SURAH AL-ISRA\’ : AYAT 2-3

\"\"

2) MUKJIZAT AL-ISRA\’ WA AL-MI\’RAJ, KEDUDUKAN NABI MUSA, KITAB TAURAT DAN BANI ISRAEL.

Full video: https://youtu.be/7ilr_foVPog

MUQADDIMAH: MUKJIZAT AL-ISRA\’ WA AL-MI\’RAJ:
1. Maha Suci Allah s.w.t yang telah membawa Nabi Muhammad s.a.w Al-Isra\’ Wa al-Mi\’raj (isra’ – berjalan malam dari Masjidilharam di Makkah menuju ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Manakala Mi\’raj – dinaikkan dari Baitulmaqdis ke langit)

2. Tujuannya supaya Rasulullah s.a.w dapat melihat dengan matanya sendiri secara realiti, di bawa dengan roh dan jasadnya, untuk memperlihatkan akan tanda-tanda dan kebesaran Allah s.w.t yang selama ini hanya didengarnya dari Jibril a.s. Ayat ini
mengandungi mukjizat yang besar, iaitu Mukjizat Isra\’ & Mi\’raj.

3. Rasulullah s.a.w telah melihat dan berjumpa sendiri dengan para nabi dan rasul sebelumnya. Sampai di langit pertama jumpa nabi Adam, langit kedua Yahya, ketiga Isa, keempat Idris, kelima nabi Harun A.s, langit keenam jumpa Musa a.s kemudian langit ketujuh jumpa datuknya nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul Makmur, yang seperti Ka’bah di bumi, tempat para malaikat bertawaf. Ini untuk menguatkan keteguhan iman dan dakwah Baginda s.a.w.

4. Akhir sekali ke sidratul muntaha, menerima fardhu solat, turun jumpa nabi Musa yang menasihat tentang banyaknya solat yang 50 waktu, minta kurang htta tinggal 5 waktu solat yang pahalanya sama juga seperti 50 solat, alhmdulilah.
*Kisah Isra\’ dan Mi\’raj ini dalam HR Muslim yang Panjang, juga boleh lihat dalam Kuliah-kuliah yang lepas.

AYAT 2- {DAN KAMI TELAH MEMBERIKAN NABI MUSA KITAB TAURAT, DAN KAMI JADIKAN KITAB ITU PETUNJUK BAGI BANI ISRAIL (SERTA KAMI PERINTAHKAN MEREKA): \”JANGANLAH KAMU JADIKAN YANG LAIN DARIPADAKU SEBAGAI TUHAN (UNTUK MENYERAHKAN URUSAN KAMU KEPADANYA)\”.} (AL-ISRAA\’ 17:2)

-Kedudukan Nabi Musa, Kitab Taurat dan Bani Israel.
1. Sebagaimana al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhamma s.a.w sebagai petunjuk dan bimbingan kepada manusia, Allah menceritakan tentang Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s setelah dia bermunajat di gunung Thursina, sebagai petunjuk dan bimbingan kepada kaumnya.

2. Nabi Musa a.s juga telah melalui peristiwa berjalan malam dari Madyan ke Mesir dengan keluarganya, lalu berjumpa api dan berkata-kata dengan Allah s.w.t sehingga Musa a.s dikenali sebagai Kalimullah – yakni yang berkata-kata dengan Allah s.w.t.

3. Sebutan bersama kisah persamaan antara al-Quran dan Taurat, antara kisah Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Musa a.s sebagai satu kemuliaan kepada Musa a.s

4. Kita Taurat itu sebagai petunjuk dan bimbingan kepada Bani Israel menuju kepada jalan kebenaran, iaitu supaya hanya menyembah Allah s.w.t dan hanya berserah diri kepada-Nya.

AYAT 3- {(WAHAI) KETURUNAN ORANG-ORANG YANG TELAH KAMI BAWA BERSAMA-SAMA DENGAN NABI NUH (DI DALAM BAHTERA)! SESUNGGUHNYA IA ADALAH SEORANG HAMBA YANG BERSYUKUR.} (AL-ISRAA\’ 17:3)

-Zuriat Nabi Nuh Yang Baik.
1. Bapa pertama manusia Adam a.s, manakala bapa kedua manusia adalah Nabi Nuh a.s. Jarak antara keduanya dikatakan 10 kurun. Wallahu a’lam.

2. Setelah Allah wahyukan kepada nabi Nuh bahawa tidak akan ada lagi kaumnya yang beriman maka dia berdoa agar mereka dimusnahkan. Lalu Allah s.w.t turunkan bencana banjir besar yang memusnahkn seluruh manusia kecuali yang selamat bersamanya di atas bahtera.

3. Lalu dia dianggap sebagai bapa umat manusia versi yang kedua. Semua manusia yang selamat selepas itu adalah dari keturunannya.

4. Allah ingatkan kaum bani Israel tentang asal keturunan mereka, dari nabi Nuh a.s supaya mereka bersyukur dan jangan kufur.

5. Keturunan nabi Nuh selepas itu terbahagi dua – yang baik dan terus beriman pada masa itu adalah kaum bani Israel, manakala yang satu lagi menjadi kufur selepas itu.

6. Jadi Allah s.w.t ingatkan bani Israel akan sejarah silam mereka yang selamat kerana beriman. Maka hendaklah mereka teruslah beriman dan ikutlah sifat nabi Nuh yang penyabar dan bersyukur.

7. Cara mensyukuri nikmat adalah dengan beribadat, buat kebaikan dan gunakan anugerah yang Allah beri kepada jalan ketaatan dan kebaikan.


Sunnah Rasulullah s.a.w diibaratkan seperti bahtera Nabi Nuh a.s, siapa yang naik ke atasnya akan selamat di dunia dan akhirat. Maka ikuti dan beramallah dengan Sunnah Baginda yang sahih, jangan termasuk dalam golongan mereka yang menokok-tambah dan menukar sunnah Nabi s.a.w.

PENUTUP: 16 PENGAJARAN DARI 3 AYAT INI.
1. Allah s.w.t muliakan nabi Muhammad s.a.w dengan peristiwa besar Isra\’ dan Mi\’raj serta bermunajat kepada Allah secara terus. Lalu disebutkan juga kisah Musa a.s yang seakan sama, dibawa berjalan malam, berjumpa Allah dan mendapat kitab Taurat sebagai petunjuk hidayah kepada kaumnya.
2. Allah s.w.t memuji nabi Nuh a.s kerana dia hamba yang bersyukur. Maka kita umat Nabi Muhammad s.a.w jika nak juga pujian dari Allah s.w.t maka ikutlah sifat nabi Nuh a.s dengan menjadi hamba yang bersyukur. Caranya adalah dengan banyakkan ibadat.
Contohnya- Rasulullah s.a.w yang melakukan solat malam sehingga bengkak kakinya.
**Kata AAM: Siapa yang tidak mampu buat ibadat, maka janganlah buat maksiat.
3. Allah s.w.t sebut Subhana Allah –menunjukkan akan diceritakan satu peristiwa yang ajaib. Ini kerana tasbih datang apabila Allah s.w.t menyebut benda-benda yang ajaib, yang menunjukkan kekuasaan-Nya yang agung. Maka peristiwa Isra\’ & Mi\’raj (berjalan satu jarak yang jauh, pergi dan balik pula hanya dalam satu malam, serta dakwaan naik ke langit) pastilah sesuatu yang amat ajaib bagi umat masa itu yang kenderaan utamanya hanyalah unta.
4. Allah s.w.t gunakan perkatan (Hamba) kepada Rasulullah s.a.w, apabila menceritakan kejadian yang agung ini, untuk menunjukkan ketinggian dan maqam yang mulia bagi seorang manusia adalah sebagai hamba Allah.
Allah s.w.t sebut maqam ubudiyyah kepada Nabi s.a.w ini dalam 3 ayat al-Quran:
i- Ketika naik ke langit – Dalam ayat 1 surah Isra\’.
ii. Ketika Nabi s.a.w bangun untuk beribadat/berdakwah dalam surah Jin ayat 19.
iii. Ketika Allah s.w.t ajar Nabi s.a.w untuk mencabar puak kafir quraisy tentang al-Quran. Surah al-Baqarah: ayat 23.
5. Allah s.w.t sebut: {…Hamba aku, supaya dia tengok..} jelas menunjukkan Nabi s.a.w berjalan dengan jasad dan rohnya sekali, bukan sekadar bermimpi. Inilah pegangan ahli Sunnah wal Jamaah.
6. Perkataa Isra\’ bermakna perjalanan awal malam. Bermula dari Makkah, menunjukkan kelebihan Tanah Haram Makkah, pahala 100,000 ribu kali solat untuk seluruh Tanah Haram Makkah.
7. Kenapa disebut atau dinamakan al-Haram, tanah Haram? Kerana tidak boleh (diharamkan) berperang padanya, tidak boleh bunuh binatang, cabut pokoknya, orang masuk kena berihram dan lain-lain kelebihan.
8. Allah s.w.t telah sebutkan tentang kebaikan bumi Syam dalam 5 ayat al-Quran:
i) Surah al-A’raf: 137, ii) Al-Isra\’: 1, iii & iv) Al-Anbiya’: 71,81, v) Saba’: 18.
9. Nabi s.a.w dibawa berjalan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian Mi\’raj ke langit. Dalil Mi\’raj itu selepas Isra\’, bukan hanya pergi setakat ke Baitul-Maqdis.
10. Allah s.w.t berfirman: {..Untuk menunjukkan kepada Nabi s.a.w sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya}. Kerana ayat ini majoriti para sahabat dan ulama\’ menngatakan Nabi s.a.w tidak melihat Allah s.w.t secara lansung pada malam itu, hanya bermunajat dengan-Nya.
11. Kenapa Allah s.w.t hanya menyebut Masjid Aqsa sahaja sebagai yang diberkati tidak Masjidil Haram? Ini kerana Masjidil Haram sudah diketahui, dikenali dan diakui quraisy akan kemuliaannya, manakala Masjid Aqsa sudah dilupakan manusia, akibat perancangan yahudi juga.
12. Kenapa disebut masjid yang jauh? Kerana akan ada masjid yang dekat selepas itu iaitu Masjid Quba’ dan Masjid Nabi s.a.w di Madinah.
13. Allah s.w.t sebutkan permulaan Isra\’ di Masjidil Haram ke Masjid Aqsa:
i- Untuk menunjukkan jauh perjalanan dan sebagai satu mukijizat.
ii- Sebagai isyarat menunujukkan Islam itu menyatukan seluruh nabi-nabi a.s sebelum ini bersama nabi Muhammd s.a.w. Bermula dari nabi Ibrahinm di Makkah kemudian para nabi lain di Syam juga Baitul-Maqdis kemudian kembali ke Makkah dengan nabi Muhammad s.a.w.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى المَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا
“Sesungguhnya (di antara keimanan itu) adalah keimanan bahawa manusia akan berkumpul di Madinah seperti mana ular akan kembali kepada sarangnya.” [HR al-Bukhari]
14. Allah s.w.t Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui tentang segala pengaduan kita dan apa yang terjadi atas muka bumi ini.
15. Disebut bersama 2org nabi- Muhammad s.a.w & Musa a.s, dan 2 kitab yang seolah berkembar- al-Quran & Taurat. Ini menunjukkn keduanya membawa Syariat yang sempurna dan kitab yang mulia.
16. Kenapa disebut Nuh a.s sebagai asal keturunan manusia, bukan nabi-nabi lain? Kerana dia mewakili dua kumpulan, yang baik dan jahat. Zuriyyah- keturunan zuriat anak cucu.

Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs