SURAH AL-MU\’MINUN : AYAT 101-104

\"\"

TERPUTUS HUBUNGAN NASAB SAAT BERLAKU KIAMAT, MIZAN NERACA TIMBANGAN AMALAN & KEADAAN KAFIR DALAM NERAKA.

Full video : https://youtu.be/IzSvs9eyY5A

MUQADDIMAH :

1. Perjalanan hidup kita semakin hari semakin mendekat dengan kematian, destinasi pengakhiran hidup di atas dunia untuk berpindah ke alam barzakh.

2. Kerana itulah kita digalakkan ikut sunnah Nabi s.a.w untuk membaca surah as-Sajadah dan al-Insan pada waktu solat subuh pagi Jumaat untuk mengingatkan kita akan kematian, berpindah ke alam barzakh, kebangkitan semula dan hari Kiamat. Inilah cerita yang mesti sentiasa dihayati dan diulangkaji agar kita tidak mudah lupa dan lagha lalu hanyut dengan arus dunia.

3. Dunia hanyalah tempat ujian, Allah s.w.t mahu melihat hati dan amalan kita sahaja nanti, maka sentiasalah muhasabah koreksi diri kita dan bekalan amalan yang kita bawa nanti.

4. Maka jangan tunggu sampai saat kematian baru menyesal dan minta untuk hidup semula untuk beramal!! Kita hendaklah beramal SEKARANG

5. Dalam siri ini Allah s.w.t khbarkan bahawa akan terputus segala hubungan kekeluargaan, kaum kerabat dan segalanya pada hari Kiamat yang penuh huru-hara nanti, masing-masing sibuk bawa diri dan runsing akan urusan sendiri.

6. Kemudian berlakulah pengadilan dan perhitungan, selepas mendapat suratan amalan maka masuklah ke tempat kembali masing-masing yang yang telah ditetapkan, syurga atau neraka.

7. Seorang ulama\’ salaf (ada kata Imam Ahmad rhm.) ditanya: “Bilakah kita akan dapat berehat wahai tuan Syeikh? (yakni orang muslim dari ibadat hariannya). Jawabnya: “Apabila kita telah melepasi titian sirat, maka ketika itulah baru kita dapat menarik nafas lega, tetapi menunggu pula perbicaraan di Qantarah untuk membersihkan lagi kesalahan jika ada sebelum dapat masuk syurga.”

Jawapan kedua: “Hanyalah apabila kita menjejak kaki kita ke atas bumi Syurga barulah itu rehat dan ketenangan yang abadi!” Allahu Akbar.

AYAT 101- {KEMUDIAN, APABILA DITIUP SANGKAKALA, MAKA PADA HARI ITU TIDAK ADA LAGI MANFAAT PERTALIAN KERABAT DI ANTARA MEREKA, DAN TIDAK PULA SEMPAT MEREKA BERTANYA-TANYAAN.} (AL-MU\’MINUUN 23:101)

1. Ayat ini menceritakan pada hari huru-hara yang begitu dahsyat nanti terputus segala hubungan keluarga dan tiada guna apa pertalian pun.

2. Kita sekarang di alam dunia, apabila mati kita akan masuk ke alam barzakh, pintu masuk ke akhirat, belum akhirat lagi, alam pemisah dan penantian. Tiada lagi ziarah-menzirah dan bertanya khabar, hanya orang hidup boleh ziarah kubur mereka dan dianjurkan.

3. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: \”Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.\” (HR Muslim dan lain-lainnya)

4. Bila tiba hari Kiamat yang tanda tibanya ditiup sangkakala yang kedua, yang membangkitkan segala manusia yang mati keluar dari kuburnya, tiada guna lagi apa-apa hubungan kerabat, putus seketika, tidak sempat cari dan bertanya khabar, sibuk dengan urusan masing-masing untuk selamat pada hari yang dahsyat.

5. Dari UM Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: \”Manusia dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan tidak berkhatan (lelaki).\” Aku bertanya: \”Wahai Rasulullah, wanita-wanita dan lelaki-lelaki semua saling melihat satu sama lain?\” Baginda menjawab: \”Wahai Aisyah, keadaannya lebih dahsyat dan huru-hara dari saling melihat satu sama lain.\” (HR. Muslim)

6. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat apabila tidak ada naungan melainkan naungan Allah. Mereka adalah:

• Pemimpin yang adil.

• Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa.

• Orang yang hatinya terpaut pada masjid.

• Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.

• Lelaki yang dipikat wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata: “Percayalah, saya takut kepada Allah.”

• Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.

• Orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya.”

[HR Bukhari dan Muslim)

7. Selepas selesai pengadilan dan perhitungan, berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang lain penghuni Syurga akan berjumpa dan bersatu kembali dengan ahli keluarga yang sama-sama masuk syurga dan akan saling bertanya khabar, Alhamdulillah.

AYAT 102- {MAKA SESIAPA YANG BERAT TIMBANGAN AMAL BAIKNYA, MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA.} (AL-MU\’MINUUN 23:102)

1. Siapakah orang yang berjayadn berbahagia pada hari Kiamat nanti?

2. Itulah orang-orang yang banyak maka berat timbangan amal baiknya, lalu akan mendapat balasan syurga yang dijanjikan.

3. Neraca (mizan) ini menurut pendapat ulama\’ adalah neraca (dacing) yang hakiki, mempunyai dua daunnya, kanan untuk timbang amalan baik, kiri untuk amalan buruk, ditengahnya ada lisan (bacaan ukuran). Banyak hadis yang menerangkan tentang ini, hadis mutawatir.

AYAT 103- {DAN SESIAPA YANG RINGAN TIMBANGAN AMAL BAIKNYA, MAKA MEREKALAH ORANG-ORANG YANG MERUGIKAN DIRINYA SENDIRI; MEREKA KEKAL DI DALAM NERAKA JAHANNAM.} (AL-MU\’MINUUN 23:103)

1. Bagi mereka yang sedikit atau tiada amalan baiknya, maka ringanlah timbangan amalnya, maka merekalah orang-orang yang rugi dirinya sendiri.

2. Mereka kekal di dalam neraka Jahannam bagi orang kafir, manakala muslim yang buat maksiat ada tempohnya.

AYAT 104- {API NERAKA ITU MEMBAKAR MUKA MEREKA, DAN TINGGALAH MEREKA DI SITU DENGAN MUKA YANG HODOH CACAT.} (AL-MU\’MINUUN 23:104)

1. Dalam ayat ini Allah s.w.t gambarkan azab siksa penghuni neraka yang dahsyat, agar menjadi pengajaran dan peringatan untuk kita..

2. Apabila dibakar api neraka, muka mereka menjadi hodoh cacat, gigi terseringai akibat bibir telah hancur kesan daripada azab yang dikenakan. Allahu dahsyatnya!!! والعياذ بالله

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:

1. Pada hari Kiamat kelak Allah s.w.t susun balasan di akhirat berdasarkan amalan soleh masing-masing BUKAN berdasarkan keturunan dan keluarganya, semua akan menerima balasan ikut amalan.

2. Seorang lelaki pergi berjumpa dengan syeikh Zuhair bin Nu’aim dan bertanya: “Tuan ini dari keturunan mana?” Dia jawab: “Aku antara orang yang mendapat nikmat Islam”. Tanyanya lagi: “Maaf, aku mahu tahu nasab keturunan tuan dari mana.” Maka syeikh Zuhair pun membacakan ayat al-Quran ini: {Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.} [Al-Mu’minun:101]

3. Rasulullah s.a.w bersabda: “Apakah kamu sangka keturunan aku terputus? Wallahi sesungguhnya keturunanku tidak akan terputus di dunia dan sehingga akhirat.” [HR Ahmad dan lain-lain.]

4. Hadis Rasulullah s.a.w bahawa: “Fatimah adalah sebahagian daripada ku, sesungguhnya segala nasab akan terputus sekejap pada hari Kiamat selain daripada keturunan aku dan yang ada kaitan dengan aku serta mentua dan menantu. Lalu Baginda s.a.w membacakan ayat Quran ini.” [HR Ahmad].

5. Tetapi tiada gunannya menjadi keturunan Rasulullah s.a.w jika tidak mengamalkan sunnah peninggalan Baginda dengan sebaiknya bahkan mereka-reka yang lain pula.

6. Hubungan ini hanya terputus sementara pada hari huru-hara itu sahaja, selepas itu dapat berkumpul balik dalam syurga insya\’ Allah!

7. Apakah maksudnya: Siapakah orang yang berat timbangannya itu? Ulama\’ mengatakan bahawa semua orang akan ada timbangan, orang kafir dan mukmin.

8. Penggunakan lafaz jamak (plural) untuk mizan (mawazin) kerana menunjukkan besarnya isu dan proses ini.

9. Kata Imam Bukhari rhm.: Semua perbuatan anak Adam akan ditimbang dan beliau menutup kitabnya dengan sabda Rasulullah s.a.w ini.

Dari Abu Hurairah, dari Nabi saw, Baginda bersabda: “Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar-Rahman iaitu:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ‏\”‏ ‏.”

(Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung).

(HR Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)

10. Semua zikir ini dan zikir 4 kalimat adalah ringan dan mudah, cuma akan menjadi berat ke atas lidah dan hati yang jauh dari Allah s.w.t.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs