SURAH AS-SAJDAH : AYAT 12-14

\"\"

KEADAAN KAUM KAFIR MENUNDUKKAN KEPALA PADA HARI KIAMAT, SUDAH DITETAPKAN PENDERHAKA KE DALAM NERAKA & RASAKAN AZAB YANG BERKEKALAN.

Full video : https://youtu.be/Cydc8Df3FdE

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri yang lepas Allah s.w.t ceritakan tentang orang kafir yang ingkar menafikan bangkit semula, serta keraguan yang mereka timbulkan tentang itu.
  2. Allah s.w.t juga ceritakan bahawa Malakul-Maut ialah malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa manusia.
  3. Dalam ayat-ayat siri ini Allah s.w.t Allah s.w.t bagi gambaran kepada kita tentang keadaan orang kafir yang ingkar tentang kebangkitan semula tadi di akhirat.
  4. Mereka menundukkan kepala dalam keaadaan cemas, gerun, takut dan penyesalan.
    Begitu juga keadaan orang beriman yang derhaka kepada Allah s.w.t, penuh kesipuan, ketakutan dan penyesalan juga terhadap Allah s.w.t.
  5. Orang kafir juga sudah mengakui betul apa yang dicakap dulu. Tetapi apa nak buat sudah habis masa atau tempoh, فات الأوان maka kita yang masih hidup inipun jangan bertangguh dan rasa selamat. Bila tiba waktu kematian atau bahkan pada hari Kiamat tidak ada guna lagi taubat dan keinsafan.
  6. Mereka merayu memohon untuk hidup semula dan kembali ke dunia untuk melakukan amal soleh.
    Allah jawab tidak mungkin lagi, tiada guna semua rayuan itu kerana telah ditetapkan tempat mereka di dalam neraka bagi para penderhaka!
  7. Maka rasakanlah apa yang kamu dustakan dulu. Apa yang kamu lupa untuk beriman dan beramal dulu maka ingatilahnya pada hari ini.

AYAT 12- {DAN (SUNGGUH NGERI) SEKIRANYA ENGKAU MELIHAT KETIKA ORANG-ORANG YANG BERDOSA ITU MENUNDUKKAN KEPALANYA DI HADAPAN TUHAN MEREKA (DALAM KEADAAN MALU DAN HINA, SAMBIL MERAYU): \”WAHAI TUHAN KAMI, KAMI TELAH MELIHAT DAN MENDENGAR DENGAN SEJELAS-JELASNYA (AKAN SEGALA YANG KAMI INGKARI DAHULU); MAKA KEMBALIKANLAH KAMI KE DUNIA SUPAYA KAMI MENGERJAKAN AMAL-AMAL YANG BAIK; SESUNGGUHNYA KAMI SEKARANG TELAH YAKIN\”.} (AS-SAJDAH 32:12)

  1. Allah s.w.t gambarkan keadaan orang yang berdosa di akhirat kelak. Betapa mengerikan keadaan mereka yang tunduk penuh kehinaan, ketakutan dan malu kepada Allah s.w.t.
  2. Mereka juga tunduk kerana penyesalan akibat perbuatan mereka di dunia dulu yang tidak mahu beriman, derhaka dan mendustai rasul.
  3. Lalu mereka berdoa merayu memohon untuk dihidupkan semula dan dihantar balik ke dunia. Permintaan ini bermula dari dekat nak mati, bila ajal mereka datang lagi!

Firman Allah s.w.t: {Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: \”Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh \”.} (Al-Munaafiquun 63:10)

Lalu Allah s.w.t jawab rayuan mereka itu: {Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.} (Al-Munaafiquun 63:11)

  1. Inilah penyesalan yang tidak berguna lagi! Jika dibangkitkan Allah s.w.t kata mereka tetap tidak akan berubah perangainya, tetap tidak akan beriman. Allah jawab permohonan mereka itu dalam ayat berikutnya.

AYAT 13- {DAN (BAGI MENOLAK RAYUAN ITU ALLAH TAALA BERFIRMAN): \”KALAULAH KAMI TELAH TETAPKAN PERSEDIAAN (MEMBERIKAN HIDAYAH PETUNJUK UNTUK BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH KEPADA TIAP-TIAP SEORANG DENGAN KETIADAAN USAHA DARI MASING-MASING), NESCAYA KAMI BERIKAN KEPADA TIAP-TIAP SEORANG AKAN HIDAYAH PETUNJUKNYA (SEBELUM MASING-MASING MENINGGAL DUNIA, SUPAYA TIDAK TERKENA AZAB DI AKHIRAT); TETAPI TELAH TETAP HUKUMAN SEKSA DARIKU: `DEMI SESUNGGUHNYA! AKU AKAN MEMENUHI NERAKA JAHANNAM DENGAN SEMUA JIN DAN MANUSIA (YANG PADA MASA HIDUPNYA TIDAK BERUSAHA UNTUK BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH)\”.} (AS-SAJDAH 32:13)

  1. Allah s.w.t menjawabnya bahawa jika Dia mahu, Allah boleh beri petunjuk kepada setiap orang semasa di atas dunia agar tidak terkena azab di akhirat.
  2. Tetapi Allah s.w.t hanya memberi taufik dan hidayah petunjuk kepada golongan yang bersedia untuk menerima petunjuk-Nya dan beramal soleh.
  3. Tetapi mereka adalah golongan yang ingkar mengikut pilihan mereka sendiri setelah diterang dan dijelaskan kepada mereka mana yang benar dan salah.
  4. Allah s.w.t telah tetapkan bahawa neraka Jahannam itu akan dipenuhi oleh golongan jin dan manusia yang kufur lagi ingkar.
    Ini menunjukkan dua jenis makhluk ini الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ada taklif (kewajipan dan tanggung-jawab) untuk beriman dan menyembah Allah s.w.t.
    Firman Allah s.w.t: {Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.} (Az-Daariyaat 51:56)
  5. Cuma kelebihan kita manusia, para nabi dan rasul diutus dari kalangan manusia, jin menumpang beriman dan belajar melalui Rasulullah s.a.w. Mereka juga menumpang belajar dengan ulama\’-ulama\’ kita.
  6. Cerita Abu Anas Madani dari gurunya Syeikh Atiyah rhm. yang mengajar di Masjid Nabi, Madinah, tentang kisah pengalaman Syeikh Abdul Aziz Soleh rhm (Salah seorang imam masjid Nabawi). selepas mengajar di Masjid Nabi, dia berjalan kaki balik ke rumahnya. Tiba-tiba ada orang memberi salam, rupanya sekumpulan jin sedang menunggunya di tengah jalan untuk berterima kasih dan minta halal ilmu setelah khatam Kitab, mereka mahu kembali ke kampung mereka untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu.

AYAT 14- {(LALU DIKATAKAN KEPADA MEREKA: \”OLEH SEBAB KELALAIAN KAMU) MAKA RASALAH AZAB SEKSA KERANA KAMU MELUPAI PERTEMUAN HARI KAMU INI. SESUNGGUHNYA KAMI PUN TIDAK HIRAUKAN KESELAMATAN KAMU LAGI; DAN (DENGAN YANG DEMIKIAN) RASALAH AZAB YANG KEKAL DENGAN SEBAB APA YANG KAMU TELAH KERJAKAN\”.} (AS-SAJDAH 32:14)

  1. Dikatakan kepada mereka secara perli: Oleh kerana kamu telah lalai, lupa untuk membuat persiapan menghadapi hari ini, Kami tidak akan hiraukan atau ambil kira tentang keselamatan kamu, maka rasailah azab siksa yang disediakan ini!
  2. Ulama\’ membincangkan perktaan إِنَّا نَسِينَاكُمْ – maksudnya Allah akan biarkan mereka, bukan lupa (tak ingat) tetapi buat lupa, buat tak tahu, buat-buat tak ingat akan keadaan mereka, lalu mereka akan terus berada dalam azab siksaan neraka!
  3. Ya Allah selamatkan kami dari kemurkaan Allah s.w.t, dari azab neraka yang tidak terperi siksaannya. Tadabbur ayat al-Quran dengan hati yang celik akan sedarkan hati kita dari kealpaan dan kelaghaan insya\’ Allah.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

1- Ayat 12- {Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu) – ayat ini menunjukkan keadaan orang kafir di akhirat kelak. Kenapa dalam keadaan tunduk?
Kata ulama\’ kerana mereka semasa di atas dunia dulu adalah orang angkuh sombong dan takabbur!
Kita telah lihat dalam siri-siri yang lepas bagaimana Allah s.w.t turunkan azab-Nya kepada mereka sombong mengikut keadaan mereka masing-masing. Contoh:
i- Firaun – tenggelam dalam laut kerana dia sombong mengaku Sungai Nil mengalir di bawah perintahnya.
ii- Qarun – tenggelam dalam bumi bersama hartanya yang dibanggakan.
Semoga Allah s.w.t selamatkan kita daripada sifat takabbur dan sombong ini. Sabda Rasulullah s.a.w:
[عن أبي هريرة:] مَنْ تواضعَ للهِ رفَعَهُ اللهُ
الألباني (ت ١٤7٠)، صحيح الجامع ٦١٦7 • صحيح
\”Sesiapa yang tawadhuk kerana Allah, Allah akan angkat darjatnya.\” [HR Tabarani – Al-Awsat]

  1. Ayat 12- {maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin\”.} – mereka minta nak balik ke dunia untuk buat amal soleh.
    Sheikh Sufyan ath-Thauri rhm. berkata bahawa: Allah tegaskan mereka tidak akan berubah juga, balik ke dunia semula pun akan cari berhala pula.
    Ini kerana mereka adalah golongan yang pembohong dan dusta, Pintu taubat akan ditutup apabila nyawa sudah dihalkum, apabila matahari naik di sebelah barat.
    Apabila sudah Kiamat tidak mungkin kembali ke hidup di dunia. Kerana itulah kita insaf dan bertaubat sekarang bukan apabila sudah ditutup pintunya.

Sebagaimana Firman Allah s.w.t: { (Mereka mengatakan yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu; dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang dari melakukannya; dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta.} (Al-An\’aam 6:28)

  1. Ayat 13- {Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): \”Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing),} – Allah s.w.t kata jika Dia mahu, boleh saja dia beri hidayat petunjuk kepada semua manusia agar beriman. Tetapi Allah s.w.t sudah bagi taqdir menetapkan bahawa manusia itu ada pilihan, samada mahu beriman atau kufur.
    Kata ulama\’ ahli Sunnah, ayat ini menolak fahaman Qadariyah yang mengatakan manusia itu sendiri yang mencipta amalannya.
    Kita kata tidak, manusia memang dia buat tapi dengan taqdir Allah s.w.t. – Allah sudah beri kepada kita akal fikiran, wahyu dan dalil-dalil maka mereka sendirilah yang memilihnya untuk beriman atau kufur, menjadi jahat atau baik. Maka pilihlah yang terbaik.
  2. Ayat 13- {Tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam } – bahawa Allah s.w.t telah tetap menyatakan bahawa puak kafir ini adalah orang yang tidak beriman.
    Kata-kata Allah ini juga kata ulama\’ adalah isbat (bukti) Allah s.w.t itu berkata-kata, bila Dia nak Dia akan berkata-kata. Kita sudah belajar tentang sifat-Nya yang ini كونه متكلما.
  3. Ayat 13- { dengan semua jin dan manusia} – مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ jin dan manusia yang kufur akan dimasukkan ke dalam neraka. Termasuk dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan, iaitu makhluk ghaib yang kita tidak nampak.
  4. Ayat 13- { dengan semua jin dan manusia} – مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ maksudnya bukan semua manusia dan jin, أَجْمَعِينَ tetapi hanya yang derhaka daripada dua golongan ini serta semua sembahan sembahan mereka sebagai bahan bukti. Ini juga membuktikan bahawa malaikat tidak akan masuk ke dalam neraka, menafikan jenis. Hanya dari golongan jin dan manusia.
  5. Ayat 14- {(Lalu dikatakan kepada mereka: \”Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa} فَذُوقُوا بِمَا نَسِيتُمْ – ahli neraka dicerca dengan sebab mereka meninggalkan amalan yang boleh menyelamatkan mereka.
    Kata ulama\’ ini adalah untuk menambahkan azab, dua jenis azab iaitu azab mental dan fizikal. Berada dalam neraka itu sudah satu azab, tetapi cercaan dan penghinaan sebagai azab mental untuk menambahkan penghinaan.
  6. Ayat 14- {(Lalu dikatakan kepada mereka: \”Oleh sebab kelalaian kamu بِمَا نَسِيتُمْ-} – kata ulama\’ maksudnya, tahu tetapi buat tidak tahu, buat lupa. Jika tidak tahu lansung adalah jahil bukan lupa. Disebut lalai dan lupa di sini ialah kerana mereka tahu tetapi tidak mahu terimanya juga walaupun telah dibawa dalil dan ayat-ayat tanda kekuasaan Allah s.w.t oleh rasul kepada mereka, dan mereka tahu semuanya tetapi buat tidak tahu.
  7. Ayat 14- إِنَّا نَسِينَاكُمْ – Maka Allah s.w.t kata; Kerana semasa di dunia dulu kamu lupa kepada-Ku maka di akhirat nanti Allah s.w.t buat lupa juga kepada mereka, lalu mereka dibiarkan di dalam neraka dengan azabnya seolah dilupakan!
    Balasan setimpal dengan dosa yang dibuat, maka kerana mereka lupa untuk beriman, maka Allahpun tidak beri pengampunan kepada mereka. Ini kerana Allah s.w.t telah berikan segala peringatan dan amaran tetapi mereka lupa juga, yakni tinggal tak buat, sebenarnya cuai sebab lupa selepas diberi peringatan dan arahan!

INGAT sekali lagi ditekankah bukan bermakna Allah lupa secara hakiki tetapi Allah berinteraksi dengan mereka seperti muamalat orang lupa, kena faham bukan nisbahkan bahawa Allah lupa. Semoga jelas, kerana itu Rasulullah s.a.w akan ulang sebanyak 3 kali jika perkataan itu perlu penjelasan supaya semua yang hadir faham apa yang diucapkan.

  1. Ayat 14- { dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan\”.} – azab neraka Jahannam itu tidak putus-putus, dan berterusan bagi orang yang kafir. Adapun untuk orang yang beriman tetapi melakukan dosa dan maksiat ada tempohnya yang tertentu, masuk dalam neraka buat seketika lalu dikeluarkan balik! Tetapi kita tetap tidak mahu, نعوذ بالله من النار

Powered by BetterDocs