SURAH AL-ISRA\’ : AYAT 105-111

\"\"

RAHSIA DITURUNKAN AL-QURAN SECARA BERPERINGKAT, SIFAT DAN WATAK ULAMA\’ & NAMA-NAMA ALLAH YANG INDAH.

Full video: https://youtu.be/OS-RXLvoiLw

MUQADDIMAH:
Alhmdulillah dengan siri ke 26 ini, bermakna tamatnya surah ini yang mempunyai 111 ayat. Kuliah hari ini bermula dari ayat 105.

AYAT 105 – {DAN DENGAN CARA YANG SUNGGUH LAYAK SERTA BERHIKMAT KAMI TURUNKAN AL-QURAN, DAN DENGAN MELIPUTI SEGALA KEBENARAN IA DITURUNKAN; DAN TIADALAH KAMI MENGUTUSMU (WAHAI MUHAMMAD) MELAINKAN SEBAGAI PEMBAWA BERITA GEMBIRA (BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN) DAN PEMBAWA AMARAN (KEPADA ORANG-ORANG YANG INGKAR).} (AL-ISRAA\’ 17:105).
1. Allah s.w.t memberi jaminan bahawa al-Quran itu diturunkan dengan cukup hikmah, sesuai dengan keagungan dan kekuasaan Allah s.w.t.
2. Ia juga penuh dengan kebenaran, yakni smua cerita dan maklumatnya benar, tentang yang telah lepas atau yang akan datang.
3. Fungsi utamanya membawa hidayah peunjuk, meliputi dasar taufik, hukum hakam, ahklak, ilmu pengetauna, maklumat tentang sejarah yang lepas, sains dan teknologi,
4. Serta pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
5. Al-Quran pasaknya itu atas kebenaran serta membawa kebenaran.

AYAT 106 – {DAN AL-QURAN ITU KAMI BAHAGI-BAHAGIKAN SUPAYA ENGKAU MEMBACAKANNYA KEPADA MANUSIA DENGAN LAMBAT TENANG; DAN KAMI MENURUNKANNYA BERANSUR-ANSUR.} (AL-ISRAA\’ 17:106).
1. Allah s.w.t bahagikan al-Quran itu supaya senang Rasulullah membacanya serta mudah untuk diajar kepada manusia.
2. Rasulullah s.a.w diajar untuk membacanya dengan tenang bukan gopoh, supaya mudah faham dan hafaznya. Ilmu pendidikan untuk umat manusia seluruhnya. Bila ustza ajar itu dengar, perhati dulu kemudian baru cuba praktik.
3. Al-Quran itu Allah turun secara berperingkat selama 23 tahun, 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah secara umumnya.
4. Ia diturunkan mengikut keperluan kedaan atau hukum, atau bila sampai waktunya memang Allah s.w.t mahu menurunkan sesuatu hukum atau kisah, atau utl menenangkan hati Rasulullah s.a.w.

AYAT 107 – {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD KEPADA ORANG-ORANG YANG INGKAR ITU): \”SAMA ADA KAMU BERIMAN KEPADA AL-QURAN ATAU KAMU TIADA BERIMAN, (TIDAKLAH MENJADI HAL); KERANA SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG DIBERI ILMU SEBELUM ITU APABILA DIBACAKAN AL-QURAN KEPADA MEREKA, MEREKA SEGERA TUNDUK SUJUD (DALAM KEADAAN HIBA DAN KHUSYUK);} (AL-ISRAA\’ 17:107).
1. Ayat ini akhirnya mencabar kaum kafir. Allah s.w.t ajar Rasulullah untuk mengatakan bahawa dia tidak akan peduli lagi akan keadaan mereka, mahu beriman alhamdulillah, tidak mahu terima silakan, tanggunglah akibatnya.
2. Ini apabila sudah masuk waktu berlawan dan berhujjah, sebelumnya ketika berdakwah kena lembut dan beri kefahaman sebaiknya.
3. Manakala maksud orang-orang sebelum ini yang diberi ilmu itu ialah ahli kitab yang terdahulu, yang berpegang teguh dengan kitab yang benar sebelum datang al-Quran, apabila mereka mendengar bacaan al-Quran mereka terus bersegera sujud menangis kerana khusyuk, beriman kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.
4. Jadi tidak memberi kesanlah jika mereka yang sombong dan jahil itu tidak mahu beriman, kerana orang yang berilmu lebih mulia dan terpilih.
5. Kata seorang ulama\’, Abdul A\’la at-Taimi: “Jika seorang yang diberi ilmu (dia belajar Quran, hadis, feqah dan lain-lain), tetapi ilmu yang dia belajar tidak menjadikan dia menangis kerana takut kepada Allah, tiada sifat khusyuk, tidak nampak malu dan segan kepada Allah; ternyata walaupun ada ilmu, dia tidak mendapat ilmu yang bermanfaat.”
Begitulah keadaannya walaupun mendapat pelbagai gelaran pangkat akademik dan sijil-sijil yang tinggi, tetapi kosong hakikatnya.
6. Ini kerana Allah s.w.t telah menyifatkan sifat ulama\’ itu sebagai mereka yang bersujud kerana bersyukur dan takut kepada Allah s.w.t; ayat 108 & 109.

AYAT 108 – {SERTA MEREKA MENEGASKAN (DALAM SUJUDNYA): \”MAHA SUCI TUHAN KAMI! SESUNGGUHNYA JANJI TUHAN KAMI TETAP TERLAKSANA.\”} (AL-ISRAA\’ 17:108).
1. Inilah sifat orang yang berilmu, mereka sebak dan terharu apabila bertemu dengan Nabi s.a.w yang sudah lama dinanti-nantikan, lalu mereka sujud bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana janji yang terlaksana
2. Maksud janji yang terlaksana; adalah janji Allah s.w.t untuk mengutus rasul dan nabi yang terakhir sebagaimana dalam kita Taurat atau Injil yang mereka percayai itu.

AYAT 109 – {DAN MEREKA SEGERA TUNDUK SUJUD ITU SAMBIL MENANGIS, SEDANG AL-QURAN MENAMBAHKAN MEREKA KHUSYUK.} (AL-ISRAA\’ 17:109).

Dalam ayat ini ada sujud Tilawah.
1. Sekali lagi ditegaskan tentang sujud, tetapi berlainan sebabnya.
2. Lalu mereka segera turun bersujud sambil menangis. Sujud kali kedua ini kerana kesan pengajaran al-Quran itu menambah keyakinan. ketenangan dan khusyuk hati mereka.
3. Sebab sujud pertama kerana bersyukur kepada Allah kerana janji telah terlaksana.
4. Hadis Rasulullah s.a.w:
Dari Ibnu Abbas ia berkata; “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka iaitu; mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang pada malam hari berjaga kerana membela agama Allah”. (Sunan Tirmizi No:1563) Status: Hadis Sahih

AYAT 110 – {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”SERULAH NAMA \” ALLAH\” ATAU NAMA \”AR-RAHMAN\”, YANG MANA SAHAJA KAMU SERUKAN (DARI KEDUA-DUA NAMA ITU ADALAH BAIK BELAKA); KERANA ALLAH MEMPUNYAI BANYAK NAMA-NAMA YANG BAIK SERTA MULIA\”.} (AL-ISRAA\’ 17:110).

Bahagian pertama:
1. Apabila kafir Quraisy mendengar Rasulullah s.a.w menyebut dalam doanya: (Ya Allah, Ya Rahman), mereka pelik dan berkata, Muhammad kata ada satu sahaja Tuhan tapi kenapa diserunya dua nama? Terserlah kebodohan mereka.
2. Lalu turun firman Allah s.w.t yang menyuruh Rasulullah s.a.w terus menyeru nama-Nya yang mana sahaja, \”Ya Allah\” atau \”Ar-Rahman\”, kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia,\” dikenali sebagai الأسماء الحسنى
*Firman Allah s.w.t: {Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.} [Al-A\’raaf: 180]
*Hadis riwayat Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda :
إن للهِ تسعةً وتسعين اسمًا ، مائةً إلا واحدًا ، مَن أحصاها دخلَ الجنةَ
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah S.W.T sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga”. [HR al-Bukhari].
* Bukan setakat hafaz, penghayatannya, jaga isi kandungan, membenarkan dan beramal dengannya. Boleh seru dan berdoa dengannya, kerana ia mempunya makna yang baik.
* Sebenarnya nama-nama Allah s.w.t itu banyak lagi dan tidak terhad setakat 99 sahaja, tetapi cukup untuk kita ingat dan hazaf 99 itu dulu.

AYAT 110 – {DAN JANGANLAH ENGKAU NYARINGKAN BACAAN DOA ATAU SEMBAHYANGMU, JUGA JANGANLAH ENGKAU PERLAHANKANNYA, DAN GUNAKANLAH SAHAJA SATU CARA YANG SEDERHANA ANTARA ITU.} (AL-ISRAA\’ 17:110).

Bahagian kedua ayat:
1. Semasa Rasulullah s.a.w mengerjakan ibadat di Makkah pada awal Islam, apabila Baginda menyaringkan bacaan solatnya puak kafir mencela, memaki Baginda, hina al-Quran, hina tuhan, lalu Allah s.w.t menyuruh Baginda tidak membaca dengan kuat.
2. Juga jangan membacanya terlalu perlahan kerana para sahabat yang mengikutinya tidak akan dapat mendengarnya pula.
3. Maka Allah s.w.t mengajarkan bahawa yang terbaik adalah membacanya dengan cara yang sederhana.
“Dari Abi Musa R.A ia berkata: Kami pernah bersama Rasulullah s.a.w dalam suatu perjalanan, kemudian orang-orang mengeraskan suara takbir mereka, maka Nabi s.a.w bersabda: Wahai para manusia, kasihanilah dirimu dan rendahkanlah suaramu! Sesungguhnya kamu tidak sedang menyeru Zat yang tuli (pekak) dan tidak juga yang jauh. Sesungguhnya kamu sedang menyeru Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat.” [HR al-Bukhari & Muslim].
4. UM Aisyah r.a mengatakan larangan ini dalam solat atau ketika berzikir juga.
Hadis: Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran). Lalu baginda mengangkat langsir dan berkata: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain”
Menurut Syeikh Syu’aib al-Arnauth, hadis ini Sahih.
5. Nabi s.a.w larang daripada melaung dan bertempik-tempik. Prihatin dan peka akan keadaan jemaah dan persekitaran masjid, ambik pendekatan yang lunak dan sederhana selagi tidak bercanggah dengan Syarak dan merendahkan agama.
6. Maka yang sunnah adalah yang sederhana dan bacaan serta zikir yang mengikut ajaran Nabi s.a.w serta garis ikutpanduan para ulama\’ sebelum kita.

AYAT 111 – {DAN KATAKANLAH: \”SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH YANG TIADA MEMPUNYAI ANAK, DAN TIADA BAGI-NYA SEKUTU DALAM URUSAN KERAJAAN-NYA, DAN TIADA BAGI-NYA PENOLONG DISEBABKAN SESUATU KELEMAHAN-NYA; DAN HENDAKLAH ENGKAU MEMBESARKAN SERTA MEMULIAKAN-NYA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH!\”}. (AL-ISRAA\’ 17:111).
1. Setelah itu lalu diterangkan cara memuji Allah s.w.t supaya Rasul-Nya dan sekelian hamba-hamba-Nya sentiasa menyebut “Alhamdulillah”. Yang maksudnya- Segala puji tertentu bagi Allah.
2. Sebagai pujian kepada Allah dan bersyukur atas nikmat-Nya yang tidak terhingga itu, kerana Dia adalah Allah Yang Maha Esa. Tuhan yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya, dan tiada bagi-Nya penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Nya, bersalahan dengan segala dakwaan kaum kafir.
3. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang mengatakan siapa yang makan dan minum dia baca Bismillah, kemudian bila kenyang dia ucapkan Alhmdulillah dan bila kuat untuk beribadat kepada Allah s.w.t, itulah tanda manusia yang bersyukur.
4. Allah mulakan surah ini dengan Subanallah – Maha Suci Allah, kemudian tutupnya dengan Alhamdulillah. Betapa indahnya.

PENUTUP & KESIMPULAN:
Alhamdulillah berakhirlah surah al-Isra’, 111 ayat, pada pagi ini, dengan sebanyak 26 siri Kuliah Subuh.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs