YAHUDI DAN MUSYRIKIN MEMUSUHI ISLAM, NASARA ADA KELEMBUTAN & BALASAN MEREKA.
Full video : https://youtu.be/rO8YMickzlo?si=Q74QRMORHh23E-dT
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-Ma’idah ini dengan ayat 82 sehingga 86, akhir juzu’ keenam & masuk dalam juzu’ ketujuh.
- Dalam siri ini Allah SWT menyatakan bahawa golongan yang paling keras menentang dan memusuhi Islam ialah Yahudi dan Musyrikin.
Manakala yang ada sedikit kelunakan kepada Islam ialah puak Nasara.
Ini bukan secara total nanti kita hurai, kita lihat perbandingan antara dua golongan ini pada zaman Nabi SAW.
Ada waktu & kumpulannya, kerana apabila bergabung mereka semua sama jahat menentang Islam.
- Kemudian Allah nyatakan sifat nasrani yang mawaddah (lembut & kasih sayang) ini kerana ada ahli ibadat mereka yang lembut hati & masuk Islam.
Apabila mendengar al-Quran hati mereka tersentuh & menangis kerana mereka tahu ajaran al-Quran sama dengan kitab Injil mereka yang asal.
Mereka masuk Islam & elok Islamnya.
- Kemudian Allah nyatakan balasan bagi mereka yang baik & juga mereka yang jahat & kufur; sebagaimana uslub al-Quran yang sentiasa ada kembarnya.
Kita berdoa semoga Allah jadikan dalam hati kita cintakan orang beriman serta benci kepada kekufuran lalu layak ke syurga-Nya.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang keadaan yahudi & nasrani yang agak panjang kisah mereka.
Ada yang dilaknat & yang diazab dunia Akhirat lagi.
ii- Maka datang ayat ini Allah mahu menyatakan pula perbezaan antara dua kumpulan itu serta juga golongan musyrikin.
Dalam ayat ini juga Allah letakkan yahudi di depan daripada musyrikin menunjukkan kekuatan penentangan mereka lagi!
Manakala nasrani agak kurang agresif berbanding daripada dua golongan itu.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 82- {DEMI SESUNGGUHNYA ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) AKAN DAPATI MANUSIA YANG KERAS SEKALI PERMUSUHANNYA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN IALAH ORANG-ORANG YAHUDI DAN ORANG-ORANG MUSYRIK. DAN DEMI SESUNGGUHNYA ENGKAU AKAN DAPATI ORANG-ORANG YANG DEKAT SEKALI KASIH MESRANYA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN IALAH ORANG-ORANG YANG BERKATA: “BAHAWA KAMI INI IALAH ORANG-ORANG NASRANI” YANG DEMIKIAN ITU, DISEBABKAN ADA DI ANTARA MEREKA PENDETA-PENDETA DAN AHLI-AHLI IBADAT, DAN KERANA MEREKA PULA TIDAK BERLAKU SOMBONG.} (AL-MA’IDAH 5: 82)
- Allah nyatakan kepada Rasulullah SAW bahawa manusia yang sangat berat permusuhan & kuat hasad dengkinya
{أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةًۭ} dalam menentang Islam ialah pertamanya puak yahudi!
Ini kerana mereka berangan nabi & rasul akhir zaman ialah dari kalangan anak cucu mereka iaitu bangsa yahudi juga!
Kerana itu mereka mengembara sana sini sehingga tiba di Madinah.
Boleh baca kisah mereka dalam buku:
Madinah Munawwarah Kelebihan & Sejarah : https://dartaibah.com/…/Madinah-Munawwarah-Kelebihan…
- Manakala yang kedua ialah puak musyrikin, kafir Arab yang ada di Madinah & Makkah.
i- Permusuhan di Makkah ini kerana Rasulullah SAW menentang & menghapuskan agama mereka dengan membawa dakwah & ajaran Islam, agama tauhid yang suci.
ii- Manakala di Madinah, ketua mereka Abdullah bin Ubai tak sempat naik jadi pemimpin tiba-tiba Nabi SAW datang lalu mereka terus menjadi kafir sehingga ke akhir hayat!
