SURAH ASY-SYU\’ARA\’ : AYAT 38-51

\"\"

KISAH NABI MUSA DAN HARUN BERDEPAN DENGAN AHLI SIHIR, IMAN AHLI SIHIR KEPADA ALLAH S.W.T & FIR\’AUN KESIPUAN DAN MENGELUARKAN HUKUMAN BUNUH.

Full video : https://youtu.be/lTvfOldZgEg

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri yang lepas nabi Musa a.s telah berhadapan dengan Firaun dan telah diterangkan kewujudan Allah s.w.t dengan hujjah perdebatan serta hujjah fizikal iaitu tongkatnya menjadi ular dan tangan yang becahaya.
  2. Tetapi malangnya Firaun dan kaumnya menganggap ia hanyalah sihir, seperti yang sedang masyhur di kalangan mereka ketika itu.
  3. Lalu mereka bersetuju untuk bertemu di gelanggang sihir, pada hari perayaan kaum Qibti di mana orang ramai akan keluar berkumpul.
  4. Maka dengan kuasa Allah s.w.t mukjizat nabi Musa a.s mengalah dan membatalkan semua sihir mereka yang mengaburi mata manusia itu.
  5. Hanya Allah yang boleh menggerakkan hati manusia untuk menjadi baik atau jahat, maka para ahli sihir bertukar hati mereka dalam sekelip masa sahaja selepas melihat kebenaran nabi Musa a.s serta berani melawan Firaun yang sebelum ini menjanjikan habuan dunia untuk mereka.
  6. Lalu Firaun yang kesipuan, amat marah terus menggunakan kuasanya mengeluarkan hukuman bunuh ke atas mereka.

AYAT 38- {LALU DIKUMPULKANLAH AHLI-AHLI SIHIR ITU PADA SATU MASA YANG DITENTUKAN, PADA HARI (PERAYAAN) YANG TERMAKLUM.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:38)

  1. Lalu mereka pun (Musa a.s dan Firaun) membuat satu perjanjian untuk berjumpa di gelanggang khas pada yang dimaklumkan iaitu pada hari perayaan kaum Qibti di mana orang ramai akan keluar berkumpul. sudah diketahui waktu dan tempatnya!
  2. Lalu dikumpulkan semua ahli sihir yang masyhur dan hebat di kalangan mereka pada masa itu.

AYAT 39- {DAN DIKATAKAN KEPADA ORANG RAMAI: \”BERKUMPULAH KAMU SEMUANYA;.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:39)

  1. Lalu orang ramai di seluruh megeri Mesir diseru untuk keluar semuanya bagi menyaksikan peristiwa besar ini. Sambil mereka berkata:

AYAT 40- {\”SEMOGA KITA (TETAP) MENGIKUT (AGAMA) AHLI-AHLI SIHIR ITU KIRANYA MEREKALAH ORANG-ORANG YANG MENANG\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:40)

  1. Mereka berharap agar para ahli sihir itu adalah orang-orang yang menang, supaya mereka akan tetap mengikut agama asal mereka.
  2. Sepatutnya mereka berkata kami akan mengikut agama siapa yang menang dan atas kebenaran. bukan terus nak pilih ahli jika menang.

AYAT 41- {MAKA KETIKA AHLI-AHLI SIHIR ITU DATANG, BERKATALAH MEREKA KEPADA FIRAUN: \”BENARKAH KAMI AKAN BEROLEH UPAH, KIRANYA KAMILAH ORANG-ORANG YANG MENANG?\”} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:41)

  1. Sebelum memulakan pertandingan para ahli sihir datang kepada Firaun dan bertanya jika mereka menang apakah mereka akan dapat imbalan harta dan kedudukan darinya?
    ahli sihirpun golongan yang cari makan, harta dan pangkat juga!

AYAT 42- {FIRAUN MENJAWAB: \”BENAR, (KAMU AKAN MENDAPATNYA) DAN SESUNGGUHNYA KAMU DENGAN ITU AKAN MENJADI DARI ORANG-ORANG YANG DEKAT KEPADAKU\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:42)

  1. Firaun memberi jaminan, bukan setakat imbuhan harta, bahkan akan menjadi orang-orang besar yang dekat dengannya.
  2. Lalu bermulalah pertandingan yang dinanti-natikan.

AYAT 43- {NABI MUSA BERKATA KEPADA MEREKA: \”CAMPAKKANLAH DAHULU APA YANG KAMU HENDAK CAMPAKKAN\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:43)

  1. Mereka bertanya kepada Musa a.s siapa dulu yang akan memulakan pertandingan ini.
  2. Musa a.s dengan penuh keyakianan berkata: {\”Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan\”.}
  3. ini supaya mereka tidak terkejut melihat mukjizat tongkatnya dan menarik diri.

AYAT 44- {LALU MEREKA MENCAMPAKKAN TALI-TALI DAN TONGKAT-TONGKAT MEREKA SAMBIL BERKATA: \”DEMI KEKUASAAN FIRAUN, SESUNGGUHNYA SUDAH TETAP KAMILAH ORANG-ORANG YANG AKAN MENANG\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:44)

  1. Maka mereka pun mencampakkan apa saja yang ada dengan mereka seperti tali-tali dan tongkat-tongkat.
  2. Ulama\’ mengatakan mereka menyalut tali dan tongkat mereka itu dengan raksa (mercury) yang bergerak apabila kena panas, maka mata manusia akan dikaburi seolah benda-benda itu hidup.
  3. Mereka berkata sambil mencampak tongkat itu: \”Demi kekuasaan Firaun! Kami akan menang!\”
  4. Kita sebagai orang Islam wajib hanya berkata dan beriktikad demi Allah sahaja.

AYAT 45- {KEMUDIAN NABI MUSA PULA MENCAMPAKKAN TONGKATNYA, TIBA-TIBA TONGKATNYA ITU MENELAN APA YANG MEREKA PURA-PURA ADAKAN (DENGAN SIHIR MEREKA).} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:45)

  1. Dalam keadaan cemas itu, maka sampailah giliran nabi Musa a.s untuk mencampakkan tongkatnya.
  2. Tongkatnya berubah menjadi ular sebenar yang besar, menyambar, menelan kesemuanya tidak meninggalkan sesuatu pun darinya.
  3. Maka nyatalah yang benar dan batallah yang batil, maka ahli sihir itu segera sedar, ini bukan satu sihir, bak kata pepatah: Hanya jauhari yang mengenal manikam!

AYAT 46- {MAKA (KEMENANGAN NABI MUSA MENJADIKAN) AHLI-AHLI SIHIR ITU SEGERA MEREBAHKAN DIRI: SUJUD,} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:46)

  1. Lalu dengan spontan kesemua para ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri, sujud kepada Tuhan Musa a.s dan Harun.

AYAT 47- {SAMBIL BERKATA: \”KAMI BERIMAN KEPADA TUHAN SEKALIAN ALAM,} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:47)

  1. Sambil terus mengisytiharkan bahawa: \”Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.\”

AYAT 48- {\”TUHAN NABI MUSA DAN NABI HARUN\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:48)

  1. Yakni beriman kepada \”Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun\”.

AYAT 49- {FIRAUN BERKATA: \”PATUTKAH KAMU BERIMAN KEPADANYA SEBELUM AKU IZINKAN KAMU? SESUNGGUHNYA DIA LAH (MUSA) KETUA KAMU YANG MENGAJAR KAMU ILMU SIHIR; OLEH ITU KAMU AKAN MENGETAHUI KELAK (AKIBATNYA). DEMI SESUNGGUHNYA, AKU AKAN MEMOTONG TANGAN DAN KAKI KAMU DENGAN BERSILANG KEMUDIAN AKU AKAN MEMALANG KAMU SEMUANYA\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:49)

  1. Lalu Firaun yang kesipuan (termalu) dan terus marah sambil berkata:
    i- Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu?
    ii- Sesungguhnya Musa adalah ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir;
    iii- Kamu akan mengetahui kelak (akibat perbuatan kamu ini!!
    iv- Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang.
    v- kemudian selepas kamu mati atau tidak, aku akan memalang kamu pada kayu semuanya\”.
  2. Dalam ayat lain Allah berfirman: {Firaun berkata: \”Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya dari padanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatya).} (Al-A\’raaf: 123)

AYAT 50- {MEREKA MENJAWAB: \”(UGUTANMU ITU) TIDAKLAH MENJADI HAL! SESUNGGUHNYA KAMI (TIDAK GENTAR), KERANA KEPADA TUHAN KAMILAH KEMBALINYA KAMI.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:50)

  1. Masya\’ Allah apabila iman yang mantap telah masuk dan memenuhi hati tiada yang dapat menggoncangnya lagi.
  2. Para ahli sihir itu menjawab: {(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.}

AYAT 51- {\”SESUNGGUHNYA KAMI AMAT BERHARAP SUPAYA TUHAN KAMI MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA KAMI, KERANA KAMILAH ORANG-ORANG YANG MULA-MULA BERIMAN (DALAM PERISTIWA INI)\”.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:51)

  1. Mereka berkata lagi: {Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini).}
  2. Yakni jatuhkanlah apa hukuman yang kamu mahu, itu hanya hukuman di dunia, kami tidak gentar bahkan amat yakin kepada benarnya apa yang dibawa oleh Nabi Musa a.s dan kepada janji Tuhan kami.
  3. Tahniah dan kemenangan abadilah bagi kamu wahai para ahli sihir yang paginya kufur dan petangnya beriman dan terus syahid dengan keimanan dan aqidah yang mantap!
  4. Perbincangan adakah Firaun menjatuhkan sungguh hukuman yang diancamnya ke atas ahli sihir?
    i- ada kata tidak, kerana dia juga takut kepada pengaruh Nabi Musa a.s.
    ii- ada yang kata dilaksanakan lalu syahidlah para ahli sihir itu.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

Dalam setiap kisah pastikan ada pengajaran (ibrah) yang boleh kita ambil.

  1. Kata ahli sihir: {قَالُوا لَا ضَيْرَ} – {Mereka menjawab: \”(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal!} menunjukkan pentingnya iman yang mantap! Sedangkan para ahli sihir iu tidak pernah belajar atau mendengar tentang tauhid atau akhirat.
  2. Orang yang cepat beriman adalah salah satu sebab untuk mendapat martabat yang mulia, mendapat keampunan Allah s.w.t dan mendapat kedudukan yang tinggi.
    Maka kata ulama\’; kita juga apabila mendengar benda baik, tentang amal soleh atau mendapat ilmu tentang sesuatu yang benar seperti dikempen ustaz kita maka bersegeralah mengamalkannya jangan tunggu-tunggu lagi!
    Seperti pepatah Arab jadilah seperti – قَصَبَ السَّبْقِ، iaitu buluh di leher haiwan kuda/unta yang sentiasa ke depan.
  3. Kata-kata golongan Firaun: {Agar kita mengikuti ahli-ahli sihir jika mereka adalah mereka orang-orang yang menang.}
    Menunjukkan mereka berharap ahli sihir menang agar mereka terus dapat mengamalkan agama mereka, menunjukkan fanatik yang tidak tersembunyi! Mereka sudah bertekad tidak akan ikut Musa. Sepatutnya mereka berkata kami akan mengikuti yang hak, yang benar, tidak kira dari ahli sihir ataupun dari Musa.
    Begitulah kita dalam perjuangan jangan letak kumpulan dan orang kita sebagai keutamaan, kena letak tujuan kita nak mencari kebenaran. Hari ini ketaksuban follower melampau dalam apa saja, kepada pendakwah, tok guru, NGO tertentu, fouder, artis dan dalam bab politik apatah lagi!
  4. Ayat {إِنْ كَانُوا هُمُ الْغَالِبِينَ} – {kiranya merekalah orang-orang yang menang\”.}
    Orang yang ikut hawa nafsu sentiasa meletakkan kepentingannya di hadapan. Dia letak awal-awal lagi ahli sihir akan menang, tiada kemungkinan kalah.
    Maka untuk ambil dari segi positif, orang yang berjuang juga kena yakin dalam perjuangan dan gerak kerjanya, terus meletakkan kemenangan di hadapan sebagai motivasi.
  5. Kisah Imam Ahmad yang siksa dan dipukul dengan dahsyat kerana mempertahankan akidah dan sunnah. Beliau berdoa apabila dijatuhkan hukuman agar terjaga akidah dan keyakinnya serta agar tidak terbuka auratnya ketika disiksa nanti. Ada kisahnya ditulis secara ringkas dalam abuanasmadani.blogspot.com di bawah tajuk: \”Akhlak orang Yang Bejiwa Besar.\”
  6. Nabi Musa a.s kerana dia beriman dan yakin dengan pertolongan Allah s.w.t dia tidak gentar untuk berhadapan dan melawan ahli sihir dan menyuruh mereka mulakan dulu.
  7. Ahli sihir berkata: \”Demi kemuliaan Firaun\”, ulama\’ berkata sesiapa yang bersumpah selain daripada nama Allah, maka dia telah mengikut perbuatan jahiliyah ini.
  8. Para ahli sihir terus sujud kepada Allah s.w.t- kata ulama\’ orang yang paling tahu tentang kebenaran itu ialah orang yang paling tahu juga tentang kebatilan. Hanya jauhari yang mengenal manikam.
    Orang yang membesar dalam Islam dia tidak kenal jahiliyyah, ini juga bahaya kerana dia tidak akan dapat membezakannya.
  9. Apabila Musa a.s campak tongkat, ularnya memakan semua perbuatan sihir, ini adalah satu peristiwa besar yang memantapkan lagi keimanan nabi Musa a.s yang menunjukkan janji Allah s.w.t adalah benar.
  10. Sujudnya ahli sihir adalah satu sujud yang spontan yang menunjukkan kerana keimanan kepada Allah s.w.t, tanpa tahu Kiblat atau ada wuduk dan lain-lain syarat.
  11. Maksudnya ayat { إِنَّا نَطْمَعُ } kami tamak : {\”Sesungguhnya kami amat berharap..} menunjukkan para ahli sihir itu amat berharap kepada keampunan dan rahmat Allah s.w.t. Maka keampunanlah bagi mereka.

Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs