SURAH AL-ISRA\’ : AYAT 58-60

\"\"

AMARAN KEBINASAAN TERHADAP KAUM KAFIR, ALLAH TAHAN MUKJIZAT PERMINTAAN PELIK MEREKA & PERKARA YANG NABI LIHAT KETIKA ISRA\’ MENJADI FITNAH KEPADA MANUSIA.

Video Penuh : https://youtu.be/gqhhT0_N1CY

MUQADDIMAH:

  1. Allah s.w.t mengingatkan bahawa setiap negeri atau kaum yang mengingkari rasul-rasulnya samada akan hancur terus seperti kaum Nabi Nuh atau Luth atau azab turun yang bermacam-macam ke atas mereka seperti kaum Nabi Musa a.s.
  2. Allah juga mengingatkan kaum musyrikin dalam ayat 56, cabar mereka agar memanggil dan meminta tolong dengan sembahan mereka apabila mahu menghadapi azab Allah s.w.t.
  3. Mana mungkin kerana semua sembahan itu lemah dan tiada kuasa sedikitpun.
  4. Ancaman dan amaran ini disampaikan terus ke telinga mereka.
  5. Sudah terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang azab yang akan datang akibat daripada kekufuran, kezaliman dan perbuatan maksiat mereka sendiri.
  6. Ulama\’ berkata kebinasaan itu ada dua: samada mereka akan mati dan pupus atau datang azab yang membinasakan seperti mana telah terjadi kepada kaum-kaum sebelum ini.

AYAT 58 – {DAN TIADA SESEBUAH NEGERI PUN MELAINKAN KAMI AKAN MEMBINASAKANNYA SEBELUM HARI KIAMAT, ATAU KAMI MENYEKSA PENDUDUKNYA DENGAN AZAB SEKSA YANG BERAT; YANG DEMIKIAN ITU ADALAH TERTULIS DI DALAM KITAB (LAUH MAHFUZ).} (AL-ISRAA\’ 17:58)

AMARAN KEBINASAAN TERHADAP KAUM KAFIR.

  1. Bagaimana Allah s.w.t akan membinasakan mereka samada turun azab atau mereka akan pupus terus.
  2. Azab itu boleh datang dalam pelbagai bentuk, samada datang bala seperti banjir, taufan penyakit ATAU serangan musuh penjajah yang membunuh dan menghina penduduknya.
  3. Semua ini sudah termaktub di dalam Lauh Mahfuz, kitab taqdir di sisi Allah s.w.t yang sudah siap ditulis. Tidak mungkin akan dapat elak.

AYAT 59 – {DAN TIADA YANG MENGHALANG KAMI DARI MENGHANTAR TURUN MUKJIZAT YANG MEREKA MINTA ITU MELAINKAN KERANA JENIS MUKJIZAT ITU TELAH DIDUSTAKAN OLEH KAUM-KAUM YANG TELAH LALU; DAN DI ANTARANYA KAMI TELAHPUN MEMBERIKAN KEPADA KAUM THAMUD UNTA BETINA SEBAGAI MUKJIZAT YANG MENJADI KETERANGAN YANG NYATA, LALU MEREKA BERLAKU ZALIM KEPADANYA; DAN BIASANYA KAMI TIDAK MENGHANTAR TURUN MUKJIZAT-MUKJIZAT ITU MELAINKAN UNTUK MENJADI AMARAN (BAGI KEBINASAAN ORANG-ORANG YANG MEMINTANYA KALAU MEREKA TIDAK BERIMAN).} (AL-ISRAA\’ 17:59).

ALLAH TAHAN MUKJIZAT PERMINTAAN PELIK MEREKA.

  1. Sebelum ini lagi golongan kafir mencabar para rasul untuk mendatangkn pelbagai bukti yang pelik-pelik sebagai bukti kenabian.
  2. Begitu juga kaum quraisy Makkah mencabar Rasulullah s.a.w.
  3. Sebagaimana dalam hadis yang menceritakan tentang Sabab Nuzul ayat ini:
    Kaum Kafir cabar Nabi s.a.w untuk menjadikan Bukit Safa di Makkah sebagai emas. Tetapi Nabi s.a.w tidak melayan permintaan mereka itu, minta tangguhkan dulu dengan Allah s.w.t. walaupun pasti jika Nabi s.a.w mahu, Allah s.w.t boleh jadikannya dalam sekelip mata.
  4. Ini kerana Baginda s.a.w tahu permintaan mereka yang tidak logik itu hanya main-maian, kerana jenis mukjizat seperti itu banyak telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu; maka mereka diazab.
  5. Seperti mana kisah Unta Nabi Saleh a.s. walaupun mereka lihat dengan mata kepala mereka, tetap tidak beriman bahkan berbuat zalim dengan membunuh unta itu, lalu mereka dibinasakan dengan azab Allah s.w.t.
  6. Kerana inilah Rasulullah s.a.w, sebagai rahmatan lil-‘Alamin, tidak mahu mengambil risiko ini, jika setelah melihat mukjizat pelik ini mereka tidak beriman juga, maka akan binasa dengan azab Allah. Semoga akan ada yang akan beriman selepas ini.
  7. Mukjizat- benda luar biasa yang lemah untuk kita fikirkan. Biasanya mukjizat yang besar dan pelik ini akan datang sebagai ancaman dan amaran akhir.
  8. Maksud ayat- (tanda-tanda) antara maksudnya mengikut ulama\’:
  9. Mukjizat Nabi s.a.w.
  10. Tanda Allah s.w.t tangguhkan permohonan mereka, lalu mereka tidak mati.
  11. Antara tanda juga berlaku gerhana, guruh, gempa bumi dan pelbagai bencana alam.
  12. Ada ulama\’ kata tandanya juga bererti telah naik uban.

Hadith Nabi SAW tentang gerhana :
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda-tanda kekuasaan Allah.
“Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan, dan matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan mati seseorang dari kalangan manusia, maka apabila kamu melihat berlakunya suasana (gerhana), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan kelihatan semula bagi kamu,” katanya. [HR Imam Muslim].

AYAT 60 – {DAN (INGATLAH) KETIKA KAMI WAHYUKAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD), BAHAWA SESUNGGUHNYA TUHANMU MELIPUTI AKAN MANUSIA (DENGAN ILMU-NYA DAN KEKUASAAN-NYA; DAN TIADALAH KAMI MENJADIKAN PANDANGAN (PADA MALAM MIKRAJ) YANG TELAH KAMI PERLIHATKAN KEPADAMU MELAINKAN SEBAGAI SATU UJIAN BAGI MANUSIA; DAN (DEMIKIAN JUGA KAMI JADIKAN) POKOK YANG DILAKNAT DI DALAM AL-QURAN; DAN KAMI BERI MEREKA TAKUT (DENGAN BERBAGAI-BAGAI AMARAN) MAKA SEMUANYA ITU TIDAK MENAMBAHKAN MEREKA MELAINKAN DENGAN KEKUFURAN YANG MELAMPAU.} (AL-ISRAA\’ 17:60).

Perkara Yang Nabi Lihat Ketika Mi\’raj Menjadi Fitnah Kepada Manusia.

  1. Setiap manusia terletak dalam genggamana kekuasan Allah s.w.t, maka Allah ingatkan Rasulullah s.a.w supaya jangan sedih dan runsing dengan tentangan kaum kafir itu.
  2. Apa yang telah Rasulullah s.a.w lihat dan saksikan pada malam Isra\’ dan Mi\’raj itu adalah sebagai satu fitnah ujian kepada manusia, kepada kaum kafir dan mereka yang lemah iman, apabila mereka tidak mempercayai dan mengejek-ngejeknya lalu makin jauh dari hidayah Allah s.w.t.
  3. Allah s.w.t ceritakan juga tentang kejadian pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran, iaitu pokok Zaqqum yang tumbuh dalam neraka. Maksud dilaknat; sesuatu yang banyak memberi mudharat, pokok yang dicela kerana sebagai punca azab.
  4. Ia juga (cerita pokok ini) sebagai ujian kepada manusia kerana kafir quraisy bukan semakin sedar dan insaf dengan berbagai ancaman dan amaran ini , bahkan makin bertambah kekufuran mereka.

KESIMPULAN :
Inilah yang berlaku kepada kebanyakan manusia, yang apabila semakin banyak melihat keajaiban ciptaan dan kekuasaan Allah swt, makin jauh dari Allah dan agama, bukan semakin bertambah keimanan dan dekat kepada Allah s.w.t.

Wallahua\’lam.

Powered by BetterDocs