SURAH AL-KAHF : AYAT 107-110

\"\"

BALASAN KEPADA ORANG MUKMIN, LUASNYA MAKLUMAT ALLAH SWT & NABI SAW ADALAH SEORANG MANUSIA YANG DIWAHYUKAN KEPADANYA.

Full video: https://youtu.be/AKZdLazu7-Y

MUQADDIMAH :
1. Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t sebut jenis-jenis kafir dan orang yang rugi dalam Islam kerana ajaran dan amalan mereka tidak mengikut Syariat Allah s.w.t.
2. Tiada balasan pahaka bagi mereka, segala perbuatan mereka akan menjadi seperti debu yang diterbangkan angin.
3. Kemudian dalam siri ini al s.w.t menyebut pula tentang nasib dan balasan untuk orang-orang yang beriman, supaya kita dapat membandingkan antara keduanya.
4. Yakni selepas janji buruk dan ancaman azab, dibawa pula janji baik dan balasan nikmat.
5. Ini adalah galakan supaya beiman dan beramal soleh dengan syarat dan peraturannya supaya ia diterima dan tidak kerugian di dunia dan akhirat.

AYAT 107- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, DISEDIAKAN BAGI MEREKA SYURGA-SYURGA FIRDAUS, SEBAGAI TEMPAT TETAMU (YANG SERBA MEWAH).} (AL-KAHFI 18:107)
1. Allah s.w.t nyatakan dengan jelas bagi orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga Firdaus sebagai tempat tinggal yang serba indah dan mewah.
2. Kenapakah syurga itu disebut Firdaus? Ulama\’ kata syurga itu ada 100 tingkat, yang disediakan bagi golongan mujahidin, yang berjihad pada jalan Allah. Jarak di antara setiap tingkat itu seperti jarak antara langit dan bumi.
3. Rasulullah s.a.w bersabda jika berdoa meminta syurga, mintalah Syurga Firdaus, kerana ia berada di tengah-tengah dan tempat yang tertingi di dalam syurga, daripadanya terpancar mata-mata iar di dalam syurga. [HR Bukhari].
4. Ulama\’ kata Firdaus; فردوسnama bagi semua Syurga, cuma ia adalah tempat yang paling tinggi. Dari sudut makna maksudnya kebun, taman yang penuh dengan pokok-pokok subur dan indah. Jamak (pluralnya) adalah- Faradis- فراديس nampaknya perkataan Bahasa Inggeris “Paradise’ mungkin di ambil daripada perkataan Bahasa Arab ini.
5. Semua syurga itu indah tetapi Firdaus yang paling tinggi darjatnya, Allah sediakan untuk orang yang menyempurnakan iman dan beramal soleh, para anbiya’ dan mereka yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
6. Ada ulama\’ kata darjat syurga tidak terhenti setakat 100, boleh jadi ada tingkatan yang lebih tinggi menurut bertambah keimanan dan amalan seseorang itu. Nikmat-nikmatnya pula apa yang mata tidak pernah lihat, telinga tidak pernah dengat dan hati tidak pernah terlintas.

AYAT 108- {MEREKA KEKAL DI DALAMNYA, (DAN) TIDAK INGIN BERPINDAH DARIPADANYA. (AL-KAHFI 18:108).
1. Tidak akan berasa jemu dan puas menghuni di dalam syurga itu. Sekali-kali tidak akan ingin untuk berpindah ke lain kerana terlalu indah dan mewah.
2. Ia adalah sebaik-baik balasan penuh dengan nikmat yang tidak terperi, kekal di dalam syurga itu selama-lamanya.
3. Cuma untuk meningkat darjat ada, seperti naik darjat dalam syurga dengan syafaat Nabi s.a.w dan seumpamanya. Ini kerana syurga itu mempunya banyak darjat, maka setiap orang itu boleh naik darjatnya mengikut amalan yang dia ada

AYAT 109- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”KALAULAH SEMUA JENIS LAUTAN MENJADI TINTA UNTUK MENULIS KALIMAH-KALIMAH TUHANKU, SUDAH TENTU AKAN HABIS KERING LAUTAN ITU SEBELUM HABIS KALIMAH-KALIMAH TUHANKU, WALAUPUN KAMI TAMBAHI LAGI DENGAN LAUTAN YANG SEBANDING DENGANNYA, SEBAGAI BANTUAN\”. (AL-KAHFI 18:109)
1. Allah s.w.t menegaskan supaya Rasulullah s.a.w mengatakan; Kalaulah semua air laut atas dunia ini disatukan, dikumpulkan semuanya dijadikan dakwat untuk menulis kalimah-kalimah Tuhan, tidak akan mencukupi, akan habis kering air laut itu sebelum habis kalimah-kalimah Allah s.w.t.
2. Allah tegaskan lagi, tidak akan cukup juga walaupun ditambah lagi dengan air dari laut lain yang sebanding dengannya, bawalah Laut China, laut Merah, Laut Parsi, laut hijau biru apapun tetap tidak akan cukup.
3. Sabab Nuzul ayat ini, berkata Abdullah bin Abbas bahawa kaum Quraisy Makkah telah mengutuskan beberapa orang wakil untuk bertemu dengan pendeta Yahudi di Madinah untuk mencari hujjah untukkenakan Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana Kaum Quraish tiada ilmu dan hujjah, manakala a agama Yahudi merupakan agama dari langit yang tua.
4. Lalu yahudi ajar soalan pertama adalah tentang Roh. Bila Quraisy balik bertanya tentang ini Allah s.w.t turunkan jawapannya:
{Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: \”Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja\”.} [Al-Israa\’:85]. Bila dengar jawapan ini para yahudi memerli pula, dengan sombong dan angkuh mereka berkata: “Kami diberi ilmu banyak melalui Taurat, maka sesiapa yang diberi Taurat akan mendapat kelebihan yang banyak”.
Lalu Allah s.w.t turunkan ayat 109 dari surah al-Kahfi ini untuk menangkis dan menolak dakwaan mereka itu. [HR At-tirmizi dan an-Nasaei].
6. Ini juga pengajaran pertama yang Musa dapat dari Khadir iaitu; Bandingan ilmu Allah dan ilmu manusia. Seolah patukan burung dan air laut. Antara isi daripada hadis Rasulullah s.a.w yang panjang tentang kisah mereka ini:
“Kemudian keduanya berjalan di tepi pantai, dan keduanya menjumpai perahu. Maka keduanya meminta kepada para pemilik perahu itu agar mereka berdua diperbolehkan menaiki perahu itu. Kemudian ada seekor burung pipit hinggap di sisi perahu itu, lalu minum air laut itu dengan paruhnya sekali atau dua kali patukan.
Maka Khadir berkata kepada Musa, \”Tiadalah ilmuku dan ilmumu dibandingkan dengan ilmu Allah, melainkan seperti kurangnya air laut ini oleh apa yang diminum oleh burung pipit ini.\” [HR Bukhari & Muslim].
7. Allah s.w.t memperingatkan kepada Nabi s.a.w akan ilmu Allah. Ulama\’ kata – Kalimat di sini bererti dua jenis:
i- Kalimah Kauniyah كلمة الكونية ; makhluk, kejadian alam, semesta semua ini.
ii- Kalimah Syar’iyyah كلمة الشرعية ; iaitu kalimah Syarak yang Allah s.w.t wahyukan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini bermula dari Adam a.s sehingga kepada Rasulullah s.a.w.

