirik, keburukan dan puncanya iaitu mengikut hawa nafsu tidak mahu menerima kebenaran serta menurut syhawat.
  2. Pada ayat ini Allah s.w.t. memerintahkan untuk mengikhlaskan ibadah kepada Allah dan kerana-Nya dalam semua keadaan, dan memerintahkan untuk menegakkan agama-Nya.
  3. Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w untuk hadapkan hati dan jiwa raganya sepenuhnya kepada agama Islam yang suci dan murni (agama hanif- لِلدِّينِ حَنِيفًا).
  4. Hanif- agama yang suci dan jelas, tiada condong atau cenderung, jelas sumbernya, ada autoriti dan sahih dari Allah dan rasul-Nya. Inilah agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul sebelum ini, dan disandarkan kepada nabi Ibrahim a.s kerana dia lebih dekat dengan kita.
  5. Disiplin ilmu itu kena ada sanad dan jalur-jalurnya sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w perkataan atau perbuatannya. Jangan ada short-cut- direct dari orang perseorangan yang mengaku dari Nabi atau Allah, inilah manhaj ajaran sesat.
  6. Secara fitrahnya – (فِطْرَتَ اللَّهِ) Allah menciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semulajadinya untuk menerimanya.
  7. Hadis- Sabda Nabi S.A.W menceritakan setiap yang dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah:
    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏\”‏كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
    Maksudnya: \”Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua ibubapanyalah yang mencorakkanya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi.\” [HR Bukhari 1385].
  8. Adapun riwayat al-Imam al-Bukhari rhm. dengan lafaz:
    كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَثَلِ الْبَهِيْمَةِ تَنْتِجُ الْبَهِيْمَةَ، هَلْ تَرَى فِيْهَا مِنْ جَدْعَاءَ؟
    \”Setiap anak dilahirkan di atas fitrah. Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi. Sebagaimana permisalan haiwan yang dilahirkan oleh haiwan, apakah kalian melihat pada anaknya ada yang terpotong telinganya? (Anaknya lahir dalam keadaan telinganya tidak cacat, namun pemiliknyalah yang kemudian memotong telinganya, -pen.).\”
  9. Hadis dari Iyadh bin Himar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; yang bermaksud, \”Allah berfirman, \’Sesungguhnya Aku menciptakan para hamba-Ku dalam keadaan yang lurus (hanif) lalu datanglah syaitan kepada mereka dan menyesatkan mereka daripada agama mereka serta mengharamkan apa yang aku halalkan bagi mereka.\’ [Hadith riwayat Muslim no. 2865]
  10. Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, yakni jangan dipesongkan perjalanan agama Allah yang suci ini.
  11. Strategi godaan syaitan, ia tidak akan masuk melalui lorong no entry- ia akan cuba rosakkan seseorang itu melalui kecenderungan dan minatnya. Yang jahil dan sukakan hiburan cara jahil, yang suka beribadat dengan caranya- supaya riya\’, ta\’sub melampau dalam agama dan seumpamanya.
  12. Hadis:
    عَن أَبِى هُرَيْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : تـَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا إِنْ تَمَسَّكُمْ بِهِمَا : كِتَابُ الله وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
    Ertinya: Daripada Abu Hurairah R.A daripada nabi S.A.W bersabda; Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah nabinya. [HR Imam Malik].
  13. Islam itulah agama yang betul lurus, tidak ada bengkok dan penyelewangan, tetapi malangnya kebanyakan manusia tidak mengetahui.

AYAT 31- {HENDAKLAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD DAN PENGIKUT-PENGIKUTMU) SENTIASA RUJUK KEMBALI KEPADA ALLAH (DENGAN MENGERJAKAN AMAL-AMAL BAKTI) SERTA BERTAQWALAH KAMU KEPADANYA; DAN KERJAKANLAH SEMBAHYANG DENGAN BETUL SEMPURNA; DAN JANGANLAH KAMU MENJADI DARI MANA-MANA GOLONGAN ORANG MUSYRIK -} (AR-RUUM 30:31)

  1. Allah s.w.t memerintah Rasulullah s.a.w dan para umatnya agar:
    i- sentiasa rujuk kembali kepada Allah.
    ii- dengan mengerjakan amal-amal bakti.
    iii- serta bertaqwalah kepada Allah iaitu dengan membuat yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang.
  2. Tanda orang yang bertaqwa juga ialah mengerjakanlah solat dengan betul sempurna. Itulah tanda orang yang beriman.
  3. Dirikan solat itu ada dua jenis maksudnya:
    i- dirikan solat dengan yang wajib dan fardhunya.
    ii- dirikan solat dengan sempurnanya, buat semua yang sunat yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
  4. Peringatan agar janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik. Samada dalam bentuk pegangan, perbuatan dan fahaman.

AYAT 32- {IAITU ORANG-ORANG YANG MENJADIKAN FAHAMAN AGAMA MEREKA BERSELISIHAN MENGIKUT KECENDERUNGAN MASING-MASING SERTA MEREKA PULA MENJADI BERPUAK-PUAK; TIAP-TIAP PUAK BERGEMBIRA DENGAN APA YANG ADA PADANYA (DARI FAHAMAN DAN AMALAN YANG TERPESONG ITU).} (AR-RUUM 30:32)

  1. Janganlah kamu ikut syirik dalam apa bentuknya sekali. Puak musyrikin ini samada Kristian, yahudi atau majusi atau apa saja, semuanya perlu kita jauhi. Mereka sesama mereka pun sudah berpecah dan berpuak-puak.
  2. Setiap golongan ini akan suka, redha dan bergembira dengan fahaman dan amalan yang terpesong itu, yang mereka pegang dan yakininya.
  3. Hadis – Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
    افْتَرَقَتِ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفَرَّقَتِ النَّصَارَى عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً
    Maksudnya: \”Golongan Yahudi berpecah kepada 71 atau 72 golongan. Adapun golongan Nasrani pula berpecah kepada 71 atau 72 golongan juga dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan. [Riwayat Abu Daud (4596)]
  4. Daripada Abdullah bin \’Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
    وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً، قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي
    Maksudnya: \”Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka melainkan satu kumpulan sahaja. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah S.A.W, siapakah mereka? Nabi S.A.W menjawab: Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat-sahabatku.\” [Riwayat al-Tirmizi (2641)]
  5. Siapakah Ahli Sunnah wal-Jamaah (ASWJ) itu?
    Iaitu mereka yang berpegang dengan Kitab Allah s.w.t & Sunnah Rasulullah s.a.w dengan teguhnya. Jangan sempitkan definisi ASWJ hanya kepada aliran asy-Sya\’irah dan al-Maturidi sahaja, cuba berlapang dada dan buka fikiran dalam hal ini.
    Kembali kepada al-Quran dan hadis yang sahih dan penjelasan daripada para ulamak salafussolih.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 30- {Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama Allah..} – Pada ayat ini Allah s.w.t. memerintahkan untuk mengikhlaskan ibadah kepada Allah dan kerana-Nya dalam semua keadaan, dan memerintahkan untuk menegakkan agama-Nya. فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ
  2. . Ayat 31- {Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah} مُنِيبِينَ إِلَيْهِ – apabila Allah s.w.t perintahkan untuk kembali kepada Allah; maka maksudnya kena dengan sepenuh hati yang ikhlas betul-betul tauhid kerana Allah s.w.t.
  3. Ayat 31- {Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah maka kita hendaklah berhati-hati agar tidak terpesong dari jalan yang benar. مُنِيبِينَ إِلَيْهِ. Sentiasa baca doa yang diajar oleh Rasulullah untuk mentapkan hati kita.
  4. Ayat 32- {Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak;} – ayat ini memberi amaran agar kita umat Islam jangan berpecah, agama kita satu, Tuhan kita Allah dan nabi kita Muhammad Rasulullah s.a.w. Kiblat kita satu, ia sebagai satu tanda kesatuan/wahdatul ummah, bukan pusat sembahan. Maka jangan berselisih dan berpecah seperti puak kafir musyrikin itu.
  5. Ayat 30- {Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama Allah..}
    فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ – jika sudah ikhlaskan hati kerana Allah, maka berusahalah untuk berpgang dengannya juga cuba berdakwahlah kepada orang lain juga.
  6. Sebab kita boleh bersatu atas dunia ini ialah kerana agama, berpegang dengan agama yang satu, beramal dengan -Quran dan sunnah yang satu maka kita akan bersatu. وحدة الأمة
  7. Ayat 30- { iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya;} حَنِيفًا فِطْرَتَ اللَّهِ – agama kita ini dibina atas dasar ikhlas tauhid kepada Allah s.w.t dan bertepatan dengan fitrah manusia yang dicipta Allah s.w.t. tiada yang pelik dan ekstreme.
  8. Ayat 31- فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ Janganlah kamu berpecah dan hadapkan kepada agama yang satu Allah s.w.t memerintahkan supaya bersatu dan jangan berpecah; kerana berpecah dan berbeza itulah sebab berlakunya syirik dan keruntuhan umat Islam.
  9. Hati manusia itu jika tidak tauhid ia akan syirik kepada Allah, jika tidak ikut sunnah maka ia akan ikut bid\’ah.
    Hidupkan sunnah maka bid\’ah akan mati. Jikat tidak sebaliknya akan berlaku, ia tidak akan bercampur, pasti akan bertembung.
  10. Ayat 30- {tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.} – malang sekali, masih ramai manusia tidak faham, tidak terima kebenaran kerana kejahilan atau memang tutup hati! Maka untuk keluar dari kelompok kejahilan dan kesesatan itu maka keluarlah kita daripada taksub kepada manusia dan kejahilan yang menutup mata.

Powered by BetterDocs