SURAH AZ-ZUKHRUF : AYAT 15-18

\"\"

TUDUHAN JAHAT PUAK KAFIR, ALLAH ADA ANAK PEREMPUAN & MEREKA TAK SUKA ANAK PEREMPUAN.

Full video : https://youtu.be/PC_ZeyhpJOw

MUQADDIMAH :

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t menceritakan kepada kita tentang kejahatan mulut dan keceluparan kaum kafir yang membuat tuduhan jahat terhadap Allah s.w.t.
  2. Mereka mengatakan Allah s.w.t ada anak perempuan, sedangkan mereka sendiri tidak mahu anak perempuan!
    Inilah pembahagian yang tidak adil, apa yang mereka tidak mahu mereka beri kepada Tuhan pula!
  3. Inilah tuduhan jahat, perangai huduh puak kafir terhadap Allah Azza wa Jalla.
  4. Dalam ayat yang lepas (ayat 9)- Allah ceritakan kepada kita tentang pengakuan puak kafir yang apabila ditanya siapa yang mencipta langit dan bumi; mereka mengakui Allah yang menciptanya, tetapi dalam masa yang sama mereka berbuat syirik kepada Allah, mengatakan sebahagian makhluk itu sebagai anak Tuhan pula.
    Inilah sikap puak kafir yang pengakuan mereka tidak selari dengan perbuatan mereka!
  5. Mereka menerima separuh tolak separuh; sedangkan Islam itu mesti diambil keseluruhannya, beriman dengan kesemuannya sekali atau hilang semuanya sekali!
    Matematik aqidah- 6 -1 = 0!
    Rukun Iman wajib terima semuanya bukan boleh pilih-pilih!
  6. Maka kita sebagai orang yang beriman kena-kena berhati jika diberitahu bahawa sesuatu amalan itu boleh membawa kepada syirik, kita tinggalkanlah walaupun sesuatu yang khilaf.
    Jika bantahannya berat, boleh membawa kepada syirik, keluar dari Sunnah dan membawa kepada bid\’ah, kenapa kita nak mempertahankannya?

Manakala ibadat yang betul-betul solid, ikhlas kepada Allah, amalan-amalan yang betul-betul mengikut Sunnah kenapa pula kita tinggalkan dan mencari yang berisiko???
Sedangkan jika jalan yang merbahaya dan berisiko kita tidak mahu pergi, tetapi dalam bab ibadat berani pula kita merempuh, mencari benda yang tidak sabit datang dari ajaran Rasulullah s.a.w!

AYAT 15- {DAN MEREKA (YANG MUSYRIK MEMPERSEKUTUKAN ALLAH DENGAN) MENJADIKAN SEBAHAGIAN DARI HAMBA-HAMBA ALLAH SEBAGAI ANAK BAGINYA. SESUNGGUHNYA MANUSIA (YANG DEMIKIAN SESATNYA) SANGAT TIDAK MENGENANG BUDI, LAGI NYATA KUFURNYA.} (AZ-ZUKHRUF 43:15)

  1. Mereka iaitu puak kafir musyrik yang mempersekutukan Allah dengan menjadikan (mendakwa/mengata) bahawa sebahagian (جُزْءًا) dari hamba-hamba Allah (malaikat) sebagai anak perempuan Tuhan.
  2. Allah gambarkan puak ini sebagai sifat manusia yang sesat, sangat tidak mengenang budi, lagi nyata kekufurannya.
  3. Firman Allah s.w.t: {Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.} (Al-\’Aadiyaat 100:6)

AYAT 16- {PATUTKAH TUHAN MENGAMBIL DARI MAKHLUK-MAKHLUK YANG DICIPTAKANNYA MENJADI ANAK-ANAK PEREMPUANNYA, DAN IA MENGUTAMAKAN KAMU DENGAN ANAK-ANAK LELAKI?} (AZ-ZUKHRUF 43:16)

  1. Maha suci Allah dari dakwaan dusta mereka ini, yang mendakwa malaikat adalah anak perempuan Allah, sedangkan mereka sendiri tidak suka kepada anak perempuan, hanya mahu anak lelaki.
  2. Yakni apa yang mereka tidak mahu & tidak suka, beri kepada Tuhan, sangat tidak patut! Inilah kebingungan dan kesesatan yang nyata puak kafir ini!!!!
  3. Begitu juga jika kita nak sedekah atau beri sesuatu kepada orang, berilah apa yang masih baik, yang kita masih sayang dan suka, yang ada nilai dan berharga; bukan apa yang sudah lusuh atau basi, yang kita pun tidak mahu guna lagi!
  4. Dua kali perbuatan buruk yang berat; pertama syirik kepada Allah kemudian beri pula apa yang dia tidak mahu kepada Allah!
  5. Firman Allah s.w.t: {\”Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya\”.} (Al-Ikhlaas 112: 3-4)

AYAT 17- {PADAHAL APABILA DIBERITAHU KEPADA SALAH SEORANG DARI MEREKA DENGAN (BERITA BAHAWA IA BEROLEH ANAK PEREMPUAN SEPERTI) YANG DIJADIKANNYA SEKUTU YANG SEJENIS DENGAN ALLAH YANG MAHA PEMURAH, MURAMLAH MUKANYA SEPANJANG HARI (KERANA MENANGGUNG DUKACITA), SEDANG IA MENAHAN PERASAAN MARAHNYA DALAM HATI.} (AZ-ZUKHRUF 43:17)

  1. Sedangkan mereka ini apabila mendapat khabar berita bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari kerana menanggung dukacita, sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. Marah dan tidak puas hati serta menyalahkan isteri mereka pula!
  2. Firman Allah s.w.t: {Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.

Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.} (Al-Nahl 16: 58-59)

  1. Inilah perangai buruk mereka, mereka sendiri tidak mahu, tetapi memberikannya kepada Allah pula!
    Maka kita orang Islam jangan buat seperti perangai jahiliyah ini juga. Terimalah seadanya rezeki yang diberi Allah!
  2. Boleh baca buku Keindahan Islam, terjemahan DDAAM untuk lebih memahami tentang rezeki & nikmat anugerah Allah tentang rezeki anak dan lain-lain.

AYAT 18- {PATUTKAH (YANG DIKATAKAN ANAK ALLAH ITU JENIS PEREMPUAN) YANG BIASANYA DIDIDIK DAN DIBESARKAN DALAM PERHIASAN, SEDANG IA SEMASA BERBANTAH DAN BERTIKAM LIDAH TIDAK DAPAT MEMBERIKAN ALASAN YANG JELAS?} (AZ-ZUKHRUF 43:18)

  1. Sangat tidak patut mereka memberikan anak perempuan kepada Tuhan. Ini kerana kebiasaannya anak perempuan dididik dan dibesarkan dalam keadaan manja, penuh perhiasan dan tidak lasak.
  2. Sedangkan semasa berhujjah dan berlawan mereka lemah dan tidak dapat memberi alasan atau perlawanan yang tegas.
  3. Ulama\’ Syeikh Ibnu Zaid berkata: Ini adalah tamsil (perbandingan) kepada berhala-berhala yang mereka ukir daripada emas dan perak, yang dihias dan dipuja itu, adalah sesuatu yang amat lemah dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat dan mudharat kepada mereka. Berkelip mata pun tidak apatah lagi menjawab hujjah dan berbantah!

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 15- {Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah sebagai anak bagiNya.}- di sini Allah s.w.t sebut perkataan (جُزْءًا) satu bahagian.

i- ini kerana anak itu datang dari bapa, maka ia adalah sebahagian daripada bapanya! Kerana itu dari segi hukum anak tidak boleh menjadi saksi kepada bapanya.
Anak lelaki itu sendiri juga mempunyai hak istimewa dalam bab \’Asabah (mewarisi harta pusaka sepenuhnya) jika ada lebih, tiada bahagian khas seperti pewaris lain.

Hadis; sabda Rasulullah s.a.w:
« إِنَّ فَاطِمَةَ بِضْعَةٌ مِنِّي….. »
\”Sesungguhnya Fahimah adalah sebahagian dariku …..\” (HR. Thabrani dalam Mu\’jam Kabir no.18446)

  1. Ayat 15- {Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah..} Dalam ayat ini disebut {sebahagian dari hamba-hamba Allah- }- maka jika dikatakan ia itu hamba Allah, maka bagaimana pula boleh dikatakan ia sebahagian daripada Allah?
    Tidak mungkin sama sekali kerana orang yang menyembah tidak akan sama dengan yang disembah.
    Kita menyembah Allah jadi macamana pula kita manusia boleh jadi sebahagian daripada Allah?