AYAT 110- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”SESUNGGUHNYA AKU HANYALAH SEORANG MANUSIA SEPERTI KAMU, DIWAHYUKAN KEPADAKU BAHAWA TUHAN KAMU HANYALAH TUHAN YANG SATU; OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA\”.} (AL-KAHFI 18:110)
1. Allah s.w.t bawa penamat kepada surah ini, ayat ke 110, mengandungi penutup semua perbincangan kepada semua 4 kisah yang ada dalam seluruh surah ini; iaitu isu akidah, godaan harta, ilmu, dan kekuasaan manusia.
2. Pertama sekali Allah s.w.t ajar Rasulullah supaya bersifat tawadhuk, jangan sombong dan bangga diri. Allah s.w.t ajar supaya Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa:
i- Dia adalah manusia seperti kamu semua (yang mengingkarinya). Tetapi dia menerima ilmu dan maklumat melalui wahyu yang diturunkah Allah s.w.t kepadanya.
ii- ini menok kefahaman sesat bahawa Nabi Muhammad s.a.w ini berasal dari NUR, Nur Muhammad dan seumpamanya. Baginda s.a.w lahir dari hasil perkahwinan dua orang manusia terpilih, Abdullah dan Aminah.
3. Allah mewahyukan bahawa Tiada Tuhan yang lain yang berhak disembah selain daripada Allah s.w.t Yang Esa.
4. Oleh itu maka sesiapa yang yakin akan mati dan bertemu dengan Allah s.w.t, maka hendaklah dia melakukan amal soleh dan jangan melakukan syirik.
5. Untuk sesuatu amal itu menjadi soleh hendaklah:
i- Bertepatan dengan ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w dan
ii- IKLHLAS.
6. Syirik itu pula terbahagi kepada dua:
i- Syirik Akbar yang besar iaitu menyekutukan Allah s.w.t, menyembah dan bergantung kepada selain daripada Allah s.w.t. Kafir dan kekal dalam neraka.
ii- Syirik kedua ialah riya’ dalam segala sudut amalan yang dilakukan. Ini bagi ahli ibadat, yang dapat meruntuhkan pahala.
Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.
7. Menurut banyak ulama’ tafsir, syirik dalam ayat itu bermakna “laa yuraaii ahadan” (tidak riya’ untuk dilihat oleh seorangpun). Ertinya, janganlah riya’ kepada seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya.
8. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T berfirman bermaksud: “Aku bebas daripada segala sekutu yang ada pada amalan yang dilakukan di mana dia mensyirikkan-Ku dengan yang lain. Maka aku akan tinggalkannya dan sekutunya itu.” [HR Muslim].
Al-Qadhi Iyadh menyebut: “Hadis ini membawa makna (seakan-akan Allah menyebut) Aku menolak amalannya. Sifat riya’ itu adalah dalil kebodohan, pandangan yang teruk dan juga tanda buruknya amalan.”

PENGAJARAN DAN FAEDAH :
1. Maka cukuplah kita membaca dan tadabbur al-Kahfi untuk mengelakkan fitnah Dajjal sebagaimana hadis Nabi s.a.w.
2. Juga jangan lupa fitnah yang lebih bahaya iaitu syirik akbar dan syirik tersembunyi iaitu riya’ yang Rasulullah s.a.w kata lebih ditakuti daripada fitnah Dajjal itu.
3. Jangan lupa slogan kita ingat Jumaat ingat untuk baca al-KAhfi kerana banyak kelebihan yang telah dinyatakan.
4. Apabila baca surah al-Kahfi ingatlah perbincangan 4 kisah yang ada dalam surah ini; iaitu tentang fitnah/godaan akidah, ilmu, harta dan kekuasaan manusia.
5. Rebutlah peluang sebaiknya sewaktu kita masih hidup dan mampu atas dunia ini untuk beribadat sebanyak dan sebaik mungkin. Masuklah ke dalam masjid dengan menegak (berdiri dan berjalan sendiri) sebelum kita masuk secara melintang (diusung sebagai mayat).
6. Jangan tunggu mati baru nak suruh anak atau orang lain sedekah dan baca al-Quran untuk kita, jangan tunggu mati baru nak sedekah dan buat kebajikan, kitalah sendiri usahakan semasa masih hidup.
7. Daripada Abu Hurairah r.a, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya manusia pertama yang akan diadili pada hari kiamat ialah:
i- Seorang lelaki yang mati syahid. Dia akan dibawa dan didatangkan ke hadapan Allah. Kemudian ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya. Lalu Allah bertanya: Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab: Aku telah berperang di jalanmu sehingga aku mati syahid. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau berperang agar engkau dipanggil pahlawan! Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka.
ii- Kemudian giliran seorang lelaki yang mempelajari ilmu, mengajarkan ia, dan membaca Al-Qur’an. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmat-Nya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya: Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab: Aku telah mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu dan membaca Al-Qur’an keranaMu. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau menuntut ilmu untuk dipanggil orang ilmu, dan engkau membaca Al-Qur’an untuk dipanggil qari. Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka.
iii- Kemudian giliran seorang lelaki yang Allah telah meluaskan kepadanya harta, dan dia memberikan hartanya ke semuanya kepada orang yang berhak. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmatnya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya: Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab: Tidak aku tinggalkan sedikitpun jalan yang mana Engkau suka untuk harta dibelanjakan padanya melainkan aku membelanjakan harta aku pada jalan itu untuk-Mu. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau melakukan hal itu untuk dipanggil dermawan. Engkau telah mendapat gelaran itu kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka.”
Abu Hurairah r.a berkata, kemudian Rasulullah S.a.w menepuk pahaku sambil berkata, “Wahai Abu Hurairah, mereka adalah manusia yang merasakan panasnya api neraka Jahanam di hari kiamat nanti.” (HR Imam Muslim).

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs