SURAH SAAD : AYAT 65-70

\"\"

ALLAH AJAR HUJJAH BALAS KEPADA KAFIR, TANDA KEBENARAN AJARAN QURAN & NABI S.A.W HANYA MENYAMPAIKAN PERINGATAN.

Full video : https://youtu.be/JMjpJqRkrbU

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini adalah perbincangan tentang tugas Rasulullah s.a.w yang mengajak manusia untuk mengabdikan kepada Allah s.w.t, tugasnya juga menyampaikan dan memberi peringatan kepada manusia.
  2. Rasulullah juga menyatakan bahawa dia tidak tahu benda ghaib kecuali melalui wahyu yang Allah sampaikan kepadanya.
  3. Munasabah ayat: Allah s.w.t telah menceritakan kepada kita sejak dari awal surah lagi bahawa Rasulullah s.a.w telah menjalakan tugas dakwahnya, membawa bukti dalil, mengajak manusia kepada tauhid dan menyembah Allah s.w.t, juga memperkenalkan Nabi s.a.w sebagai utusan dari Allah dan menyatakan bahawa Kiamat itu benar!
  4. Inilah 3 asas utama dalam agama Islam yang terawal dan dalam surah-surah Makkiyahh, diajar tentang:
    i- Tauhid (التوحيد) kepada Allah s.w.t.
    ii- risalah kenabian Nabi Muhammad s.a.w (الرسالة).
    iii- kebangkitan semula (البعث).
  5. Golongan kafir tetap menunjukan kebodohan dan penentangan mereka, setiap dalil dan hujjah yang Rasulullah s.a.w bawa dikatakan bohong, sihir, penyair, gila dan pelbagai lagi.
  6. Kerana itu Allah s.w.t banyak bawa contoh kisah perjuangan para nabi dan rasul sebelum ini untuk mengguatkan semangat dakwah Rasulullah s.a.w dan bersabar dalam menghadapi karenah kaumnya.
    Juga untuk menyedarkan kaum kafir, tinggalkan kesesatan dan kekufuran, tinggalkan kerja-kerja bodoh yang mereka buat, agar mereka beriman maka Allah s.w.t tunjukkan jalan yang benar dan selamat dari azab neraka serta mendapat nikmat syurga sebagaimana yang diceritakan sebelum ini.
  7. Maka dalam ayat-ayat ini Allah s.w.t bawa dan terangkan satu lagi tugas Rasulullah s.a.w.

AYAT 65- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \” SESUNGGUHNYA AKU HANYALAH SEORANG RASUL PEMBERI AMARAN, DAN TIDAK ADA SAMA SEKALI TUHAN YANG SEBENAR MELAINKAN ALLAH YANG MAHA ESA, LAGI YANG KEKUASAANNYA MENGATASI SEGALA-GALANYA,} (SAAD 38:65)

  1. Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w agar memberitahu kepada kaumnya bahawa sesungguhnya Baginda hanyalah seorang Rasul pemberi amaran, dan tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar yang berhak disembah, dipuja-puji, tempat meminta pertolongan, melainkan Allah.
  2. Siapakah Allah itu? Sifat Tuhan yang kita nak sembah ini ialah Allah perkenalkan sebagai:
    i- Allah Yang Maha Esa, () Yang tiada sekutu baginya!
    ii- lagi Yang kekuasaan-Nya mengatasi segala-galanya (). Yang Maha Berkuasa.
  3. Tidk ada sama seklai tuhna ygbetul-betul yang benar, yang layak disembah kecuali Allah s.w.t. Apa yang kamu sembah dan dakwah tuhan itu semuanya adalah palsu dan batil! Maka tinggalkanlah semua itu.

AYAT 66- {\”TUHAN (YANG MENCIPTA SERTA MENTADBIRKAN) LANGIT DAN BUMI DAN SEGALA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA; YANG MAHA KUASA, LAGI YANG SENTIASA MENGAMPUNI (DOSA HAMBA-HAMBANYA)\”.} (SAAD 38:66)

  1. Allah s.w.t juga Pencipta langit dan bumi serta yang ada di antara keduanya! Semuanya di bawah kuasa Allah.
  2. Iaitu Allah yang sifat-nya:
    i- yang mempunya kekuasaan yang besar (الْعَزِيزُ) yang tiada siapa boleh mengalahkannya.
    ii- tetapi dalam masa yang sama dia juga bersifat (الْغَفَّارُ), Yang Maha Pengampun terhadap hamba-Nya.
  3. Dua sifat ini yang menjadikan manusia mengenali Allah s.w.t, bukan hanya setakat takut kepada Allah yang gagah dan kuat, tetapi dalam masa menaruh harapan kepada Allah yang Maha Pengampun jika ada tersilap dan tersalah!
  4. Jika seorang manusia dikhianati atau dianiayai tetapi dia tidak mampu untuk membalas baliknya, ini kerana dia lemah dan tiada kuasa untuk melakukannya.
  5. Tetapi Allah s.w.t dia Maha berkuasa mampu dan boleh untuk membalas terus kejahatan hamba-Nya yang derhaka tanpa dimaafkan maka binasalah manusia. Tetapi Allah s.w.t itu tidak begitu, Dia akan menerima taubat dan penyesalan hamba-Nya, memaaf dan menutup keaiban mereka, tidak terus membinasakan mereka dengan diberi tempoh dan peluang untuk kembali insaf dan bertaubat kepada-Nya.
  6. Maka kita wajib banyak bersyukur dan kembali bertaubat kepada Allah s.w.t selalu, yang sentiasa membuka pintu taubatnya seluas-luasnya untuk kita selagi tidak habis tempohnya!

AYAT 67- {KATAKANLAH LAGI: \” APA YANG AKU TERANGKAN ITU (TENTANG KEESAAN ALLAH DAN KEBENARAN KERASULANKU) ADALAH BERITA PENTING YANG AMAT BESAR (FAEDAHNYA).} (SAAD 38:67)

  1. Allah s.w.t juga memerintahkan agar Rasulullah s.a.w berkata kaumnya yang mendustakan Allah s.w.t dan menolak dakwah Baginda.
  2. Bahawa apa yang dia katakan tentang keesaan Allah dan kebenaran kerasulannya, adalah satu kebenaran dan berita yang amat besar faedahnya (نَبَأٌ عَظِيمٌ).
  3. Al-Quran yang aku ajar ini, yang mengajak kamu kepada tauhid, yang mengisbatkan risalahku, yang menceritakan tentang kebangkitan semua selepas mati, tentang حثةلاشم yang menanti, adalah satu khabar besar (نَبَأٌ عَظِيمٌ) yang sepatutnya kamu celik mata, buka telinga, lapang dada mari beajar dan minta kefahaman. Ini tidak, apabila dengar saja terus mengingkarinya!

AYAT 68- {\” YANG KAMU TERUS MENGINGKARINYA.} (SAAD 38:68)

  1. Tetapi malangnya mereka ini apabila dengarnya, terus lari, tutup mata telinga dan hati, tanpa cuba mendengar dan memikirkannya! Tak mahu tadabbur dan cuba fahami agar masuk ke dalam hati!
  2. Firman Allah s.w.t: {Dan berkatalah Rasul: \”Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai\”.} (Al-Furqaan 25:30)
  3. Itulah nasib malang mereka, yang tidak beruntung kerana hidayah tidak masuk dalam hati mereka. Mereka sudah hidup sezaman, membesar dan bergaul dengan Rasulullah s.a.w, menyaksikan sendiri mukjizat dan dalil kebenarannya tetapi tetap tidak beriman!
  4. Kerana itu alhamdulillah, walaupun kita hidup pada zaman ini, kita menjadi orang yang beriman dan pendokong Sunnah Nabi s.a.w! Biar apa pun orang kata kita teruskan perjuangan kita. Jika kita mampu menjawab dan berhujjah dengan mantap maka jawablah!

AYAT 69- {\” TIADALAH BAGIKU SEBARANG PENGETAHUAN TENTANG PENDUDUK ALAM YANG TINGGI (MALAIKAT), SEMASA MEREKA BERSOAL JAWAB (MENGENAI NABI ADAM-KALAULAH TIDAK DIWAHYUKAN KEPADAKU).} (SAAD 38:69)

  1. Allah s.w.t juga menyuruh supaya Rasulullah mengatakan bahawa dia tidak mengetahui apa yang berlaku dulu, apa yang dibincangkan oleh para malaikat penduduk langit yang tinggi dengan Allah s.w.t tentang Nabi Adam, jika tidak melalui wahyu yang disampaikan kepada Baginda s.a.w!
  2. Firman Allah s.w.t : {Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; \”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi\”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): \”Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?\”. Tuhan berfirman: \”Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya\”.
    Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: \”Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar\”.
    Malaikat itu menjawab: \”Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana\”.
    Allah berfirman: \”Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka\”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: \”Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?\”.
    Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: \”Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam\”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.} (Al-Baqarah 2: 30-34)

AYAT 70- {\”TIADALAH DIWAHYUKAN KEPADAKU MELAINKAN KERANA SESUNGGUHNYA AKU SEORANG RASUL PEMBERI AMARAN YANG JELAS NYATA (BUKAN SEORANG PEMBOHONG, ATAU AHLI SIHIR, ATAU GILA)\”.} (SAAD 38:70)

  1. Allah s.w.t perintah lagi, katakan lagi wahai Muhammad s.a.w kepada pihak kafir Quraisy itu:

i- Tiadalah diwahyukan kepadaku semua itu kecuali kerana aku seorang rasul.

ii- Kerjaku sebagai seorang Rasul pemberi amaran yang nyata dan jelas kepada kamu semua.

iii- Aku juga bukan bukan seorang pembohong, atau ahli sihir, atau gila serta pelbagai tuduhan jahat yang kamu reka dan lemparkan kepadaku.

  1. Dakwah ini juga jelas dan nyata, tidak mungkin ia sesuatu yang tersembunyi serta tidak difahami! Tetapi kejahilan itu subjektif, ada manusia yang mudah faham ada yang susah faham. Alhamdulillah kita ada para ulama\’ dari pelbagai peringkat zaman yang dapat menolong memahami, menafsirkannya lalu menyampaikan kepada kita semua orang awam.
  2. Hadis Rasulullah s.a.w: Bahawa aku telah tinggalkan kamu di atas landasan yang putih, malamnya seperti siangnya, (yakni jelas dan cerah- antara tauhid & syirik). [HR Abu Daud & at-Tirmizi].
  3. Maka kita bersabarlah, dalam usaha untuk memurnikan Tauhid dan menyelamatkan akidah umat ini, akan mendapat tentangan, dilabel dan disenarai-hitamkan serta pelbagai tuduhan lagi akan dilemparkan. Semuanya adalah asam garam pejuang kebenaran!

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 65- {Katakanlah (wahai Muhammad): \” Sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran, dan tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang kekuasaanNya mengatasi segala-galanya,}- Rasulullah s.a.w hanya sebagai rasul pemberi amaran (مُنْذِرٌ). Tuhan yang wajib disembah adalah Allah s.w.t Yang Esa, Yang mempunya Kuasa Yang mempunyai segala-galannya. Ayat ini mengisbatkan kekuasan mutlak Allah s.w.t, tiada siapa dapat mengatasinya dan melawannya (الْقَهَّارُ).

Jika kita sudah beriman bahawa Allah s.w.t itu yang Maha Kuasa lagi Gagah Perkasa (الْقَهَّارُ) maka sepatutnya kita:
i- takut dan tidak berani melakukan maksiat.
ii- menambahkan keimanan kita bahawa Allah s.w.t itu mampu dan berkuasa untuk membinasakan musuh-musuhnya bila-bila masa saja!

Apabila kita yakin apabila kita tolong agama Allah s.w.t, Dia akan memberi pertolongannya kepada kita, maka teruskan perjuangan, tetapkan kaki kita di atas landasan!

Timbul persoalan kenapa dalam ayat hanya disebut satu sifat Nabi saja iaitu pemberi amaran (نَذِيرًا)? Sedangkan biasanya ia akan datang berkembar dengan sifat pembawa berita gembira (بَشِيرًا) juga?

Seperti dalam firman Allah s.w.t ini: {Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (بَشِيرًا) (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (نَذِيرًا) (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.} (Al-Baqarah 2:119)

Jawapannya: Kata ulama\’ kita kena bercakap berdasarkan suasana & keadaan (hakikat). Dalam ayat ini adalah tentang peringatan dan amaran kepada pihak kafir, maka sesuai digunakan satu sifat ini sahaja dulu.

  1. Ayat 65- {dan tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang kekuasaanNya mengatasi segala-galanya,}- menukar nama saja tidak akan mengubah sesuatu hukum atau sifat, mereka puak kafir itu menamakan sembahan-sembahn mereka, patung-patung berhala itu sebagai tuhan, tetapi ia tetap bukan tuhan yang sebenar pada hakikatnya!

Ia hanyalah tongkolan batu, besi dan kayu atau orang mati yang tidak ada kuasa atau dapat memberi manfaat atau darurat!
Jika kita namakan benda haram itu dengan nama yang halal, tetap tidak akan mengubah hukumnya!

Antara hadis-hadis tentang ini:
i- Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: \”Malam dan siang tidak akan bergerak (dunia tidak akan hancur) sehingga segolongan dari umatku meminum arak dan mereka menamainya dengan dengan nama yang lain.\” (HR al-Bukhari, no. 7121).

ii- Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: \”Sesungguhnya umatku ini akan meneguk arak dengan menyebutnya bukan dengan namanya, di hadapan mereka dimainkan muzik dengan diiringi oleh penyanyi. Maka Allah akan membenamkan mereka ke perut bumi dan menjadikan sebahagian mereka sebagai kera dan babi.\” (HR Ibnu Majah, hadis no. 4020)

Kerana itu kata ulama\’: Nama-nama yang telah ditetapkan dalam Syari\’ah jangan ditukar seperti riba, judi, rasuah, mengumpat zina dan lain-lain yang buruk itu. Kerana ia boleh menimbulkan kejijikan dan dapat menjauhkan orang ramai darinya.

  1. Ayat 66- {\”Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (dosa hamba-hambaNya)\”.}- inilah sifat Tuhan yang sebenar, yang wajib disembah, yang mempunyai kuasa mutlak, yang memberi rezeki, manfaat dan darurat.

Allah perkenalkan dua nama-Nya (الْعَزِيزُ) Yang Maha Kuasa, Mulia dan Kuat tetapi dalam masa yang sama Dia-lah juga Tuhan (الْغَفَّارُ) Yang Maha Mengampuni.

Allah kembarkan di sini dua sifat-Nya yang Maha berkuasa dan mulia tetapi jika Dia tidak mahu ambil tindakan dan mahu mengampunkan hamba-hamba-Nya yang bertaubat, Allah s.w.t mempunyai kuasa mutlak untuk melakukannya!

Firman Allah s.w.t: {Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan serta hukum Syariat-Nya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali\”} (Al-Maaidah 5:18)

  1. Ayat 67- {Katakanlah lagi: \” Apa yang aku terangkan itu (tentang keesaan Allah dan kebenaran kerasulanku) adalah berita penting yang amat besar (faedahnya).}- Rasulullah s.a.w katakan bahawa berita yang dia bawa itu berita yang besar (نَبَأٌ عَظِيمٌ). Maka sesiapa yang mengambil dan menerimanya, dia juga adalah orang yang mulia dan besar (عَظِيمٌ). Berapa ramai orang yang mulia dan mempunyai kuasa dulu adalah orang yang berpegang dengan al-Quran sepenuhnya.

Apabila kita mulai meninggalkan al-Quran kita akan menjadi lemah!
Jangan jadi seperti ahli sekular yang mengatakan umat Islam mundur kerana ikut al-Quran yang datang pada zaman unta dulu! Inilah pendapat yang batil!
Siapa yang mahu menjadi orang mulia maka jadilah ahli al-Quran!

  1. Ayat 69- {\” Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (malaikat), semasa mereka bersoal jawab (mengenai Nabi Adam-kalaulah tidak diwahyukan kepadaku).}- Rasulullah s.a.w mengakui bahawa dia tidak tahu apakah perbincangan yang berlaku antara Allah s.w.t dan malaikat di alam yang tinggi (بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى).
    Ayat ini juga menunjukkan tingginya martabat dan kedudukan para malaikat di sisi Allah s.w.t. Tinggi tempat duduk dan tinggi kedudukannnya.

Dalam ayat ini dikatakan malaikat itu bersoal-jawab (إِذْ يَخْتَصِمُونَ) dengan Allah s.w.t, bukan berbantah atau berlawan, hanya satu dialog bersoal-jawab untuk penjelasan dan kefahaman mereka. Ini kerana mereka tidak faham kenapa Allah s.w.t mahu mencipta nabi Adam a.s yakni manusia.

Kita dengar kisah selanjutnya dalam siri yang akan datang insya\’ Allah.

Powered by BetterDocs