Ini adalah fahaman batil puak ajaran sesat dan puak kafir juga, sudahlah tidak percaya kepada Allah, dikumpulkan pula tuduhan jahat terhadap Allah!

Kerana kita ini adalah hamba Allah, makhluk-Nya, maka kita tidak boleh menjadi sebahagian dari Allah.
Fahaman puak batiniyyah yang mengatakan kita ini tuhan, tuhan itu kita ini tersebar dan tidak mendapat perhatian oleh pihak berkuasa, yang sibuk dengan hal lain!
Kita minta berlindung dengan Allah s.w.t daripada segala kesesatan dan kebatilan ini!

  1. Ayat 17- {Padahal apabila diberitahu kepada salah seorang dari mereka dengan (berita bahawa ia beroleh anak perempuan seperti) yang dijadikannya sekutu yang sejenis dengan Allah Yang Maha Pemurah,}-
    i- Allah s.w.t gambarkan perbandingan yang mereka buat itu dengan menggunakan perkataan {( بِمَا ضَرَبَ) dengan yang dijadikannya sekutu} sebagai satu bahasa beradab dengan Allah. Bukan dengan perkataan menjadikan.

ii- orang yang benci kepada anak perempuan termasuk dalam akhlak jahiliyyah.
Kita orang Islam jangan benci kepada anak perempuan tetapi kena didik anak-anak perempuan agar mereka menjadi hamba Allah yang mengikut Syari\’ah Islam dan tarbiyah yang sempurna.
Iaitu dengan penuh adab dan perasaan malu, menutup aurat dan lain-lain tarbiyah dengan sempurna mengikut Syari\’ah yang jelas.

  1. Ayat 18- {Patutkah (yang dikatakan anak Allah itu jenis perempuan) yang biasanya dididik dan dibesarkan dalam perhiasan,}- ayat ini menjadi isyarat bahawa lelaki tidak sesuai dengan perhiasan dan berhias, ini kerana tabiat semulajadi perempuan berhias, TETAPI bukan tabiat lelaki!
    Jangan merempuhnya, ambil hak perempuan ini sehingga melanggar adat dan Syari\’ah!

Kerana itu Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa emas & sutera halal bagi perempuan tetapi HARAM bagi lelaki atas dunia ini!

Ini berdalilkan sebuah hadis daripada Saidina Ali bin Abi Talib R.A:
إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي
Maksudnya: \”Sesungguhnya Nabi S.A.W mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.\” [HR Imam Ahmad (935)].

Dalam riwayat lain, Rasulullah S.A.W bersabda:
أُحِلَّ لِإِنَاثِ أُمَّتِي، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا
Maksudnya: \”Halal bagi umatku yang perempuan, dan haram bagi kaum lelaki dalam umatku.\” [Imam Ahmad (19502)].

Ini khas untuk perhiasan yang dipakai (gelang cincin, rantai dan sejenisnya), tetapi jika sebagai alat penggunaan kedua-dua lelaki dan perempuan tidak boleh; bekas seperti pinggan mangku, gelas dan seumpamnya.

  1. Ayat 18- {Patutkah (yang dikatakan anak Allah itu jenis perempuan) yang biasanya dididik dan dibesarkan dalam perhiasan,}- ayat ini juga menjadi dalil harus bagi seorang bapa (atau suami) yang mampu untuk memberi perhiasan bagi anak-anak perempuan dan isterinya.
    Tetapi mengikut SOP Syari\’ah, bukan berhias atau bertabarruj di luar rumah, di hadapan lelaki asing. Bahkan haram berwangian di luar rumah.

Bagi lelaki tidak boleh berhias seperti perempuan kecuali yang dibenarkan Syara\’ seperti memakai minyak wangi, memakai pakaian yang kemas dan segak dan lain-lain. Lelaki hanya boleh menjadi wargaMAS .

Powered by BetterDocs