SURAH AS-SOFFAT : AYAT 106-113

\"\"

MIMPI SEMBELIH ANAK MERUPAKAN UJIAN, ALLAH S.W.T GANTIKAN DENGAN KIBASY & IBRAHIM A.S MENDAPAT BERITA GEMBIRA LAGI.

Full video : https://youtu.be/gzSAzcIg9no

MUQADDIMAH :

  1. Siri ini adalah sambungan kepada kisah Nabi Ibrahim a.s yang diuji oleh Allah s.w.t . Setelah dia tua, dikurniakan anak dihujung usia, kemudian Allah perintahkan untuk bawa anaknya di Wadi yang tandus pada masa itu iaitu Makkah dan meninggalkannya di situ.
  2. Lalu Allah rezekikan mereka telaga Zamzam serta menjadi tempat tumpuan orang ramai berhijrah seperti kabilah Jurhum dari Yaman dan lain-lain kabilah yang menempati Makkah sehingga menjadi makmur.
  3. Kemudian setelah anak yang disayangi itu besar dan bijak, sekali lagi Allah s.w.t uji Nabi Ibrahim dengan memerintahnya untuk menyembelih anaknya Ismail yang penyabar dan tenang itu (حَلِيمٍ).
  4. Tetapi itu semua hanya ujian dari Allah s.w.t untuk mengangkat darjat Khalilullah Ibrahim dan Ismail a.s.
    Kita tengok dalam siri ini melalui ayat seterusnya, apakah kesudahan episod ini.

AYAT 106- {SESUNGGUHNYA PERINTAH INI ADALAH SATU UJIAN YANG NYATA;} (AS-SAAFFAAT 37:106)

  1. Allah s.w.t sendiri mengatakan ini adalah satu ujian yang nyata (الْبَلَاءُ الْمُبِينُ).
    Allah gunakan beberapa perkataan ta\’kid dalam ayat ini beberapa kali. Sesungguhnya ini adalah (إِنَّ هَذَا لَهُوَ) satu bala.
  2. Firman Allah s.w.t {Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: \”Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia\”.
    Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: \”(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)\”.
    Allah berfirman: \”(Permohonanmu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.\”} (Al-Baqarah 2:124)

AYAT 107- {DAN KAMI TEBUS ANAKNYA ITU DENGAN SEEKOR BINATANG SEMBELIHAN YANG BESAR;} (AS-SAAFFAAT 37:107)

  1. Lalu Allah s.w.t katakan kami telah tebus Ismail dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan subur sebagai ganti dirinya.
  2. Kata Ibnu Kathir dia telah ditebus dengan binatang itu, iaitu seekor Kibasy (kambing biri-biri).
  3. Kenapa kibasy itu dikatakan besar/mulia (عَظِيمٍ).
    i- ada ulama\’ kata maknanya gemuk badannya.

ii- besar nilainya kerana sebagai tebusan kepada Ismail.

iii- Syariat sembelih korban selepas itu menjadi stau Syari\’ah yang dianjurkan setiap kali hari Raya Idil Adha sehingga hari Kiamat. Maka ia agung, kerana telah manjadi satu syiar ibadat dalam Islam.

  1. Menurut Ibnu Abbas r.a bahawa seekor sembelihan itu adalah kibasy atau kambing yang menurut sejumlah riwayat disebut berasal dari syurga. Ibnu Abbas berkata, \”Kibas itu adalah yang dipersembahkan oleh Habil untuk mendekatkan diri kepada Allah, yang dipelihara di syurga sehingga diguna bagi menebus Ismail.\”
  2. Menurut riwayat Ibnu Abbas, yang dikuatkan dengan sumpah \”Demi Allah yang menguasaiaku dalam genggaman tangan-Nya.\” – sehingga kehadiran Islam, masih terdapat tanduk kibasy tebusan Ismail itu digantung oleh orang Quraisy di dinding Ka\’bah, sebagai suatu barang yang bernilai sejarah.

Setelah terjadi satu kebakaran di Ka\’bah pada suatu masa, barulah tanduk yang telah digantungkan beratus-ratus tahun itu turut hangus kerana kebakaran itu.