- Allah nyatakan juga golongan yang lebih lunak, tidak agresif sangat berbanding dengan dua golongan penentang Islam ini ialah golongan nasrani.
Bukan kata mereka sayang & tidak memusuhi Islam, tetapi berbanding dengan dua kumpulan pertama tadi mereka lebih lunak {أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةًۭ}.
- Ini kerana ahli ibadat puak nasrani
{قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًۭا}
para pendeta & rahib mereka ini lebih lembut, lunak hati & perangainya.
Mereka juga tidak sombong & takabbur!
Ini kerana punca orang menolak kebenaran ialah sombong & takabbur!
Pengajaran untuk kitanya : Orang sombong tidak akan dapat ilmu! Jika dia tidak belajar makin keras hatinya & makin degil sikapnya!
AYAT 83- {DAN APABILA MEREKA MENDENGAR AL-QURAN YANG DITURUNKAN KEPADA RASULULLAH (MUHAMMAD, SAW), ENGKAU MELIHAT MATA MEREKA MENCUCURKAN AIR MATA DISEBABKAN APA YANG MEREKA KETAHUI (MELALUI KITAB MEREKA) DARI KEBENARAN (AL-QURAN), SAMBIL MEREKA BERKATA: “WAHAI TUHAN KAMI, KAMI BERIMAN (KEPADA NABI MUHAMMAD DAN KITAB SUCI AL-QURAN), OLEH ITU TETAPKANLAH KAMI BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG MENJADI SAKSI (YANG MENGAKUI KEBENARAN NABI MUHAMMAD SAW).} (AL-MA’IDAH 5: 83)
- Allah gambarkan betapa lembutnya hati ahli ibadat yang terbuka hati mereka ini:
i- Apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah, Nabi Muhammad, SAW, engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui melalui Kitab mereka dari kebenaran Al-Quran, seperti kisah Nabi Isa & ibunya Maryam.
ii- Sambil mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami beriman kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran,
iii- Oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad SAW.
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat 82 yang lalu ditegaskan bahawa sebesar musuh Islam ialah yahudi & musyrikin yang sangat agresif & khianat terhadap Islam.
Manakala kaum nasrani ialah mereka yang agak lunak & lembut hatinya terhadap Islam.
ii- Maka datang ayat ini menyatakan kaum nasrani mana yang dimaksudkan itu.
Orang nasrani yang dimaksudkan dalam ayat ini & ayat 83, 84 & 85 berikutnya ialah kaum nasrani yang berada di Habsyah, raja mereka ialah an-Najasyi (yang bernama Ash-humah- اصحمة الحبشي)
- Kisah nasrani di Habsyah, kisah Jaafar bin Abi Talib yang menjadi jurucakap bagi pihak orang Islam yang dihantar berhijrah ke Habsyah oleh Rasulullah SAW.
Diringkaskan kisahnya:
Raja Najasyi bertanya lagi kepadanya: “Adakah kamu membawa bersamamu apa-apa keterangan yang dibawa oleh Nabi itu daripada Allah?” Jaafar menjawab: “Ya.” Najasyi berkata: “Bacakanlah kepadaku.” Lalu, dibacanya permulaan ayat ‘Kaf Ha Ya ‘Ain Sad’ (Surah Maryam). Kemudian, demi Allah, Najasyi menangis sehingga air matanya membasahi janggutnya. Para pendetanya turut menangis sehingga basahlah muka mereka apabila mendengar ayat yang dibacakan kepada mereka. Kemudian Najasyi berkata: “Sesungguhnya ajaran ini dan apa yang dibawa oleh Isa, keluar dari lubang pelita yang sama. Pergilah kamu berdua. Demi Allah, aku tidak akan menyerahkan mereka kepada kamu berdua.” Begitu juga pada berikutnya, orang-orang Islam ditanya oleh Najasyi berkenaan pendapat mereka mengenai al-Masih Isa. Lalu, Jaafar menjawab: “Tentang Isa, kami mengatakan sebagaimana yang diberitahu oleh Nabi kami. Dia ialah seorang hamba Allah dan rasul-Nya serta roh-Nya dan kalimah-Nya yang dicampakkan kepada Maryam si perawan.” Kemudian Najasyi mengambil sebatang dahan dan membuat garisan di muka bumi seraya berkata: “Demi Allah, apa yang kamu kata tentang Isa bin Maryam tidak lari dari garisan ini.” Lalu, para pembesarnya menarik nafas dan Najasyi berkata: “Walaupun kamu menarik nafas, demi Allah!” Najasyi berkata lagi kepada orang Islam itu: “Pergilah, kamu adalah shuyum di negeriku. Shuyum dalam bahasa Habasyah bermaksud orang yang selamat. Sesiapa yang mengganggu kamu akan dihukum. Sungguh aku tidak senang kalaupun aku memiliki segunung emas tetapi aku menyakiti salah seorang daripada kamu.” (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, terj. Yadim, hlm. 149-152).
- Kata Imam Ibnu Jarir at-Tabari RHM : Pendapat yang lebih tepat pada pandangannya ialah: Allah hanya sifatkan nama kumpulan tetapi tidak menyebut nama-nama yang khas, maka kita terimalah cerita ini iaitu nasrani Najasyi & pendetanya serta mana-mana nasrani yang ikut nabi Isa AS dan mereka sempat dengan Islam lalu menerima Islam apabila dengar al-Quran.
Pandangan ini lebih terbuka untuk kita terima, jika boleh diperluasakan jangan disempitkan!
- Hadis permulaan Rasulullah SAW menerima wahyu sebagaimana yang diriwayatkan oleh UM Aisyah RA:
أَوَّلُ مَا بُدِئَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ الْوَحْيِ الرُّؤْيَا الصَّادِقَةُ فِي النَّوْمِ فَكَانَ لَا يَرَى رُؤْيَا إِلَّا جَاءَتْ مِثْلَ فَلَقِ الصُّبْحِ فَكَانَ يَأْتِي حِرَاءً فَيَتَحَنَّثُ فِيهِ وَهُوَ التَّعَبُّدُ اللَّيَالِيَ ذَوَاتِ الْعَدَدِ وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيجَةَ فَتُزَوِّدُهُ لِمِثْلِهَا حَتَّى فَجِئَهُ الْحَقُّ وَهُوَ فِي غَارِ حِرَاءٍ فَجَاءَهُ الْمَلَكُ فِيهِ فَقَالَ اقْرَأْ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الْجَهْدُ ثُمَّ أَرْسَلَنِي فَقَالَ اقْرَأْ فَقُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي الثَّانِيَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الْجَهْدُ ثُمَّ أَرْسَلَنِي فَقَالَ اقْرَأْ فَقُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي الثَّالِثَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الْجَهْدُ ثُمَّ أَرْسَلَنِي فَقَالَ { اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ } حَتَّى بَلَغَ { عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ } فَرَجَعَ بِهَا تَرْجُفُ بَوَادِرُهُ حَتَّى دَخَلَ عَلَى خَدِيجَةَ فَقَالَ زَمِّلُونِي زَمِّلُونِي فَزَمَّلُوهُ حَتَّى ذَهَبَ عَنْهُ الرَّوْعُ فَقَالَ يَا خَدِيجَةُ مَا لِي وَأَخْبَرَهَا الْخَبَرَ وَقَالَ قَدْ خَشِيتُ عَلَى نَفْسِي فَقَالَتْ لَهُ كَلَّا أَبْشِرْ فَوَاللَّهِ لَا يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ وَتَصْدُقُ الْحَدِيثَ وَتَحْمِلُ الْكَلَّ وَتَقْرِي الضَّيْفَ وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ ثُمَّ انْطَلَقَتْ بِهِ خَدِيجَةُ حَتَّى أَتَتْ بِهِ وَرَقَةَ بْنَ نَوْفَلِ بْنِ أَسَدِ بْنِ عَبْدِ الْعُزَّى بْنِ قُصَيٍّ وَهُوَ ابْنُ عَمِّ خَدِيجَةَ أَخُو أَبِيهَا وَكَانَ امْرَأً تَنَصَّرَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ يَكْتُبُ الْكِتَابَ الْعَرَبِيَّ فَيَكْتُبُ بِالْعَرَبِيَّةِ مِنْ الْإِنْجِيلِ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكْتُبَ وَكَانَ شَيْخًا كَبِيرًا قَدْ عَمِيَ فَقَالَتْ لَهُ خَدِيجَةُ أَيْ ابْنَ عَمِّ اسْمَعْ مِنْ ابْنِ أَخِيكَ فَقَالَ وَرَقَةُ ابْنَ أَخِي مَاذَا تَرَى فَأَخْبَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا رَأَى فَقَالَ وَرَقَةُ هَذَا النَّامُوسُ الَّذِي أُنْزِلَ عَلَى مُوسَى يَا لَيْتَنِي فِيهَا جَذَعًا أَكُونُ حَيًّا حِينَ يُخْرِجُكَ قَوْمُكَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَمُخْرِجِيَّ هُمْ فَقَالَ وَرَقَةُ نَعَمْ لَمْ يَأْتِ رَجُلٌ قَطُّ بِمِثْلِ مَا جِئْتَ بِهِ إِلَّا عُودِيَ وَإِنْ يُدْرِكْنِي يَوْمُكَ أَنْصُرْكَ نَصْرًا مُؤَزَّرًا ثُمَّ لَمْ يَنْشَبْ وَرَقَةُ أَنْ تُوُفِّيَ.
Maksudnya: “Awal keadaan penerimaan Wahyu yang pertama yang turun kepada Rasulullah SAW adalah mimpi yang benar yang diperlihatkan di dalam tidur. Baginda melihat seperti adanya Cahaya waktu subuh. Baginda pernah datang ke gua Hira’ lalu Baginda bersendiri iaitu untuk beribadah beberapa malam. Baginda juga mempersiapkan bekalan untuk perkara tersebut. Kemudian Baginda SAW pulang menemui Khadijah dan mempersiapkan bekal untuk Baginda sehinggalah datang kepada Baginda perkara yang tidak disangka-sangka oleh Baginda di Gua Hira’.
Malaikat datang kepada Baginda lalu berkata: Bacalah. Maka Nabi SAW berkata kepada malaikat. Aku tidak boleh membaca. Lantas dia memegang dan memeluk aku sehingga kau merasa sesak. Lalu dia melepaskan. Nabi SAW berkata: Aku tidak boleh membaca. Lantas dia memegang dan memeluk aku erat kali yang kedua sehingga aku merasa sesak. Lalu dia berkata: Bacalah. Nabi SAW berkata: Aku tidak boleh membaca. Lalu dia memegang dan memeluk aku erat buat kali yang ketiga kemudian dia melepaskan aku. Maka Nabi SAW membaca اقرأ باسم ربك الذي خلق sehinggalah sampai kepada ayat علم الإنسان ما لم يعلم. Baginda pulang dalam keadaan resah yang teramat sehingga Baginda masuk menemui Khadijah. Lalu Baginda berkata kepada Khadijah: Selimutkan aku, selimutkan aku sehingga hilang keresahan Baginda.
Lalu Baginda SAW berkata kepada Khadijah: Wahai Khadijah, apa sudah terjadi kepadaku. Lantas Baginda menceritakan apa yang berlaku. Baginda berkata: Aku takut akan diriku (kalau-kalau terjadi apa-apa). Maka Khadijah berkata kepada Baginda: Jangan begitu, Allah sesekali tidak akan mengecewakan kamu. Sesungguhnya kamu meyambungkan hubungan kekeluargaan, bercakap yang benar, membantu anak yatim, memuliakan tetamu dan membantu orang yang benar.
Kemudian Khadijah pergi bersama Baginda untuk bertemu dengan Waraqah Bin Naufal Bin Asad Bin Abdul Uzza Bin Qusai Bin Kilab. Beliau ialah anak saudara lelaki kepada ayahnya. Beliau memeluk agama Nasrani ketika Jahiliyyah, menulis dalam bahasa arab dan juga menulis Injil. Beliau juga sudah mencapai umur yang sangat tua dan juga buta. Maka Khadijah berkata kepada beliau: Wahai pak cik dengarlah apa yang ingin diperkatakan oleh anak saudaramu ini. Maka Waraqah berkata : Wahai anak saudaraku, apakah yang telah kamu lihat. Lantas Nabi SAW menceritakan apa yang telah berlaku. Waraqah berkata: Itu adalah Malaikat Jibril yang telah diturunkan kepada Musa. Andai kata aku masih muda dan hidup ketika mana kaummu menghalau kamu satu hari nanti.
Maka Nabi SAW berkata: Adakah mereka akan mengeluarkanku. Waraqah berkata: Ya. Tidak ada seorang pun yang pernah mengalami sepertimana kamu. Jika aku sempat, maka aku akan bantu kamu semaksimum mungkin…”. [HR Al-Bukhari (3, 6982)].
Selepas beberapa pertemuan dengan Rasulullah SAW, Waraqah yang sudah tua ketika itu meninggal dunia.
Dia adalah contoh orang yang beriman dua kali; beriman dengan Injil kemudian dengan al-Quran.
- Mereka beriman kemudian mereka berdoa agar Allah tuliskan mereka sebagai orang yang bersaksi menerima kebenaran al-Quran! Alangkah beruntungnya mereka.
AYAT 84- {“DAN TIDAK ADA SEBAB BAGI KAMI TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH DAN KEPADA KEBENARAN (AL-QURAN) YANG SAMPAI KEPADA KAMI, PADAHAL KAMI INGIN (DENGAN SEPENUH-PENUH HARAPAN), SUPAYA TUHAN KAMI MEMASUKKAN KAMI (KE DALAM SYURGA) BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG SOLEH.”} (AL-MA’IDAH 5:84)
- Mereka ini selepas beriman berkata lagi dengan hati yang tulus:
i- Tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran Al-Quran yang sampai kepada kami.
Yakni mereka tidak meragui lansung akan kebenaran al-Quran. Jika hati hidup maka akan hiduplah mukjizat al-Quran dalam hati kita!
ii- Padahal kami ingin dengan sepenuh-penuh harapan, supaya Tuhan kami memasukkan kami ke dalam Syurga bersama-sama orang-orang yang soleh!
Mereka juga amat berharap dengan imannya itu agar Allah masukkan ke dalam syurga bersama orang soleh lain.
- Beberapa lagi ayat al-Quran yang menunjukkan nasrani yang beriman ini:
i- {Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.} (Aali Imran Imraan 3:199)
ii- {Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya. Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata: “Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya.”} (Al-Qasas 28: 52-53)
- Inilah keadaan mereka pada zaman itu, tetapi pada zaman sekarang sama saja keadaannya musuh-musuh Islam yang menentang.
Tetapi berbanding dengan yahudi lebih ramai nasrani yang memeluk Islam sehingga ke hari ini.
AYAT 85- {LALU ALLAH MEMBERIKAN PAHALA KEPADA MEREKA DISEBABKAN (PENGAKUAN IMAN YANG IKHLAS) YANG TELAH MEREKA UCAPKAN, (IAITU MEREKA DIBALAS DENGAN) SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA BEBERAPA SUNGAI; MEREKA PULA TETAP KEKAL DI DALAMNYA. DAN YANG DEMIKIAN ITU, ADALAH BALASAN ORANG-ORANG YANG BERUSAHA BERBUAT KEBAIKAN.} (AL-MA’IDAH 5:85)
- Lalu Allah beri balasan baik kepada mereka dengan sebab mereka beriman & mereka iklankan, menyatakankeimanan mereka itu! Inilah pentingnya kita iklankan sesuatu yang baik.
- Jadi Allah beri kepada mereka balasan:
i- Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
ii- Mereka pula tetap kekal di dalamnya.
- Itu adalah balasan bagi orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan dari mana golongan saja.
Ya Allah jadikan kami dari golongan yang muhsinin, yang mendapat keredhaan & balasan syurga-Mu!
AYAT 86- {DAN (SEBALIKNYA) ORANG-ORANG YANG KAFIR SERTA MENDUSTAKAN AYAT-AYAT KETERANGAN KAMI, MEREKA ITULAH AHLI NERAKA.} (AL-MA’IDAH 5:86)
- Manakala puak kafir yang mendustakan ayat-ayat al-Quran, balasan bagi mereka ialah azab neraka Jahannam yang begitu dahsyat & pedih!
- Inilah uslub al-Quran apabila di bawa balasan baik akan disebut juga balasan yang buruk, bila disebut syurga akan disebut neraka juga.
Supaya seimbang antara galakan & amaran agar manusia tidak cuai lalai atau terlalu melampau.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 82- {Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.}-
Allah sebut dua golongan yang paling keras permusuhannya terhadap Islam iaitu yahudi & musyrikin.
Allah sebut bersama yahudi & musyrikin bersama kerana mereka satu spesis yang sangat menentang Islam.
i- Yahudi hasad kerana nabi & rasul terakhir bukan dari keturunan yahudi.
ii- Kafir musyrikin Makkah kerana Allah memiliih Nabi menjadi nabi bukan mereka yang lebih mulia.
iii- Kafir musyrikin Madinah, kerana kuasa pemerintahan bertukar ke tangan dari Abdullah bin Ubai bin Salul kepada Rasulullah SAW & umat Islam, lalu Abdullah menjadi bapa munafiq & mati dalam keadaan begitu!
Maka Allah sebut sangat dahsyat permusuhan mereka!
Begitulah semua kafir ini tidak sama ada yang keras & ada yang biasa-biasa saja.
Sesama mereka ada perbezaan dalam menentang islam, ada kafir yang terlalu ekstrim memusuhi & membenci Islam, ada yang kurang menentang tidak nyatakan permusuhannya.
- Ayat 82- {… Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.}-
Allah sebut ada nasrani yang lunak & lembut hati mereka – kerana mereka ada ahli agama yang ikhlas & ahli ibadat yang baik.
Ulama’ kata : Mereka ini-
i- Kerana ahli agama {قِسِّيسِينَ } ini ada ilmu dan mereka beramal dengan kitab Injilnya, maka ilmu yang baik itu memberi manfaat walaupun kepada orang bukan Islam.
ii- Begitu juga ahli ibadat {وَرُهْبَانًۭ}, mereka lebih lembut hati mereka berbanding dengan orang yang bukan ahli ibadat.
iii- Mereka tidak sombong {لَا يَسْتَكْبِرُونَ}.
Maka kesimpulannya ulama’ kata : Punca permusuhan & penolakan manusia kepada kebenaran atas dunia ialah sombong takabbur & angkuh!
Sama seperti Firaun yang menolak nabi Musa & kaum Quraisy dan ahli Taif yang menolak Rasulullah SAW.
Orang yang tawadhuk & zuhud akan mudah dapat ilmu!
Kerana itu mana-mana pelajar yang sombog angkuh, tidak akan mudah dapat ilmu!
Kita tengok kepada apa yang disampaikan bukan kepada orang yang bercakap ni.
Kisah nasrani di Habsyah : Apabila kaum muslim di tindas di Makkah, Rasulullah SAW menghantar beberapa orang sahabat untuk berhijrah ke Habsyah kerana Rajanya orang yang baik, hormati tetamu & pengikut ajaran nasara.
Kisah Rasulullah SAW menulis surat kepada pemimpin-pemimpin negara besar:
i- Habsyah : Raja an-Najasyi, nasrani yang baik & hormat tetamu.
ii- Parsi : Rajanya dengan sombong mengoyak surat yang dihantar Nabi SAW- apabila mendengarnya Baginda berdoa: Mereka koyakkan suratku- Allah akan hancurkan kerajaan mereka! Negara Parsi antara negara awal yang jatuh ke tangan Islam!
iii- Hercules : Pemimpin Rom yang ada di Syam- juga beragama Nasrani, hampir terima Islam- tetapi dirosakkan oleh penasihat agamanya, ulama’ su’ yang jahat!
iv- Mauqaqis : Pemimpin Mesir yang juga nasrani pada masa itu, tidak masuk Islam tetapi tidak tolaknya, hantar hadiah berupa hamba Mariah & saudara perempuannya serta Doldol, seekor keldai.
Kerana itu apabila Pembukaan Mesir oleh tentera Islam, ramai penduduk nasraninya masuk Islam kerana kesan Mariah bersama Nabi SAW.
- Ayat 83- {Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, SAW), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran),…}-
Orang yang lembut hatinya apabila mendengar al-Quran mata mereka akan mengalirkan air mata kerana takutkan Allah & tahu kebenaran.
Kerana itu kata ulama’ : Kita kena banyakkan membaca al-Quran serta pentingnya tadabbur & menghayatinya agar betul-betul faham untuk melembutkan hati dan menimbulkan rasa takut, lalu air mata akan mengalir kerana takutkan Allah.
Boleh baca tentang golongan yang terkesan dengan al-Quran dalam buku ini:
Indahnya Hidup Bersama Al-Quran : https://dartaibah.com/…/*NEW-2024-Indahnya-Hidup…
Ini kerana puak nasrani ini tahu benda yang benar maka mereka ikut, kita orang Islam pun begitu, bila tahu kebenaran teruslah terimanya!
Mereka ini juga apabila beriman terus isytiharkan bahawa mereka beriman.
Kerana itu kata ulama’ : Apabila kita beriman dan percaya akan sesuatu pandangan & perkara, nyatakannya! Jangan setakat dalam hati, orang tidak akan tahu!
Maka apabila para pendeta & rahib ini beriman dan isytiharkannya; maka ramailah nasrani lain para pengikut mereka juga beriman & masuk Islam kerana ikut tok syeikh mereka.
- Ayat 84- {“Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami,…}-
Apabila kami dengar tentang kebenaran mengapa kami tidak menerimanya!
Apabila kita dengar kenapa kami tidak mahu beriman??
Kita juga begitu apabila sampai perkara yang baik kepada kita, apabila kita beriman dengannya nyatakan, jelaskan supaya orang tidak ragu-ragu lagi dengan pegangan & fahaman kita!
Mereka juga nyatakan mereka mahu syurga & mahu bersama dengan orang-orang yang soleh dan terus berdoa kepada Allah!
Hadis- Nabi ﷺ bersabda:
مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً.
Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [HR al-Bukhari, 5534]
Marilah kita sejak dari atas dunia ini lagi bergaul bersama orang-orang soleh; mudah-mudahan tempias mereka akan melayakkan kita bersama mereka di Akhirat nanti & bersama di dalam syurga juga!
- Ayat 85- {Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka…} &
Ayat 86- {Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli neraka.}-
Dalam dua ayat ini Allah beri jaminan bahawa Dia akan memberikan pahala & balasan baik bagi orang yang beriman serta azab neraka bagi mereka yang kafir & mendustakan ayat-ayat-Nya.
Yakni balasan itu akan diberi kepada orang yang baik juga orang yang jahat.
Itulah uslub al-Quran akan dibawa bersama yang positif & negatif; ada galakan & amaran, ada syurga ada neraka!
Jika asyik sebut pahala saja orang akan sedap duduk lalu terlupa pada dosa, jika sebut dosa saja orang akan takut & gelisah!
Kata ulama’ : Ustaz penceramah, penasihat atau pembimbing agama ini seperti doktor, jika mahu beri ubat kepada pesakit wajiblah berdasarkan penyakitnya & ikut dos yang secukupnya tidak boleh lebih atau kurang!
Jika doktor salah terlebih bagi ubat akan mati, jika kurang pula tidak akan sembuh penyakitnya!
Begitu juga penasihat, lihatlah kepada keadaan khalayaknya, apa penyakitnya, jika lagha tak dengar kata; kita keraskan sedikit bab nasihat peringatannya beri amaran & ancaman.
Jika ahli ibadat kita banyakkan beri galakan dan nasihat.
Insya’ Allah rahmat Allah itu luas & kita doakan kepada Allah SWT agar curahkan dalam hati kita cintakan Islam & bencikan maksiat dan kemungkaran.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.