Surah Al-Nahl : Ayat 104-111

\"\"

Live Pagi Selasa 11 Rajab 1442H = 23/02/2021 Selepas Subuh Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (20) Ayat [104-111]; Hukum Paksaan Dalam Iman, Golongan Murtad dari Islam, Berhijrah setelah disiksa.

Full video:
https://fb.watch/3Rus0Cs-_E/

Muqaddimah:
1.Isu lepas Kaum Musyrikin Makkah bangkitkan syubhat tentang al-Quran. Rekaan Nabi s.a.w dan ajaran dari seorang Nasrani.
2. Allah s.w.t balas dengan hujjah yang mantap, al-Quran adalah Bahasa Arab, sedangkan orang yang dituduh itu adalah a’jamiy (bangsa asing).

*AYAT 104- {Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada mereka, dan mereka pula beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.}

(Al-Nahl 16:104)
1. Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang yang tidak beriman walaupun sudah nampak melihat kebenaran setelah diberi ajaran, bimbingan dan dakwah.
2. Bahkan bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya.

*Ayat 105- {Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.}
(Al-Nahl 16:105)-
1. Sifat berdusta dan bohong itu ialah sifat orang yang tidak beriman.
2. Nabi s.a.w bukan seorang pendusta, Baginda ialah seorang yang amat benar percakapannya, amanah dan tidak pernah berbohong. Bahkan mereka quraisy yang menggelarkan Baginda sebagai al-Amin (seorang yang benar).
3. Sifat mukmin yang mengikut ajaran agama Islam yang sebenar ialah tidak akan khianat, berdusta dan berbohong sama sekali.

*Ayat 106 – {Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.}
(Al-Nahl 16:106)

Golongan Murtad dari Islam.
Hukum Paksaan Dalam Iman:
1. Murtad = Berpaling tadah; Iaitu orang beriman kemudian kufur. Bagi mereka kemurkaan dan azab dari Allah.
2. Kecuali mereka yang terpaksa untuk murtad selepas disiksa dan diazab.
3. Kisahnya pada awal Islam di Makkah, golongan muslim yang lemah dari golongan hamba atau tiada kabilah yang besar di Makkah, disiksa dan di aniaya oleh kafir qurasiy supaya mereka murtad.
4. Antaranya ialah Bilal bin Rabah, Yasir dan isterinya Sumayyaa serta anak mereka Ammar.
Bilal diselamatkan oleh Abu Bakar R.A, itu pun selepas menghadapi siksaan yang begitu dahsyat, dijemur di tengah panas terik dan dihempap batu. Ramai para hamba yang diselamatkan oleh Abu Bakar dengan memerdekakannya.
3. Sumayyah menjaadi syahidah pertama dalam Islam, begitu juga suaminya Yasir, mati akibat disiksa kerana mempertahankan aqidah mereka.
4. Ammar R.A pada masa seorang anak muda yang masih belum kuat ketahanannya. Akhirnya setelah tidak tahan menghadapi siksaan itu, dia menurut arahan Quraisy yang menyuruhnya berkata syirik dan mencela Nabi s.a.w. Lalu ia pun dilepaskan, orang ramai memperkatakan halnya itu.
5. ‘Ammar bin Yasir R.A segera datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan keadaannya. “Aku tidak dilepaskan sehingga aku mencelamu dan menyanjung sembahan mereka.”

قَالَ : « كَيْفَ تَجِدُ قَلْبَكَ ؟ » قَالَ : مُطْمَئِنٌّ بِالإِيْمَانِ قَالَ : « إِنْ عَادُوا فَعُدْ »
Rasulullah s.a.w bertanya: “Bagaimana hatimu ketika itu?” Ia menjawab, “Hatiku tetap dalam keadaan tenang dengan iman.” Nabi s.a.w bersabda lagi: “Kalau mereka memaksamu (menyiksa) lagi, silakan engkau mengulanginya lagi seperti tadi.” (HR. Al-Hakim dan lain-lain.) Yakni Rasulullah s.a.w tidak mencela perbuatan Ammar itu kerana dia melakukannya kerana terpaksa dan tidak berniat keluar dari Islam.
6. Jadi Hukum Paksaan Dalam Iman, jika benar- benar darurat dan terpaksa tidak mengapa, tetapi jangan main-main. Kemudian hendaklah segera bertaubat setelah hilang darurat itu.

*Ayat 107- {(Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat, dan kerana Allah tidak memberi hidayah petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat).}
(Al-Nahl 16:107)
1. Mereka yang kufur adalah kerana mereka melebihkan dunia daripada akhirat.
2. Ini kerana mereka tidak mendapat hidayah dari Allah tentang kelebihan nikmat akhirat bagi orang yang beriman.

*Ayat 108 – {Mereka itulah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah Taala hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka; dan merekalah orang-orang yang lalai.}
(Al-Nahl 16:108)
1. Tiada guna lagi, Allah cop ke atas hati mereka dan tutup segala pancaindera pendengaran dan penglihatan, serta rohani mereka sudah tidak befungsi lagi.
2. Lalu mereka akan hidup dalam kelalaian, kelaghaan dan terus sesat.
*Ini semua balasan di dunia, balasan di akhirat dalam ayat 109 seterusnya.

Ayat 109-{ Tidak syak lagi, bahawa mereka ialah orang-orang yang rugi pada hari akhirat kelak.}
(Al-Nahl 16:109)
1. Mereka akan menjadi orang yang rugi.
2. Siksaan dan balasan azab bagi mereka di akhirat.

*Ayat 110- Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu – sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan – adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Nahl 16:110) – Berhijrah setelah disiksa.
1. Dalam ayat ini Allah s.w.t menceritakan tentang golongan yang lemah dan dianiaya.
2. Iaitu sekumpulam muslimin di Makkah yang telah disiksa sehingga terpaksa melakukan perkara-perkara yang menyalahi Islam.
3. Selepas itu mereka berhijrah dan bertaubat kepada Allah s.w.t.
4. Mereka bersabar dan berjuang fi-sabilillah dengan sabarnya.
4. Sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan – Allah s.w.t adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
5. Ayat ini adalah galakan untuk semua yang pernah berdosa dan lagha, untuk kembali berhijrah dan bertaubat kepada Allah s.w.t.

*Ayat 111- {(Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka itu pada hari kiamat), hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata, dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang ia telah kerjakan (sama ada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.}
(Al-Nahl 16:111) –
1. Allah s.w.t akan ampunkan dosa orang yang terpaksa kerana darurat ini, jika mereka bertaubat dan benar-benar beriman,
2. Balasan yang setimpal bagi semua amalan yang dilakukan samada baik atau jahat.
3. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Adil, tidak akan ada orang yang akan teraniayai sedikitpun, yakni tidak mendapat balasan sepatutnya.

Hukum kumpulan murtad:
1. Kemurkaan Allah s.w.t.
2. Akan mendapat siksaan yang pedih di akhirat.
3. Mereka mencintai dunia lebih daripada akhirat.
4. Allah haramkan hidayat ke atas mereka.
5. Allah s.w.t tutup mata telinga dan hati mereka.
6. Mereka akan hidup dalam lalai, lagha dan tidak sedar sehinggalah masuk kubur.

Penutup:
1. Hukum murtad dalam Islam adalah hukuman mati.
2. Jika terpaksa tidak mengapa, asal dalam hati tetap penuh keimanan terhadap Allah s.w.t. kemudian bertaubatlah, Allah Maha Pengampun dan Maha Mengetahui.
3. Tetapi jika dibandingkan anatara yang terus istiqomah sehingga mati kerana mempertahankan agamanya, mereka inilah lebih tinggi darjatnya. Tidak dikira bunuh diri bahkan dikira mati mempertahankan aqidah.
4. Sebagaimana kisah seorang sahabat yang bernama Khubaib bin \’Adi r.a yang mati akibat mempertahankan aqidaاnya. Betapa teguhnya iman Khubaib ketika ia diminta oleh kafir Quraisy berbalik dari Islam dan Nabi S.A.W dia menjawab: \”Jika semua yang ada di atas bumi menjadi milikku, nescaya aku tidak akan pernah berbalik dari Islam\”.
**Boleh baca kisah penuhnya dalam hadis yang sahih HR Bukhari.

Wallahu a’lam.
#UAM Catatan Kuliah Subuh. Selasa, 23 Feb 2021.

Powered by BetterDocs