  1. Hadis bahawa Rasulullah s.a.w pernah tengok juga tanduk itu:
    Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah masuk ke dalam Ka\’bah dan melihat tanduk itu masih tergantung di dinding Ka\’bah lalu Baginda bersabda kepada seorang penjaga kunci bernama \’Uthman bin Thalhah (penjaga kunci Ka\’bah):
    \”Aku lupa untuk menyuruhmu menutup dua tanduk kibasy itu (dari pandangan orang ramai). Maka sesungguhnya tidak sepatutnya ada di rumah Allah sesuatu yang mengganggu orang yang solat.\” (HR Abu Daud).

Ini supaya tidak menganggu kekhusyukan orang solat dengan memandang tanduk itu.

  1. Untuk bacaan lanjut tentang kisah hijrah Ibrahim & Ismail, kisah Zamzam dan korban, boleh tengok buku: Makkah Kelebihan dan Sejarah. http://www.dartaibah.com/#!/~/search/keyword=makkah

AYAT 108- {DAN KAMI KEKALKAN BAGINYA (NAMA YANG HARUM) DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG DATANG KEMUDIAN:} (AS-SAAFFAAT 37:108)

  1. Allah s.w.t memuji Ibrahim dan menyebutnya dengan sebutan dan nama yang baik sehingga ke hari Kiamat.
  2. Kita para muslimin di seluruh dunia, setiap hari tidak kurang dari 5 kali sehari membacakan selawat ke atas Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad s.a.w dalam setiap solat kita.
  3. Sila dapatkan risalah susunan Abu Anas- Selawat Yang Afdhal & Sahih. Pamplet atau PDF semua ada.

AYAT 109- {\”SALAM SEJAHTERA KEPADA NABI IBRAHIM!\”.} (AS-SAAFFAAT 37:109)

  1. Salam sejahtera dan pujian yang baik ke atas Ibrahim. Sejak dari dulu sehingga ke hari ini dan Kiamat. Tiada orang yang menyebutnya dengan sebutan yang tidak baik!
  2. Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah agama datuk nenek kita iaitu agama Nabi Ibrahim.
  3. Allah s.w.t telah beri keamanan dunia akhirat kepada Ibrahim dengan orang berselawat ke atasnya sehingga ke hari Kiamat.
  4. Ulama\’ Islam Al-hafiz Ibnu Hajar telah mengatakan selawat yang paling afdhal ialah selawat Ibrahimiyyah yang diajar sendiri oleh Rasulullah s.a.w maka janganlah cari yang lain lagi.

AYAT 110- {DEMIKIANLAH KAMI MEMBALAS ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MENGERJAKAN KEBAIKAN.} (AS-SAAFFAAT 37:110)

  1. Allah s.w.t akan membalas begitu juga kepada semua orang yang berbuat kebaikan (الْمُحْسِنِينَ) atas dunia ini dengan kebaikan seperti dibalasnya kepada Ibrahim.

AYAT 111- {SESUNGGUHNYA NABI IBRAHIM ITU DARI HAMBA-HAMBA KAMI YANG BERIMAN.} (AS-SAAFFAAT 37:111)

  1. Satu lagi pujian Allah s.w.t ke atas Nabi Ibrahim- bahawa dia adalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t (الْمُؤْمِنِينَ), ikhlas dan benar dalam ibadatnya kepada Allah.
  2. Kerana itu kita kena ikhlaskan ibadat kepada Allah s.w.t jauhkan syirik samada:
    i- syirik akbar (الأكبر) yang zahir dan nampak jelas iaitu menyembah selain daripada Allah.
    ii- syirik yang tak nampak (khafiy- الخفي) iaitu yang tersembunyi dalam hati, iaitu apabila kita lakukan ibadat kerana riya\’ nak tunjuk kepada orang dan seumpamanya. Juga amat merbahaya dan ditakuti.

AYAT 112- {DAN KAMI PULA BERIKAN KEPADANYA BERITA YANG MENGEMBIRAKAN, BAHAWA IA AKAN BEROLEH (SEORANG ANAK): ISHAK, YANG AKAN MENJADI NABI, YANG TERHITUNG DARI ORANG-ORANG YANG SOLEH.} (AS-SAAFFAAT 37:112)

  1. Kerana Ibrahim ini seorang mukmin yang ikhlas Allah s.w.t tambahkan lagi nikmat kurniaan kepadanya.
  2. Iaitu Ibrahim akan diberikan seorang lagi anak yang soleh dan akan menjadi seorang nabi juga iaitu Ishak melalui isterinya Sarah. Yang darinya akan lahir para nabi juga seperti Ya\’kub, Yusuf, Musa dan lain-lain, ini adalah jalur bani Israil yang menetap di Palestin dan Syam.
  3. Manakala dari jalur nabi Ismail (ibunya Hajar) ialah keturunan Arab yang menetap di Makkah. Dari sinilah melalui kaum Quraisy sehingga kepada Nabi Muhammad, Rasulullah s.a.w.

AYAT 113- {DAN KAMI LIMPAHI BERKAT KEPADANYA DAN KEPADA (ANAKNYA): ISHAK; DAN DI ANTARA ZURIAT KETURUNAN KEDUANYA ADA YANG MENGERJAKAN KEBAIKAN, DAN ADA PULA YANG BERLAKU ZALIM DENGAN NYATA, TERHADAP DIRINYA SENDIRI.} (AS-SAAFFAAT 37:113)

  1. Kemudian Allah limpahkan berkat kepadanya, Ibrahim dan anaknya Ishak. Keberkatan kerana anak cucunya ramai yang menjadi nabi dan orang soleh.
  2. Ada juga ulama\’ yang berpendapat maksud Kami limpahkan keberkatan ke atasnya (وَبَارَكْنَا عَلَيْهِ) ini adalah kepada Ibrahim, serta Ismail dan Ishak, yakni kedua-dua anak Ibrahim yang berlainan ibu ini.
  3. Allah juga menyatakan selepas itu daripada zuriat keturunan keduanya ini:
    i- ada yang soleh dan terus melakukan kebaikan (مُحْسِنٌ) yang mantap imannya,

ii- manakala ada juga yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ) dengan nyata. Iaitu samada zalim dengan melakukan syirik atau zalim dengan melakukan maksiat terhadap Allah s.w.t. Nau\’zubillah kita minta perlindungan dari Allah s.w.t.

  1. Ayat ini memberi beberapa pengajaran kepada kita:
    i- apabila seseorang itu tegas dengan prinsip akidah dan tinggi tawakkalnya kepada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan memberinya anugerah yang besar, khabar gembir dan berkat kepadanya.
  2. Apabila Allah s.w.t menyebut akan kehebatan dan kebaikan Nabi Ibrahim a.s, Allah s.w.t menyebut pula tentang kebaikan dan kemuliaan anak cucu dari zuriatnya pula.
    Inilah kebahagiaan yang tiada tandingannya bagi seorang manusia, apabila dia bahagia dan soleh, lalu anak cucunya juga semua beriman, taat, soleh dan solehah!
    Itulah kebahagiaan di atas dunia ini, di Akhirat nati Allah s.w.t akan tentukan pula insya\’ Allah!

Penutup/Beberapa Faedah Ringkas :

  1. Ayat 106- {Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;}- iaitu arahan menyembelih anak ini adalah satu ujian yang amat berat!
    Ini menunjukkan setiap apa yang Allah s.w.t taqdirkan ke atas seorang mukmin samada yang baik atau yang tidak baik, semuanya mengandungi hikmah dan kebaikan di sisi Allah s.w.t!
    Ujian Allah itu samada:
    i- untuk menaikkan darjatnya lagi.
    ii- untuk menyedarkan hamba-nya yang lalai dan lagha.

Maka wajib kita bersabar menghadapi dan melaluinya dengan tenang dan sabar untuk mendapat ganjaran pahala dan kebaikan.
Ulama\’ mengeluarkan persoalan apakah perintah Allah s.w.t itu semata-mata ujian untuk melihat kita bersedia dan sanggup untuk melakukannya iaitu akur dan sanggup untuk melakukannya.

  1. Ayat 107- {Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;}- menyatakan bahawa Allah s.w.t telah tukar dari sembelih anak kepada sembelih kibasy yang besar.
    Tatkala Ismail sedang dibaringkan, malaikat Jibril datang kepada Ibrahim dengan membawa seekor kibasy sambil berkata: \”Sembelihlah ini sebagai ganti dari anakmu\”, lalu jadilah yang demikian itu sebagai sunnah, dan kita menyembelih korban untuk mengenang peristiwa itu.
    Setelah datang Nabi Muhammad S.A.W maka menyembelih haiwan atau berkorban itu disyari\’atkan pula kepada umatnya yang dilakukan pada hari raya Idul Adha dan hari -hari Tasyriq.
    Kerana itu para ulama\’ menyatakan yang afdhal untuk melakukan korban adalah dengan menyediakan seekor kibasy yang sempurna dan seekor, bukan dari bahagian-bahagian yang dikongsi (walaupun dibolehkan).
    Sebagai tanda takwa untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, maka haiwan korban yang hendak disembelih eloklah yang benar-benar sihat, bagus, tidak cacat, dan sedap dipandang mata.

Hadis Rasulullah S.A.W:
عَنْ َأنَسٍ قال : ضُحَى النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم بِكبْشَيْنِ َأقْرَنَيْنِ َذبَحَهُمَا بِيَدِهِ وَسَمَّى وَكبَّرَ (رواه البخاري ومسلم)
Artinya: \”Dari Anas r.a berkata: \”Bahwasannya Nabi S.A.W telah berkorban dengan dua ekor kibasy yang elok dipandang mata lagi mempunyai tanduk. Baginda menyembelihnya sendiri dengan membaca basmalah dan mengucapkan takbir\” (HR al-Bukhari dan Muslim).

Peringatan untuk kita: Walaupun nak hantar korban ke luar negara dibolehkan seberapa banyak yang mampu, tetapi ingat JANGAN tiada korban di rumah kita sendiri! Jika tak mampu nak buat sndiri atau sertai bertugas, pergi tengok orang sembelih dan bergotong royong setakat mampu mencukupi.

  1. Ayat 113- {Dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.}- ayat ini menjadi dalil bahawa:
    i- adakalanya orang yang baik melahirkan anak yang tidak baik! Na\’uzubillah.
    Maka kita kena hati-hati dan sentiasa mendidik dan memberi bimbingan kepada anak jagaan kita.

ii- tidak semestinya seorang bapa yang hebat, anaknya juga hebat.

iii-Ayat ini juga memberi peringatan bahawa keturunan itu tidak menjamin seseorang itu mendapat hidayah atau kesesatan. Baik atau buruk seseorang tidak bergantng kepada keturunan.

iv- seorang itu akan dicela kerana sebab perangainya bukan sebab keturunan, jangan kita cela datuk nenek yang baik jika anak cucunya tidak baik!

Tetapi keturunan yang soleh juga memberi kesan yang baik kepada anak cucu seperti mana kisah dalam surah al-Kahfi.

Firman Allah s.w.t: {Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada \”harta terpendam\” kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka).} (Al-Kahfi 18:82)

  1. Ayat 110- {Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.}- begitulah adat kebiasaanya, orang yang berbuat baik akan mendapat balasan yang baik. Sebagaiman Nabi Ibrahim, dia mendapat pujian Allah dan balasan yang baik kerana dia mempunyai dua sifat baik yang utama iaitu iman dan ubidiyyah ketaatan kepada Allah s.w.t. lalu dia termasuk dalam golongan (الْمُحْسِنِينَ).
  2. Ayat 112- {Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.}- Ibrahim mendapat khabar gembira sekali lagi iaitu yang kedua, akan mendapat seorang lagi anak yang benama Ishak, anak dari isteri pertamanya Sarah.
    Anak ini akan menjadi seorang nabi dan tergolong dari kalangan orang yang soleh!

Firman Allah s.w.t: {Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.} (Hud 11:71)

Ini menunjukkan besarnya kedudukan Ishak, Allah nyatakan sifatnya sebagai seorang nabi lagi soleh.
Darinya lahir pula Ya\’kub, Yusuf, Musa dan lain-lain. Kerana itu kita berselawat ke atas Ibrahim dan Aal (keluarga) Ibrahim kerana betapa ramai dari keturunannya yang menjadi rasul dan nab

Powered by BetterDocs