SURAH FUSSILAT : AYAT 40-43

\"\"

ANCAMAN TERHADAP GOLONGAN MULHID, PERBEZAAN ANTARA AHLI NERAKA DAN SYURGA & QURAN YANG TEGUH TIDAK BOLEH DISELEWENGKAN.

Full video : https://youtu.be/a91je42US0Q

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini disebut tentang Ancaman dari Allah s.w.t Terhadap Golongan Mulhid yang menyimpang dari ajaran al-Quran dan menolak ayat-ayat al-Quran.
  2. Kemudian Allah s.w.t minta kita fikir tentang Perbezaan Antara Ahli Neraka Dan Syurga. Pasti sangat jauh, di dunia ini kita cuba bayangkan antara rumah dan penjara, antara hotel & hospital; pasti tidak sama amat berbeza, apatah lagi tempat azab siksa dan nikmat yang berkekalan!
  3. Kemudian Allah s.w.t beri jaminan bahawa Quran Yang Teguh dijaga oleh Allah s.w.t, ia Tidak Boleh Diselewengkan, tidak boleh diubah, ditukar atau ditiru. Sudah berapa ramai yang rebah dan kecundang kerana mereka cuba nak kacau dan seleweng al-Quran.
  4. Siapa nak dengar Allah s.w.t bercakap dengan dia maka bacalah al-Quran. Ini kerana Allah s.w.t akan menyeru kita manusia dengan panggilan (يَاأَيُّهَا النَّاسُ), (يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا), (يا عبادي) dan lain-lain panggilan yang baik-baik bagi orang yang beriman.

Manakala jika kita nak bercakap dengan Allah, kita solat. Maka jagalah perhubungan kita dengan Allah ini agar jangan putus dan mesti rapat. Dalam al-Quran hanya ada larangan dan perintah, serta mengajar apa yang baik bagi manusia serta menjauhkannya dari benda yang buruk untuk mereka.

  1. Munasabah ayat: Dalam ayat-ayat yang lepas Allah s.w.t menyebut mulianya sifat para pendakwah yang mengajak manusia kepada Tauhid kepada Allah s.w.t, beriman kepada kebangkitan semula jangan berani buat maksiat serta memberi amaran kepada mereka yang menentang.

Maka Allah s.w.t bawa ayat ini yang khas memberi amaran untuk mereka menyeleweng ayat-ayat al-Quran dengan beberapa maknanya.

AYAT 40 – {SEBENARNYA ORANG-ORANG YANG MENYELEWENG DARI JALAN YANG BENAR MENGENAI AYAT-AYAT KETERANGAN KAMI, TIDAK TERSELINDUNG KEADAAN MEREKA DARI (PENGETAHUAN) KAMI. (KALAU SUDAH DEMIKIAN), MAKA ADAKAH ORANG YANG DIHUMBANKAN KE DALAM NERAKA LEBIH BAIK, ATAU ORANG YANG DATANG DALAM KEADAAN AMAN DAN SELAMAT PADA HARI KIAMAT? (KATAKANLAH KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYELEWENG ITU): \”BUATLAH APA YANG KAMU SUKA, SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MELIHAT AKAN APA YANG KAMU LAKUKAN (DAN AKAN MEMBALASNYA)\”.} (FUSSILAT 41:40)

  1. Allah s.w.t menegaskan bahawa tidak terselindung dari pengetahuan-Nya orang-orang yang menyeleweng (يُلْحِدُونَ) dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan yang dibawa oleh al-Quran.
  2. Makna menyeleweng (يُلْحِدُونَ) dalam bab ini ialah:
    i- mendustakan al-Quran.

ii- mengejek-ngejeknya, ini syair, rekaan Muhammad dan seumpamanya.

iii- berdegil dan menentangnya.

iv- memutar serta mengubah maksudnya. Ambil Quran hanya ayat-ayat yang dia setuju dan salahguna dengan tafsir yang salah, ikut selera nafsunya.

v- menyessuaikan dengan tujuan dan fahaman yang salah.
Buat tafsiran ikut kehendaknya, yang salah dan batil.

vi- menyembunyikan fakta/menyekat ayat-ayat yang mereka tidak mahu.

vii- hanya dibenarkan baca al-Quran tanpa menafsirnya.
Ada juga yang tafsir
tetapi tidak percayainya kecuali dengan menakwilnya.

  1. Tetapi ingat, kamu buatlah apa saja terhadap al-Quran, Allah s.w.t mengetahuinya, maka kamu tunggulah balasannya nanti!
  2. Allah memberi amaran keras dengan berfirman: {maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam neraka lebih baik, atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat?}
  3. Munasabah ayat: Setelah dinyatakan antara jalan yang benar dan jalan yang batil, tetapi kamu tidak mahu dengar juga, maka buatlah apa yang kamu suka wahai puak kafir! Apa yang kamu pilih adalah jalan yang sesat, salah dan batil yang akan membawa ke neraka.
  4. Sekali lagi Allah s.w.t beri amaran- tetapi ingat; {Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan dan akan membalasnya.}

AYAT 41- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG KUFUR INGKAR TERHADAP AL-QURAN KETIKA SAMPAINYA KEPADA MEREKA, (AKAN DITIMPA AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI); SEDANG AL-QURAN ITU, DEMI SESUNGGUHNYA SEBUAH KITAB SUCI YANG TIDAK DAPAT DITANDINGI,} (FUSSILAT 41:41)

  1. Ayat 40 secara umumnya amaran kepada orang yang seleweng (ilhad) al-Quran secara umum.
  2. Ayat 41 ini pula fokus dan khas kepada mereka yang ilhad kepada ayat-ayat al-Quran. Apabila al-Quran datang kepada mereka, mereka menolak, mendusta dan mengejeknya.
  3. Maka mereka akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi dengan sebab perbuatan mereka itu, ilhad terhadap ayat al-Quran.
  4. Sedangkan Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang mulia, yang tidak dapat ditandingi. (لَكِتَابٌ عَزِيزٌ).
  5. Ulama\’ kata makna mulia (عَزِيزٌ) itu adalah terjaga dan terkawal. Tiada orang yang boleh lawan, kacau, tiru dan khianatinya.
  6. Perbezaan ejaan kitab (كِتَابٌ) dalam resam (tulisan) Uthmani:
    i- tanpa alif- (كِتَبٌ) maksudnya Kitab al-Quran ini.
    ii- ada alif (كِتَابٌ)- maknanya kitab secara amali, seperti tempoh ajal.

AYAT 42 – {YANG TIDAK DAPAT DIDATANGI SEBARANG KEPALSUAN DARI MANA-MANA ARAH DAN SEGINYA; IA DITURUNKAN DARI TUHAN YANG MAHA BIJAKSANA, LAGI MAHA TERPUJI.} (FUSSILAT 41:42)

  1. Sifat al-Quran itu:
    i- Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya;
    ii- ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.
  2. Kisah seorang pakar Matematik & Theology non-muslim, Gary Miller yang diberi tugas oleh Kerajaan Kanada untuk mencari kelemahan al-Quran untuk menyerang dan merendahkannya.
  3. Tetapi masya\’ Allah yang dijumpainya ialah keajaiban dan mukjizat al-Quran yang agung, lalu dia mendapat hidayah dan menjadi seorang muslim yang celik.
    Dia menulis pula buku yang bertajuk: The Amazing Quran,
  4. Antara jenayah besar yang dibuat oleh para penjajah apabila mereka masuk menjajah ke negara-negara Islam ialah menukar undang-undang Islam yang ada kepada undang-undang kafir!
    Jenayah ini disambung pula oleh anak-anak orang Islam sendiri walaupun negara sudah merdeka dan penjajah sudah tiada!
    Yang terus mendokong dan mempertahankan undang-undang kafir penjajah yang sekular.
  5. Pantun yang sering diucapakn oleh TG Haji Abdul Rahman rhm.:
    Harimau mati tinggal belang,
    Orang putih lari tinggalkan perasaan dan undang-undang!
  6. al-Quran ini adalah sebuah kitab yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji. Iaitu:
    i- Hakim (حَكِيمٍ) yang maha bijaksana yang adil yang meletakkan segala sesuatu pada tempatnya.
    ii- Hamid (حَمِيدٍ) – yang Maha terpuji yakni maha sempurna dan selamat dari segala kekurangan.

AYAT 43 – {APA YANG DIKATAKAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD, DARI CELAAN-CELAAN GOLONGAN YANG INGKAR, TIDAK LAIN) HANYALAH SEPERTI YANG PERNAH DIKATAKAN KEPADA RASUL-RASUL YANG TERDAHUHU DARIPADAMU. (OLEH ITU BERSABARLAH DENGAN CEKAL HATI MENGHADAPINYA), SESUNGGUHNYA TUHANMU BERKUASA PENUH MELIMPAHKAN KEAMPUNANNYA (KEPADA ORANG-ORANG YANG TAAT), DAN BERKUASA PENUH MENIMPAKAN AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA (KEPADA ORANG-ORANG YANG INGKAR).} (FUSSILAT 41:43)

  1. Allah s.w.t menenangkan hati Rasulullah s.a.w dengan menyuruhnya bersabar atas tentangan dan celaan-celaan dari golongan yang ingkar. Ini kerana semua ini sama sahaja, ia juga yang telah terjadi kepada Rasul-rasul yang terdahuhu daripadamu. Begitru juga para pendakwah yang mahu ikut Nabi akan kena juga. Maka jangan takut dan sedih.
  2. Sesungguhnya Allah s.w.t berkuasa penuh melimpahkan keampunan-Nya kepada orang-orang yang taat dan mengikut perintah-Nya. (لَذُو مَغْفِرَةٍ). Ya Allah jadikan kami orang yang beriman dengan-Mu, yang taat dan beramal dengan al-Quran lalu mendapat limpah kurnia dan keampunan-Mu.
  3. Tetapi ingat! Allah s.w.t juga berkuasa penuh menimpakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya kepada orang-orang yang ingkar. (وَذُو عِقَابٍ أَلِيمٍ)
  4. Firman Allah s.w.t: {Dan (ingatlah) sesungguhnya Tuhanmu Amat melimpah keampunan-Nya bagi manusia (yang bertaubat) terhadap kezaliman mereka, dan sesungguhnya Tuhanmu juga amatlah keras balasan azab-Nya (terhadap golongan yang tetap ingkar).} (Ar-Ra\’d 13:6)
  5. Kerana itu dalam perjalanan hidup kita mesti seperti burung yang terbang dengan dua sayap. Kita hidup antara harap dan takut (الرجاء والخوف).
    Bila kita baca ayat siksa, kita akut untuk buat maksiat langgar perintah Allah s.w.t dalam masa yang sama sentiasa berharap kepada rahmat dan pengampunan Allah s.w.t!
  6. Jika tidak hidup kita samada akan menjadi:
    i- pincang dan tidak seimbang, menjadi manusia yang kecewa dan takut tidak bertempat.

ii- atau menjadi manusia sekular yang tidak takut kepada Allah kerana terlalu besar pengharapannya bahawa Allah s.w.t itu Maha Pengampun.
Dakwa mereka berapa ramai ahli maksiat dulu yang mati dan berakhir dengan seolah kebaikan dan seumpamanya.
Sedangkan mati setiap manusia itu tidak sama dan tiada siapa yang tahu pengakhirannya.
Apa yang kita mahu dan sentiasalah berdoa untuk mati dalam husnul al-Khatimah.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 40 – {Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami.}- kata Ibnu Abbas r.anhuma, seorang sahabat yang terkenal sebagai ulama\’ yang pakar dalam bidang tafsir al-Quran: Erti menyeleweng ayat al-Quran ialah orang yang meletakkan ayat al-Quran bukan pada tempatnya.

Kerana itu kita kena belajar tafsir, sabab nuzul; bukan ambil al-Quran dan pasang ikut suka hati dan ikut sir.

Maka ayat ini menolak orang yang menafsir al-Quran mengikut seleranya bukan ikut kefahaman al-Quran itu sendiri. Sebagaiman yang dibuat oleh golongan batiniyyah yang menafsirnya ikut fahaman batinnya, dia itu aku, aku tu dia, tuhan dalam poketnya dan sebagainya. Begitu juga golongan ahli tasauf yang melampau. Kita boleh periksa senarai golongan ajaran sesat ini dengan majlis agama negeri masing-masing.

  1. Ayat 40 – {(Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam neraka lebih baik, atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat?}- kata ulama\’ boleh kita buat bandingan walaupun tidak sama untuk meruntuhkan hujjah puak yang menentang. Boleh kita buat perbandingan yang nampak dengan mata supaya jelas.

Allah juga kata: {\”Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)\”.}- ayat ini lebih berupa amaran kepada orang yang tidak mahu dengar al-Quran, buatlak apa yang kamu mahu, tetapi ingat Allah s.w.t tengok dan tahu semuanya dan akan membalasnya!

  1. Ayat 41- {sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi,}- ayat ini adalah jaminan dari Allah s.w.t bahawa al-Quran tidak boleh diseleweng dan diubah dari sudut isi kandungan dan faktanya.
    Tidak mungkin orang kafir nak khianati al-Quran dari sudut manapun, cuma kita kena akui orang kafir telah berjaya menjauhkan orang Islam dari al-Quran.

Firman Allah s.w.t: {Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.} (Al-Hijr 15:9)
Inilah ayat yang viral baru-baru ini tentang kelebihannya yang tidak sahih dan tiada sumber.

  1. Ayat 42 – {Ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.}- kita kena yakin dan percaya kepada al-Quran kerana ia turun dari Allah:
    i- Yang Maha Bijaksana, (حَكِيمٍ)- yakni tiada manusia yang berhak untuk menggubal undang-undang, hukum-hakam, halal-haram tanpa bersandarkan kepada al-Quran. Hanya golongan sekular yang berani membuatnya, orang yang beriman tidak akan buatnya. Jangan sekali-kali cabar undang-undang Tuhan.

ii- lagi Maha Terpuji (حَمِيدٍ)- yakni sempurna dan terpuji daripada segala kekurangan.

  1. Ayat 43 – {Sesungguhnya Tuhanmu berkuasa penuh melimpahkan keampunanNya (kepada orang-orang yang taat), dan berkuasa penuh menimpakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (kepada orang-orang yang ingkar).}- seperti biasa kita berjalan dan hidup ini kena ada dua sifat

Kata Imam Ahmad rhm.: Sepatutnya bagi orang yang berjalan kepada Allah mempunyai dua sifat ini antara harap dan takut (الرجاء والخوف) yang seimbang dan sama banyak. Jika mana-mana kumpulan yang tidak seimbang (50-50) sifat ini maka dia akan binasa dan kecundang.
i- terlalu takut akan jadi kecewa, stress bahkan ada yang gila isim.
ii- terlalu berani pula akan jadi sekular, liberal dan seumpamnya.

Kita mesti seimbang mudah-mudahan kita akan selamat insya\’ Allah.

Powered by BetterDocs