SURAH GHAFIR : AYAT 41-46

\"\"

MU\’MIN AALI FIR\’AUN TERUS MENASIHATI, KAMU AKAN INGAT PESANANKU NANTI & FIR\’AUN DIAZAB DALAM KUBUR.

Full video : https://youtu.be/PbkcFiRE24c

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini kita masih bersama seorang lelaki mukmin dari keluarga Firaun yang berani berhujjah, berani menyampaikan kebenaran dan nasihat walaupun dia tahu dirinya akan terancam dengan Firaun yang zalim dan semakin mengganas.
  2. Kita hidup atas dunia ini kita jangan angkuh dan spmbong, seperti Firaun yang mengaku jadi tuhan, lalu Allah malukan dia dengan menjadikan keluarganya beriman.
  3. Orang yang paling dekat dengannya iaitu isterinya sendiri beriman kepada Allah, serta ada seorang lagi keluarganya yang beriman dan berdakwah pula kepada kaumnya.
  4. Inilah yang kita akan tadabbur pada hari ini, bahawa kadang-kadang dalam hidup ini, orang yang paling dekat, paling rapat dengan kita, boleh menjadi musuh yang akan menentang dan menjatuhkan kita pada suatu hari nanti!

AYAT 41-{\”DAN WAHAI KAUMKU! APA HALNYA AKU DENGAN KAMU? AKU MENGAJAK KAMU KEPADA KESELAMATAN, DAN KAMU PULA MENGAJAKKU KE NERAKA?} (GHAAFIR 40:41)

  1. Lelaki beriman dari keluarga Firaun itu terus berdakwah menasihati kaumnya dengan berkata: Wahai kaumku! Aku ajak kamu kepada kebaikan dan keselamatan dengan beriman kepada Allah, tetapi kamu pula mengajak aku ke neraka?
  2. Yakni kerana syirik dan kufur kepada Allah maka nerakalah tempatnya sebagaimana firman Allah s.w.t ini:
    {Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim\”.} (Al-Maaidah 5:72)

AYAT 42-{\”KAMU MENGAJAKKU SUPAYA AKU KUFUR (TIDAK PERCAYAKAN KEESAAN) ALLAH DAN MEMPERSEKUTUKANNYA DENGAN APA YANG AKU TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN MENGENAINYA, PADAHAL AKU MENGAJAK KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA PENGAMPUN?} (GHAAFIR 40:42)

  1. Maksudnya kepada ayat 41 ialah:
    i- Iaitu kerana kaumnya mengajak dia untuk menjadi kufur dan syirik dan mempersekutukan Allah s.w.t dengan sesuatu yang tidak diketahui akan kekuasaannya.

ii- Sedangkan dia mengajak mereka agar beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa (الْعَزِيزِ), lagi Maha Pengampun (الْغَفَّارِ).

  1. Disebut di sini Allah s.w.t Yang Maha Pengampun (الْغَفَّارِ), untuk menghilangkan keraguan dan kebimbanngan orang yang mahu beriman tentang dosa mereka yang banyak sebelum ini. Ini kerana Allah Yang Maha Pengampun akan memaaf dan mengampunkannya apabila mereka masuk Islam dan beriman!

AYAT 43-{\”TIDAK SYAK LAGI, BAHAWA MAKHLUK-MAKHLUK YANG KAMU AJAK AKU MENYEMBAHNYA ITU TIDAK DAPAT MENYAHUT SEBARANG SERUAN (ATAU MEMBERIKAN SEBARANG PERTOLONGAN) SAMA ADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT; DAN SESUNGGUHNYA TEMPAT KEMBALI KITA SEMUA IALAH KEPADA ALLAH, DAN SEBENARNYA ORANG-ORANG YANG MELAMPAU KEJAHATANNYA ITU, MEREKALAH AHLI NERAKA.} (GHAAFIR 40:43)

  1. Dia juga mengatakan: Tidak syak lagi (لَا جَرَمَ) yakni benar dan tiada sebarang keraguan, bahawa apa yang kamu ajak aku untuk menyembahnya itu adalah sesuatu yang tidak boleh berbuat apa sahaja, tiada kuasa upaya untuk menyahut seruan dan memberi pertolongan kepada yang menyembah dan menyeru mereka!
  2. Firman Allah s.w.t: {Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah – yang lain dari Allah – tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.

Kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah itu): mereka tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha Mendalam PengetahuanNya.} (Faatir: 13-14)

  1. Sesungguhnya orang yang melampaui batas (dalam segenap hal hatta dalam ibadat) apatah lagi yang melampau melanggar hukum Allah seperti kufur, syirik dan melanggar hak orang lain!
  2. Hadis Rasulullah s.a.w: semua dosa mudah-mudahan Allah akan ampunkan kecuali seorang lelaki yang membunuh orang beriman tanpa sengaja, tanpa hak, atau orang yang mati dalam kafir, mak atiada tiada harapan untuk diampunkan oleh Allah s.w.t. [HR an-Nasaei].

AYAT 44-{\”(KIRANYA KAMU TETAP BERDEGIL SEKARANG) MAKA KAMU SUDAH TENTU AKAN MENGETAHUI KEBENARAN APA YANG AKU KATAKAN KEPADA KAMU; DAN AKU SENTIASA MENYERAHKAN URUSANKU BULAT-BULAT KEPADA ALLAH (UNTUK MEMELIHARAKU); SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MELIHAT AKAN KEADAAN HAMBA-HAMBANYA\”.} (GHAAFIR 40:44)

  1. Katanya lagi, jika kamu masih berdegil walaupun aku telah menyampaikan segala hujjah dan kenyataan dan menolaknya sekarang ini; kamu akan mengatahui bahawa ia adalah benar apabila kamu sudah mati dan di Akhirat kelak!
  2. Akhirnya dia berkata; Kamu semua ingatlah dan ambil perhatian dari nasihatku, sesungguhnya aku serahkan diri ku kepada Allah (وَأُفَوِّضُ), aku bertawakkal dan minta perlindungan dari-Nya untuk menjagaku.
  3. Kerana ini Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk membaca doa ini sebelum tidur, satu doa yang ma\’thur dan penting:

Bacaan sebelum dan selepas tidur

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لَا مَلْجَأَ وَلا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Ya Allah, aku serahkan diriku kepadaMu dan aku serahkan urusanku kepadaMu dan aku hadapkan mukaku kepadaMu dan aku sandarkan belakangku ini kepada (kekuasaan) Engkau, dengan keinginanku dan ketakutanku kepadaMu, tiada tempat pergantungan dan tiada tempat untuk menyelamatkan diri daripadaMu kecuali kepadaMu, aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan dan aku beriman dengan NabiMu yang Engkau utuskan.

\”Apabila kamu hendak tidur, berwudhu\’lah seperti wudhu\’ untuk solat. Kemudian baringlah di atas lambung sebelah kanan dan bacalah doa ini, sekirannya engkau mati, kematianmu di atas fitrah\”. Al-Bukhari 6313,6315,7488 dan Muslim 2710. Dari App Perisai Muslim.

  1. Pesanannya yang terakhir: {Ingatlah sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya\”.}

AYAT 45-{ (DENGAN KEIKHLASANNYA DAN PENYERAHAN DIRINYA KEPADA ALLAH) MAKA IA DISELAMATKAN OLEH ALLAH DARI ANGKARA TIPU DAYA MEREKA; DAN FIRAUN BERSAMA-SAMA KAUMNYA DITIMPA AZAB SEKSA YANG SEBURUK-BURUKNYA,} (GHAAFIR 40:45)

  1. Dengan sebab keikhlasan dan tawakkalnya yang penuh kepada Allah, maka Allah s.w.t selamatkan dia daripada kezaliman Firaun! Dia selamat dan tidak dibunuh oleh Firaun.
  2. Bahkan Firaun dan pengikutnya yang musnah dibinasakan oleh Allah s.w.t! Mereka semua binasa tenggelam di dalam Laut Qalzum, ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya semasa di dunia lagi.
  3. Firman Allah s.w.t: {Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi \”Sunnatullah\” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan \”Sunnatullah\” itu.} (Faatir 35:43)

AYAT 46-{MEREKA DIDEDAHKAN KEPADA BAHANG API NERAKA PADA WAKTU PAGI DAN PETANG (SEMASA MEREKA BERADA DALAM ALAM BARZAKH); DAN PADA HARI BERLAKUNYA KIAMAT (DIPERINTAHKAN KEPADA MALAIKAT): \”MASUKKANLAH FIRAUN DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA KE DALAM AZAB SEKSA API NERAKA YANG SEBERAT-BERATNYA!\”} (GHAAFIR 40:46)

  1. Ayat ini menjadi dalil tentang azab siksa yang akan menimpa orang yang ingkar apabila mereka di dalam kubur nanti. Iaitu dalil kepada azab kubur, kerana itulah kita diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk mebaca doa ini di akhir solat, minta perlindungan Allah dari empat perkara, di mana salah satunya ialah azab kubur.
  2. Doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum Salam:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan aku berlindung denganMu daripada fitnah Al-Masih Dajjal.
[Al-Bukhari 2/102 dan Muslim 1/412]. Dari App Perisai Muslim !

  1. Dalam kubur sudah diazab, pada hari Kiamat pula akan mendapat siksa dan azab neraka pula! Na\’uzubillah.
  2. Hadis Rasulullah s.a.w: \”Apabila seseorang itu mati akan dibentangkan tempat duduknya di Akhirat esok di mana samada ahli syurga atau ahli neraka. Jika ahli syurga, dia meminta supaya cepat Kiamat tidak sabar untuk ke syurga. Jika dia ahli neraka pula, mereka berdoa agar janganlah berlaku lagi Kiamat!\” {HR Bukhari & Muslim].
  3. Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: \”Kubur ini merupakan taman daripada taman-taman syurga atau gaung daripada gaung-gaung neraka.\” [HR at-Tabrani].
  4. Doa minta kubur jadi taman syurga: \”Ya Allah, jadikanlah kubur kami, ibu bapa dan keluarga kami semuanya sebagai salah satu daripada taman taman syurga-Mu. Janganlah Engkau biarkan kubur kami menjadi salah satu daripada lubang lubang neraka-Mu.\”

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 44 dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku);}- Allah s.w.t ceritakan tentang peranan besar yang dimainkan oleh seorang ahli keluarga Firaun yang berdakwah kepada Allah. Dan pada akhirnya dia kata dia serahkan dirinya kepada Allah!

Demikianlah menjadi kewajipan bagi orang mukmin apabila selesai tugasnya untuk menyerahkan segala urusannya kepada Allah. Ini akan menjadi sebab untuk Allah s.w.t jaga kita. Sebagaimana doa sebelum tidur yang diajar oleh Rasulullah s.a.w sebagai urusan terakhir kita sebelum tidur kita serahkan kepada Allah s.w.t diri dan urusan kita!

Firman Allah s.w.t:
i- {Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.} (At-Talaaq 65:3)

ii- {Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.} (Al-Anfaal 8:64)

  1. Ayat 45-{(Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka;}- dalam ayat ini Allah sebut tipu-daya, perancangan jahat atau konspirasi.
    Maka kita sebagai pendakwah, pejuang Islam dan pendokong Sunnah Nabi s.a.w, kita kena ingat bahawa di sana sentiasa ada tipu daya dan perancangan jahat oleh musuh-nusuh Islam untuk merosakkan kita. Paling lekeh dan simple mereka buat ialah melaga-lagakan sesama Islam untuk berkelahi dan berbalah.
    Maka kita akan jadi manusia yang lemah dan kecundang, berbalah sesama sendiri, ini semua adalah permainan syaitan dan musuh Islam.

Kita kena hati-hati dengan teori-teori, konspirasi yang dibuat oleh musuh Islam terhadap kita.
Adakalanya mereka tidak berlawan atau berperang secara lansung dengan kita, tetapi mereka berselindung disebalik nama-nama dan pendekatan kumpulan atau kajian yang tidak nampak dan ketara untuk menyekat perkembangan Islam.

Iaitu mereka akan menggunakan teknik pecahkan kesatuan umat Islam lalu kalahkan mereka! Tidak kira atas nama apa, contoh: yang mengaku pejuang Sunnah berlawan dengan yang dikatakan tidak Sunnah dan sebaliknya!

  1. Ayat 41-{\”Dan wahai kaumku! Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka?}- tentang dakwah orang beriman ini.
    Kata ulama\’ semua orang yang menggunakan kepakaran dan tenaganya untuk berdakwah walaupun sedikit akan mendapat pahala dari Allah s.w.t! Lebih-lebih lagi jika berdakwah mengajak manusia ke jalan yang benar!

Tugas pendakwah kena sampaikan dengan teknik serta strategi dan hikmah agar dakwah dapat disampaikan kepada matlamatnya. Seperti lelaki keluarga yang Firaun yang terpaksa menyembunyikan keimanannya untuk menjaga keselamatannya.

  1. Ayat 45-{dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya,}-ayat ini dalil kepada isbatnya azab kibur. Iaitu di dunia sebelum Kiamat lagi, di Kiamat azab neraka pula.

Kata ulama\’ azab kubur itu ada dua:
i- satu azab yang berterusan sehingga hari Kiamat.

Firman Allah s.w.t: Ayat 46-{Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh).}

Hadis Rasulullah s.a.w juga: Bahawa mereka akan didedahkan azab kubur itu , pagi-petang, siang-malam, berterusan sehingga hari Kiamat. [HR Bukhari].

ii- azab yang dikenakan sekejap kemudian dihentikan iaitu mungkin sebahagian orang yang derhaka dan melanggar perintah Allah s.w.t tetapi tidak berat sangat. Kemudian akan disambung pula di Akhirat kelak.

Yang penting kita tidak mahu azab kubur sekejap atau lama, maka banyakkan berdoa dan tingglkan semua perkara yang boleh membawa kepada azabnya.
Antara yang akan mendapat azab kubur ini ialah batu api, iaitu orang yang suka melaga-lagakan orang.

  1. Ayat 45-{dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya,}- dalil bahawa tingkatan dan tahap azab siksaan dalam neraka itu juga berbeza-beza. Firaun dan kuncu-kuncunya akan mendapat seburuk-buruk azab (أَشَدَّ الْعَذَابِ).

Timbul persoalan, dalam satu ayat lain Allah s.w.t katakan bahawa orang munafik itu akan berada di dasar neraka:
Firman Allah s.w.t: { Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) (فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.} (An-Nisaa\’ 4:145)

Jadi mana yang lebih kuat dan teruk azabnya? Jawapan:
i- Ulama\’ kata boleh jadi yang dibawah sekali itulah yang paling teruk azabnya.
ii- maka dinamakan dengan nama yang berbeza-beza, menunjukkan azab yang berbagai-bagai.
iii- sebagaimana tahap dan nikmat dalam syurga juga ada tingkatan dan tahap yang berbeza. Yang paling tinggi sekali ialah Syurga Firdaus.

Wallahu a\’lam. Apa yang penting kita sentiasalah berdoa siang dan malam, belajar siang dan malam, agar kita selamat daripada azab kubur & azab neraka serta supaya kita sampai ke syurga, insya\’ Allah.

Powered by BetterDocs