Surah Al-Nahl : Ayat 41-47

\"\"

Live Pagi Khamis 29 J. Thani 1442H = 11/02/2021 Selepas Subuh Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (08) Ayat [41-47];
– Kelebihan Golongan Muhajirin.
– Rasul Semuanya Lelaki.
– Bertanya Kepada Ahli Ilmu.
– Hukum Taqlid Ulama\’.
– Amaran Kepada Kafir.

https://fb.watch/3Kgt9Kh1gD/

Muqaddimah:
Allah s.w.t mengingatkan kepada kita tentang kelebihan berhijrah.
*Ayat 41: {Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.}
1. Jika keadaan kita pada zaman ini tiada keperluan Hijrah maka tak perlu kecuali hirah secara tukar tempat yang lebih baik, seperti kejiranan yang makmur masjid, senang untuk kita berjemaah dan menghadiri Kuliah, jiran-jiran yang soleh dan mengajak ke arah kebaikan. Seperti berpindah duduk di Pondok dan madrasah.
2. Yang penting niat hijrah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Dalam konteks ayat ini tentang kaum muslimin terawal di Makkah yang ditindas oleh musyrikin Quraisy.
3. Hijrah pertama ke Habsyah.. antaranya Usman bin Affan R.a dan isterinya anak Nabi s.a.w.
4. Hijrah kedua besar-besaran ke Madinah dan akhirnya hijrah Nabi s.a.w sndiri.
5. Semua ini semata2 untuk mempertahan agama dan akidah mereka,

Balasan mereka yang berhijrah ini ialah:
1. Allah s.w.t akan beri kepada mereka kebaikan di dunia. Ulama kata ia bermaksud negeri yang baik iaitu Madinah Taibah. Ada kata kemenangan ke atas musuh Islam spt perang Badar dan lain-lain. Serta pembukaan negara-negara lain.
Kata Ibnu Kathir rhm. sebab nuzul ayat ini kepada Muhajirin terawal yang berhijrah ke Habsyah. Tatapi boleh juga dikatakan untuk mereka yang kemudiannya berhijrah ke Madinah juga.
2. Manakala ganjaran mereka di akhirat kelak juga pahala yang lebih besar dan tidak terhitung. Kalaulah mereka yang enggan berhijrah itu tahu, pasti mereka akan merasa rugi dan menyesal.
*Ayat 42: {Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.}
Penjelasan ayat 42:
1. Mereka ini sabar menanggung ujian kezaliman ke atas mereka dan berserah diri kepada Allah. Maka Allah s.w.t akan ganti kepada mereka kebaikan dunia dan akhirat.
2. Kata ulama\’: Sabar dan tawakkal adalah merupakan akar kepada pokok orang-orang yang ditimpa ujian (berhijrah), sesiapa yang kurang daripada dua sifat ini maka akan kuranglah sedikit darjat mereka.
3. Sesiapa yang tinggalkan sesuatu perkara yang tidak baik, kurang baik kerana Allah s.w.t, nescaya Allah s.w.t akan ganti yang lebih baik. Contoh tinggalkan perniagaan yang amat menguntungkan kerana ada syubhat dan keraguan, insya Allah Allah akan tolong, jika tidak terus kaya atau Berjaya pun mungkin dengan ketenangan hidup dan kebahagaian.
*Ayat 43: {Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. }

Antara kriteria Nabi-nabi dan Rasul itu:
1. Lelaki. Tidak akan ada nabi atau rasul wanita.
2. Kami wahyukan kepada mereka. Bila terima wahyu dari Allah s.w.t baru jadi nabi/rasul.

Jika tidak tahu tanyalah ahli-ahli ilmu iaitu orang-orang yang mengetahui. Maksudnya:
1. Yakni kaum kafir musyrik itu disuruh bertanya kepada orang-orang sebelum mereka yang telah diberi kitab (smada ahli kitab kaum yahudi atau Nasrani) tentang rasul-rasul yang telah diutuskan kepada mereka sebelum ini.
2. Dalil untuk orang yang tidak tahu hukum-hakam untuk bertanya kepada pakarnya iaitu ahli agama yang benar. Jika kita pada masa ini alim ulama\’ yang dipercayai.
Maka peringatan kepada kita jika tidak mahir atau tahu dlm sesuatu isu, jangan asyik nak bercakap dan mengeluarkan pendapat walaupun tidak mahir dan bukan pakar. Masalah kita hari ini para netizen lebih banyak mengulas dan memberi pndapat daripada mereka yang benar2 berilmu dan pakar.
*Ayat 44: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.

Nabi-nabi itu semuanya Allah s.w.t hantar:
1. Dengan hujjah yang mantap dan padat.
2. Allah s.w.t juga turunkn kepada Nabi s.a.w Quran untuk memberi peringatan dan menerangkan kepada manusia.
3.Nabi s.a.w telah menafsirkan yakni menghuraikan secara terperinci atau secara amali Quran itu. Kemudian para sahabat meneruskan dakwah ini.
4. Quran itu boleh difahami bukan mustahil untuk orang-orang yang memikirkannya.
*Sebagaimana dengan nabi dan rasul2 sebelum ini yang diutus dan diberi kitab suci, begitulah juga Nabi kita Muhammad s.a.w.
5. Maka jelaslah al-Quran dan Hadis tidak boleh dipisahkan, sebagai huraian dan contoh amali daripada Nabi s.a.w.

Maksud ayat- {…Dan supaya mereka memikirkan.} ini ada dua hikmah:
1. Hikmah pertama; kerja dan tugas Nabi s.a.w mennyampaikan dan menjelaskn kepada manusia maksud al-Quran dan hukum Syariah.
2. Hikmah kedua tugas manusia untuk berfikir lalu menerima dan beriman dan beramal dengannya.
*Ayat 45: {(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya?}
Dalam ayat ini Allah s.w.t:
1. Menyuruh melihat kepada sejarah orang-orang yang telah melakukan kejahatan sebelum ini.
2. Bagaimana mereka telah diazab dengan kemusnahan yang total.
3. Kita pada hari ini juga telah banyak bencana kemusnahan yang Allah s.w.t hantar, apakah masih kita tidak sedari.
*Ayat 46: {Atau Ia membinasakan mereka secara mengejut dalam masa mereka berulang alik melakukan kerja masing-masing? Kerana sebenarnya mereka tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah.}
1. Bala dan bencana biasanya datang secara mengejut tanpa kita bersedia menerimanya. Ketika manusia sedang sibuk dengan urusan harian masing-masing.
2. Tiada siapa akan dapat melawan kuasa Allah s.w.t atau selamat dari-Nya.

*Ayat 47: {Atau Ia membinasakan mereka (dan harta benda mereka) sedikit demi sedikit? Kerana sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Nya.}
1. Azab Allah s.w.t itu samada sedikit demi sedikit atau menyeluruh.
2. Belas kasihan dan rahmat Allah s.w.t terhadap hamba-hamba-Nya amatlah luas.

Beberapa faedah dari ayat: ( فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ ) Maka tanyalah mereka yang pakar:
1. Umum ayat ini memuji para ulama\’.
2. Mereka yang paling tinggi darjatnya ialah ulama\’ yang memahami al-Quran dan sunnah nabi secara betul.
3. Allah s.w.t menekankan Dia tidak utus rasul melainkan lelaki.
4. Allah akan beri kepada para nabi yang diutuskan, mukjizat dan hujjah yang nyata.
5. Kita sebagai orang awam boleh bertaqlid (ikut) dalam masalah hukum, tetapi bagi orang yang berilmu kena cari dalil.
6. Tidak ada dalam Quran atau hadis Nabi s.a.w yang tidak dapat difahami oleh manusia. Tidak mungkin Allah s.w.t menurunkan sesuatu yang tidak tercapai akal manusia.
7. Hikmat Allah s.w.t kekalkan ahlul-kitab yahudi dan nasara, supaya mereka menjadi saksi akan nabi-nabi mereka sebelum ini juga manusia dan lelaki yang diutuskan.
Kata Imam Syafei rhm:
Semua apa yang Nabi s.a.w itu keluarkan adalah daripada isi kandungan al-Quran.
Alhamdulillah.
#UAM Catatan Kuliah Subuh Khamis, 11 Feb

Powered by BetterDocs