Surah Al-Hajj ; Ayat 70-76

\"\"

💎 Ilmu Allah Meliputi Semua Perkara, Allah Cabar Manusia Dengan Lalat & Golongan Kafir Tidak Menghormati Allah s.w.t.💎
♥ Live Pagi Sabtu 01 Zulqa\’dah 1442H = 12/06/2021, Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani- Tafsir Surah Al-Hajj (14) Ayat [70-76]♥
Full video: https://fb.watch/63IeQfmIyq/
🎀 Muqaddimah:
1- Dalam siri yang lepas Allah s.w.t telah menyatakan bahawa Dia akan menyelesaikan hukum untuk kamu semua pada hari ini Kiamat tentang apa yang manusia perselisihkan semasa di dunia.

  1. Jangan ragu dan bimbang, hukumnya akan telus dan adil kerana Allah s.w.t itu Maha Mengetahui dan Maha Adil, ilmu Allah meliputi semua perkara.
  2. Allah s.w.t juga mencabar manusia dengan ciptaan seekor lalat yang kecil.
  3. Dalam siri ini sekali lagi Allah s.w.t menyebut beberapa sifat-Nya melalui nama-nama-Nya yang indah, tetapi orang kafir tetap tidak menghormati dan meletakkan Allah ditempat selayaknya.
    🌺*Ayat 70- {Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.}
    (Al-Hajj 22:70)
  4. Manusia sebenar telah mengetahui bahawa ilmu dan pengetahuan Allah s.w.t itu meliputi seluruh langit dan bumi.
  5. Semua apa yang manusia lakukan sudah tercatat dalam kitab di Lauh Mahfuz. Semua akan akan diberi dan dibentangkan kitab catatan amalan, kemudian terpulanglah kepada budi-bicara Allah s.w.t.
  6. Firman Allah s.w.t: {\”Tiada suatu bencana pun yang menimpa di Bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya,\” (QS Al Hadid 22)
  7. Sabda Rasulullah S.A.W: \”Allah telah menulis (di Lauh-Mahfuzh) segenap takdir makhluk 50.000 tahun sebelum Ia menciptakan langit dan bumi\” (HR. Muslim).
  8. Semua ini adalah sangat mudah bagi Allah s.w.t.
    🌺*Ayat 71- {Dan mereka menyembah yang lain dari Allah iaitu benda-benda yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan membenarkannya, dan yang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan (ingatlah) tiadalah bagi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syirik) itu sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan (di dunia dan di akhirat).}
    (Al-Hajj 22:71)
  9. Puak kafir pula menyembah benda-benda selain dari Allah, sesuatu yang tidak dibenarkan Syara\’ serta tidak dapat diterima akal yang waras.
  10. Semuanya hanya mengikut perbuatan datuk moyang atau orang sebelum mereka yang tidak mendapat petunjuk juga, bukan dengan ilmu dan hujjah.
  11. Maka mereka akan dipertanggung-jawab dan dihukum di akhirat nanti atas perbuatan syirik itu, dan tiada siapa yang dapat menolongnya.
    🌺*Ayat 72- {Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): \”Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! \”}
    (Al-Hajj 22:72)
  12. Keadaan orang kafir apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran kepada mereka, terserlah kemarahan dan kebencian.
  13. Bahkan Allah gambarkan keadaan mereka yang amat marah itu seolah mahu menerkam dan menyerang orang-orang yang membacanya.
  14. Lalu Allah s.w.t ajar Rasulullah s.a.w untuk mengatakan lagi kepada mereka: Apakah kamu mahu dengar sesuatu yang lebih buruk dan dahsyat lagi daripada apa yang kamu marahkan itu?
  15. Iaitu neraka yang akan menunggu kamu untuk dimasukkan dan diazab di dalamnya. Itulah seburuk-buruk tempat kembali!!
    🎀 Beberapa Faedah Ringkas dari ayat ini:
    1- Allah s.w.t menyebut: {Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi?}
    Maksudnya ilmu Allah s.w.t meliputi segala benda dan di mana sahaja. Adakala Allah Allah s.w.t sebut Dia mengetahui semua yang berlaku, kadang meliputi tempat, perbuatan manusia walau bagaimana keadaan sekalipun, serta
  16. Maka jika beriman dan menghayati sifat Allah ini, faedahnya:
    i- Kita tidak akan muncul di tempat yang Allah s.w.t tidak mahu melihat kita.
    ii- Kita tidak akan hilang dari tempat yang Allah suruh kita berada. Contoh di masjid, solat jenaza h dan kubur, ziarah orang sakit dan lain-lain.
    *Maknany kita akan ada di tempat maksiat dan akan ada di tempat ibadat.
  17. Martabat susuanan kita beriman dengan taqdir Allah s.w.t ada 4:
    i- Isbatul-Ilmu- Kita yakin bahawa Allah s.w.t buat semua itu dengan ilmu-Nya.
    ii- Isbatul-Kitabah – Semuanya sudah tertulis di Lauh Mahfuz.
    iii- al-Masyi\’ah – Terjadi semuanya dengan kehendak Allah s.w.t.
    iv- Penciptaan makhluk.
  18. Bab seterusnya tentang kehebatan penciptaan Allah s.w.t, lemahnya manusia untuk berhadapan dengannya.
    🌺*Ayat 73- {Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).}
    (Al-Hajj 22:73)
  19. Dalam ayat ini Allah s.w.t menyeru sekelian manusia untuk menarik perhatian mereka agar membuka telinga untuk mendengar lalu agar terbuka hatinya.
    Wahai manusia!\” يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ
    Firman ini dituju kepada orang mukmin dan orang kafi, bagi orang-orang kafir sebagai penegak hujjah terhadapnya.
  20. Semua yang kamu seru dan kamu sembah selain daripada Allah s.w.t tidak akan mampu sekali-kali untuk mencipta walaupun seekor lalat ذُبَابًا yang kecil itu!!
  21. Jangan jadi seperti cerita seorang atheis yang mengaku boleh mencipta makhluk dengan memeram daging hatta berulat lalu mengaku dia cipta ulat itu! Lalu apabila ditanya berapa ekor semua ulat yang diciptanya itu? Terserlahlah kelemahannya.
  22. Hadis qudsi tentang manusia yang mengaku boleh mencipta makhluk.
  23. Allah juga memberi contoh jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya, ia juga tidak dapat memberinya balik.
  24. Allah s.w.t tutup ayat ini dengan menyatakan kelemahan kedua-dua yang disembah dan yang menyembah, serta bodonya penyembah dan lemahnya yang disembah.
  25. Lalat ini lawannya lebah. Lalat suka cari yang buruk dan busuk, lebah mencari yang baik dan wangi, menonjolkan yang baik dan tutup yang buruk. Maka jadilah mata lebah bukan mata lalat yang sentiasa mencari keburukan.
    🌺*Ayat 74- {Mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya (sebagaimana yang ditetapkanNya); sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.}
    (Al-Hajj 22:74)
  26. Orang kafir pastilah tidak hormat kepada Allah s.w.t, kata yang pelik-pelik, buat syirik menyekutukan Allah dengan sesuatu yang kecil dan lebih lemah dari lalat.
  27. Ini kerana mereka tidak mengenal dan tidak mengagungkan Allah dengan sebenar-benarnya dan selayaknya, menyamakan antara yang lemah dengan Yang Kuasa, dan menyamakan yang fakir dengan Yang Kaya.
  28. Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa, Dia boleh saja mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang melawannya.
    🌺*Ayat 75- {Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.}
    (Al-Hajj 22:75)
  29. Allah s.w.t memilih utusan-utusan-Nya ada dari kalangan malaikat dan juga dari manusia, yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w.
    *Adapun jin tidak disebut kerana mereka ikut manusia dan Rasulullah s.a.w.
  30. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
    🌺*Ayat 76- {Ia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka; dan kepada Allah jualah kembalinya segala urusan.}
    (Al-Hajj 22:76)
  31. Allah s.w.t juga mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, yang telah lepas dan yang akan datang.
  32. Serta ingatlah bahawa kepada Allah jualah kembalinya segala urusan.
    🎀 Penutup/Beberapa Faedah Ringkas:
  33. Allah s.w.t meminta kita untuk mendengar dan memerhatikan apa yang dinyatakannya dalam al-Quran, yakni bertafakkur dan bertadabbur perhatikan barulah mendapat faedah dari al-Quran.
  34. Orang kafir tidak meletakan dan memuliakan Allah dengan selayaknya
  35. Ayat 73, Allah s.w.t berfirman: مَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ
    Maksudnya: {Mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya (sebagaimana yang ditetapkanNya). [al-Haj: 73]
  36. Ini untuk mengisbatkan yakni penegasan:
    i- untuk mengagung diri-Nya.
    ii- untuk manusia hayati sifat-sifat Allah s.w.t.
    iii- untuk menyatakan bahawa Allah itu Esa/tunggal, tidak ada sekutu bagi-Nya.
    iv- menetapkan apa yang Allah turunkan kepada Nabi -Nya kena ambil dan ikut.
  37. Tiga tempat Allah sebut ayat ini dalam al-Quran:
    i- Surah al-Haj: 73 ini.
    ii- Surah az-Zumar: ayat 67: {Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya – – pada hari kiamat – dalam genggaman kuasa-Nya..}
    iii- Surah al-An\’am: ayat 91: {Dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya ketika mereka berkata: \”Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia..}.
  38. Orang yang betul-betul kenal Allah s.w.t akan meletakkan Allah ditempat yang selayaknya, mengagung dan memuliakn Allah serta tidak akan berani lagi menderhakai Allah s.w.t.
  39. Sesiapa yang menganggap suruhan Allah s.w.t itu kecil, dia tidak akan membuatnya, juga sesiapa yang angap larangan Allah itu kecil, dia akan berani langar dan buatnya.
  40. Semoga kita menjadi orang yang beriman dan mengagungkan Allah s.w.t. serta takut melanggar perintah Allah s.w.t sentiasa.
    Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs