SURAH AN-NAMLI : AYAT 54-58

\"\"

KISAH NABI LUT DAN KAUMNYA, ANCAMAN MEREKA UNTUK MENGHALAUNYA, & AKHIRNYA LUT SELAMAT, MEREKA YANG BINASA.

Full video : https://youtu.be/3vl4ecqbBSQ

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini kita akan masuk kisah yang keempat dalam surah an-Namli. Bermula dengan kisah Nabi Musa a.s, Daud, Sulaiman a.s dan Soleh a.s.
  2. Inilah kisah yang amat menyayat hati tentang kaum Nabi Lut yang telah keluar dari fitrah kejadian asal manusia dengan melakukan perbuatan keji.
  3. Bermula dari ayat 54-58, kisahnya adalah kesinambungan dari surah asy-Syua\’raa\’ ayat 170-175 yang kisahnya agak panjang. Ayat-ayat ini seolah kesimpulan akan cerita kemusnahan mereka.
  4. Sebelum ini adalah tentang kisah Nabi Soleh a.s dan kaum Thamud. Susunan kisah ini adalah berdasarakan perjalanan Ratu Balqis dari Yaman ke istana Nabi Sulaiman a.s di Palestin, Syam. Selepas melalui kaum Thamud ini, mereka akan melalui pula kaum Lut ini sebelum tiba di Palestin, tiada kisah kaum Ad yang biasanya datang bersama kaum Thamud. Subhanallah betapa tersusun dan strategiknya setiap kesinambungan kisah dan surahnya al-Quran.
  5. Kata Usman bin Affan r.a: \”Mana-mana hati yang bersih, mencintai Allah, dia tidak akan jemu mendengar Kalamullah!\”
    Ya Allah semoga al-Quran menjadi penerang dan penenang hati dan jiwa kita, serta Syariahnya menjadi panduan hidup kita.

AYAT 54- {DAN NABI LUT JUGA (KAMI UTUSKAN); (INGATLAH PERISTIWANYA) KETIKA IA BERKATA KEPADA KAUMNYA: \”PATUTKAH KAMU MELAKUKAN PERBUATAN YANG KEJI SEDANG KAMU NAMPAK KEJINYA?} (AN-NAML 27:54)

  1. Allah s.w.t mengingatkan sekali tentang Nabi Lut yang diutuskan kepada kaumnya berkata: {Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?}
  2. Ulama\’ kata perbuatan keji ini adalah perbuatan liwat/homoseks, hubungan sama jenis. Nabi Nuh mengingkari perbuatan mereka ini.
  3. Ulama\’ menafsirkan maksudnya; {sedang kamu nampak kejinya?} وَأَنْتُمْ تُبْصِرُونَ
    i- Sedangkan mereka sedar bahawa perbuatan itu keji.
    ii- mereka melakukannya secara terang-terangan boleh dilihat.
  4. Allah juga nyatakan bahawa mereka adalah manusia pertama yang melakukan perbuatan keji ini. Perbuatan itu belum pernah dilakukan oleh seorang manusia pun sebelumnya, Surah al-Ankabut.
  5. Kaumnya ini berada di sebuah kawasan bernama Qura Sadum, Laut Mati di Jordan sekarang,

AYAT 55- {\”SESUNGGUHNYA KAMU MENDATANGI LELAKI, BUKAN PEREMPUAN, KERANA MEMUASKAN NAFSU SYAHWAT KAMU. (PERBUATAN KAMU ITU AMATLAH KEJI) BAHKAN KAMU KAUM YANG JAHIL (YANG TIDAK MENGETAHUI AKAN AKIBATNYA)\”.} (AN-NAML 27:55)

  1. Perbuatan liwat sejenis ini mereka lakukan kerana memang minat perbuatan jahat itu, untuk memuaskan nafsu syahwat bukan kerana tiada perempuan.
  2. Perbuatan itu amat jahat dan keji, mereka adalah kaum yang jahil dan bodoh, yang tidak mengetahui akibat perbuatan mereka, secara tabiat ataupun hukum syara\’.

AYAT 56- {MAKA KAUMNYA TIDAK MENJAWAB SELAIN DARI BERKATA: USIRLAH LUT DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA DARI BANDAR KAMU INI; SESUNGGUHNYA MEREKA ADALAH ORANG-ORANG YANG MENDAKWAKAN DIRINYA BERSIH SUCI\”.} (AN-NAML 27:56)

  1. Lalu jawapan kaumnya tidak lain hanya dengan mengatakan, \”Usirlah Lut dan keluarganya dari negeri kita ini.\”
    2, Mereka mengatakan Lut dan pengikutnya adalah golongan yang mengaku suci. Yakni enggan mengerjakan apa yang mereka kerjakan dan tidak menyetujui dan mengiktiraf perbuatan mereka itu.

AYAT 57- {LALU KAMI SELAMATKAN NABI LUT DAN KELUARGANYA SERTA PENGIKUT-PENGIKUTNYA, KECUALI ISTERINYA, KAMI TAKDIRKAN DIA MENJADI DARI GOLONGAN YANG TERTINGGAL DALAM AZAB.} (AN-NAML 27:57)

  1. Lalu sebelum itu Allah s.w.t perintahkan agar Nabi Lut dan pengikutnya yang beriman agar segera keluar dari Qura Sadum itu sebelum subuh lagi.
  2. Kecuali isterinya, yang tidak ikut keluar bersamanya kerana dia adalah penyokong kaumnya, dia telah mengkhianati suaminya Nabi Lut a.s. Lalu dia menjadi antara yang binasa dalam azab itu.
    Kata Ibnu Kathir, dia bukan terlibat dengan perbuatan keji itu, cuma redha dan menyokong perbuatan kaumnya.
  • Kata Ibnu Abbas r.a: Kita kena letakkan dalam fahaman kita bahawa tidak akan pernah para isteri nabi-nabi itu terlibat dalam perbuatan fahisyah (keji) seperti zina dan seumpamanya, cuma fahaman dan sikapnya yang jahat.
  • Penafian dan penjelasan ini adalah sebagai penghormatan terhadap nabi Lut a.s. dan nabi-nabi lain, bukan terhadap isterinya.
  1. Rasulullah s.a.w bersabda: \”Empat tanda kebahagiaan; Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang elok. Manakala 4 tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.\” [HR Ibnu Hibban (4032) di dalam Sahihnya]

AYAT 58- {DAN KAMI HUJANI MEREKA DENGAN HUJAN YANG MEMBINASAKAN, MAKA AMATLAH BURUKNYA HUJAN AZAB YANG MENIMPA ORANG-ORANG YANG TELAH DIBERI AMARAN.} (AN-NAML 27:58)

  1. Lalu Allah s.w.t binasakan mereka dengan turunnya hujan azab iaitu hujan batu dari tanah keras yang dibakar, serta diterbalikkan bumi mereka sesuai dengan perbuatan songsang atau terbalik mereka itu.
  2. Azab itu juga didatangkan selepas mereka diberi amaran dan peringatan, tetapi tidak menghiraukannya.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 57 – {Kecuali isterinya..} – menunjukkan tidak menjamin keselamatan orang yang ada hubungan atau berhubung dengan orang soleh atau ulama\’, jika bukan dia sendiri yang soleh atau beramal soleh.
  2. Ayat 54 {ketika ia berkata kepada kaumnya}, yakni Nabi Nuh a.s diutuskan khas hanya kepada kaumnya penduduk Qura Sadum ini sahaja, bukan seperti nabi kita Rasulullah s.a.w yang diutuskan kepada seluruh manusia.
  3. Ayat 55- {sesungguhnya ia adalah perbuatan keji}- yakni perbuatan homoseks dan liwat ini satu perbuatan terkeji dan dilaknati.
    Hadis Rasulullah s.a.w: \”Dilaknat golongan yang melakukan perbuatan kaum Lut\” 3 x.
  4. Ayat 54- {sedang kamu nampak kejinya?} – bahawa mereka sedar kekejian perbuatan buruk itu, juga mereka berani melakukan perbuatan itu terang-terangan. Sama seperti fenomena hari ini, isu LGBT menjadi sesuatu yang normal dan diterima.
  5. Ayat 55 – {kerana memuaskan nafsu syahwat kamu} – mereka lakukan kerana memang minat perbuatan jahat itu, untuk memuaskan nafsu syahwat. Jika buat atau meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya, maka itulah orang yang bodoh, kerana mereka tidak tahu apa yang sepatutnya mengikut tabi\’i yang sihat.
  6. Ayat – {usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya} – yang mahu usir atau beri idea ini tidak ramai, mereka hanya jurucakap sahaja, tetapi kerana yang lain diam dan ikut sahaja maka dikira mereka semua dianggap berdosa kerana ini juga.
  7. Ayat 57 { dan keluarganya} – menunjukkan bahawa seorang isteri itu termasuk dalam ahli atau keluarga. Ini untuk melawan hujjah Syiah yang tidak mahu memasukkan UM Aisyah sebagai Aalul-Bait Rasulullah s.a.w.
  8. Ayat 57 – {Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab.} Allah nasihatkan nabi Lut agar jangan sedih kerana ia sudah ditaqdirkan menjadi orang yang binasa itu. Ini menunjukkan satu taqdir yang telah ditetapkan maka terimalah. Sama seperti taqdir isteri nabi Nuh a.s.
  9. Ayat {Dan Kami hujani mereka..} – وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ menunjukkan hujan itu sesuatu yang diturunkan dari atas, dan semua yang jatuh itu dipanggil hujan samada air, batu, peluru, bom dan sebagainya. Azab ke atas setiap kaum itu mengikut kesesuaian yang dibuat.
  10. Perhatian: Dakwah Nabi Lut kepada kaumnya dalam kisah mereka adalah hanya tentang larangan dari melakukan perbuatan keji sahaja tetapi tidak dari segi akidahnya. Kenapa, apa sebabnya? Kata ulama\’ mungkin keadaan mereka:
    i- kerana mungkin mereka sudah beriman cuma melakukan perbuatan keji ini, mereka-reka maksiat baru secara terang-terangan.
    ii- ada juga kata mereka diazab kerana memang musyrik dan kafir, serta perbuatan itu juga. Maka kerana itu tidak disebut dalam al-Quran masalah kesyirikan mereka kerana fokusnya isu liwat itu yang lebih mendesak,
    iii- Adapun jika mereka adalah kafir, tetapi kerana Nabi Lut lihat perbuatan mereka yang amat keji ini, lebih rendah dari perbuatan haiwan; maka dakwahnya lebih ditekan dan difokuskan kepada isu ini.
    iv- Kata ar-Razi rhm.: Nabi Lut adalah sezaman dengan kaum Nabi Ibrahim a.s. Maka Ibrahim sibuk dengan dakwah tauhid manakala nabi Lut pula sibuk dengan isu ini. Bukan dia tidak berdakwah kepada tauhid, cuma tidak disebut kerana mahu fokus kepada satu tajuk. Tentang dakwah tauhid pastilah ada juga kerana setiap nabi-nabi itulah asas dakwahnya, tauhid kepada mengesakan Allah s.w.t dan meninggalkan syirik dan taghut
    v- Kata Syeikh Ahmad Abdul Halim rhm. pula: Kaum Lut ini adalah kafir, kafir pula dari banyak sudut:
    a- mereka menghalalkan (fahisyah) benda jahat. Iaitu homoseks.
    b- kafir dari segi syirik kepada Allah s.w.t.
    c- kafir kerana mendustakan rasul, dustakan apa yang dibawa oleh nabi Lut a.s.
    yakni semua syirik itu ada cuma yang terserlah zahir dalam kaum ini adalah fahisyah homoseks ini.
    Begitulah setiap kisah yang Allah s.w.t ceritakan ini jika kita tadabburkannya akan ada ilmu dan maklumat baru yang dapat kita kutip.

Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs